You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG),

SK SEBUYAU ENSENGEI,
D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIMUNJAN
94800 SIMUNJAN, SAMARAHAN,
SARAWAK.

TEL/FAX : - EMAIL : skse8302@yahoo.com

Ruj. Kami :
Tarikh : 15 OGOS 2016
Kepada:
Ibu bapa / penjaga murid SK Sebuyau Ensengei

Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK BAZARIA MERDEKA 2016
Sukacita dimaklumkan, perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.
2. Untuk makluman tuan/puan, SK Sebuyau Ensengei akan mengadakan Bazaria Merdeka
seperti ketetapan berikut:
TARIKH : 27 OGOS 2016 (SABTU)
TEMPAT : HALAMAN SK SEBUYAU ENSENGEI
3. Pihak sekolah ingin memohon sumbangan berbentuk barangan untuk dijual di Bazaria
tersebut bagi mengutip dana untuk Tabung PIBG dan juga untuk membina mini perpustakaan di
Kelas Pemulihan.
4. Bagi barangan yang tahan lama/tidak mudah rosak, pihak tuan/puan boleh menghantar
barangan tersebut ke sekolah bermula pada hari Rabu (24 OGOS 2016) sehingga Jumaat (26 OGOS
2016). Barangan tersebut hendaklah dihantar pada waktu sesi persekolahan. Manakala bagi
barangan yang mudah rosak/tidak tahan lama bolehlah dihantar pada hari Jumaat (26 OGOS 2016)
atau awal pagi Sabtu (27 OGOS 2016).
5. Untuk makluman pihak tuan/puan juga, pembelian barangan di Bazaria itu nanti adalah
menggunakan kupon yang boleh dibeli semasa Hari Jualan nanti. Sekeping kupon bernilai RM1.00.
6. Sumbangan dan kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih. Untuk keterangan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Cikgu Rokiyah
Bt Mohamad (012-8467078) atau Cikgu Mohamad Irwan Shah Bin Saleha (012-8198179).

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar,

(AISHA FATIMAH BINTI MOHAMAD SADEE)

SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG,
SK Sebuyau Ensengei, Simunjan.

s.k:- 1. Fail Sekolah

2. Fail PIBG
-AF-

You might also like