You are on page 1of 6

INSAN BERKUALITI MENJANA MASYARAKAT HADHARI

Salam dan selawat.

Kata-kata aluan.

INSAN BERKUALITI MENJANA MASYARAKAT HADHARI. Itulah tajuk syarahan yang


akan saya sampaikan pada hari yang mulia ini. Tajuk ini mengungkap pengertian insan
berkualiti sebagai insan yang mempunyai kualiti peribadi yang unggul dan sempurna dari
segi akidah, akhlak dan ketrampilannya.

Manakala masyarakat hadhari pula adalah satu masyarakat yang diimpikan akan menjadi
masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang dengan cara hidup dan peradaban
yang mulia dan tinggi dari semua aspek kehidupan berteraskan syariat Islam.

Hadirin sekalian,

Mengapakah dikatakan insan berkualiti mampu menjana masyarakat hadhari?

pertama, insan berkualiti beriman dan bertakwa kepada Allah

Insan berkualiti, insan yang sempurna sahsiahnya, insan yang menjaga tingkahlakunya
akan menghiasi dirinya dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Insan
berkualiti mencorakkan kehidupan mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan
kehidupan para sahabat.

Firman Allah s.w.t, surah as-Sajadah ayat 15 ;

Maksud : Sesungguhnya yang benar-benar beriman kepada ayat-ayat Allah ialah


orang- orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-
ayat itu, mereka segera sujud dan patuh, bertasbih memuji Tuhan mereka
dan mereka tidak bersikap sombong.

Insan berkualiti sentiasa memastikan bahawa setiap detik kehidupan mereka


adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Mereka sentiasa berusaha

1
meningkatkan keimanan dan ketakwaan mereka dengan melakukan ibadat-ibadat
fardu di samping ibadat-ibadat sunat .bukti kepatuhan mereka kepada Allah Maha Agung.

Generasi yang bertaqwa akan memberikan manfaat kepada pembangunan modal insan
kelas pertama bahkan, ianya memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu
"membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya,"

Hadirin sekalian,

kedua, insan berkualiti insan adil dan beramanah

Adil dan amanah adalah tunjang bagi melahirkan masyarakat yang maju dan berdaya
saing. Tanpa kedua-dua sifat ini, wawasan negara dan harapan menjadi masyarakat
hadhari yang diimpikan tidak akan tercapai. Sejarah dunia telah membuktikan banyak
kehancuran berlaku akibat pupusnya sifat adil dan amanah dalam diri.

Firman Allah s.w.t, surah an-Nisa ayat 135

Maksud :Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penegak keadilan,


menjadi saksi kerana Allah Taala, walaupun terhadap diri kamu sendiri
atau terhadap kedua ibu bapamu dan kaum kerabatmu

Justeru, insan berkualiti haruslah memainkan peranan mereka bagi memastikan bahawa
sifat-sifat tersebut benar-benar meresap dalam jiwa masyarakat hari ini. Pastinya
kesungguhan, keikhlasan dan kesabaran adalah senjata utama bagi merealisasikan misi
ini. Insan berkualiti mampu memikul tanggungjawab ini.

Hadirin sekalian,

ketiga, insan berkualiti berilmu pengetahuan

2
Insan yang berkualiti hendaklah merebut peluang yang ada untuk melengkapkan diri
mereka dengan ilmu pengetahuan agar tidak ketinggalan dalam arus globalisasi dunia
yang semakin canggih dari segi teknologi dan informasi.

Firman Allah, surah al Mujadilah :11,

Maksudnya : Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman dan yang
berilmu dengan beberapa darjat."

Kita masih lagi berharap dan bergantung kepada negara asing, dari mendapatkan
sebatang jarum sehinggalah peluru berpandu. Oleh itu, tuntutlah ilmu dan kemahiran
dalam pelbagai bidang agar lahir intelektual dan teknokrat Islam yang mampu menjana
kemajuan negara.

Ingatlah, ketika Abbasiyyah muncul sebagai tamadun Islam yang agung, betapa insan-
insan berkualiti pada zaman tersebut telah muncul sebagai ilmuan dan ulamak tersohor
di serata dunia. Hasil-hasil pena mereka menjadi rujukan bukan sahaja di Timur, malah
Barat turut menjadikannya sebagai panduan dan rujukan sehingga ke hari ini.(contoh 1)

Pembinaan Masjid Kristal di Pulau Wan Man , Terengganu yang dilengkapi dengan
teknologi terkini sebagai kemudahan kepada pengunjung masjid untuk mencari maklumat
dan ilmu pengetahuan membuktikan bahawa untuk menjadi insan berkualiti, bukan
sahaja perlu melengkapi diri dengan santapan rohani malah memenuhi dada dengan ilmu
pengetahuan.(contoh 2)

Hadirin sekalian,

keempat : insan berkualiti memantapkan keutuhan budaya dan moral

3
Insan berkualiti yang utuh budaya dan moralnya digambarkan oleh Allah s.w.t di dalam al-
Quran sebagai sebaik-baik umat yang mampu melaksanakan tanggungjawab mereka
sebagai khalifah di muka bumi menegakkan kebenaran dan mencegah kebatilan.

