You are on page 1of 4

2.

0 Campur tangan British dalam pentadbiran India


Pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh pihak British dalam memastikan
pentadbiran di India tersusun. Akan tetapi, setiap dasar yang dilakukan oleh pihak
British ke atas India telah menyempitkan kehidupan rakyat India sehingga
mencetuskan kemarahan mereka, misalnya tercetusnya peristiwa Dahagi pada
1857. Rentetan daripada peristiwa tersebut terdapat pelbagai dasar yang
dilaksanakan untuk memuaskan hati rakyat India akan tetapi pelbagai dasar
menemui kegagalan. Negara India telah menyaksikan pelbagai dasar yang digubal
oleh British namun dasar tersebut tidak menjaga kebajikan rakyat India. Peralihan
kuasa yang diperintahkan turut membantut kemajuan negara India kerana setiap
kuasa mempunyai perbezaan perlaksanaan pentadbiran.

2.1 Dasar Liberalisasi diperkenalkan oleh Gabenor-Jeneral Ripon,


George Frederick Samuel Robinson (1880-1884)

Peralihan demi peralihan kuasa pegawai-pegawai British dalam mengawal


India menyulitkan lagi keadaan India dan menyebabkan masyarakat India terus
sengsara di bawah kuasa British. Akan tetapi sehingga pada 1880 hingga 1884,
Gabenor-Jeneral Ripon iaitu George Frederick Samuel Robinson yang mengambil
alih pentadbiran India telah memansuhkan Akta Akhbar Vernakular (1878)1. Akta
ini merupakan akta bagi mengurangkan kebebasan akhbar di India, akhbar yang
bukan bahasa Inggeris sebagai pecegahan masyarakat India dalam mengekspresi
ketidakpuasan hati mereka dan menghasut rakyat tempatan supaya mempunyai
anti-British.2 Akta ini terdahulunya diperkenalkan oleh Lord Lytton pada tahun
1878 sehingga 1880 sebagai viceroy di India. Akta ini bertujuan untuk menyekat
hak kebebasan bersuara rakyat India menentang polisi British melalui akhbar
bukan bahasa Inggeris.

Gabenor-Jeneral Ripon telah meliberalisasikan negara India dengan


melonggarkan peraturan dalam pentadbiran India. George telah meluaskan kuasa

1
https://www.britannica.com/topic/Vernacular-Press-Act
2
C.H. Philips. Sejarah India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1966. Hlm, 100.
kerajaan iaitu meletakkan orang India dalam memegang jawatan tinggi dalam
kerajaan, meluaskan lagi jawatan yang akan diberi kepada orang India. Dalam
aspek ekonomi, George telah menurunkan kadar cukai garam dan beliau cuba
untuk menstabilkan cukai tanah di India namun tidak berjaya. Beliau juga telah
membenarkan semula akhbar- akhbar bahasa India dicetak sama seperti akhbar
bahasa Inggeris.

2.1.1 Dasar Rang Undang-Undang Ilbert 1883

Rang Undang-Undang Ilbert telah digubal pada tahun 18833 dan


menjadi undang-undang yang kontroversial di mana undang-undang ini
meletakkan ahli-ahli majistret kanan India dalam perkhidmatan awam
untuk mempengerusikan kes-kes berkaitan dengan melibatkan orang
Inggeris.4 Pada 1873, orang Inggeris dikecualikan dalam majistret India
akan tetapi masalah seperti kematian dan pengangkutan orang Inggeris
akan dibicarakan dalam mahkamah tinggi. Namun, sewaktu Lord Ripon
memegang tampuk pentadbiran India, Majlis Undangan India yang
dilantik pada tahun 1884 telah diarahkan untuk memberi kuasa kepada
orang India untuk memegang jawatan sebagai hakim dalam
mempengerusikan dalam perbicaraan kes orang Inggeris di mahkamah.

