You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12


DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
TARIKH : 26 FEBRUARI 2017
HARI : AHAD
TEMPAT : DEWAN SK PERMAS JAYA 4
MASA : 8.00 PAGI
PENGACARA : RUZIATHUL AMIRA BINTI MAZLAN
NOR AKMAR BINTI AMON

Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera


Mengambil tempat duduk : (RI)

Tuan-tuan dan puan-puan,

Tempat kancing pada baju


Tempat gelang pada lengan

Tempat kalung pada leher


Tempat cincin di jari

Tuan-tuan dan puan-puan diminta mengambil tempat duduk masing-masing. Sebentar lagi majlis akan dimulakan. Terima Kasih.

Penuhkan kerusi di hadapan :

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kalau jagung biar penuh baris bijinya


Kalau sikat biar penuh barisan giginya

Kalau berguru lebih dekat lebih faham


Kalau berkasih lebih dekat lebih sayang

Tuan-tuan dan puan-puan, sila penuhkan kerusi di hadapan kerana sebentar lagi majlis akan dimulakan. Terima kasih.
MASA CUE/AKTIVITI ANN/PENGUMUMAN

8.00 pagi Aluan pengacara Mesyuarat Hadirin dipersilakan duduk.


PIBG
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Yang Dihormati
Pn Mas Ayu binti Sapahat
Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4

Yang Berusaha
Puan Rosni binti Kassim
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4

Yang Dihormati
Guru-guru Penolong Kanan

Yang Dihormati
guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4, para ibu bapa seterusnya
tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian.

Syukur Alhamdulillah
bersama kita panjatkan ke hadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada hari yang
berbahagia ini untuk sama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4 kali ke-12 bagi tahun 2017.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis kita pada pagi
ini.

Jauh-jauh kapal datang,


Jintan selasih dimasak minyak,
Tuan Puan jauh ke mari datang,
Terima kasih banyak-banyak.
Bacaan doa Hadirin sekalian,

Payung rendah menghias beca


Beca Perlis lampu terpancar
Tangan ditadah doa dibaca
Agar majlis berjalan lancar

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati En Sapuan bin Wagino untuk memimpin lafaz
bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Sapuan bin Wagino atas bacaan doa sebentar
tadi.

Mesyuarat Agung PIBG Tuan-tuan dan puan-puan,


tanpa melengahkan masa, saya menyerahkan majlis ini kepada Yang Dihormati, Pn Mas Ayu binti
bermula
Sapahat, Yang diPertua PIBG SK Permas Jaya 4 untuk mengendalikan mesyuarat Agung PIBG
pada pagi ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Mesyuarat Agung PIBG tamat Hadirin sekalian,


dengan ini maka berakhirlah sudah Mesyuarat Agung PIBG SK Permas Jaya 4 kali ke-12.
Diharapkan apa yang telah dibincangkan tadi mendapat maklum balas yang baik dan kerjasama
yang sepenuhnya dari semua pihak untuk kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kita di
masa hadapan. Murid Berjaya, Sekolah Ceria, Guru Gembira, Ibu Bapa Bahagia.

Dijemput semua hadirin untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Kita berehat sehingga jam
10.00 pagi, dan masuk semula ke dalam dewan bagi meneruskan Majlis Anugerah Cemerlang.
Diharap semua hadirin dapat memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan majlis kita pada
hari ini berjalan dengan lancar. Segala kerjasama yang diberikan didahulukan dengan ucapan
ribuan terima kasih.

You might also like