You are on page 1of 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT CHANGGANG

BUKIT CHANGGANG
42700 BANTING,
SELANGOR DARUL EHSAN

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

NAMA PENYELIDIK
SEE TENG TENG
(891223105398)

TAJUK KAJIAN

KEBERKESANAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN PELAJAR


DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH:
KAJIAN TINDAKAN

1
KANDUNGAN

ABSTRAK........................................................................................................................ 3

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajran Lalu....................................................................... 3

2.0 Fokus Kajian.................................................................................................................... 4

3.0 Objektif Kajian................................................................................................................... 5

3.1 Objektif Am................................................................................................................ 5

3.2 Objektif Khusus......................................................................................................... 5

4.0 Kumpulan Sasaran........................................................................................................... 5

5.0 Perlaksanaan Kajian......................................................................................................... 5

5.1 Tinjauan Masalah..... ............................................................................................... 6

5.2 Tindakan Yang Dijalankan ......................................................................................... 6

5.3 Perlaksanaan Tindakan, Pemerhatian dan Refleksi................................................... 6

6.0 Dapatan Kajian Tindakan dan Rumusan ......................................................................... 8

7.0 Cadangan Kajian Seterusnya............................................................................................ 9

Rujukan............................................................................................................................ 10

Abstrak

2
Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti gaya pembelajaran yang akan membawa keputusan yang
positif dalam pembelajaran Sains. Ramai pelajar mengeluh apabila diminta menyelesaikan
soalan pemikiran aras tinggi kerana dianggap susah. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
semakan kerja murid, ujian pra, temubual, serta pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar
tidak dapat mengaitkan teori yang dipelajari dengan keadaan dalam kehidupan harian.
Kemahiran berfikir aras tinggi adalah penting bagi setiap pelajar untuk mendapat markah yang
tinggi. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar tingkatan 1 di dalam aspek
penyelesaian masalah, saya mengaplikasikan Pembelajaran berdasarkan Pelajar. Saya telah
menggunakan pendekatan Pembelajaran berdasarkan Pelajar di mana pelajar dikehendaki
membuat pembentangan powerpoint dan mereka eksperimen. Seramai 29 orang murid serta
seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan
dalam tempoh dua bulan. Tiga aktiviti ini dijalankan dalam lapan kelas dan setiap kelas
mengambil masa 50 60 minit. Keputusan Ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi pelajar.
Pelajar lebih beryakinan dalam menjawab soalan pemikiran aras tinggi menggunakan kaedah ini
kerana ia melibatkan aktiviti dan pelajar dapat mengaitkan teori dengan kehidupan harian.
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini haruslah dikekalkan agar murid lebih
berminat pada mata pelajaran Sains khususnya dalam penyelesaian masalah.

Pengenalan/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses interaksi yang berterusan di antara guru dan
pelajar. Data menunjukkan pencapaian pelajar berbeza apabila kaedah pembelajaran yang
digunakan oleh guru adalah lebih berpusatkan pelajar, sebagai mana dapatan kajian oleh Affandi
bin Ag. Ghani dalam tesis. Saya mengajar di kelas 1KRK bagi mata pelajaran Sains. Punca
utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran ialah
kurangnya pemahaman. Ianya berpunca daripa kurangnya
penerapan pembelajaran berpusatkan pelajar, tetapi lebih kepada berpusatkan guru. Kaedah
tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah kuliah dan kaedah penerangan
terutamanya yang lebih berbentuk teori dan fakta akan membuatkan pelajar bosan dan kurang
berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

3
Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/ syarahan). Ilmu lebih
berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar membuat nota dan
hafal. Tiada berbincangan secara berkumpulan di kalangan pelajar digalakkan untuk
membolehkan berlakunya proses penukaran. Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru
untuk memahami sesuatu topik yang diajar. Pengajaran kadangkala membosankan
kerana tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar dibuat. Guru lebih menumpukan
kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dan kerja rumah/ latihan secara individu.
Pengajaran guru banyak bergantung kepada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik.

