You are on page 1of 13

BAB 1

KONSEP, MATLAMAT, PRINSIP DAN STRATEGI PELAKSANAAN


KOKURIKULUM

1.1 KONSEP

1.1.1 Aktiviti kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan


setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di
dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.
Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman
tertentu di bilik darjah maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan
pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental,
minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta
sosial yang positif.

1.1.2 Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota
masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:

(a) Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara


perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan
sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani);

(b) Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh


dikembangkan;

(c) Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri
dan rakan sebaya;

i. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk


keperluan masyarakat dan negara;

ii. Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan


mendidik murid .

1
1.2 MATLAMAT

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan. Antara matlamat yang hendak dicapai adalah seperti
yang berikut:

1.2.1 Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada


tuhan;

1.2.2 Menyeimbangkan perkembangan mental dengan perkembangan rohani,


jasmani dan emosi murid ;

1.2.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid di


dalam sekolah dan antara sekolah;

1.2.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam aktiviti yang
diceburi;

1.2.5 Membina dan meningkatkan disiplin murid;

1.2.6 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;

1.2.7 Membina dan meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala antara
sekolah dan masyarakat;

1.2.8 Mewujudkan sekolah berwatak.

1.3 PRINSIP

Prinsip-prinsip berikut perlu diambil untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum


di sekolah iaitu:

1.3.1 Menyediakan kemudahan asas dan peralatan supaya dapat mewujudkan


pembelajaran merentasi kokurikulum yang menyeronokkan;

1.3.2 Merancang, menganjur, mengelola dan menilai kegiatan kokurikulum


yang berbentuk aktiviti yang melengkapkan dan memperkukuh
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah;

2
1.3.3 Program kokurikulum memberi penekanan kepada pemerolehan,
peningkatan ilmu, kemahiran baharu untuk memupuk sikap positif,
nilai-nilai murni untuk meningkatkan kualiti, sahsiah, disiplin,
ketahanan diri, daya saing bagi kesejahteraan diri murid dan
masyarakat;

1.3.4 Program kokurikulum memberi penekanan kepada usaha bersepadu ke


arah memperkukuh semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum;

1.3.5 Memberi peluang sepenuhnya kepada murid menyertai kegiatan


kokurikulum dan memperagakan kebolehan kepada masyarakat secara
integrasi;

1.3.6 Memastikan perjalanan aktiviti kokurikulum berdasarkan kepada


kurikulum badan induk / gabungan atau yang berkaitan;

1.3.7 Menyediakan skema penilaian aktiviti kokurikulum dalam pelbagai


bidang dan memberi peluang kepada murid untuk mempertingkatkan
tahap pencapaian secara berterusan.

1.3.8 Kegiatan kokurikulum yang dirancang dan dikelolakan akan memberi


peluang serta kesempatan kepada murid untuk mengembangkan minat,
bakat kreativiti dan inovatif masing-masing;

1.3.9 Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan


kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan institusi pengajian tinggi;

1.3.10 Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan


kokurikulum;

1.3.11 Memberi penghargaan dalam aktiviti kokurikulum.

3
1.4 STRATEGI PELAKSANAAN

Untuk mencapai matlamat tersebut, yang berikut ialah beberapa strategi


pelaksanaannya:

1.4.1 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya


kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses
pendidikan di sekolah;

1.4.2. Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, persatuan / kelab,


kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut
dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri
dengan aktif secara individu atau kumpulan;

1.4.3 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti


kokurikulum, yang sesuai untuk tujuan pemupukan perpaduan;

1.4.4 Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat


masyarakat;

1.4.5 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS),


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru dan murid dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum;

1.4.6 Merancang aktiviti kokurikulum dengan teliti untuk mencapai matlamat


yang dikehendaki;

1.4.7 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;

1.4.8 Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid;

1.4.9 Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;

1.4.10 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari


semasa ke semasa.

4
BAB 2

DASAR DAN PETUNJUK PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH.

2.1 DEFINISI

Warta Kerajaan bertarikh , 28hb. Disember, 1967, No. 5652 (Peraturan


Kursus Pengajian) Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum sebagai
kegiatan kumpulan manakala Warta Kerajaan bertarikh 31hb. Disember,
1997, Jld. 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U (A) 531, Akta
Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan)
mendefinisikan kokurikulum seperti yang berikut:
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.

2.2 JENIS-JENIS AKTIVITI

Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei, 1998, Jilid 42.No 11


Tambahan No.41 Perundangan P.U (A) 196, pihak sekolah boleh
menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:

2.2.1 Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan


dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;

2.2.2 Hobi dan rekreasi;

2.2.3 Sukan dan permainan;

2.2.4 Badan beruniform; atau

2.2.5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

5
2.3 PERUNTUKAN MASA

Warta Kerajaan bertarikh 28hb. Disember, 1967, Jilid 11, Bil. 27, No. 5652
telah membuat ketetapan pembahagian masa untuk kokurikulum seperti yang
berikut:

Sekolah Menengah

Tingkatan Aliran Peruntukan Masa


Peralihan ,1 3 180 minit
Sastera 180 minit
Sains 140 minit
Teknik 100 minit
4 dan 5
Pertanian 140 minit
Perdagangan 180 minit
SRT 180 minit
6 180 minit

Sekolah Rendah

Tahun Peruntukan Masa


3 dan 4 60 minit
5 dan 6 120 minit

( Nota: Peruntukan masa minimum seminggu)

2.4 DASAR UTAMA PELAKSANAAN

2.4.1 Kegiatan kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum


kebangsaan.

Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang


termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.

6
Implikasinya:

(a) Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di semua sekolah


adalah wajib.
{Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 )}

(b) Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum ialah


suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh
dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-
duanya sekali di bawah Penalti Am.
( Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 )

(c) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550


yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh
apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM 5000.00
atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau
kedua-duanya.

(d) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta


550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan,
apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang
tidak melebihi RM500.00 sebagai tambahan kepada apa-
apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah
Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap
hari kesalahan itu terus dilakukan.

2.4.2 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah


wajib. Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah
penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil
bahagian sekurang-kurang dalam salah satu gerakerja pakaian seragam,
satu kegiatan persatuan atau kelab atau satu kegiatan sukan atau
permainan.
(Perkara 5.1 SPI Bil 1/1985 Jawatankuasa Bimbingan Pelajar
Sekolah).

7
Implikasinya:

(a) Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada


murid menyertai kegiatan kokurikulum yang diminati oleh
mereka.
{ Untuk tujuan ini pengetua / guru besar telah diperuntukkan
kuasa untuk menubuhkan kelab / persatuan sekolah seperti
dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan
( Persatuan Sekolah ) 1998 yang diterbitkan sebagai PU ( A )
196/98}.

(b) Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan


kokurikulum hendaklah direkod dan diberi penilaian
(Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 SPI Bil.1/1985
Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah dan Perkara 2.1
SPI Bil 2/1986 Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja
Ko-Kurikulum Pelajar )

(c) Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid


itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya ialah suatu
kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan
tindakan disiplin jika disabitkan bersalah, seperti tindakan ke
atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.
(Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-
Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh
murid-murid dan ibu bapa mereka).

2.4.3 Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus,


menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.

Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan


keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah.
(Perkara 5.2 dalam SPI Bil 1/1985-Penubuhan Jawatankuasa
Bimbingan Pelajar Sekolah )

Implikasinya:

(a) Setiap guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan
tanggungjawab yang spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam
bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam
bidang kurikulum.

8
(b) Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi
keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan
kebertanggungjawaban penjawat awam ataupun moral dan
wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin
mengikut
Perintah-perintah Am Pegawai Awam { Kelakuan dan
Tatatertib ( Bab D) }

2.4.4 Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah


merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) dalam bilik darjah yang
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di
dalam bilik darjah
{ Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Kurikulum
Kebangsaan) 1997}

Implikasinya:

(a) Setiap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah


dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif,
kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema
penilaian yang pragmatis dan progresif.

(b) Setiap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah


mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran baharu serta nilai-nilai murni yang membantu murid
membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani secara
seimbang.

2.4.5 Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah hendaklah


berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur
diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan
perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid .
(SPI Bil. 17/2000 bertarikh 16 Nov. 2000 iaitu Penubuhan Kelab
Rukunegara di Sekolah )

Implikasinya:

(a) Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah


bersifat merentas disiplin, bersepadu dan tidak bersifat
eksklusif. Penyertaan terbuka kepada semua murid.

9
2.5 DASAR-DASAR SOKONGAN

2.5.1 Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja


kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya
mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk
masyarakat setempat, bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah,
gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan,
moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan
pembentukan keperibadian.
{Perkara 5.3 SPI Bil 1/1985 - Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan
Pelajar Sekolah )}

2.5.2 Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan


penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.
( Rujuk Subperkara 4.2.1 & Subperkara 5.2 dlm SPI Bil 4/1985
Penubuhan Jawatankuasa Sekolah sebagai Institusi Masyarakat )

2.5.3 Kementerian Pelajaran amat menggalakkan murid bergiat dalam


kegiatan pasukan pakaian seragam yang terdapat di sekolah-sekolah.
Selaras dengan dasar tersebut, guru dan murid juga dibenarkan
menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang
dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh
Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar
( SPI Bil. 24/1998 - Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti
Pakaian Seragam Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan
Kerajaan)

2.5.4 Kementerian Pelajaran membenarkan pihak sekolah menganjurkan


program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara
terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang
berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut
( SPI Bil.12/2000 - Lawatan Pendidikan Murid di Hari
Persekolahan).

2.5.5 Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian


Pelajaran ingin menegaskan bahawa murid di sekolah perlu diberi
ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan
bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
( SPI Bil. 18/2000 - Penggalakan aktiviti Fotografi di Kalangan
Murid Sekolah ).

