You are on page 1of 36

Hubungan Etnik - sistem pendidikan

semasa zaman penjajahan Inggeris


dI Tanah Melayu dan kesannya ke
atas masyarakat Melayu pada
zaman tersebut .
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan.
Sebelum kedatangan kuasa penjajah, sistem
pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan
kepada kitab suci Al Quran. Aktiviti mereka
terhad kepada membaca Quran, huruf abjad
Arab, mengingat dan menghafaz doa serta
mempelajari prinsip prinsip agama Islam. Pada
masa itu organisasi masyarakat Melayu adalah
kurang kompleks. Kebanyakkan orang Melayu
hanya bekerja sebagai petani atau nelayan.
Sistem Pendidikan lama ini telah mengalami
perubahan yang besar selepas kedatangan
pihak Kolonial Inggeris ke Tanah Melayu. Pihak
Kolonial Inggeris telah memperkenalkan satu
sistem pendidikan yang lebih sistematik. "Pada
peringkat ini (1824-1957) Pendidikan di Tanah
Melayu telah dikelola, dikendali, dikawal dan
diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris
tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit
atau Dasar Pendidikan Kebangsaan." (Abdullah
Sani & P. Kumar, 1990:1). Sistem Pendidikan yang
wujud pada masa pemerintahan Inggeris ialah 4
sistem persekolahan iaitu Sekolah Vernakular
Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah
Vernakular Tamil dan Sekolah Inggeris.

1.2 OBJEKTIF

Objektif kertas kerja ini ialah untuk menerangkan


tentang corak sistem pendidikan semasa zaman
penjajahan Inggeris dI Tanah Melayu dan
kesannya ke atas masyarakat Melayu pada
zaman tersebut .

1.3 KAEDAH KAJIAN


Kaedah yang diguna pakai di dalam
menyiapkan tugasan ini ialah dengan
menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa
buah buku, Modul PPL, majalah, jurnal, artikel
telah digunakan sebagai panduan dan rujukan
semasa menyusun atur tugasan yang diberikan
ini. Segala bahan yang diperolehi daripada
pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun atur
mengikut kesesuaian untuk dikelas serta
dikategorikan di bawah sub-topik tugasan ini.
1.4 BATASAN KAJIAN
Penulis membantaskan kajian ini tentang sistem
pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris
di Tanah Melayu antara tahun 1400 1957, latar
belakang sistem pendidikan dan tentang
pendidikan sekolah vernakular Melayu, Cina dan
India dan kesannya ke atas masyarakat Melayu
di Tanah Melayu .

1.5 DEFINISI KONSEP

Menurut kamus dewan perkataan terangkan


membawa maksud huraian untuk menerangkan
sesuatu, penjelasan ( 1986 ; 1243 ), corak pula
membawa pengertian berupa ( bersifat,
berbentuk, berfahaman dan lain-lain ( 1986 : 21 ),
sistem membawa maksud cara atau kaedah
untuk melakukan sesuatu, aturan ( 1986 : 1120 ),
pendidikan bermaksud perihal mendidik ( 1986 :
262 ), semasa pula bermaksud sewaktu atau
ketika itu, zaman penjajahan bermaksud zaman
pemerintahan dari kuasa luar dari , kesan pula
bermaksud impak atau pun peninggalan hasil
daripada perbuatan sesuatu, masyarakat
Melayu bermaksud penduduk yang tinggal di
tanah semananjung.
2.0 SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
2.1 Latar belakang pendidikan
Sebelum kedatangan kuasa penjajah
pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan
formal dan tidak memberatkan perkembangan
kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang
ada pada ketika itu berjalan seperti biasa
dengan pengajaran al-Quran, tingkah laku, dan
akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan
seni mempertahankan diri. Ini termasuklah
pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta
perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan
perburuan.
Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem
pendidikan agama yang disebut 'sekolah
pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh
ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar
menuntut di madrasah agama dan tinggal di
pondok yang di bina di sekelilingnya.
Peringkat kedua dalam perkembangan sistem
pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa
zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada
peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah
dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di
bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa
mempunyai satu falsafah yang konkrit atau
Dasar pendidikan Kebangsaan.
Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu
semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu
"pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan
tiada campurtangan tentang pendidikan
vernakular. Matlamat utama sistem pendidikan
penjajah ialah semata-mata untuk memberi
pendidikan kepada segolongan rakyat bagi
membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu,
Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada
pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun
perhatian kepada pelajar melayu hanya
sekadar melepas batuk ditangga sahaja, iaitu
menunaikan kewajipan kepada anak watan
sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan
pembesar - pembesar tempatan.
Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan
secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis
panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini
adalah kerana pemerintah Inggeris tidak
menggangap pendidikan sebagai satu
pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan
kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi
mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka
mengendalikan pendidikan di bawah dasar
kebajikan benevolen (benovelent welfare
policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris
adalah bukan hendak mengubah atau
memajukan struktur sosial tetapi sekadar
menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia
ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya,
pendidikan pada zaman ini berkembang secara
sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang
jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur
kebangsaan di kalangan rakyat.
Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah
sistem pendidikan plural (plural educatin al
system) sesuai dengan keadaan struktur
masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa
iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil.
Sistem pendidikan plural ini tidak dapat
menyemai serta memupuk semangat
Kebangsaan dikalangan penduduk yang
berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang
Sumbang ini telah menekan dan mengekalkan
tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada
negara asal mereka.
2.2 Pendidikan Melayu