Rang undang-undang ini telah menimbulkan kemarahan orang


Eropah di Calcutta yang majoritinya komuniti perniagaan kerana terdapat
rahsia berhubung kegiatan mereka dengan pihak Inggeris dahulu. Satu
kompromi telah diputuskan apabila terdapat banyak bantahan iaitu
daripada orang bukan India iaitu orang Eropah. Satu kompromi yang
dilakukan oleh pihak British adalah dengan memilih juri dalam
perbicaraan, separuh juri tersebut harus diambil dalam kalangan orang
Eropah. Ekoran daripada hasil kompromi tersebut, orang India berasa

3
"Ilbert Bill". Encyclopdia Britannica. Encyclopdia Britannica Online. Encyclopdia Britannica Inc.,
2017. Web. 24 Oct. 2017 .
4
C.H. Philips. Sejarah India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1966. Hlm, 101.
amat terhina terutamanya orang India kelas atasan yang berpendidikan
Inggeris. Secara keseluruhan undang-undang ini telah mencetuskan
perasaan antagonis di kalangan rakyat India dan pihak British sehingga ia
menjadi titik tercetusnya penubuhan Kongres Kebangsaan India pada
1885

2.2 Kebangkitan semangat nasionalisme masyarakat India terhadap


pihak British

Masyarakat India mulai sedar bahawa British mentadbir India disebabkan


oleh kepentingan pihak British sendiri dalam mengaut keuntungan daripada hasil
keistimewaan negara India. Hal ini telah menjadikan rakyat India semakin
tertekan dengan kadar kemiskinan yang semakin meningkat melalui dasar yang
diperkenalkan oleh British. Secara tidak sedar, dasar yang diperkenalkan oleh
British telah mewujudkan semangat tidak kepuasan hati rakyat India kerana
kehidupan mereka ditindas.

2.2.1 Penubuhan Kongres Kebangsaan India

Kongres Kebangsaan India telah ditubuhkan pada 1885 yang


ditubuhkan oleh golongan kelas atasan kaum India yang telah mendapat
pendidikan Barat dan kongres ini juga ditubuhkan untuk memupuk semangat
nasionalisme di kalangan rakyat India. Ahli-ahli pertubuhan ini telah mengadakan
pertemuan yang kerap, walaupun pertubuhan ini tidak mempunyai kelulusan
undang-undang untuk melakukan sebarang tindakan dan polisi. Kongres ini
merupakan parti politik yang bersifat sederhana dan kongres ini telah mendapat
sokongan daripada golongan pertengahan seperti guru, peguam dan jurnalis serta
golongan ahli perniagaan dan tuan-tuan tanah dalam memperjuangkan hak
daripada pihak Inggeris.5 Ahli-ahli yang menyertai kongres ini merupakan
golongan-golongan radikal yang tidak berpuas hati dengan kadar kemiskinan yang

5
James WynBrandt. A Brief History Of Pakistan. America: New York. 2009. Hlm, 131.
semakin membimbangkan apabila British meluaskan kuasa imperialism mereka di
India.

Pada peringkat awal kongres ini adalah bukan untuk menuntut


kemerdekaan India sebaliknya untuk menuntut bantuan daripada British dalam
memberi latihan dan pendidikan kepada orang India.6 Namun, pihak British tidak
mengendahkan tuntutan daripada kongres tersebut dalam memajukan pendidikan
dalam kalangan rakyat India. Suara mereka yang tidak diendahkan oleh British
telah melahirkan pemimpin radikal di dalam kongres.

They sought increased British assistance in training and education, not


independence. But as moderate voices within the INC (Indian National Congress)
were ignored by the British, more radical leaders gained power7

Terdapat golongan ekstrimis Hindu yang mempunyai perasaan dendam


terhadap orang Muslim di India. Hal ini demikian kerana orang Muslim telah
diberi kepercayaan dan dijaga di bawah pihak British. Sewaktu ahli-ahli Kongres
Kebangsaan India lantang menghina peraturan British yang diterima ahli yang
beragama Islam hanya diam membisu. Masyarakat Islam enggan bersuara dalam
menentang peraturan British disebabkan oleh

2.2.2 Konflik Rang Undang-undang Tenancy Bengal

-zamindar

2.2.2 Tuntutan Kongres Kebangsaan India dalam tempoh pra-


kemerdekaan

6
Ibid, hlm 131.
7
Ibid.

You might also like