You are on page 1of 1

1.

Refleksi Rancangan Pengajaran


Rancangan P&P yang disediakan didapati perlu kepada ubahsuai kerana maklumat sedia ada tidak dapat
membantu mencapai aras satu. Aktiviti yang dirancang bagi langkah 2 kurang sesuai kerana terlalu tinggi
aras kesukarannya berbanding dengan kumpulan pelajar.

2. Refleksi Pelaksanaan P&P


Perancangan P&P telah dapat dijalankan sepenuhnya dengan sedikit pengubahsuaian. Murid-murid
didapati begitu seronok belajar mungkin kesan penggunaan persembahan ppt. Murid-murid telah
melibatkan diri dengan aktif untuk menjawab soalan menggunakan kemudahan ICT.

3. Refleksi Persekitaran
Suasana persekitaran bilik darjah sangat kondusif dan tenang pada 40 minit pertama, tetapi berlaku
gangguan pada 10 minit berikutnya akibat daripada kebisingan pelajar yang lalu setelah pulang daripada
aktiviti PJ

4. Refleksi Aras ( Impak)


Aras1
Semua pelajar telah berjaya mencapai aras ini.
Aras 2
Didapati hanya 17/20 orang pelajar telah berjaya mencapai aras ini.
Aras 3
Didapati 3 orang murid kumpulan lemah dan 1 orang kumpulan sederhana gagal mencapai aras ini.
Semua pelajar kumpulan cerdas telah berjaya mencapai aras ini.

You might also like