Sistem Pendidikan sudah pun wujud di Tanah


Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa
penjajah tetapi ianya adalah berbeza dengan
apa yang diperkenalkan oleh kuasa penjajah
Inggeris. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa
penjajah, pendidikan di Tanah Melayu adalah
berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan
perkembangan kognitif pelajar-pelajar.
(Abdullah Sani & P. Kumar, 1990:1). Corak
pendidikan yang ada pada masa itu ialah sistem
pendidikan agama (Sekolah Pondok). Sekolah-
sekolah pada ketika itu tidak menumpukan
masa untuk mengajarkan pelajaran membaca,
menulis dan mengira ataupun memberikan
kemahiran-kemahiran pekerjaan, tetapi
menumpukan masa kepada pengajaran
agama. (Abu Zahari, 1980:6).
Pendidikan Melayu yang awal menekankan
pengajaran Quran dan pengetahuan asas
membaca, menulis dan mengira(3M).
Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat
rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-
cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran
terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris
di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu
diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke
20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu
terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan
keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk
sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada
empat tahun sahaja dengan skop dan
kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu
tidak dapat mengubah cara hidup orang
Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti
menegak di kalangan masyarakat Melayu.
Pada awal abad ke 20), bagi menampung
permintaan yang bertambah terhadap
Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala
Kangsar diasaskan mengikut model English
Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi,
sekolah ini adalah khas untuk golongan
bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu
dimulakan pada tahun 1878 di Teluk Belanga,
Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi
permintaan yang bertambah terhadap guru-
guru sekolah melayu yang berkelayakan,
Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan.
Kemudian penubuhan terhadap Maktab
Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pada
tahun 1935. Jelaslah di sini ,dasar pentadbiran
Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan
mereka sendiri. Orang-orang Melayu tidak
digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang
melayu daripada kemajuan perbandaran dan
perindustrian.
Satu lagi jurusan persekolahan untuk
menampung persekolahan anak-anak melayu
ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini
dikendalikan secara tidak formal dan
kurikulumnya menekankan pengajaran Quran
serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas
perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab
dan Agama telah muncul di merata-rata tempat
di semenanjung Tanah Melayu terutama di
negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
Dengan berilhamkan ajaran ajaran reformis
dari Asia Barat seperti Muhamad Abduh sekolah
Agama telah menjadi alternatif yang sesuai
untuk mendapat pendidikan bagi masyarakat
ketika itu. alternatif ini membekalkan kekuatan,
semangat dan bimbingankepada muridnya
untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan
akibat daripada prosese sekularasi yang
dianjurkan oleh institusi barat.
2.3 Pendidikan Cina
Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris
dalam hal ehwal sosial kaum pendatang
menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah Cina
dan Tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh
masyarakat masing.masing tanpa bantuan
daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an
selaras dengan tradisi mengutamakan pelajaran
dan mengekalkan kebudayaan serta identiti
bangsa masyarakat Cina mula bergiat
menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke
19.
Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan
buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa
masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan
pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu
membaca, mengira dan menulis serta lukisan,
Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan
dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an
pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan
Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan
sekolah Cina tanpa kawalan.
Oleh itu pentadbiran lnggeris mula
memperkenalkan satu undang- undang pada
tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah
diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan
sekolah ini daripada terasing serta mengawal
aktiviti sekolah ini. Bermula tahun 1924,
sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima
bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada
amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan
formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua
apabila program latihan kelas formal telah
diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara
langsung atau tidak langsung mewujudkan
jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu
dan Cina.
2.4 Pendidikan Tamil
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang
getah yang sebahagian besar kaum keturunan
India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina,
sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh
masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau
majikan ladang getah tidak memberi bantuan
sama ada dari segi fizikal, kewangan dan
pedagogi.
Oleh itu sekolah - sekolah Tamil yang didirikan di
ladang - ladang getah menghadapi beberapa
kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum,
tenaga pengajar dan pedagogi. Sekolah ini
adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc
iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di
ladang getah menjadi buruh kasar. Pada tahun
1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah
meluluskan satu rang undang-undang. Satu
peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan
ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan
membina sekolah bagi anak-anak pekerja
mereka. Mubaligh kristian juga banyak memberi
sumbangan kepada perkembangan pendidikan
Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini
disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga
kebanyakan guru serta buku -buku teks telah
dibawa masuk dari India. Kurikulumnya nya
menegaskan pengetahuan dalam kemahiran
asas 3 M membaca, mengira,dan menulis
karangan,ilmu alam dan kebersihan diri
(personal hygiene)sebelum perang dunia kedua,
program latihan guru kelas normal, selama 3
tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah
Tamil.
Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di
peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan
Inggeris terhadap perkembangan
pembangunan sekolah Tamil terus
menambahkan lagi jurang pendidikan di antara
tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu,
Cina,dan India.
2.5 Pendidikan Inggeris
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah
Melayu apabila Penang Free School ditubuhkan
pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke
19, mubaligh kristian membantu menubuhkan
beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan
sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan
bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris.
Kurikulumnya bercorak Kurikulum ber grammar
School of Great Britain dengan tujuan
mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir
rendah bagi memenuhi keperluan kuasa,
metropolitan British. Pendidikan di sekolah-
sekolah Inggeris diadakan pada peringkat
rendah dan menengah. Bagi memenuhi
keperluan guru pelatih, program latihan guru
kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada
tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun
I907.
Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma
kemudiannya ditawarkan di Raffles College,
Singapura. Manakala pembelajaran tinggi
bermula dengan penubuhan Medical School di
Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun
1912, namanya telah ditukar menjadi King
Edward VII Medical College. Raffles College
yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan
kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.
3.0 SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN
BRITISH
3.1 Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (
1786 1941 )
Sistem sekolah vernakular hanya diperkenalkan
mulai dari pertengahan kurun ke 19 apabila
kerajaan British mula mengambil perhatian
terhadap pendidikan di Negeri negeri selat.
Pada tahun 1854 Gabenor Jeneral dari India
telah mengarahkan Blundell, Gabenor Negeri
negeri Selat, menyediakan satu laporan
mengenai sistem pendidikan di Negeri negeri
Selat serta cadangan cadangan yang boleh
memberi pendidikan kepada rakyat di bawah
pemerintahan British. Blundell, tidak puasa hati
dengan sistem pendidikan di Negeri negeri
Selat, terutamanya pendidikan vernakular
Melayu. Beliau mencadangkan supaya
ditubuhkan sekolah sekolah vernakular Melayu
di Negeri negeri Selat dengan bantuan
kerajaan British.
Pada tahun 1856, dengan bantuan kewangan
daripada DYMM Temenggung Johor dan
Gabenor Blundell, dua buah sekolah vernakular
telah ditubuhkan di Singapura, sebuah di Teluk
Belanga dan sebuah lagi di Kampung Gelam.
Selapas itu kerajaan British telah mendirikan
sekolah vernakular Melayu di Pulau Pinang dan
Melaka.
Penubuhan sekolah vernakular ini tidak
mendapat sambutan yang menggalakkan.
Ibubapa menaruh sangsi terhadap faedah
menghantar anak anak mereka ke sekolah
yang tidak mengajar agama Islam.