Fokus Kajian

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan / menguasai kemahiran
penyelesaian masalah/ kemahiran berfikir aras tinggi. Masalah ini berlaku dalam kalangan murid
adalah kerana mereka tidak mengaplikasikan teori dalam kehidupan sebaliknya hafal teori tanpa
memahaminya. Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan hilang
minat terhadap mata pelajaran Sains. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan
markah kerana system peperiksaan terkini lebih focus pada kemahiran berfikir aras tinggi.

Dalam melaksanakan pembelajaran berpustakan pelajar, pelajar-pelajar akan diberi tugasan


tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan pelajar. Pelajar
kemudiannya akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkannya.
Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan guru.
Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu
diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar
sepanjang masa dan secara berterusan. Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan
pelajar ialah pembentangan hasil tugasan. Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan
memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran
secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar. Dengan membantu murid menguasai kemahiran
penyelesaian masalah dan meningkatkan minat dalam mata pelajaran Sains, saya yakin pelajar
boleh menunjukkan peningkatan dalam Kertas Sains PT3. Keadaan ini juga pasti akan
meningkatkan gred purata sekolah saya.

4
Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid- murid diharap akan mencapai objektif berikut:
i. Objektif Umum
Meningkatkan gred purata sekolah dengan peningkatan peratus kelulusan Sains.

ii. Objektif Khusus


Meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Sains.
Membantu murid menguasai kemahiran penyelesaian masalah/ kemahiran berfikir aras
tinggi.
Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang cemerlang bagi mata
pelajaran Sains.

Kumpulan Sasaran

Kajian melibatkan pengajaran seorang guru dan 29 orang pelajar Tingkatan 1KRK. Keseluruhan
kebolehan pelajar daripada kelas ini adalah pada tahap sederhana dan baik. Lazimnya, dalam
kelas berkenaan, terdapat pelajar yang tidak minat mata pelajaran sains dan tidak dapat
menguasai kemahiran penyelesaian masalah. Oleh itu, kajian tindakan dilaksanakan untuk
mengatasi masalah tersebut.
Pelaksanaan Kajian

Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:

1. Ujian Pra
Ujian ini diberikan kepada pelajaran untuk mengukur tahap pencapaian pelajar dalam
topik 7 sebelum pelaksanaan pembelajaran berdasarkan pelajar.

2. Tindak Balas Dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

5
Tindak balas pelajar dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan oleh
guru.

3. Ujian Pos
Ujian pos diberi untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam topik 7 pada akhir
kajian.

ii. Program Group Presentation

Cara Pelaksanaan:
1. Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan. (setiap kumpulan 4-5 pelajar)
2. Setiap kumpulan dikehendaki mengkaji salah satu subtopic dalam topic 7.
3. Setiap kumpulan dikehendaki membuat powerpoint presentation untuk memberi
penerangan tentang subtopic tersebut.
4. Selepas persembahan setiap kumpulan, guru menggabungkan powerpoint yang
disediakan oleh 6 kumpulan pelajar serta mencetaknya untuk diedarkan kepada semua
pelajar.

iii. Program Design Experiment


Cara Pelaksanaan:
1. Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan. (setiap kumpulan 4-5 pelajar)
2. Setiap kumpulan dikehendaki mereka satu eksperimen yang berkaitan dengan
topic 7 untuk membuktikan teori yang dipelajari.
3. Setiap kumpulan demonstrate eksperimen yang direka.
4. Selepas persembahan setiap kumpulan, guru menggabungkan semua eksperimen
yang direka oleh 6 kumpulan pelajar serta mencetaknya untuk diedarkan kepada
semua pelajar.

