You are on page 1of 12

PRINSIP PERAKAUNAN

Kertas 1
September 2015
1 Jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

PRINSIP PERAKAUNAN
TINGKATAN 5

Kertas 1

Satu jam lima belas minit

___________________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan objektif.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan
jawapan yang baharu.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.

Koleksi Trial 1 Cg Narzuki Online


2015
1 Dua pihak pengguna yang menggunakan Penyata Kewangan adalah pengguna dalaman dan luaran.
Siapakah pengguna dalaman?

A Pemilik, pekongsi, lembaga pengarah


B Pemilik, pemegang saham, pihak bank
C Pihak pengurusan, kerajaan, pemiutang
D Pemiutang, Lembaga Hasil Dalam Negeri, pihak bank

2 Apakah yang dimaksudkan liabiliti terhad?

A Perniagaan menanggung hutang peribadi pemilik


B Hutang perniagaan berdasarkan jumlah yang dilaburkan sahaja
C Aset peribadi pemilik digunakan untuk membayar hutang perniagaan
D Aset bukan semasa perniagaan digunakan untuk membayar hutang perniagaan

3 Apakah tujuan pengauditan?

A Menyediakan maklumat kepada pengguna luar sebagai rujukan untuk membuat keputusan
B Menyediakan maklumat kepada pengguna dalaman untuk proses membuat keputusan
C Memeriksa rekod perakaunan mengikut piawaian yang diterima umum
D Menyediakan khidmat nasihat berkaitan percukaian

4 Bayaran insurans untuk rumah kediaman pemilik perniagaan tidak boleh


dianggap sebagai belanja perniagaan.
Apakah prinsip perakaunan yang digunakan?

A Entiti berasingan
B Badan berterusan
C Prinsip pemadanan
D Tempoh perakuanan

5 Aset yang boleh ditunaikan dalam tempoh yang singkat.


Apakah aset yang mempunyai maksud tersebut?

A Pinjaman
B Kenderaan
C Overdraf bank
D Stok barang niaga

6 Butiran manakah yang merupakan liabiliti semasa?

I Promosi terakru
II Promosi terdahulu
III Sewa diterima terakru
IV Sewa diterima terdahulu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Koleksi Trial 2 Cg Narzuki Online


2015
7 Butiran manakah yang merupakan belanja kendalian perniagaan?

A Rugi atas jualan kenderaan


B Faedah pinjaman bank
C Insurans peribadi
D Promosi

8 Perniagaan Belati Emas mempunyai carta akaun seperti berikut:

Jenis akaun Kod item


Aset 1000 - 1999
Liabiliti 2000 - 2999
Ekuiti pemilik 3000 - 3999
Hasil 4000 - 4999
Belanja 5000 - 5999
Apakah nombor kod yang betul bagi akaun hutang lapuk terpulih?

A 1010
B 2020
C 4040
D 5050

9 Jadual di bawah menunjukkan kesan satu urus niaga ke atas aset dan ekuiti pemilik.

Urusniaga Kesan ke atas


Aset Ekuiti Pemilik
M Berkurang Berkurang
Apakah urus niaga yang berkaitan dengan M.

A Menerima tunai untuk sewa


B Membeli komputer dengan cek
C Membawa masuk van peribadi untuk kegunaan perniagaan
D Mengeluarkan tunai perniagaan untuk membayar sewa rumahnya

10 Pilih urus niaga yang direkodkan ke dalam Jurnal Am.

I Belian perabot terpakai secara tunai


II Pulangan barang rosak kepada pembekal
III Ambilan barang niaga untuk tujuan promosi
IV Pemilik membawa masuk van peribadi untuk kegunaan pejabat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Koleksi Trial 3 Cg Narzuki Online


2015
11 Dokumen perniagaan di bawah dihantar oleh Kedai Roti Sedap.

SALINAN N/K : 707


NOTA KREDIT

Kedai Roti Sedap


No 2, Anjung Bercham Elit
31400 Ipoh, Pearak

Kepada:
Restoran Lazat
LengkukTaman Anda
31400 Ipoh, Perak Tarikh : 18 September 2015

Bil Butir Jumlah


RM
1 Roti Gulung Sardin 40 .00
(rosak 40 bungkus berharga RM40 dalam Invois No. 007)
Jumlah 40.00

Zura
Pengurus

Apakah tujuan Kedai Roti Sedap menghantar dokumen perniagaan tersebut?