Justeru itu, A.M Skinner Pemangku Majistret di
Seberang Prai cuba mendirikan sekolah
sekolah vernakular Melayu dengan
pengubahsuaian daripada dasar kelas Quran.
Mengikut cadangan Skinner, di sekolah
percubaan itu, pelajaran pada waktu pagi
ditumpukankan pelajaran Bahasa Melayu,
manakala pelajaran Al-Quran akan diajar pada
waktu petang.
Sistem yang diperkenalkan olek Skinner disambut
baik dikalangan ibu bapa. Oleh itu sistem
pendidikan ini bukan sahaja mendapat
kejayaan di Seberang Prai, tetapi juga di negeri
negeri lain, terutamanya selepas Skinner dilantik
menjadi nazir sekolah pada tahun 1872.
Antara mata mata pelajaran yang diajar di
sekolah vernakular Melayu ialah Bacaan,
Mengarang, Ejaan, Menulis Ilmu Hisab, Latihan
Jasmani dan Ilmu Alam. Lampiran 1
menunjukkan jadual waktu di sebuah sekolah
Melayu dalam tahun 1880. Mulai dari awal kurun
ke-20, mata mata pelajaran seperti
Perkebunan dan Anyaman ditambah dalam
kurikulumnya, ini berdasarkan cadangan
Winstedt dalam laporannya pada tahun 1917.
Sekolah Vernakular Melayu hanya terbatas pada
darjah empat sahaja. Murid murid di sekolah
Melayu hanya belajar menulis, membaca,
mengira, kegiatan perkebunan dan cara
menganyam. Kurikulum sekolah Melayu tidak
berkembang lebih daripada darjah empat.
Hanya segolongan kecil dapat memasuki
Maktab Perguruan atau Malay Special Class, di
mana mereka boleh meneruskan pelajaran
mereka di sekolah Inggeris nanti.
3.2 Perkembangan Sekolah Vernakular Cina
Sekolah Vernakular Cina pertama yang terdapat
di Tanah Melayu, adalah di dirikan oleh
Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka
pada tahun 1815. Perkembangan pendidikan
Cina di Tanah Melayu bermula dari tahu 1900
apabila Kang You Wei dan Liang Qi Chau,
menteri dan pendidik yang terkenal di Negeri
China, terpaksa melarikan diri ke Tanah Melayu
selepas reformasi mereka di Negeri China gagal.
Kedua mereka menggalakan orang cina supaya
mendirikan sekolah berdasarkan prinsip
pendidikan baru yang menggabungkan
pengajaran Confucius dengan sains Barat.
Ramai pemimpin tempatan menyambut baik
sistem pendidikan cina yang diperkenalkan oleh
mereka. Sebelum ini, kurikulum sekolah
vernakular Cina adalah berdasarkan pelajaran
klasik lama. Selain daripada menghafaz klasik
lama, murid murid juga belajar kaligrafi dan
ilmu kira kira dengan menggunakan abakus.
Rumah orang atau kuil sembahyang digunakan
sebagai tempat menuntut ilmu. Bahasa
pengantar yang digunakan untuk mengajar
ialah dielak tempatan.
Kerajaan British pada masa itu mengamalkan
polisi yang liberal terhadap penubuhan sekolah
Cina di Tanah Melayu. Apabila Republik China
ditubuhkan pada 1911, kerajaan China terus
menyalurkan bantuan kewangan serta memberi
nasihat mengenai pentadbiran sekolah Cina di
Tanah Melayu. Tujuannya adalah untuk
memperkenalkan ideologi Republik Rakyat
China kepada orang Cina di Tanah Melayu.
Menjelang Tahun 1920, terdapat 313 buah
sekolah Cina telah dibina di Negeri negeri Selat
dan 181 buah sekolah Cina di Negeri negeri
Bersekutu. Satu reformasi kebudayaan telah
berlaku di China ianya membawa kesan yang
besar atas sisitem pendidikan Cina di Tanah
Melayu. Salah satu perubahan baru ialah
sekolah sekolah vernakular Cina mula
menggunakan bahasa Mandarin, yang telah
menjadi menjadi bahasa pengantar yang rasmi
di Negeri China. Semua buku teks datangnya
dari Tanah Besar China.
Penjajah British mula sedar bahawa sekolah
sekolah Cina di Tanah Melayu telah menjadi
tempat tempat untuk menyebarkan ideologi
kerajaan Cina. Pihak British telah pun menukar
polisi liberal yang diamalkan dulu dengan
meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah di
Tanah Melayu pada tahun 1920, tujuannya untuk
mengawal aktiviti aktiviti subversif di sekolah
Cina. Antara perkara yang terkandung dalam
Enakmen pendaftaran sekolah ialah :
Pengarah Pelajaran mempunyai kuasa
menutup sebarang sekolah yang tidak mengikut
peraturan mengenai kurikulum, pentadbiran dan
keadaan kesihatan sekolah itu yang ditetapkan
oleh pentadbiran British.
Semua guru dan pentadbirnya dikehendaki
berdaftar dan diseliakan oleh Pengarah
Pelajaran.
Sekolah sekolah Cina yang didaftar di
bawah Enakmen itu akan diberi bantuan
kewangan oleh kerajaan British.
Sekolah yang hanya menggunakan dialek
tempatan sebagai bahasa pengantar sahaja
yang layak menerima bantuan kewangan
kerajaan.
Masyarakat Cina, pada keseluruhannya telah
mencabuli hak asasi orang Cina dalam
pengurusan sekolah sendiri. Mereka membantah
enakmen tersebut, namun demikian pihak British
tetap dengan pendirian mereka.
Enakmen Pendaftaran sekolah yang dikuatkuasa
pada 1922 tidak dapat menyekat
perkembangan sekolah Cina. Justeru itu bahasa
Mandarin juga telah diiktiraf oleh kerajaan British
sebagai bahasa rasmi di di sekolah Cina.
3.3 Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil
sebenarnya bermula semasa perkembangan
ladang getah, kelapa, kopi dan gula di mana
