You are on page 1of 1

Mat Kilau (1847[perlu rujukan]-1970) merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang

penjajah British di Pahang. Nama penuh beliau ialah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah.
Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam
tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.[perlu rujukan] Mat Kilau pandai
mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir
Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.[perlu rujukan]
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang
bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Imam Daud adalah seorang
guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru
mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan
tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu
kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan
beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau
juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara
agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj.Uthman bin Senik) yang merupakan mufti
Pahang ketika itu.
Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau
Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut
beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan
Kelantan.[perlu rujukan]

You might also like