A Menambah hutang Restoran Lazat


B Menambah hutang Kedai Roti Sedap
C Mengurangkan hutang Restoran Lazat
D Mengurangkan hutang Kedai Roti Sedap

12 Jadual di bawah berkaitan dengan Akaun Nyata dan Akaun Nominal sebuah perniagaan.

Akaun Nyata Akaun Nominal


I Alat tulis Insurans
II Tunai Alatan pejabat
III Lengkapan Komisen
IV Premis Kadar bayaran
Pilih pasangan akaun yang betul.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13 Apakah kegunaan Buku Tunai Runcit?

A Memudahkan kerani akaun merekod bayaran


B Mengelakkan penggunaan cek bagi bayaran kecil
C Menggalakkan pembelian barang dengan amaun terendah
D Membolehkan bayaran kecil mudah direkod ke dalam Buku Tunai

Koleksi Trial 4 Cg Narzuki Online


2015
14 Pada 17 Jun 2015, Perniagaan FMY membeli sebuah komputer riba untuk kegunaan perniagaan
berharga RM1 500 daripada Asus NS Trading secara kredit. Antara berikut, catatan yang manakah
betul dalam Akaun Alatan Pejabat?

A
Akaun Alatan Pejabat
2015 RM
Jun 17 Asus NS Trading 1 500

B
Akaun Alatan Pejabat
2015 RM
Jun 17 Belian 1 500

C
Akaun Alatan Pejabat
2015 RM
Jun 17 Asus NS Trading 1 500

D
Akaun Alatan Pejabat
2015 RM
Jun 17 Belian 1 500

15 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan AZ.

Akaun Kawalan Pemiutang


2015 RM 2015 RM
Sept 1 Baki b/b 120 Sept 1 Baki b/b 4 300
Apakah kemungkinan menyebabkan lejar tersebut mempunyai baki debit?

I Wujudnya hutang lapuk apabila penghutang dan pemiutang adalah peniaga yang sama
II Bayaran kepada pemiutang bagi menjelaskan semua hutang
III Peniaga menerima elaun setelah hutang dijelaskan
IV Bayaran kepada pemiutang melebihi hutangnya

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

16 Bayaran tunai RM 510 kepada Soria telah didebitkan ke Akaun Tunai dan dikreditkan ke Akaun
Soria.
Apakah catatan pembetulan bagi kesilapan tersebut?

Debit RM Kredit RM
A Tunai 510 Soria 510
B Soria 510 Tunai 510
C Tunai 1 020 Soria 1 020
D Soria 1 020 Tunai 1 020

Koleksi Trial 5 Cg Narzuki Online


2015
17 Maklumat berikut diperoleh daripada Kedai Saufi.

Imbangan Duga pada 31 Ogos 2015


Butiran Debit Kredit
RM RM
Pulangan 450
Diskaun 650
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan Imbangan Duga tersebut?

I Pulangan masuk RM450


II Diskaun diberi RM650
III Pulangan keluar RM450
IV Diskaun diterima RM650

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kedai Nabila.

Akaun Komisen
2015 RM 2015 RM
Jun 30 Untung rugi 2 500 Jun 30 Bank 3 200
N 700
Apakah N?

A Komisen diterima terdahulu


B Komisen dibayar terdahulu
C Komisen diterima terakru
D Komisen dibayar terakru

19 Petikan Imbangan Duga di bawah diperoleh daripada Walad Enterprise.

Imbangan Duga pada 30 Jun 2015


Butiran Debit Kredit
RM RM
Penghutang 12 000
Peruntukan Hutang Ragu 350
Maklumat tambahan:
Peruntukan hutang ragu sebanyak 5% setahun atas penghutang

Berapakah peruntukan hutang ragu dalam Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2015.

A Penambahan peruntukan hutang ragu sebanyak RM 250


B Pengurangan peruntukan hutang ragu sebanyak RM 250
C Pengurangan peruntukan hutang ragu sebanyak RM 600
D Penambahan peruntukan hutang ragu sebanyak RM 600

Koleksi Trial 6 Cg Narzuki Online


2015
20 Butiran manakah yang dicatat dalam Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

A Stok awal
B Stok akhir
C Stok purata
D Stok alat tulis

21 Maklumat berikut berkaitan dengan Akaun Gaji. Sepanjang tahun kewangan berakhir
31 Mac 2015, perniagaan telah membayar gaji dengan cek RM 11 400.