ramai buruh dari India diambil untuk bekerja di
ladang ladang tersebut. Penubuhan Sekolah
Vernakular Tamil ini bergantung kepada majikan
mereka atau usaha dari Persatuan Mubaligh,
kebetulan pada masa itu British masih lagi
mengamal dasar membantu sekolah vernakular
Melayu.
Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu pada
awal kurun ke-20 memerlukan lebih banyak
buruh India bekerja di ladang getah. Untuk
mendorong buruh buruh ini datang bekerja di
ladang ladang di Tanah Melayu, kerajaan
British mula menukar polisi pendidikannya mulai
tahun 1902. Mereka mula memberi kemudahan
untuk menubuh sekolah vernakular Tamil di
mana mana tempat yang difikirkan perlu.
Selain membantu sekolah vernakular Tamil di
ladang British juga menubuhkan beberapa buah
sekolah di bandar untuk kanak kanak India di
mana bapa mereka bekerja di Jabatan Kerja
Raya atau di keretapi. Pada tahun 1920 , satu
kod Buruh dikuatkuasakan. Kod Buruh itu
mewajibkan setiap ladang yang terdapat
sepuluh orang kanak kanak di dalam umur
persekolahan ( 7 14 tahun ) dikehendaki
menyediakan sekolah dan guru untuk kanak
kanak itu. Menjelang tahun 1920 jumlah murid
yang belajar di sekolah Tamil di Negeri negeri
Bersekutu telah meningkat lebih kurang 4000
orang. Dalam Tahun 1930 pula terdapat 4 jenis
sekolah vernikular Tamil di tubuhkan di Tanah
Melayu , anatarnya ialah :
i. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh
kerajaan.
ii. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh
majikan.
iii. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh
komuniti India tempatan.
iv. Sekolah yang didirikan oleh Persatuan
Mubaligh.
Untuk memperbaiki sistem sekolah vernakular
Tamil, kerajaan British telah melantik seorang
nazir sekolah Tamil berbangsa Eropah dalam
tahun 1930.
3.4 Perkembangan Sekolah Inggeris
Penang Free School merupakan sekolah Inggeris
yang pertama ditubuhkan di bawah rancangan
serta bantuan kewangan kerajaan British.
Penubuhan Penang Free School di bawah
rancangan Hutchings telah mendorong negeri
negeri yang lain menubuhkan Sekolah Inggeris
yang serupa, misalnya di negeri Melaka, sebuah
sekolah Inggeris bernama Melaka Free School
telah ditubuhkan pada tahun 1826.
Pada tahun 1905, kerajaan British telah
menubuhkan Malay College di Kuala Kangsar,
sebuah sekolah berasrama penuh, khususnya
bagi anak anak Melayu peringkat
atasan.Penubuhan Malay College adalah dari
inisiatif R.J Wilkinson dengan sokongan kuat dari
DYMM Sultan Idris. Tujuan penubuhan adalah
untuk menyediakan pegawai kerajaan bagi
bahagian tertentu. Penghujung tahun 1930
barulah peluang untuk belajar di sekolah Inggeris
dibuka kepada anak Melayu ( lelaki )melalui
sistem Special Malay Class. Mengikut sistem ini,
murid anak Melayu dari darjah 4 dipilih masuk
Special Malay Class melalui suatu pepriksaan.
Mereka dipilih dikehendaki belajar di Special
Malay Class.
Selain daripada sekolah jenis free dan Malay
College, kebanyakan sekolah Inggeris telah
ditubuhkan atas usaha mubaligh Kristian. Sekolah
ini juga dikenali sebagai sekolah separa bantuan
dari kerajaan British. Sekolah sekolah mubaligh
ini dibuka kepada kanak kanak berbilang
kaum dan tujuan menubuhkan sekolah ini ialah
menyediakan pendidikan umum serta
memperbaiki akhlak kanak kanak berdasarkan
ajaran Kristian.
Sungguhpun kerajaan British menyediakan
pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dengan
mengambilalih sekolah jenis free dan
menjadikan mereka sekolah kerajaan, namum
bilangan murid yang belajar di sekolah Inggeris
amat tidak menggalakan berbanding dengan
murid yang belajar di sekolah sekolah
vernakular yang lain. Rujuk Lampiran 2.
Mengikut polisi pendidikan kerajaan British ,
mereka tidak setuju bahawa pendidikan Inggeris
dibuka secara bebas kepada orang ramai.
Kerajaan British berpendapat memberi
pendidikan Inggeris kepada kanak kanak
tempatanakan menimbulkan masalah
pengangguran serta perasaan kurang memberi
galakan untuk memperkembangkan pendidikan
Inggeris di tanah jajahan mereka.
3.5 Institusi Institusi Pendidikan Yang Lain
Sistem pendidikan sekolah Cina dan sekolah
Inggeris merupakan lebih maju dan lebih
sempurna. Bagi sekolah Cina mereka ada
sekolah menengah hingga Tingkatan 6. Selain itu
mereka juga boleh melanjutkan pelajaran
mereka ke Universiti di Negeri China.
Sekolah Inggeris juga ada mempunyai sekolah
menengah hingga ke peringkat Diploma. Murid
murid dari sekolah Inggeris mempunyai peluang
yang lebih luas dalam bidang pendidikan tinggi.
Selepas lulus peperiksaan Sijil Cambridge
Seberang Laut, yang diperkenalkan kali pertama
di Tanah Melayu pada tahun 1891. Murid murid
mempunyai peluang untuk melanjutkan
pelajaran mereka ke institusi institusi seperti
Kelas Normal, Kolej Pertanian, Kelas Queens
Scholarship dan seterusnya ke SekolahTeknik,
Kolej Perubatan, Kolej Raffles atau universiti -
universiti luar negara.

