You are on page 1of 4

CARA-CARA BERJIMAT-CERMAT

Amalan berjimat-cermat merupakan amalan yang mulia. Setiap orang perlu


berjimat-cermat.Banyak cara yang dapat dilakukan untuk membudayakan
amalan berjimat-cermat.

Salah satu langkah yang dapat dilakukan termasuklah menjimatkan


penggunaan air dan elektrik. Hal ini perlu dilakukan untuk menggelakkan bil
utiliti yang tinggi. Kita dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan.

Selain tu, kita dapat menjimatkan wang melalui amalan membawa bekalan
makanan ke sekolah atau ke tempat kerja.Sudah pasti tindakan ini dapat
menjimatkan wang saku kita. Selain dapat berjimat, kita juga dapat menikmati
makanan-makanan yang lebih berkhasiat.

Di samping itu, kita tidak perlu membeli barangan yang tidak diperlukan.
Kita hendaklah membeli sesuatu yang penting sahaja. Hal ini perlu dilakukan
untuk menggelakkan pembaziran.

Tambahan pula, kita tidak patut membazirkan makanan. Kita perlu memilih
makanan yang berkahasiat sahaja. Elakkan pembelian makanan segera yang
tidak berkhasiat itu. Makanan segera dapat menjejaskan kesihatan kita di
samping menggelakkan pembaziran.

Kesimpulannya, kita mestilah mengamalkan amalan berjimat cermat


sepanjang masa bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum
habis.
Faedah Menabung.

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan.


Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Menabung memberi
banyak faedah kepada kita.

Salah satu faedah menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-
cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian.Kita
hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Duit baki itu boleh
ditabungkan.

Selain itu, kita juga mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh
digunakan untuk perbelanjaan di universiti nanti. Wang simpanan membantu
kita membeli barang-barang keperluan untuk kita.

Di samping itu, menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa


kesusahan. Wang itu juga boleh digunakan untuk rawatan jika kita sakit atau
mendapat penyakit.

Tambahan pula, menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Ini
berlaku kerana kita mendapat faedah atas simpanan kita. Kita juga dapat hidup
dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain.

Kesimpulannya, amalan menabung perlulah diterapkan sejak kecil lagi bak


kata pepatah melentur buluh biar daripada rebungnya.
Kebaikan belajar secara berkumpulan.

Terdapat pelbagai cara untuk belajar. Antaranya ialah belajar secara


berkumpulan. Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik daripada belajar
secara bersendirian.

Salah satu kebaikan belajar secara berkumpulan ialah membolehkan murid-


murid untuk berkongsi ilmu, idea dan pandangan masing-masing. Murid yang
pandai dapat membantu murid yang lemah.

Selain itu, murid-murid juga dapat menyiapkan kerja rumah atau tugasan
dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Murid-murid dapat menjalin hubungan
rapat dan mesra sesama rakan sebaya.

Tambahan pula, murid-murid juga bersaing antara satu sama lain semasa
belajar dalam kumpulan. Masa lapang dapat diisi dengan aktiviti yang
berfaedah seperti belajar bersama-sama di kawasan pilihan masing-masing.

Di samping itu, belajar secara berkumpulan dapat memupuk semangat


kerjasama dalam diri murid-murid dan menerapkan nilai tolenransi. Para murid
dapat menyiapkan tugasan dengan cepat dan berkesan.

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan merupakan langkah yang bijak


bagi murid iaitu mencapai kecemerlangan.
Cara-cara menghormati guru.

Gurulah yang menjaga dan mendidik kita. Guru ialah ibu-bapa kita sepanjang
kita berada di sekolah. Guru mendidik kita tanpa jemu. Kita perlu sentiasa
menghormati guru sepanjang masa.

Salah satu cara menghormati guru ialah mengucapkan salam ketika kita
bertemu dengan guru. Seorang guru akan berasa senang hati apabila murid-
murid mengucapkan salam.

Selain itu, sikap tekun belajar dan mendengar dengan teliti setiap ajaran guru
ketika berada dalam kelas. Guru akan berasa bahagia dan dihargai apabila kita
mendengar dengan teliti ketika mereka mengajar.

Di samping itu, kita juga boleh menghormati guru dengan cara bersikap sopan
santun dan berbudi bahasa ketika bercakap dan bertanyakan soalan. Murid
yang berbudi Bahasa dan bersopan santun juga akan lebih disayangi oleh guru.

Tambahan pula, jika kita melakukan keslahan atau terlupa menyiapkan


tugasan yang diberi olah guru, kita hendaklah memohon maaf. Murid yang
memohon maaf akan membuatkan guru berasa senang hati dan lebih
dihormati.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa menghormati guru dan mengamalkan budi


bahasa bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama.

You might also like