1 April 2014 31 Mac 2015


RM RM
Gaji terdahulu 450 900
Berapakah jumlah gaji yang dipindahkan ke Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir
31 Mac 2015?

A RM 10 050
B RM 10 950
C RM 11 850
D RM 12 750

22 Petikan Imbangan Duga di bawah diperoleh daripada Ehsan Enterprise.

Imbangan Duga pada 31 Mei 2015


Butiran Debit Kredit
RM RM
Penghutang 24 000
Hutang lapuk 750
Peruntukan Hutang Ragu 345
Maklumat Tambahan:
Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada kadar 5% setahun atas penghutang bersih.

Kunci Kira-kira manakah yang betul merekod nilai penghutang?

A
Kunci Kira-kira pada 31 Mei 2015
RM
Aset Semasa:
Penghutang 24 000
tolak: peruntukan hutang ragu 345
23 655

B
Kunci Kira-kira pada 31 Mei 2015
RM
Aset Semasa:
Penghutang 24 000
tolak: peruntukan hutang ragu 1 095
22 905

Koleksi Trial 7 Cg Narzuki Online


2015
C
Kunci Kira-kira pada 31 Mei 2015
RM
Aset Semasa:
Penghutang 24 000
tolak: peruntukan hutang ragu 1 200
22 800

D
Kunci Kira-kira pada 31 Mei 2015
RM
Aset Semasa:
Penghutang 24 000
tolak: peruntukan hutang ragu 1 545
22 455

23 Butiran manakah yang terlibat semasa mengemaskini Buku Tunai bagi tujuan menyediakan
Penyata Penyesuaian Bank?

I Caj bank
II Pindahan kredit
III Cek belum ditunaikan
IV Deposit belum dikreditkan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

24 Maklumat gaji Puan Zaitun adalah seperti berikut:


RM
Gaji bulanan 3 000
Elaun perumahan 200
Pinjaman peribadi 130
Elaun perjalanan 150
Berapakah gaji kasar Puan Zaitun?

A RM3 000
B RM3 480
C RM3 220
D RM3 350

25 Manakah yang terkandung dalam Akta Perkongsian 1961?

A Untung atau rugi akan dibahagi sama rata antara pekongsi


B Pekongsi yang terlibat mengurus perniagaan layak menerima gaji
C Pekongsi yang menyumbang modal layak menerima faedah atas modal sebanyak 10%
setahun
D Pekongsi yang memberi pinjaman kepada perniagaan layak menerima faedah sebanyak
10% setahun

Koleksi Trial 8 Cg Narzuki Online


2015
26 Apakah butiran yang terdapat dalam ekuiti pemilik perkongsian.

A Ambilan
B Untung bersih
C Akaun semasa
D Faedah atas pinjaman

27 Encik Kenny adalah pekongsi bagi Perkongsian AaBaTa. Berdasarkan perjanjian yang telah dibuat,
beliau berhak menerima elaun sebanyak RM 9 600 setahun. Pada pertengahan tahun, beliau telah
dibayar elaun sebanyak RM 3 000.

Bagaimanakah pernyataan di atas di rekod?

Debit Kredit
Akaun Pengasingan Untung Rugi Akaun Semasa Kenny
A RM9 600 RM3 000
B RM3 000 RM9 600
C RM9 600 RM6 600
D RM6 600 RM9 600

28 Apakah butiran yang didebitkan ke Akaun Pengasingan Untung Rugi?

A Faedah atas modal, gaji pekongsi dan ambilan


B Faedah atas pinjaman, gaji pekongsi dan untung bersih
C Faedah atas modal, gaji pekongsi dan elaun pekongsi
D Faedah atas pinjaman, faedah atas ambilan dan elaun pekongsi

29 Modal berdaftar Syarikat Indra Berhad terdri daripada:

7 000 000 unit 5% Saham Keutamaan bernilai RM 2.00 sesaham


5 000 000 unit Saham Biasa bernilai RM 0.50 sesaham
Syarikat menerbitkan 3 000 000 unit Saham Biasa dan 3 000 000 Saham Keutamaan pada nilai
tara.

Berapakah modal belum diterbitkan?