3.6 Dasar Polisi Penjajah Terhadap Sistem


Pendidikan
Keadaan pendidikan di sekolah Melayu, sekolah
Cina,Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris adalah
disegajakan oleh divide and rule. Dengan dasar
tersebut anak anak Melayu kekal di desa,
manakala yang bukan Melayu ditadbir secara
berasingan. Situasi begini mewujudkan berbagai
bagai kesulitan dari segi sosioekonomi.
Tambahan lagi, terdapat berbagai bagai
bantahan daripada kaum bukan Melayu
apabila cubaan diadakan untuk menyatukan
semua sekolah vernakular iaitu Melayu, Cina dan
India.
3.7 Laporan Winstedt
Tahun 1916 R.O Winstedt, seorang pakar dalam
dalam bidang bahasa dan adat Melayu, dilantik
sebagai Penolong pengarah Pelajaran. Pada
tahun berikutnya beliau telah dihantar ke East
Indies dan Filipina untuk membuat kajian
mengenai pendidikan vernakular dan
vokasional. Sekembalinya, beliau menyediakan
laporan mengenai kajiannya serta mengemukan
cadangan cadangan untuk memperpaiki
sistem pendidikan Vernakular Melayu di Tanah
Melayu di Tanah Melayu. Cadangan
cadangan Winstedt adalah dikelaskan mengikut
beberapa kategori seperti berikut :
i. Kurikulum
ii. Sekolah Vokasional dan Sekolah Pertanian
iii. Pentadbiran
iv Maktab Latihan Guru
3.8 Laporan Barnes
Pada tahun 1949, Jawatankuasa Barnes
ditubuhkan untuk menyatukan semua sekolah
vernakular, iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina,
dan sekolah Tamil. Laporan Barnes dan bertujuan
untuk membubarkan sistem sekolah vernakular
yang berasingan dan menggantikannya dengan
sekolah kebangsaan bagi semua kaum. Sekolah
tersebut akan menggunakan bahasa Melayu
atau bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantarnya. Bahasa Cina dan Tamil terus
diajar sebagai mata pelajaran sahaja di sekolah.
Rasionalnya adalah untuk mencapai perpaduan
dikalangan kanak kanak berbilang kaum.
Barnes menyarankan supaya satu corak sekolah
rendah ditubuhkan, iaitu Sekolah Kebangsaan
yang dibuka kepada kanak kanak semua
bangsa dan diajar oleh guru guru daripada
pelbagai bangsa dan keturunan. Sekolah
sekolah bahasa ibuda semua kaum
dimansuhkan sementara diperingkat menengah
dan selanjutnya.
Laporan Barnes mendapat tentang dan kritikan
daripada orang bukan Melayu atas alasan : Bagi
orang Cina dan India berpendapat Laporan
Barnes ini menggugat bahasa dan budaya
mereka daripada pupus di Tanah Melayu dan
berpendapat kanak kanak ini harus menerima
pendidikan rendah dalam bahasa ibuda mereka
sebelum bahasa lain diajar.
3.9 Laporan Fenn-Wu
Laporan Fenn-Wu pula dibentuk untuk mengkaji
pendidikan Cina di Tanah Melayu. Dua orang
panasihat dari negeri China , Dr W.P Fenn dan
Dr. Wu Teh Yau dijemput untuk mengkaji tentang
sistem pendidikan Cina itu. Kajian ini
menitikberatkan tentang aspek yang berikut :
i. Pengkajian untuk menyesuaikan sistem
persekolahan yang bercorak perkauman
dengan sistem persekolahan bercorak
kebangsaan.
ii. Memberi nasihat tentang penyediaan buku
teks yang berlatarbelakangkan kehidupan di
Tanah Melayu sebagai satui cara untuk
mengasimilasikan keturunan Cina ke dalam
masyarakat Tanah Melayu.
Hasil daripada Laporan Fenn-Wu orang Cina
memahami dan sedia belajar tiga bahasa, iaitu
Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu. Laporan Fenn-Wu ini berusaha
meyakinkan kerajaan bahawa sekolah
vernakular Cina harus diteruskan kerana langkah
ini boleh memberi sumbangan kerah
pembentukan penduduk Tanah Melayuyang
bersatu padu, iaitu melalui penggunaan buku
teks yang berorientasikan negara ini.
3.10 Ordinan Pelajaran 1952
Didapati pandangan pandangan dalam
Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu itu
berlainan, kerajaan British segera menubuhkan
sebuah Jawatankuasa Khas untuk mengkaji
kedua dua Laporan tersebut. Ordinan
Pelajaran ini telah menggariskan beberapa
perkara seperti berikut :
i. Dua jenis sistem persekolahan hendaklah
ditubuhkan; sejenis sekolah yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya
dan sejenis lagi menggunakan bahasa Inggeris
sebagai pengantarnya.
ii. Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak
diteriam sebagai sebahagian daripada sistem
pendidikan kebangsaan.
iii. Sekolah Kebangsaan Melayu akan mula
mengajar bahasa Melayu bermula dari Darjah
Tiga.
iv. Bahasa Melayu adalah wajib di sekolah
Inggeris manakala Bahasa Inggeris adalah wajib
di sekolah Melayu.
Ordinan Pelajaran 1952 ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sepenuhnya kerana
masalah kewangan. Kos bagi menukarkan aliran
vernakular kepada sekolah kebangsaan tidak
dapat ditanggung oleh kerajaanBritish pada
masa itu. Tambahan pula pada masa zaman
Darurat.
4.0 KESAN SISTEM PENDIDIKAN SEMASA ZAMAN
PENJAJAHAN KE ATAS MASYARAKAT MELAYU
4.1 Sikap British Terhadap Pendidikan Melayu
Tujuan pihak Inggeris untuk menyediakan
pendidikan Melayu khasnya dalam pembinaan
sekolah adalah bertujuan untuk memenuhi
selera politik penjajahan mereka sahaja. Objektif
mereka adalah untuk membina pengaruh dan
politik British ( Inggeris ) tanpa melihat keperluan
masyarakat tempatan yang kebanyakannya
terdiri daripada masyarakat tani. Matlamat
utama mereka adalah sekadar memberi
pendidikan kepada orang Melayu untuk
melengkapkan tenaga manusia di peringkat
rendah, iaitu di peringkat buruh. Tegasnya
sekadar untuk menjadi petani yang lebih baik
dari orang tua mereka dan dapat hidup
gembira dalam masyarakat kampung.
Seandainya mereka ( penjajah ) membenarkan
para pelajar Melayu menyambung pelajaran
mereka hingga ke darjah enam adalah satu
kesalahan besar bagi mereka ini adalah
disebabkan bertentangan dengan prisip dan
dasar pendidikan mereka. Golongan ini
berpendapat tujuan utama mereka adalah
sekadar menghapuskan buta huruf pada tahap
yang minimum sahaja ( Cheeseman, 1848 )
Kenyataan in i memeng munasabah oleh sebab
dengan hanya pencapaian setakat darjah
empat, anak anak Melayu sudah dapat
membaca, membuat kiraan yang mudah dan
seterusnya dapat digunakan di dalam urusan
seharian supaya tidak tertipu oleh pekedai
pekedai.
Pihak British juga tidak menggalakkan orang
Melayu menghantar anak mereka ke sekolah
sekolah Inggeris. Malahan R.O. Winstedt sendiri
tidak setuju supaya bahasa Inggeris diajarkan di
sekolah Melayu. Ada juga dikalangan anak
anak Melayu yang mendesak supaya Pihak
British menubuhkan sekoalh Inggeris di Lenggong
dan Krian Perak, namun sudah dasar pihak
penjajah tidak mahu anak anak Melayu ini
maju maka cadangan tersebut ditolak, pihak
British beralasan bahawa anak anak Melayu di
kampung hanya layak bersekolah Melayu
sahaja.
Pihak British sebenarnya khuatir bahawa jika
pelajaran Inggeris di beri kepada masyarakat
Melayu , kesedaran politik serta pemikiran
mereka akan berkembang dan seterusnya
menggugat kedudukan British di Tanah Melayu.
Dalam Perak Govement Gazette , 6 Julai 1884,
telah tercatat :

