You are on page 1of 19

Oleh,

KAMARUL ARIFIN BIN HAMZAH


AHMAD MAYZIAN BIN ABDULLAH
MUHAMMAD BIN HASSAN
Elemen penting dalam membangunkan pendidikan di
Malaysia.
Konsep-Menjamin keadilan untuk semua pihak
mendapatkan pendidikan yang sama rata dengan
orang lain.
Meliputi hak individu memilih jenis sekolah yang
difikirkan sesuai untuk menuntut ilmu tanpa mengira
status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum,
agama atau latar belakangnya.
Satu strategi untuk mencapai misi pendidikan Negara
iaitu mendedahkan masyarakat kepada peluang yang
luas bagi memperolehi pendidikan pada semua
peringkat.
Proses penyatuan antara kumpulan yang berbeza
dari segi latar belakang, status sosial untuk
membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan
norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan
bersama, perkongsian persefahaman dan
pemikiran antara kaum.
Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat
negeri-negeri dalam Malaysia.
Membentuk 1 bangsa Malaysia yg mempunyai
identitinya sendiri berteraskan perlembagaan
persekutuan dan Rukun Negara.
Sekolah satu aliran
- Menggunakan 1 bahasa pengantar yang sama.

Sistem pendidikan menggunakan satu bahasa pengantara


paling berkesan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi
nasional. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih
boleh mempelajari bahasa ibunda masing-masing di
samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai
matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi
pendidikan. - Prof Datuk Dr Kamaruddin-
- Melalui sekolah 1 aliran,pendemokrasian bukan sahaja dapat dilihat dengan
menggunakan satu bahasa pengantar sahaja,malah murid pelbagai kaum
berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
- Pendemokrasian jelas dilihat melalui usaha KPM memberi hak kaum- kaum
lain mempelajari bahasa ibunda masing-masing walaupun berada di sekolah
1 aliran.
Kerajaan telah menyediakan peluang-peluang
yang sama untuk semua orang mendapatkan
pendidikan.
Pendidikan percuma telah diberikan kepada

semua kanak-kanak mulai tahun 1962. Ini diikuti


dengan had umur belajar percuma hingga ke 15
tahun dan penamatan syarat lulus peperiksaan
untuk memasuki sekolah menengah Akta
Pelajaran 1961
Peluang untuk mendapatkan pendidikan telah diberikan
kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelas
sosial, etnik, dan gender sekurang-kurang sekurang-
kurangnya hingga ke tingkatan tiga.
Mulai 1999, peluang bagi semua pelajar untuk memasuki
tingkatan empat telah diperluaskan. Mereka yang hanya
lulus satu mata pelajaran sahaja layak untuk naik ke
tingkatan empat.
Ini bagi memastikan setiap rakyat berpeluang mendapat
pendidikan sehingga ke tingkatan lima.
Bagi pelajar yang tidak berminat lagi dalam akademik
mereka boleh meneruskan persekolahan mereka di dalam
bidang vokasional di tingkatan 4.
- Salah satu bentuk bantuan ialah dengan
penubuhan sekolah-sekolah berasrama yang
memudahkan pelajar mendapatkan pendidikan
tanpa perlu berulang-alik dari rumah ke sekolah
setiap hari yang sudah tentu memerlukan kos
yang banyak.
- Selain dari itu, pembinaan sekolah-sekolah
berasrama penuh juga telah banyak dibina bagi
tujuan membuka peluang pendidikan .
Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang
pintar tetapi merupakan cara bestari bagi
menjamin setiap pelajar lemah atau kuat , kaya
atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam
cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya
pembelajaran yang berlainan.
Sekolah Bestari akan mendorong murid

