You are on page 1of 3

Himpunan Semua Jasad Serta Kembalinya Roh kepada Jasad

Sehingga hari ini tiada kajian secara ilmiah, menganalisis serta kaedah-kaedah sains yang
yang digunakan untuk mengkaji sejauh mana jasad-jasad manusia yang telah kembali kepada
Allah itu dihimpunkan. Akan tetapi, terdapat persoalan yang telah menimbulkan buah fikiran
kepada para ulama untuk membahaskan secara terperinci berkaitan sama ada jasad manusia
itu kembali kepada Allah setelah kehancuran segala jasad ? dan ulama turut membahaskan
kembalinya roh kepada jasad disaat menghadap Allah SWT. Jumhur ulama berpendapat
bahawa, kembalinya jasad kepada Allah SWT adalah selepas berkecainya manusia dan
setelah itu roh turut dikembalikan kepada jasad. Di dalam firman Allah SWT:



Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali wajah Allah. (Al-Qashash : 88)

Para ulama silam telah meneliti tentang kembalinya roh kepada jasad didalam kubur dan
beberapa hadis daripada Rasulullah SAW bagi mengukuhkan lagi pembahasan dan penelitian
tersebut yang mana ia memberi penerangan yang cukup jelas tentang perkara ini. Rasulullah
Saw telahbersabda didalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Abu
Dauddan Ibnu Majah yang bermaksud :

Maka rohnya dikembalikan ke jasadnya. Lalu ada dua malaikat yang mendatanginya
lalu mendudukkan mayatnya. Dua malaikat bertanya, siapakah Rabb-mu?

Maka, selepas dilihat hadis yang telah diucapkan oleh Rasulullah SAW ini tiada penafian lagi
bahawa roh akan kembali kepada selepas dari kematian bagi menghisab dan menghitung
segala amalan yang telah diperlakukan dimuka bumi Allah SWT.

Sehubungan dengan itu, berbalik kepada konteks asal iaitu selepas kematian dan kiamat roh
akan berhimpun bersama-sama jasad di akhirat kelak. Terdapat sesetengah pendapat yang
mengatakan bahawa roh akan berhimpun di bumi yang diwarisi oleh hamba-hamba Allah
yang soleh. Pandangan yang mengatakan roh berada dimuka bumiadalah berdasarkan dalil
iaitu Firman Allah SWT :

Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh
Mahfuzh, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang soleh.

(al-Anbiyak ayat 105)

Merujuk kepada ayat tersebut, ramai yang berbeza pedapat pula tentang tafsiran ayat iaitu bumi.
Menurut pendapat Said Bin Jubair daripada Ibnu Abas berpendapat bahawa yang dimaksudkan
dengan bumi tersebut adalah syurga. Namun, pendapat ini juga merupakan pendapat kepada hamper
kebanyakan ahli tafsir yang menafsirkan ayat ini. Ibnu Abas turut memberi maksud berbeza iaitu,
bumi yang dimaksudkan adalah dunia yang dibentangkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW
dan diakui Ibnu Abas bahawa ia benar kerana bertepatan serta mempunyai persamaan dengan Firman
Allah dalam surah al-Nur ayat 55 :

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu
(Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang
memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang
yang sebelum mereka:

Merujuk pula kepada hadis Nabi SAW baginda bersabda yang membawa maksud diwariskan
bumi ini kepadaku timur dan barat, dan kekuasan umat ku akan sampai kepada bumi
yang telah diberikan warisan kekuasaannya kepadaku. Jadi, dapat dilihat persamaan
dengan firman Allah didalam al-Quran dan menurut pendapat sebahagian lagi ahli tafsir,
yang dimaksudkan dengan bumi adalah Baitul Maqdis.

Pendapat Yang Mengatakan Bahawa Roh Orang Yang Beriman Berada Di Illiyin.

Adapun pendapat yang mengatakan bahawa roh orang yang beriman berada di Illiyin di langit
ketujuh, dan roh orang kafir berada di Sijjin dibumi yang ketujuh, ini adalah pandangan dari
golongan ulama salaf dan khalaf, mereka berdasarkan kata Nabi s.a.w.

( )

Ya Allah Tuhanku, aku pilih al-Rafiq al-Aala.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Abu Hurairah telah meriwayatkan
sebuah hadis Nabi iaitu

Apabila roh keluar dari badannya dibawa naik keatas hingga kelangit ketujuh yang pada nya Allah
Azjwajalla.

Akan tetapi, pendapat diatas tidaklah menetapkan ketetapan bahawa roh mesti menetap dan
tinggal disana, tetapi roh dibawa naik selepas dari kematian bagi menerima perintah Allah
yang seterusnya yang dicatatkan di illiyyin atau Sijjin kemudian dikembalikan kekubur untuk
disoal . Roh orang beriman akan berada di illiyin berdasarkan pahala amalan, dan roh orang
kafir berada di Sijjin berdasarkan dosa yang telah mereka lakukan di muka bumi Allah.

Pendapat Yang Menyatakan Bahawa Roh Orang Yang Beriman Berada Di Barzakh
Dan Bergerak Dengan Bebas Kemana Dikehendakinya.
Dalam pada masa yang sama, ada pendapat yang turut menyatakan bahawa roh orang yang
beriman akan berada di Barzakh dan bebas untuk bergerak kemana sahaja merka kehendaki.
Pendapat ini diriwayatkan oleh Salman al-Farisi. Salman memberi pengertian bahawa al-
Barzakh adalah sesuatu lokasi tempat yang terhalang diantara dua alam. Barzakh berada di
antara dunia dan akhirat yang mana roh bebas untuk berlegar kemana-mana sahaja.
Pandangan ini adalah salah satu pandangan yang kuat kerana roh semestinya telah terpisah
dengan dunia dan belum lagi masuk ke alam akhirat. Roh orang Islam yang beriman berada
di alam barzakh yang luas dan menerima segala nikmat dan kesenangan yang dihidangkan
oleh Allah. Akan tetapi, berbeza bagi roh orang kafir yang akan berada di alam barzakh
dalam keadaan yang sempit dan azab. Pendapat ini bertepatan dengan firman Allah Taala;

( )

Dan dihadapan mereka terdapat alam Barzakh iaitu dinding yang membatasi hingga
kehari mereka dibangkitkan.

(Al-Mukminun:100)

You might also like