Mengajar kanak kanak membaca dan menulis


dalam
bahasa ibunda mereka atau bahasa Melayu kita
akan selamat.

Pihak British dengan secara tidak langsung telah


menanamkan sikap memuliakan pekerjaan
buruh dan mengajar orang Melayu supaya terus
tinggal di kampung kampung. Pihak British
mahu supaya masyarakat Melayu tidak akan
berubah nasibnya dan kekal dengan pekerjaan
tradisi. Walau bagaimanapun, bagi melahirkan
pemimpin Melayu yang boleh membantu
birokrasi penjajah serta mengambil dan menjaga
hati golongan bangsawan dan pembesar
pembesar Melayu ketika itu, Maktab Melayu (
Malay College ) Kuala Kangsar telah didirikan
khas untuk anak anak golongan ini.
Menurut Ibrahim Saad, terdapat 3 matlamat
utama pendidikan pada zaman penjajahan
iaitu:
i. Sekolah mempunyai tujuan memasyarakatkan
kanak-kanak dengan nilai-nilai asing ataupun
nilai-nilai bukan pribumi.
ii. Sekolah melantik segolongan kecil masyarakat
pribumi (terutamanya dari golongan pemimpin-
pemimpin tradisional) bagi memenuhi tujuan-
tujuan tertentu mereka.
iii. Sekolah berbagai operasi memenuhi
keperluan tenaga manusia yang paling
minimum dan diperingkat yang paling rendah.
(Ibrahim Saad, 1990:7)
Ketiga-tiga matlamat di atas menunjukkan
bahawa tujuan British memperkenalkan sistem
pendidikan di Tanah Melayu adalah untuk
kepentingan British sendiri iaitu untuk tujuan
ekonomi dan politik dan bukannya untuk
kepentingan kaum pribumi atau kaum
pendatang. British tidak mempunyai sebarang
niat untuk memajukan kaum pribumi mahupun
kaum pendatang. " Matlamat utama sistem
pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk
memberi pendidikan kepada segolongan rakyat
bagi membolehkan sebahagian mereka
memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi ".
(Abdullah Sani & P. Kumar, 1990: 1)

