You are on page 1of 1

SM ST JOHN TUARAN

HAL EHWAL MURID (HEM)


UNIT KESIHATAN 2017

Visi
Membentuk individu yang sedar tentang kepentingan penjagaan kesihatan, kebersihan dan
keselamatan diri serta persekitaran yang kondusif

Misi
Membentuk persekitaran yang kondusif dan memupuk kesedaran mengenai kepentingan
penjagaan kesihatan, kebersihan dan keselamatan diri bagi menghasilkan individu yang sihat
dan mempunyai modal insan yang seimbang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan
dan aspirasi negara

Matlamat Unit Kesihatan


Meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan, kebersihan dan keselamatan diri
serta persekitaran sekolah yang kondusif

Skop dan Bidang Tugas Unit Kesihatan

1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Program Pembangunan Kesihatan


Murid.
2. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Program Kesihatan Sekolah.
3. Menyebarkan maklumat Program Kesihatan Sekolah secara menyeluruh, sistematik
dan efisien.
4. Menyediakan keperluan untuk menjalankan aktiviti kesihatan bersesuaian dengan
keperluan murid dan situasi setempat.
5. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di
sekolah.
6. Menbuat pemantauan Pelaksaan Pendidikan Kesihatan Murid dan Program Kesihatan
Sekolah.
7. Menyediakan dan memastikan peti pertolongan cemas ada dan lengkap.
8. Menyediakan paparan info-kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid
tentang kepentingan menjaga kesihatan dari semua aspek.
9. Menyedia dan membuat laporan tahunan berkala.
10. Mengedarkan Borang Kebenaran Ibubapa/Penjaga untuk rawatan yang memerlukan
suntikan atau mengambil sampel darah untuk ujian makmal.
11. Menyediakan kemudahan asas dan menberi kerjasama dan bantuan kepada Pegawai
Kesihatan/Pergigian untuk pemeriksaan dan rawatan murid.
12. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan.
13. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.

You might also like