You are on page 1of 5

Teori konflik adalah dibina berlandaskan fahaman ekonomi Karl Mark

yang banyak mempengaruhi politik dan sosiologi. Karl Mark, seorang ahli
falsafah, ekonomi dan sosiologi berasal dari Germany berpendapat bahawa
keadaan konflik dalam masyarakat membawa kesan yang positif dan bukan
kerosakan dalam jangka masa panjang. Misalnya, di dalam keadaan konflik,
kumpulan-kumpulan yang terlibat berusaha menyatukan dan mengambil
tindakan bersama untuk memperjuangkan kepentingan mereka. Tindakan
bersama ini akan membawa akibat perubahan sosial ke arah yang lebih
sempurna.

Karl Mark telah menghuraikan secara ringkas pandangan-pandangan


beliau terhadap pendidikan. Yang pertamanya adalah kerja pendidikan
mempunyai faktor pengeluaran, dan pelaburan pendidikan mengandungi
sebahagian pelaburan pengeluaran. Di sini beliau menyatakan bahawa kerja
pendidikan mempunyai ciri perkhidmatan yang diperlukan untuk pengeluaran
dan melalui pendidikan, pengurus pengeluaran, jurutera, juruteknik, pereka
bentuk dan pekerja mahir dapat dilatih secara profesional.

Seterusnya pada pandangan beliau pendidikan merupakan cara utama


untuk melatih tenaga kerja pengeluaran semula. Di sini pula beliau menyatakan
bahawa pendidikan dapat mempertingkatkan kuantiti dan kualiti tenaga kerja,
melatih pekerja kurang mahir menjadi pekerja mahir dan pendidikan juga boleh
mengubah ciri dan bentuk tenaga kerja, iaitu menjadikan tenaga kerja am
kepada tenaga kerja mengkhusus, melatih tenaga kerja yang mudah kepada
tenaga kerja yang kompleks.

Beliau juga berpendapat bahawa pendidikan ialah cara utama untuk


menghasilkan semula tenaga pengeluaran yang berbentuk ilmu pengetahuan
sains. Di sini beliau menyatakan bahawa pendidikan mempunyai fungsi
mengedar, mengumpul, mengembang dan menghasilkan semula ilmu sains,
membolehkan manusia menggunakan ilmu sains yang dikumpulkan dahulu
untuk mengembang dan menghasilkan semula ilmu sains yang baru. Beliau juga
berpendapat bahawa pendidikan mempunyai fungsi media yang menukarkan
sains menjadi teknik pengeluaran.

Selain itu, dari perspektif Karl Mark, pendidikan mempunyai nilai ekonomi
sosial. Dari pandangan beliau, perbelanjaan pendidikan menjadi sebahagian nilai
daripada jumlah nilai tenaga kerja yang merangkumi perbelanjaan kehidupan
pekerja, anak-anaknya dan latihan dalam pendidikan. Beliau juga menyatakan
bahawa kerja kompleks yang mempunyai nilai ekonomi lebih tinggi harus
mendapat ganjaran ekonomi yang lebih tinggi juga. Beliau juga berpendapat
pendidikan membolehkan rakyat menambahkan pendapatan mereka dan
mencipta kekayaan ekonomi.

You might also like