4.2 Kesan Pendidikan Terhadap Orang Melayu


Secara umumnya cara pendidikan sekolah
Melayu dikendalikan oleh pihak British telah
gagal mendapat tempat di hati orang Melayu
sendiri. Kehadiran anak anak Melayu di sekolah
sekolah Melayu ketika itu bukanlah atas dasar
keikhlasan hati untuk menuntut ilmu tetapi
disebabkan oleh paksaan yang telah dikenakan
oleh British dengan cara penguatkuasaan
peraturan tersebut. Pencerobohan British ke atas
sistem pengajian tradisional al Quran sedikit
sebanyak telah menyinggung hati orang
Melayu. Matlamat sebenar pendidikan Melayu
yang inginkan kemajuan yang setanding
dengan orang orang yang terdapat di Tanah
Melayu ketika itu telah tidak tercapai.
Anak anak Melayu lepasan sekolah rendah
Melayu, akan terus pulang ke kampung
halaman mereka untuk bekerja sama ada
sebagai petani, buruh, guru, polis atau peon.
Boleh dikata di sini bahawa pelajar lepasan
sekolah Melayu tidak mempunyai kerja yang
mendatangkan nilai ekonomi yang kukuh.
Pentadbir pentadbir British seperti R.J.
Wilkinson,A.M Skinner dan juga R.O. Winstedt
yang kelihatannya berminat dalam
perkembangan pendidikan orang Melayu,
sebenarnya bukanlah ahli ahli pendidik yang
boleh menyelami dan memahami cita cita
orang Melayu ketika itu. Keikhlasan mereka
menjalankan tugas pada masa itu adalah
diragui dan diakui sendiri oleh William R.Roff.
Ibrahim Saad ( 1981 : 20 ) telah menerangkan :
Banyak orang menyangka bahawa Laporan
Winstedt itu satu
pembaharuan tetapi mengikut Roff, Winstedt
telah tidak memperduli-
kan perkembangan intelek Melayu. Ini
disebabkan pada masa itu
ia sedang membina kemasyhurannya (
reputation ) sendiri dengan
menulis sejarah dan kesusasteraan Melayu.

Nasib masyarakat Melayu sehingga Perang


Dunia Kedua masih lagi belum berubah, mereka
hidup dalam keadaan yang serba daif, masih
tidak mempunyai hala tuju. Orang kampung
pada mulanya tertarik dengan sumbangan
British terhadap pembinaan sekolah - sekolah
Melayu, akhirnya sedar bahawa anak anak
mereka tidak akan maju walaupun mereka
dihantar ke sekolah ataupun tidak . Abu Zahari (
1980 ) telah merumus tentang kesan pendidikan
Melayu ketika itu seperti berikut.
Pendidikan Melayu sengaja disalurkan mengikut
dasar mengekalkan
kaum tani sehingga kurikulum Sekolah Melayu
tidak berkembang
lebih daripada memberi pendidikan dasar
selama empat tahun kecuali
latihan pengurusan sebagai peringkat tertinggi
pendidikan Melayu
sesudah sekolah dasar.
Pendidikan Melayu tidak dapat memberi hasil
dan kesan yang positif terhadap peningkatan
taraf hidup dan keadaan sosial orang Melayu
yang kebanyakkannya tinggal di kampung.
Mereka semakin dihimpit dan kekal hanyut di
dalam kemiskinan, walaupun pada masa itu,
peluang peluang perniagaan dan
perindustrian yang berdasarkan kepada getah
dan bijih timah terdapat di pekan pekan.
Kegagalan pemerintah Inggeris dalam sistem
pendidikan dan seterusnya memajukan orang
Melayu menerusi sistem tersebut telah
menimbulkan semangat kebangsaan Melayu
pada tahun 1930-an.
5.0 KESIMPULAN
5.1 Penutup
Melihat pada latar belakang pendidikan zaman
penjajahan British, dapat kita membuat
kesimpulannya di sini, bahawa pemerintah British
atau pun kolonial tidak berminat untuk
membangunkan rakyat melalui pendidikan.
Persefahaman dan perpaduan dianggap tidak
penting untuk dipupuk menerusi pendidikan.
Justeru itu pihak British mengabaikan soal
penggunaan bahasa pengantar dan kurikulum
yang seragam serta pentadbiran yang
terancang dan penubuhan satu sistem sekolah
yang tunggal yang dapat mendidik dan
menyatukan anak anak daripada semua
keturunan.
Sekolah sekolah terpisah di antara satu dengan
yang lain menurut kedudukan geografi dan
taburan penduduk. Kebanyakan sekolah Melayu
telah ditubuhkan di desa selaras dengan dasar
mengekalkan orang Melayu di kampung
kampung. Sekolah Cina terdapat di kawasan
perlombongan, perniagaan dan perindustrian
kerana sebilangan besar orang Cina tinggal di
kawasan kawasan tersebut dan sekolah Tamil
pula terdapat di ladang ladang getah.
Tidak ada dasar mengenai bahasa pengantar
yang tunggal. Sekolah Inggeris menggunakan
bahasa Inggeris, sekolah Melayu menggunakan
bahasa Melayu, sekolah agama menggunakan
bahasa Arab dan bahasa Melayu, sekolah Cina
pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah
Tamil menggunakan bahasa Tamil.
Dalam pada itu juga boleh dikatakan bahawa
tujuan tujuan utama di sebalik pendidikan
semasa penjajahan ialah untuk memastikan
penjajahan Inggeris berterusan, mengekalkan
eksplotasi ekonomi negara, memastikan bekalan
tenaga kerja peringkat bawah untuk memenuhi
keperluan keperluan penjajah dan mengawal
perkembangan semangat nasionalisme di
kalangan penduduk tempatan.
Dengan corak pendidikan penjajah yang
sebegitu rupa, maka terdapat dua kesan utama,
iaitu sistem pendidikan yang tidak ada
keselarasan dari segi objektif, matlamat,
kurikulum dan perkaedahan dan kewujudan
masyarakat majmuk yang mempunyai ciri
cirinya yang tersendiri.

You might also like