mengamalkan akses kendiri dan terarah kendiri,


serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.
Di samping pembangunan sekolah-sekolah
berasrama, sekolah-sekolah harian rendah dan
menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun di
desa-desa.
Kerajaan juga tidak menafikan peluang bagi golongan
istimewa ataupun kanak-kanak cacat untuk mendapat
hak atau peluang untuk mendapatkan pendidikan.
Untuk tujuan tersebut kerajaan telah membangunkan
sekolah-sekolah khas bagi memenuhi keperluan
golongan tersebut mendapatkan pendidikan.
Pelajar-pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan
yang kebanyakannya datang dari luar bandar yang latar
belakang ekonomi keluarganya rendah telah diberikan
biasiswa kecil atau bantuan kewangan bagi menampung
urusan persekolahan mereka.
Selain dari itu, skim bantuan buku teks juga diberikan
kepada pelajar yang pendapatan ibu bapanya rendah.
Kemudahankemudahan yang disediakan ini tidak hanya
tertumpu kepada masyarakat desa tetapi layanan yang
sama diberikan kepada pelajar-pelajar miskin di bandar.
Contoh lain : RMT, Skim Baucar Tuisyen
Institut perguruan mengeluarkan guru-guru biasa,
malahan menyediakan guru-guru pendidikan khas
bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah
pendidikan khas.
Setiap sekolah akan mendapat guru yang terdiri

dari pelbagai opsyen yang akan memenuhi


permintaan atau keperluan pelajar dalam mata
pelajaran yang tertentu walaupun sekolah
tersebut terletak di luar bandar atau kawasan
pendalaman
Pewujudan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) dan pengembangan skop penawaran
pinjamannya meliputi pelajar-pelajar di institut
tinggi awam(IPTA) dan institut tinggi swasta(IPTS)
merupakan usaha yang sesuai bagi
menggalakkan lagi pendemokrasian pendidikan
dan peluang pendidikan hingga ke peringkat
tinggi.
Kerajaan juga menggalakkan program pengajian
berkembar dengan institusi-institusi luar negara
bagi kolej-kolej swasta
Akta-akta pendidikan tinggi 1996 telah

memungkinkan perkembangan institusi-institusi


pendidikan tinggi yang mana kebenaran telah
diberikan kepada pihak-pihak yang berkelayakan
bagi menubuhkan institusi-institusi pengajian
tinggi.
Aktiviti budaya sekolah ini merangkumi aktiviti seperti
menyanyikan lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu
patriotik secara bersama dalam perhimpunan sekolah,
membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti hari
sukan, mengibarkan bendera kebangsaan pada
setiap pagi hari persekolahan.
Pemupukan semangat patriotisme dan kenegaraan
dalam kalangan para pelajar sekolah rendah mahu
pun di sekolah menengah
Bahasa Melayu adalah lambang kepada
pengenalan identiti bangsa Malaysia yang
dikongsi bersama sejak sekian lama.
Bagi mata pelajaran Sejarah yang terkandung

dalam KBSM dan mata pelajaran Sivik


Kewarganegaraan dalam KBSR, ia secara tidak
langsung dapat mengukuhkan semangat
patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan
kanak kanak.
Rasional dan kepentingan
Pendemokrasian Pendidikan
Usaha membawa reformasi dalam
pendemokrasian pendidikan dengan tujuan
membasmi buta huruf di kalangan penduduk
dalam Negara kurang maju melalui bantuan
kewangan, latihan dan pelaksanaan projek
pendidikan yang bertujuan merapatkan jurang
pencapaian akademik kerana ketidaksamaan
peluang dalam pendidikan
UNESC0, 1988
Kemudahan pendidikan di antara kawasan maju
dan mundur seharusnya tiada jurang yang ketara
Ini merujuk terutamanya kepada mutu

persekitaran sekolah, alat kelengkapan dan guru


di kawasan-kawasan kampung, ladang-ladang,
setinggan, pendalaman( Orang Asli) dan
seterusnya.
Sehingga kini pendemokrasian pendidikan dalam konteks
negara kita Malaysia, agak berjaya dan sesungguhnya
memberikan peluang yang luas kepada rakyat Malaysia untuk
memperoleh pendidikan pada peringkat rendah sehingga
peringkat tinggi.
Seiring dengan pendemokrasian pendidikan juga adalah
diharapkan ianya dapat memenuhi agenda kerajaan untuk
menstrukturkan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan
dengan menggunakan pendidikan sebagai penggerak utama.
sememangnya mempunyai motif untuk membentuk integrasi
nasional dalam kalangan pelajar walaupun dalam falsafah
pendidikan tidak menyatakan secara jelas. Namun
sepertimana yang terkandung dalam Penyata Razak (1956), ia
ada menyebut hendak menyatukan kanak kanak dari
semua kaum di dalam negara ini , sepertimana yang
terkandung dalam Penyata Razak (1956).

You might also like