You are on page 1of 4

PENGENALAN

Bidang hubungan antarabangsa ini adalah ilmu sains politik yang mengkaji interaksi antara
negara atau organisasi yang terlibat dalam sistem antarabangsa atas kepentingan politik,
ekonomi atau sosial. Menurut Beridge (1992) pula, kajian hubungan antarabangsa adalah
aktiviti negara sama ada kuasa besar, negara kapitalis, demokratik, liberal dan actor-aktor
antarabangsa lain seperti syarikat-syarikat multinasional dan NGO dalam mencapai
kepentingan nasional tanpa mengira sempadan negara. Oleh itu hubungan antarabangsa
juga adalah bidang yang mengkaji politik antarabangsa untuk menentukan dasar tindakan
sesebuah kerajaan ke atas kerajaan-kerajaan lain.

KONSEP HUBUNGAN ANTARABANGSA

Dalam hubungan antarabangsa mempunyai sistemnya yang tersendiri. Sistem tersebut


mempunyai pelbagai unit seperti negara, organisasi, personaliti dan isu. Ia wujud
perbezaan dari segi peringkat, isu, hubungan antara unit, pengaruh dan keupayaan.
Beberapa negara di dunia pada masa kini juga turut mempunyai kedudukan sebagai kuasa
besar dunia kerana memiliki kuasa dan pengaruh ketenteraan dan ekonomi yang kuat.
Hubungan antara kuasa-kuasa besar membentuk sistem hubungan tambahan dalam
hubungan antarabangsa. Kuasa terbesar dalam kumpulan kuasa-kuasa besar tersebut
yang digelar super power lazimnya mempunyai kuasa yang terkuat antara kuasa-kuasa
yang lain merujuk kepada pemilikan senjata dan keupayaan nuklear. Aktor terbahagi
kepada dua iaitu negara dan bukan negara. Aktor negara yang berdasarkan empat ciri
penting kewujudan negara sempadan, populasi, kerajaan dan kedaulatan mampu memberi
kesan pada kedudukan dan pengaruh negara sebagai aktor dalam hubungan
antarabangsa. Sesebuah negara bebas daripada sebarang ancaman, ugutan dan tekanan
luar malah ia berkuasa secara mutlak bagi menentukan kepentingan dan kebajikannya
sendiri. Aktor bukan negara merupakan pertubuhan individu, isu yang mempengaruhi
sistem antarabangsa. Aktor bukan negara memainkan peranan penting dalam hubungan
antarabangsa dan dikawal, dikekang oleh pelbagai aktor-aktor lain. Aktor-aktor ini terdiri
daripada syarikat-syarikat multinasional (MNCs) yang selalunya mampu mengatasi
keputusan dan tindakan negara-negara bagi menentukan kepentingan masing-masing.

Dalam hubungan antarabangsa terdapat beberapa teori yang digunapakai dan


berperanan penting dalam menerangkan dan meramal masa depan hubungan
antarabangsa. Hal ini kerana dunia mengalami perubahan dan melalui teori tertentu
manusia dapat memahami apa yang sedang berlaku dan memahami dengan lebih dalam
lagi. Antara teori yang wujud ialah Realisme, Idealisme dan konstruktivisme. Realisme
merupakan diantara teori yang digunapakai dalam hubungan antarabangsa dan

1
mempunyai kepentingan tersendiri. Perkara asas dalam teori Realisme ialah manusia
secara semlajadi mementingkan diri dan tidak boleh membebaskan diri daripada fakta
bahawa mereka dipacu untuk bersaing sesama sendiri demi kepentingan diri. Dalam
hunbungan antarabangsa, pemimpin dalam sesebuah negara bersikap lebih agresif dan
kepentingan negara harus diutamakan berbanding kepentingan negara lain. Golongan
Realisme menekankan kepada penguasaan kuasa yang ada pada diri manusia itu sendiri.
Melalui teori ini juga, sistem negara adalah berbentuk anarki. Tiada kuasa selain negara
yang mampu meregulasikan interaksi mereka, negara perlu berhubung dengan negara lain,
berbanding dikawal oleh entiti lain.

