You are on page 1of 3

Laporan Persembahan Bicara Berirama

Pada 23 Mac 2016 iaitu pada petang hari rabu yang lalu, semua pelajar kelas TESL 1
telah membuat 4 persembahan yang bertemakan fungsi sekolah sebagai organisasi yang telah
ditugaskan oleh pensyarah kami bagi subjek Generik Pengantar Pengajian Profesional, iaitu
Puan Siti Patimah bt Ab Kadir. Terdapat 4 buah kumpulan yang telah membuat 4 buah
persembahan yang berlainan berdasarkan tajuk yang sama dan persembahan tersebut
termasuklah persembahan pendeklamasian sajak, persembahan nyanyian, persembahan
bicara berirama dan akhir sekali persembahan syair.

Kami telah diberi masa selama seminggu untuk melakukan persediaan sebelum
mempersembahkan persembahan kami di hadapan pensyarah. Semua kumpulan telah
berbincang bersama-sama bagi mendapatkan maklumat untuk persembahan tersebut. Kami
banyak mencari dan mendapatkan maklumat di internet, perpustakaan, malah kami juga
bertanya kepada rakan-rakan yang lain bagi mendapatkan maklumat tambahan berkenaan
dengan tajuk yang ditugaskan kepada kami. Kumpulan kami merupakan kumpulan yang kedua
bagi mempersembahkan persembahan bicara berirama di dalam kelas dan kami terdiri
daripada 4 orang ahli kumpulan. Antaranya ialah Tay Ho Gim, Lim Wen Thing, Aqilah Filzah
dan Nur Fatin Ain.

Persembahan kami berlangsung selama lebih kurang 10-15 minit. Kami telah
menyelitkan banyak maklumat mengenai tajuk yang diberikan iaitu fungsi sekolah sebagai
organisasi dalam persembahan kami. Antara fungsi sekolah tersebut adalah untuk
mempersiapkan murid untuk suatu pekerjaan, membentuk manusia yang sosial, membantu
memecahkan masalah-masalah sosial, menyediakan tenaga pembangunan dan akhir sekali
sekolah dapat membuka kesempatan memperbaiki nasib. Kami telah mempersembahkan
persembahan bicara berirama tersebut dengan sebaik mungkin dan kami telah berjaya
melaksanakan tanpa sebarang gangguan dan masalah. Pensyarah kami juga berpuas hati
dengan hasil persembahan yang telah dipersembahkan oleh setiap kumpulan.

Melalui tugasan ini, kami telah dapat menimba banyak ilmu pengetahuan dan
menambahkan lagi pengetahuan kami dalam cara-cara untuk mendeklamasikan sajak dengan
baik, bersyair, menyanyi dan juga cara mempersembahkan bicara berirama dengan lancar.
Secara kesimpulannya, semua pelajar telah dapat memahami bahawa sekolah merupakan
organisasi yang penting bagi membina modal insan kelas pertama dan bagi membentuk pelajar
yang berakhlak mulia.
Persembahan bicara berirama oleh Kumpulan 2

Disediakan oleh, 28 MAC 2016

..

(NUR FATIN AIN BT ZAINAL ABIDIN)

TESL 1 PPISMP Semester 2,

IPG Kampus Kota Bharu.


Beberapa orang pelajar TESL 1 bergambar dengan pelajar-pelajar tadika

Bergambar bersama-sama dengan guru dan pelajar di tadika

You might also like