You are on page 1of 1

TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENASIHAT PERSATUAN & KELAB

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN

Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.


Memastikan peraturan dan perlembagaan persatuan dan kelab diwujudkan dan dilaksanakan.
Memastikan aktiviti persatuan dan kelab selaras dengan visi, misi, objektif dan matlamat sekolah.
Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas masing-masing seperti yang dicatatkan dalam perlembagaan persatuan dan
kelab.
Merancang aktiviti tahunan melalui sesi perbincangan antara guru penasihat dengan jawatankuasa dan menyerahkannya
kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk didokumentasikan.
Memastikan aktiviti tahunan yang dirancang berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.
Memastikan segala minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dalam dua salinan untuk difailkan dalam fail
persatuan/ kelab dan diserahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk didokumentasikan
Merancang strategi terbaik dan berkualiti untuk peningkatan kecemerlangan persatuan dan kelab.
Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
Mendaftarkan persatuan dan kelab kepada Pengetua atau Badan Induk.
Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan dengan baik.
Membuat anggaran kasar pendapatan dan perbelanjaan persatuan dan kelab.
Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan persatuan dan kelab dengan baik dan selamat.
Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/ Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan dan kelab.
Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
Memastikan tidak ada unsur hasutan tersebar di kalangan ahli.
Mencadangkan nama-nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
Memberi kerjasama yang utuh kepada pihak sekolah bagi menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah seperti Minggu Kokurikulum,
Hari Sukan, Hari Perayaan, Hari Guru dan lain-lain.
Memaklumkan kepada ahli-ahli persatuan dan kelab melalui memorandum yang dilekatkan pada papan kenyataan yang
disediakan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
Menguruskan segala proses surat-menyurat dan keperluan bagi kegiatan luar sekolah.

You might also like