Konsep dalam hubungan antarabangasa akan memberikan lagi pemahaman agar


kita lebih memahami apa yang dikatakan sebagai hubungan antarabangsa. Negara-negara
perlu berhubung di antara satu sama lain untuk memenuhi kepentingan serta matlamat
negara. Konsep hubungan antarabangsa dapat dilihat melalui kuasa, polar, independence
dan dependence. Kuasa merupakan kekuatan yang diperolehi daripada 3 elemen iaitu
pengetahuan, kekuatan militari dan kegagahan. Kuasa juga merupakan matlamat akhir
yang perlu diambil kira dalam pembentukkan dan pemilihan dasar luar. Kuasa juga
menyumbang kepada keupayaan, kekayaan dan pengaruh dalam hubungan antarabangsa.
Apabila negara mempunyai kuasa, negara tersebut akan dapat bersaing dengan negara
lain dan mengekalkan kedudukannya daripada musuh.

Selain itu, kepentingan nasional juga penting dalam hubungan antarabangsa.


Kepentingan nasional ialah sebuah tujuan umum, berjangka panjang dan berterusan di
mana sebarang negara, kerajaaan atau rejim melihat diri mereka sebagai
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya pada sesuatu jangka masa. Kepentingan
nasional akan menjadikan sesebuah negara melakukan sesuatu perkara yang boleh
memberikan keuntungan kepada kedudukannya sama ada daripada segi politik, ekonomi
dan sosiobudaya. Apabila konsep ini dilaksanakan dengan berterusan akan dapat
mengekalkan kedudukan negara dalam kedudukan yang selamat dan stabil.

Dalam hubungan antarabangsa, terdapat struktur yang terbentuk di dalamnya.


Struktur ini terbentuk dalam tiga peringkat kuasa yang dimiliki oleh beberapa buah negara.
Peringkat tersebut ialah kuasa besar, kuasa menengah dan kuasa kecil. Peringkat kuasa
ini akan memisahkan kelompok negara yang berkuasa besar seperti Amerika dan Rusia
yang mempunyai kekuatan militer yang kuat dan canggih. Kuasa menengah merupakan
negara yang kuasa tidak terlalu kuat dan tidak terlalu tengah. Negara berkuasa menengah
kurang menonjol seperti negara berkuasa besar yang sering kita lihat dan dengar mengenai

2
penglibatan dalam masalah yang berlaku di dunia terutama maslaah berkaitan
ketenteraan. Negara berkuasa kecil tidak begitu menonjol kerana negara tersebut tidak
mempunyai kekuatan militer yang kuat dan canggih. Negara berkuasa kecil selalunya di
pengaruhi oleh negara yang berkuasa diatasnya.

SEJARAH HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN SERANTAU SEHINGGA TERBENTUK


ASEAN

Penglibatan negara-negara dalam organisasi antarabangsa adalah bertujuan untuk


mengorientasikan kedudukan. Penglibatan dalam organisasi antarabangsa akan
memberikan faedah yang berguna kepada negara. Jika sesebuah negara tidak menyertai
mana-mana organisasi antarabangsa, negara tersebut akan terumbang-ambing dan
mudah jatuh kemana-mana kuasa. Terdapat banyak organisasi antarabangsa yang
ditubuhkan dengan pelbagai tujuan dan matlamat yang mahun dicapai. Antaranya NATO,
PBB, ASEAN, OIC, EU dan lain-lain. Organisasi yang ditubuhkan mendapat persetujuan
daripada negara-negara terlibat dan tidak bertentangan dengan undang-undang
antarabangsa.

Kerjasama serantau di Asia Tenggara bermula pada tahun 1954 iaitu Southeast
Asia Treaty Organization (SEATO) yang ditubuhkan atas usaha Amerika Syarikat (AS).
SEATO dianggotai oleh Thailand dan Filipina. Penubuhan SEATO adalah bagi menyekat
perluasan pengaruh komunis di Asia Tenggara selepas peristiwa kejayaan komunis
bertapak di Indochina. Selepas tahun 1960 an, kerjasama serantau mula berkembang
dengan pesat dengan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) pada tahun 1961,
diikuti oleh Persekutuan Malaysia-Filipina-Indonesia (MAPHILINDO) pada tahun 1963 dan
kemuncak kerjasama serantau dengan penubuhan Association of Southeast Asian Nations
(ASEAN) pada tahun 1967.

