You are on page 1of 8

DERIA PENGLIHATAN

Deria penglihatan merupakan kurniaan Tuhan yang tidak ternilai. Pelbagai maklumat dapat diperoleh
dengan hanya menggunakan penglihatan. Namun deria penglihatan mempunyai hadnya yang
tersendiri. Sebagai contoh kita tidak dapat melihat objek yang terlalu kecil seperti mikroorganisma
mahupun objek yang terlalu jauh seperti planet. Berikut merupakan had penglihatan manusia yang
lain.

Ilusi optik
Apa yang dilihat bukan bergantung kepada imej pada retina sahaja tetapi ia juga bergantung
pada tafsiran otak.
Bintik Buta
Titik buta ialah titik keluar gentian saraf daripada bola mata. Tiada fotoreseptor pada bintik
ini.
Penglihatan stereoskopik dan monokular
Berdasarkan kedudukan mata, jenis penglihatan dapat dibahagikan kepada dua seperti di
bawah

Penglihatan stereoskopik Penglihatan monokular


Kedua-dua mata di hadapan kepala Kedua-dua mata terletak di sisi
Keluasan medan penglihatan terhad kepala
Memberi penglihatan dalam tiga Keluasan medan penglihatan amat
dimensi besar
Berupaya meenganggar jarak dan Kurang berupaya menganggar jarak
kedalaman dengan baik Haiwan mangsa
Manusia dan haiwan pemangsa Membolehkan mengesan pemangsa
Membantu haiwan pemangsa yang mungkin datang dari mana-man
memburu arah
CARA MENGATASI HAD DERIA PEENGLIHATAN

Kebanyakan had deria penglihatan dapat diatasi menggunakan alat-alat optik. Berikut merupakan
beberapa contoh.

ALAT PENGESAN
ULTRABUNYI

BINOKULAR DAN
KANTA PEMBESAR
TELESKOP

ALAT YANG
MENGATASI
HAD DERIA
PENGLIHATAN
MESIN SINAR X-
PERISKOP
RAY

ALAT
PENGIMEJAN
MIKROSKOP
RESONANS
MAGNETIK
FUNGSI ALAT-ALAT:

ALAT PENGESAN ULTRABUNYI


Digunakan untuk melihat fetus di dalam kandungan, atau organ dalam badan.

BINOKULAR DAN TELESKOP


Digunakan untuk melihat objek yang jauh.

PERISKOP
Digunakan di dalam kapal selam untuk melihat objek di permukaan air.

ALAT PENGIMEJAN RESONANS MAGNETIK (MRI)


Digunakan untuk melihat tisu di dalam badan menggunakan medan magnet yang kuat.

MIKROSKOP
Digunakan untuk melihat objek yang seni seperti mikroorganisma.

MESIN SINAR-X
Perubatan Digunakan untuk melihat organ tertentu seperti tulang.
Lapangan Terbang Digunakan untuk memeriksa bagasi.

KANTA PEMBESAR
Digunakan untuk melihat objek yang kecil.
BUNYI DAN PENDENGARAN

Bunyi ialah kurniaan Tuhan yang tak terhingga. Bunyi merupakan satu bentuk tenaga yang dihasilkan
oleh getaran. Bunyi dapat bergerak melalui pepejal, cecair dan gas, tetepi tidak melalui vakum. Bunyi
memerlukan medium untuk dipindahkan. Bunyi dipindahkan paling pantas melalui pepejal kerana
zarah-zarah pepejal yang tesusun rapat memudahkan pemindahan getaran bunyi. Permukaan yang
keras dan licin seperti dinding memantulkan bunyi dengan baik. Permukaan yang kasar dan lembut
seperti langsir menyerap haba dengan baik.

BAGAIMANA KECACATAN PENDENGARAN DIBETULKAN

Kerosakan telinga luar dan telinga tengah mudah dibetulkan. Contohnya, salur telinga yang
tersumbat, gegendang telinga yang pecah dan kerosakan osikelboleh dibetulkan dengan
menggunakan ubat ataupun melalui pembedahan.

Kerosakan koklea dan saraf auditori pula lebih sukar dibetulkan. Kini, terdapat beberapa jenis alat
bantu pendengaran yang boleh digunakan untuk menguatkan bunyi yang memasuki telinga. Dalam
kes yang serius, alat antu pendengaran yang memerlukan implan koklea digunakan .

HAD DERIA PENDENGARAN

Manusia hanya dapat mendengar bunyi yang berfrekuensi di antara julat 20Hz hingga 20000Hz. Julat
ini adalah berbeza bagi seseorang individu. Contohnya, apabila umur kita meningkat, julat bunyi yang
dapat didengar semakin kecil. Selain itu, kita juga tidak dapat mendengar bunyi yang terlalu lemah.
FUNGSI ALAT-ALAT

Stetoskop:

Alat ini membantu doktor mendengar denyutan jantung pesakit.

Mikrofon:

Alat ini menguatkan suara supaya dapat didengari dari jauh.


PENGHARGAAN

Saya SITI ANISAH BINTI NOOR JAMIN tingkatan 2ARIF


ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PUAN
NORDIANA BINTI SUPARMAN kerana memberi
kepercayaan kepada saya untuk membuat folio ini dan
juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dan ahli
keluarga yang membantu dan memberikan maklumat
kepada saya untuk menyiapkan folio ini . Terima Kasih.
PENUTUP

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli


keluarga dan rakan-rakan saya yang membantu dan
memberikan maklumat untuk menyiapkan folio ini.
TERIMA KASIH.
ALAT YANG MENGATASI HAD DERIA PENDENGARAN

STETOSKOP

ALAT YANG MENGATASI


HAD DERIA
PENDENGARAN

MIKROFON

You might also like