6
Aktiviti-aktiviti ini akan diubah suai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan
awal.

Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan


1 18 Julai 2016
data awal

2 Menulis proposal Kajian 25 Julai 2016

3 Merancang Tindakan 25 Julai 2016

4 Melaksanakan tindakan Aktiviti 1 2 Ogos 2016

Menyelidikan masalah yang timbul dalam


5 2 Ogos 2016
Tindakan 1

6 Melaksanakan tindakan Aktiviti 2 9 Ogos 2016

Menyelidikan masalah yang timbul dalam


7 9 Ogos 2016
Tindakan 2

8 Melaksanakan tindakan Aktiviti 3 23 Ogos 2016

Menyelidikan masalah yang timbul dalam


9 23 Ogos 2016
Tindakan 3

10 Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar 6 September 2016

11 Refleksi kajian 14 September 2016

12 Menulis laporan Kajian 28 September 2016

13 Pembentangan dapatan kajian 30 September 2016

7
Dapatan Kajian

Markah Ujian Pra Ujian Pos

Cemerlang 2 18

Kepujian 24 10

Lulus 3 1

Gagal - -

Berdasarkan Jadual, pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah kurang menggalakkan,
iaitu didapati hanya 2 orang pelajar mencapai tahap cemerlang, 24 orang pelajar
mencapai tahap kepujian, 3 orang pelajar lulus dan tiada orang pelajar berada pada tahap
gagal. Walau bagaimanapun, tindak balas pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian. Seterusnya dapatan kajian melalui ujian
pos menunjukkan pencapaian yang menggalakkan. Jika dibuat analisis perbandingan
dengan merujuk kepada analisis ujian pra dengan ujian pos didapati wujud peningkatan
peratusan dalam tahap pencapaian cemerlang dan sebaliknya, wujud penurunan dalam
tahap pencapaian kepujian. Manakala tahap pencapaian pelajar dalam peratus lulus masih
konsisten. Hal ini bermakna, pelaksanaan student based learning dalam pengajaran dan
pembelajaran di kelas memberikan kesan baik terhadap pencapaian pelajar dalam
kemahiran penyelesaian masalah dan minat terhadap mata pelajaran.

8
Cadangan Kajian Seterusnya

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah pengkaji peroleh hasil daripada kajian tindakan
ini, pengkaji berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah
pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh pelajar. Oleh itu, pengkaji
bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan kaedah pembelajaran
berdasarkan pelajar seperti berikut:

I. Keberkesanan kaedah pembelajaran berdasarkan pelajar terhadap pelajar yang lemah.


II. Kaedah pembelajaran mengikut suptopik Sains.
III. Kajian strategi pengajaran yang memperkukuhkan pengajaran abad ke-21
IV. Kajian bentuk hubungkait pembelajaran berdasarkan pelajar dengan pencapaian atau
prestasi murid.

Akhir sekali diharapkan kajian tindakan ini boleh dijadikan rujukan buat para pendidik
khusunya dalam memberi inspirasi meningkatkan daya murid berfikir semasa pembelajaran dan
pengajaran berlangsung.

9
Rujukan

Kember, David (2009). "Promoting student-centred forms of learning across an entire


university". Higher Education. 58 (1): 113.

Student-Centered Learning. (2014). Education Reform


Glossary. http://edglossary.org/student-centered-learning/

Wright, Gloria Brown (2011). "Student-Centered Learning in Higher


Education" (PDF). International Journal of Teaching and Learning in Higher
Education. 23 (3): 9394. ISSN 1812-9129

Geven, K.; Attard, A. (2012). "Time for Student-Centred Learning?". In Curaj, Adrian;
Scott, Peter; Vlasceanu, Laz?r. European Higher Education at the
Crossroads. ISBN 9400739370.

Pedersen, S., & Liu, M. (2003). Teachers beliefs about issues in the implementation of a
student-centered learning environment. Educational Technology Research and
Development, 51(2), 57-76.

Hannafin, M. J., & Hannafin, K. M. (2010). Cognition and student-centered, web-based


learning: Issues and implications for research and theory. In Learning and instruction in
the digital age (pp. 11-23). Springer US.

10

You might also like