Firman Allah s.w.t ; surah Ali Imran ayat 110



Maksudnya : Kamu adalah sebaik-baik umat diutuskan kepada manusia untuk menyeru
ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran

Akhlak yang mahmudah melambangkan ketinggian tamadun. Tamadun yang hebat atau
gah pun akan jatuh jika akhlak, moral dan nilai keinsanan umatnya rosak. Janganlah kita
menjadi seperti kaum Nabi Lut alaihis salam yang dibinasakan oleh Allah s.w.t lantaran
budaya dan moral mereka yang bertentangan dengan tabii dan melanggar syariat Islam.

Oleh itu, marilah wahai generasi muda, bangun dan bangkitlah dari tidur kalian yang lena.
Janganlah jadi sebahagian daripada mat rempit, bohsia, bohjan dan segala macam
gejala sosial yang negatif. Marilah hiasi diri dengan adab, akhlak dan sahsiah terpuji bagi
meneruskan kesinambungan tamadun Islam yang gemilang.

Hadirin sekalian,

kelima : insan berkualiti memelihara alam semulajadi

Manusia berkewajipan memelihara dan memakmurkan alam berlandaskan syariat Allah


s.w.t dan menjaganya dari sebarang kerosakan dan pencemaran. Pembangunan
prasarana yang dibina perlu meliputi pembangunan spiritual dan material bagi
membentuk negara yang makmur dan aman.

Firman Allah s.w.t ; surah al-Ankabut ayat 36

Maksudnya : Dan janganlah kamu timbulkan kerosakan di muka bumi.

4
Kerakusan manusia pada hari ini membangunkan alam mengikut nafsu telah
mengundang banyak bencana kepada alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh,
banjir kilat dan sebagainya yang terjadi hasil perbuatan manusia yang tamak dan rakus.

Insan berkualiti sentiasa memikirkan langkah-langkah untuk mengekalkan keindahan


dan kebersihan alam semulajadi sebagai tempat kehidupan mereka. Kempen Bumi
Hijau, Cintai Sungai Kita dan Kitar Semula adalah antara program-program yang
dirancang bagi tujuan tersebut.

Hadirin sekalian,

keenam : insan berkualiti mengukuhkan pertahanan negara.

Persiapan untuk mempertahankan umat Islam bermula dengan pembangunan negara


supaya memiliki keupayaan menyediakan pertahanan awam dan ketenteraan yang kuat
yang bukan sahaja dapat menakutkan musuh Islam, tetapi benar-benar mampu
mengalahkan mereka.
Firman Allah s.w.t : Surah Al-Anfal ayat 60

Maksudnya : Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka


dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat
menggentarkan musuhAllah.

Mengukuhkan pertahanan negara adalah satu kewajipan di dalam Islam. Malah,


barangsiapa yang meninggalkan medan perang kerana takut tercedera atau terkorban,
mereka adalah golongan yang dilaknat oleh Allah s.w.t dan golongan yang rugi di dunia
dan di akhirat. Insan berkualiti tidak akan membiarkan negaranya begitu mudah jatuh ke
tangan musuh.

Belanjawan negara 2007 memperlihatkan peruntukan yang banyak telah diberi kepada

5
Kementerian Pertahanan dalam usaha mengukuhkan pertahanan negara. Pembelian
kapal-kapal perang dan jet-jet pejuang yang canggih dan dilengkapi teknologi terkini bukti
kerajaan gigih mempertahankan negara dari serangan musuh .

Hadirin sekalian,

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa insan berkualiti yang mempunyai


kesempurnaan akidah, akhlak dan keperibadiannya perlu dibentuk dan dilahirkan bagi
mewujudkan masyarakat hadhari yang diimpikan seterusnya mengembalikan tamadun
Islam yang pernah gemilang satu ketika dahulu.

Sekian

Firman Allah s.w.t, surah al-Alaq ayat 1 5

Maksud : Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan
manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha
Pemurah. Yang mengajar dengan Qalam. Dialah yang mengajar manusia
segala yang belum diketahui.

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan telah diakui kepentingannya
sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi sehingga ia menjadi wahyu pertama diturunkan
kepada baginda. Ini disokong dengan hadis baginda yang bermaksud : Tuntutlah kamu
ilmu pengetahuan walau ke negeri China

You might also like