You are on page 1of 4

KARNIVAL USAHAWAN MILLENIA

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANG
TERBUANG
PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN

28 JULAI
2016
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN REKA CIPTA BAHAN TERBUANG
SAM SULTAN HISAMUDDIN

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk melaksanakan program pertandingan reka


cipta peringkat sekolah yang mana telah dicadangkan di dalam mesyuarat
bidang teknik dan vokasional namun dikelolakan dan dianjurkan oleh Panitia
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dengan kerjasama Panitia Kemahiran
Hidup.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan inovatif


2.2 Mengembangkan dan mencungkil bakat terpendam para murid.
2.3 Mengaplikasikan pengetahuan mengenai reka cipta

2.0 TUJUAN

Pertandingan ini bertujuan bagi memberi peluang kepada para murid


menunjukkan minat terhadap reka ciptaan. Selain itu, murid-murid dapat
mengenal pasti kebolehan mereka di samping mencuba sesuatu yang
baru dan menajamkan pemikiran mereka agar berfikir di luar kotak norma.

3.0 SASARAN

Murid-murid tingkatan 3 SAM Sultan Hisamuddin.

4.0 TEMPAT

Makmal Sains, SAM Sultan Hisamuddin.

5.0 TARIKH

. 28 Julai 2016
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS JUMLAH


1 Hadiah Pertama RM 20 x 3orang RM 60
2 Hadiah Kedua RM 15 x 3 orang RM 45
3 Hadiah Ketiga RM 10 x 4 orang RM 40
Jumlah keseluruhan RM 145

7.0 TENTATIF PROGRAM

Setiap kelas haruslah menghantar sekurang-kurangnya satu kumpulan bagi


mewakili satu kelas.

Hasil projek reka cipta adalah bertemakan kitar semula dan peserta wajib
menggunakaan barang-barang terpakai dalam menghsailkan projek reka cipta.

Pemenang akan diumumkan semasa perhimpunan rasmi.


8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan program ini amat berguna bagi melahirkan murid-murid


yang berfikiran kreatif dan inovatif. Selain itu, murid dapat mencabar kebolehan
masing-masing dalam penghasilan suatu bahan projek reka ciptaan.

Disediakan oleh,

.........................................
(SAADIAH BINTI ABU BAKAR)
Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
SAM Sultan Hisamuddin

Diluluskan Oleh,

.........................................
(PN SERIFAH MAHAYA BINTI SYED DAKIAN)
Pengetua
SAM Sultan Hisamuddin

You might also like