You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ASAHAN

77100 JASIN MELAKA

LAPORAN
KEJOHANAN SUKAN
TAHUNAN

DISEDIAKAN OLEH

ENCIK SYIRAZI BIN ABDUL KHALID


LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
SEKOLAH KEBANGSAAN ASAHAN KALI KE-47
TAHUN 2017

1.0 Tajuk
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Asahan Kali Ke-47 Tahun 2017

2.0 Hari, Tarikh, Masa dan Tempat


Hari : Khamis
Tarikh : 23 Mac 2017
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Padang Sime Darby Asahan

3.0 Anjuran
Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Asahan dengan kerjasama Sime Darby Asahan

4.0 Rasional

Kejohanan Sukan Tahunan ini diadakan untuk memberikan pengalaman yang


menyeluruh kepada murid Sekolah Kebangsaan Asahan dalam menyertai acara-acara yang
dipertandingkan dalam sesuatu Kejohanan Olahraga. Selain dari itu, ia juga dapat
mencungkil bakat-bakat dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga iaitu acara
balapan dan juga acara padang. Kejohanan ini juga dapat mengembangkan potensi murid
secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

5.0 Objektif

Kejohanan Sukan Tahunan ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. Antaranya
ialah :

i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan


sebagai acara tahunan.
ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk
individu yang cergas dan cerdas.
iii. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga SKA dalam
mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk
menjayakannya.
iv. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam
kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah
sukan.
v. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.

6.0 Kumpulan Sasaran


Aktiviti ini diwajibkan kepada semua murid-murid Sekolah Kebangsaan Asahan kecuali
murid yang mendapat kebenaran pengecualian daripada guru besar atau murid-murid yang
mendapat pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai acara ini daripada doktor. Jumlah
keseluruhan peserta ialah 195 orang murid.

7.0 Senarai Jawatankuasa


Rujuk lampiran A

8.0 Pelaksanaan Program


Rujuk lampiran B

9.0 Impak

a) Output
Murid-murid diberi pendedahan untuk mencuba acara olahraga balapan dan padang
dan juga meningkatkan semangat kesukanan dan daya saing yang tinggi dalam diri
murid. Selain itu juga, murid juga diberi peluang untuk mengetengahkan bakat
mereka terutama dalam bidang sukan olahraga lantas melatih murid untuk mencapai
tahap yang lebih tinggi seperti MSSM.
b) Outcome
Murid-murid yang memenangi pertandingan dalam acara masing-masing akan
diberi peluang untuk mencuba sebagai wakil sekolah dalam pertandingan
Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Daerah Jasin untuk tahun yang berikutnya.
10.0 Isu dan Cabaran

i. Kejohanan Sukan tidak dapat dimulai mengikut masa yang ditetapkan disebabkan
beberapa masalah teknikal.
ii. Majlis perasmian penutup tidak dijalankan kerana terdapat masalah dalam
pengurusan masa.
iii. Majlis perasmian tidak berlangsung dengan lancar.
iv. Masalah kos kerana kurang penaja luar.
v. Terdapat permasalahan dalam penggunaan borang pegawai untuk setiap acara.
vi. Sekolah jemputan bagi acara jemputan tidak disediakan tempat untuk persediaan.
vii. Terdapat beberapa sekolah yang hadir untuk menyertai acara jemputan datang pada
saat akhir.
viii. Berlaku sedikit kecelaruan dalam pemilihan pemenang anugerah olahragawan dan
olahragawati.
ix. Terdapat rumah sukan yang menyerahkan borang penyertaan pada saat akhir.
x. Beberapa orang pegawai hilang semasa tugasan mereka sedang dijalankan.
xi. Pertindihan tarikh sukan dengan sekolah menengah menyebabkan tarikh terpaksa
ditunda ke minggu hadapan.

11.0 Penambahbaikan
i. Jika Kejohanan dijalankan pada waktu petang, masa mulanya Kejohanan hendaklah
dimulakan sedikit lewat seperti jam 2.30 petang, bagi memberi ruang kepada semua
pegawai dan tetamu untuk hadir.
ii. Perlu ditekankan pada kejohanan akan datang supaya upacara perasmian penutup
wajib dijalankan walau dengan menurunkan bendera kejohanan sahaja.
iii. Pegawai yang mengendalikan acara perasmian pembukaan dan penutupan
hendaklah terdiri daripada pegawai yang cekap dan efisien dalam menjalankan
tugas.
iv. Masalah kos boleh diselesaikan dengan mengurangkan kos perbelanjaan.
v. Borang kepegawaian hendaklah disediakan lebih awal dan diberi penerangan
kepada pegawai yang bertugas walaupun pegawai tersebut sudah berpengalaman.
vi. Sediakan sebuah bilik khas untuk persediaan peserta jemputan atau khemah khas
peserta jemputan.
vii. Semakan semula dengan setiap sekolah yang dijemput untuk acara jemputan sehari
sebelum acara berlangsung.
viii. Buku peraturan dan undang-undang kejohanan harus diberikan kepada hakim
catatan dalam bagi memudahkan urusan menetapkan pemenang anugerah
olahragawan dan olahragawati.
ix. Borang penyertaan harus diserahkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum
acara kejohanan bermula dan tindakan akan diambil sekiranya ketua rumah tidak
menyerahkan semula borang.
x. Pendaftaran pegawai wajib dilakukan bagi memastikan setiap pegawai berada
dalam kawasan kejohanan sebelum kejohanan bermula.
xi. Kejohanan sukan akan datang boleh dipertimbangkan untuk berkolaborasi dengan
sekolah menengah bagi mengelakkan pertembungan tarikh sukan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................................................... .......................................................................
..... .....
(SYIRAZI BIN ABDUL KHALID) (EN BAHARUDIN BIN ISMAIL)
Guru Olahraga, Pen. Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Asahan. Sekolah Kebangsaan Asahan.

Disahkan oleh,

.......................................................................
(EN MUHAMMAD BIN LASIM)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Asahan..

You might also like