A RM 2 000 000
B RM 5 000 000
C RM 7 500 000
D RM 9 000 000

30 Butiran yang manakah ditunjukkan sebagai aset semasa dalam Kunci Kira-kira sebuah Kelab dan
Persatuan.

A Yuran lapuk
B Yuran masuk
C Yuran terdahulu
D Yuran tertunggak

Koleksi Trial 9 Cg Narzuki Online


2015
31 Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat DeDe Berhad pada 31 Disember 2014.
Modal Berdaftar :
1 000 000 unit 6% Saham Keutamaan bernilai RM 2.00 sesaham
4 000 000 unit Saham Biasa bernilai RM 0.50 sesaham
Semua saham diterbitkan dan berbayar penuh.
Lembaga pengarah syarikat telah bersetuju untuk membayar dividen 12 sen bagi setiap saham biasa
yang dipohon oleh pelanggannya.

Berapakah dividen saham biasa yang dibayar oleh Syarikat DeDe Berhad kepada pemegang
sahamnya?

A RM 240 000
B RM 480 000
C RM 600 000
D RM 840 000

32 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Persatuan Belia Taman Tasek.

1 Januari 2014 31 Disember 2014


RM RM
Yuran tertunggak 120 -
Yuran terdahulu 160 80
Maklumat tambahan:
Jumlah yuran yang diterima pada tahun 2014 adalah sebanyak RM4 900.

Berapakah yuran sebenar yang direkod ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan?

A RM 4 540
B RM 4 700
C RM 4 860
D RM 5 100

33 Maklumat berikut diperoleh daripada Kelab Boling Taman Perpaduan pada 1 Jun 2015.

RM
Bank 3 690
Perabot 9 600
Stok kantin 2 400
Yuran tertunggak 450
Pemiutang kantin 2 220

Berapakah dana terkumpul pada 1 Jun 2015?

A RM13 920
B RM 13 560
C RM 12 960
D RM 12 660

Koleksi Trial 10 Cg Narzuki Online


2015
34 Encik Zakri seorang peniaga tidak menyimpan rekod perniagaannya dengan lengkap. Beliau
membuat analisis berikut:

RM
Baki lengkapan 1 Januari 2014 3 400
tambah: Belian lengkapan 800
4 200
tolak: Baki lengkapan 31 Disember 2014 3 800
P 400

Apakah P?

A Susut nilai lengkapan


B Rugi atas jualan lengkapan
C Untung atas jualan lengkapan
D Jualan lengkapan pada 1 Januari 2014

35 Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Midon.

RM
Modal pada 1 Julai 2014 75 000
Modal pada 30 Jun 2015 91 500
Modal tambahan 7 500
Ambilan 750
Berapakah untung bersih atau rugi bersih bagi tahun berakhir 30 Jun 2015?

A Untung bersih RM23 250


B Untung bersih RM9 750
C Rugi bersih RM23 250
D Rugi bersih RM9 750

36 Manakah kos buruh langsung sesebuah firma pengeluaran?

A Gaji penyelia kilang


B Gaji operator kilang
C Gaji pengurus kilang
D Gaji pengawal keselamatan kilang

37 Maklumat berikut berkaitan dengan keluaran jem madu yang dikeluarkan oleh Kilang Azwa.

Harga jualan seunit RM28


Kos berubah seunit RM20
Titik pulang modal 50 000 unit

Berapakah kos tetap bagi pengeluaran tersebut?

A RM100 000
B RM 200 000
C RM300 000
D RM400 000

Koleksi Trial 11 Cg Narzuki Online


2015
38 Apakah maksud margin caruman seunit?

A Nisbah antara kos berubah seunit dan kos tetap


B Lebihan kos berubah seunit daripada harga jualan seunit
C Lebihan harga jualan seunit daripada kos berubah seunit
D Nisbah antara harga jualan seunit dan kos berubah seunit

39 Manakah nisbah keberuntungan?

A Nisbah semasa
B Pulangan atas modal
C Kadar pusing ganti stok
D Tempoh kutipan hutang

40 Nisbah semasa Perniagaan Berkat ialah 1:3.

Antara yang berikut, manakah tindakan yang perlu diambil untuk memperbaiki tahap kecairan
perniagaan tersebut?

I Membuat pinjaman bank


II Menambahkan belian stok
III Memanjangkan tempoh jualan kredit
IV Menjual sebahagian aset bukan semasa

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT

Koleksi Trial 12 Cg Narzuki Online


2015

You might also like