10
2.5.6 Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru dan pelajar-
pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan
pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah).
Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan / kemenangan
semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang
mempunyai sifat disiplin yang baik.
( Subperkara 8.2.4 SPI Bil 1/1985 - Penubuhan Jawatankuasa
Bimbingan Pelajar Sekolah )

2.5.7 Sekolah mewujudkan peluang kepada murid mengembangkan bakat


dan potensi diri masing-masing dalam bidang kokurikulum yang
diminati oleh mereka ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke
peringkat antarabangsa. Murid juga sebaik-baiknya diberi peluang
memperagakan bakat dan kecemerlangan masing-masing kepada
masyarakat awam.

2.6 INDIKATOR KEBERKESANAN PELAKSANAAN.

2.6.1 Visi dan misi sekolah dalam bidang kokurikulum tertera di tempat-
tempat yang strategik.

2.6.2 Tertera slogan mengenai kepentingan kokurikulum.

2.6.3 Sekolah mempunyai perancangan jangka pendek dan perancangan


jangka panjang pelaksanaan kokurikulum.

2.6.4 Sekolah mempunyai organisasi pengurusan pelaksanaan kokurikulum.

2.6.5 Sekolah mempunyai atau terbukti berusaha untuk menyediakan


prasarana dan perkakasan serta peralatan untuk melaksanakan aktiviti
kokurikulum.

2.6.6 Sekolah mempunyai atau terbukti berusaha untuk memperoleh bahan-


bahan sumber atau rujukan untuk pelaksanaan kokurikulum.

2.6.7 Sekolah mempunyai guru yang banyak terlatih atau terbukti berusaha
untuk melahirkan guru yang terlatih dalam bidang kokurikulum.

2.6.8 Sekolah mempunyai jadual aktiviti kokurikulum tahunan (JAKT).


Jadual disebarkan kepada guru , murid dan ibu bapa.

11
2.6.9 Setiap guru menerima tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam
bidang kokurikulum secara bertulis. Tugas dan tanggungjawab ini
mestilah jelas, spesifik, adil dan kuantitatif serta ada unsur-unsur yang
menguji kepatuhan, kesungguhan dan kebertanggungjawaban serta
yang mencabar professionalisme guru.

2.6.10 Sekolah menubuhkan badan beruniform, persatuan / kelab dan kelab


sukan dan permainan yang sepadan dengan jumlah enrolmen dan
kepelbagaian murid.

2.6.11 Sekolah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah


seperti yang dimaksudkan oleh SPI Bil. 1/1985 dan Jawatankuasa
Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat seperti yang dimaksudkan oleh
SPI Bil. 4/1985.

2.6.12 Fail-fail penubuhan dan pengurusan setiap entiti kokurikulum yang


ditubuhkan aktif dan kemas kini.

2.6.13 Setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum, seperti yang ditetapkan


dan masing-masing mempunyai rekod penyertaan, penglibatan dan
pencapaian dalam bidang kokurikulum yang disertai itu.

2.6.14 Setiap murid diberi penilaian prestasi tahunan atas kehadiran,


perjawatan, penglibatan dan pencapaian mereka dalam bidang
kokurikulum berdasarkan skema penilaian yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.6.15 Sekolah mewujudkan dan mengemas kini pangkalan data mengenai


pencapaian sekolah dan murid dalam bidang kokurikulum pada setiap
tahun.

2.6.16 Sekolah menyediakan insentif atau skema galakan ataupun anugerah


kepada murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum serta kepada
guru atau individu yang memberi sumbangan cemerlang kepada
aktiviti kokurikulum sekolah.

2.6.17Sekolah berjaya merealisasikan konsep Sekolah Berwatak

2.6.18 Wujud peningkatan pencapaian sekolah dalam bidang kokurikulum


berdasarkan kaedah penilaian Standard Tinggi Kualiti Pendidikan
(STKP).

2.6.19 Terdapat sepasukan murid atau individu murid yang mencapai


kejayaan yang cemerlang di peringkat nasional dan antarabangsa.

12
2.6.20Sekolah meriah dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan.

2.6.21 Kadar kemenjadian murid meningkat, iaitu :


i. Kes disiplin berkurangan;
ii. Kehadiran ke sekolah meningkat;
iii. Murid jadi cergas dan ceria;
iv. Kualiti dan kuantiti murid dari aspek budi pekerti dan budi bahasa
meningkat;
v. Kes pergaduhan berasaskan perbezaan etnik, sosioekonomi dan
gender berkurangan;
vi. Prestasi akademik murid meningkat.

2.6.22 Wujud kerjasama yang erat dan produktif antara pihak sekolah dengan
masyarakat, pemimpin tempatan, pihak berkuasa tempatan, jabatan
kerajaan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat
swasta.

2.6.23Murid, guru, ibu bapa dan anggota masyarakat yang lain menyayangi
sekolah.

2.6.24Guru dan murid berpandangan dan bersikap positif terhadap aktiviti


kokurikulum.

2.6.25Sokongan dan sambutan ibu bapa terhadap aktiviti kokurikulum yang


dianjurkan seperti pertandingan, perkhemahan dan aktiviti gotong
royong semakin memberangsangkan.

13

You might also like