Jika diperhatikan, penubuhan ASA adalah disertai dengan Perisytiharan Bangkok


pada 1 Ogos 1961. Malah, tujuan ASA adalah menggalakkan kerjasama dalam bidang
ekonomi, kebudayaan, dan menubuhkan satu mekanisme yang berkesan untuk
perundingan serta ingin menjadikan ASA sebagai sebuah pertubuhan bebas yang tidak
terikat kepada mana-mana blok kuasa. Sungguhpun begitu, ASA tidak mempunyai tujuan
politik tetapi hasrat yang tersirat menunjukkan arah politik dan keselamatan. Hal ini jelas
dilihat, dengan keadaan ekonomi yang lebih terjamin akan mengurangkan berkembangnya
pengaruh fahaman komunis.

Selepas kegagalan ASA untuk mewujudkan hubungan baik dalam kalangan negara
Asia Tenggara, MAPHILINDO telah ditubuhkan bagi menggantikan ASA. Tujuan
penubuhan MAPHILINDO adalah mewujudkan keamanan dan kestabilan rantau Asia

3
Tenggara melalui hubungan erat dengan negara-negara Asia Tenggara melalui konsep
penyatuan rumpun Melayu. Walaubagaimanapun, penubuhan MAPHILINDO yang
sebenarnya adalah untuk menyelesaikan masalah pembentukan Malaysia yang di
cadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dan memelihara hubungan baik Malaysia dengan
Filipina dan Indonesia yang terjejas oleh idea pembentukan Malaysia. Perundingan yang
kerap di semua peringkat diadakan di antara ketiga-tiga negara berdasarkan persetujuan
memelihara perhubungan persaudaraan. Namun begitu, MAPHILINDO mengalami nasib
yang sama dengan ASA apabila Indonesia melancarkan Konfrontasi ke atas Malaysia pada
17 September 1963 sehingga gagal mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia
Tenggara.

Selepas berakhirnya Konfrontasi, ASEAN telah ditubuhkan semasa Deklarasi


Bangkok 1967 yang telah membuka lembaran baru dalam kerjasama serantau di Asia
Tenggara. Malah, matlamat penubuhan ASEAN adalah untuk mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi, sosial dan perkembangan budaya serantau. Peryertaan dalam
ASEAN diperluaskan kepada negara Asia Tenggara yang lain seperti Brunei menyertai
ASEAN pada tahun 1984 dan Vietnam tahun 1995. Dengan demikian, dapat dikatakan
bahawa, ASEAN merupakan negara kerjasama serantau yang berjaya dan berkesan dalam
mewujudkan hubungan baik antara negara anggota sehinggakan rantau Asia Tenggara
menjadi aman damai dan stabil. Kejayaan ini disebabkan oleh ASEAN mengamalkan dasar
hidup bersama secara aman iaitu setiap negara di rantau ini mestilah menghormati
kedaulatan dan keutuhan sesebuah negara dan tidak boleh mencampuri urusan negara
ASEAN yang lain.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, hubungan antarabangsa bukan sahaja terjalin atas dasar politik. Tetapi
hubungan antarabangsa juga boleh terjalin di atas dasar aspek perniagaan, sosiobudaya,
misi keamanan dan sebagainya. Kaedah yang sistematik dan berkesan perlu digunakan
dalam usaha menjelaskan isu-isu antarabangsa iaitu melalui kaedah penjelasan
berdasarkan geografi atau tumpuan terhadap komponen-komponen tertentu dalam
hubungan antarabangsa. Hubungan antarabangsa yang terjalin harus dijaga kerana
kadangkala ia menimbulkan kesan negatif dan begitu juga sebaliknya. Penglibatan
Malaysia dalam hubungan antarabangsa mempunyai peranan dan sumbangan yang
tersendiri dan langkah tersebut perlu dipertingktkan dari semasa ke semasa agar
kedudukan negra dalam hubungan antarabanga dapat diperteguhkan dan dipertahankan.

You might also like