You are on page 1of 1

Kepada

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Tuan,
Memohon Sumbangan Untuk Kelab Seni Budaya ke Festari PJ 2016

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kelab Seni Budaya sekolah memerlukan sumbangan untuk membiayai kos perbelanjaan kelab ke
Festari PJ 2016 anjuran Bahagian Kebudayaan, Kesenian, Sosial dan Perlancongan MBPJ bagi peringkat
Saringan.

3. Sehubungan dengan itu, Kelab Seni Budaya memerlukan kos perbelanjaan untuk membayar elaun
jurulatih. Dilampirkan kertas kerja pertandingan bagi rujukan tuan.

4. Untuk makluman tuan, sebahagian perbelanjaan telah disumbangkan oleh ahli yang terlibat. Anggaran
kasar perbelanjaan ialah seperti mana dilampirkan bersama surat ini.

5. Kelab Seni Budaya amat berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi sumbangan dalam membantu
membiayai perbelanjaan ke pertandingan tersebut. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi guru
penasihat iaitu di talian untuk keterangan lanjut.

Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian ,

Yang benar

..

Guru Penasihat
Kelab Seni Budaya SMKKJ

You might also like