You are on page 1of 49

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

BUKIT COOMBE 11700 GELUGOR, PULAU PINANG

RBT 3119

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

LAPORAN DAPATAN KAJIAN

DI TAMAN TON SARDON


1.0 LAPORAN KAJIAN PERNIAGAAN RUNCIT

1.1 OBJEKTIF

Objektif kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat:

1. Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar minggu Pekan


Gelugor.
2. Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di Pekan
Gelugor.
3. Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perbiagaan runcit di
Pekan Gelugor.
4. Menguraikan kesan negatif perbiagaan runcit di Pekan Gelugor.
5. Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di
Pekan Gelugor.
6. Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan tingkatkan semangat berkerjasama
untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di Pekan Gelugor.

1.2 KAWASAN KAJIAN


Kajian ini telah dijalankan di Pasar dan Balai Rakyat Gelugor, Pekan Gelugor.
Lokasi kawasan kajian ini berada dalam kawasan Pekan Gelugor dan terletak kira-kira
setengah kilometer dari Pekan Gelugor serta kira-kira tiga kilometer dari IPG Kampus
Pulau Pinang.

1.3 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang telah digunakan dalam Kajian Peniaga Kecil di Taman Tun
Sardon adalah kaedah pemerhatian yang mana kami telah membuat pemerhatian di
lokasi kajian dengan membuat tinjauan terhadap peniaga-peniaga kecil serta susunan
dan kedudukan infrastruktur bangunan di lokasi kajian.

Arah mata angin juga dapat dikenalpasti menerusi kaedah ini juga di mana kami
memerhatikan arah matahari terbit pada hari tersebut untuk mengenalpasti arah utara
bagi dimuatkan dalam peta pekan Gelugor dan Pasar Tun Sardon.

Antara kaedah lain yang kami jalankan semasa membuat kajian mengenai
pemetaan kawasan ini adalah dengan merujuk peta sebenar melalui internet dalam
perisian Google Maps. Dengan merujuk terlebih dahulu peta lokasi secara terperinci
menggunakan bantuan satelit, proses pemetaan mudah dijalankan.

Pemetaan dibuat secara melakar secara kasar terlebih dahulu di kawasan kajian
berdasarkan pemetaan secara menyeluruh kawasan kajian iaitu kelesluruhan Pekan
Gelugor dan pemetaan di kawasan kajian tumpuan iaitu di Pasar dan Balai Rakyat
Gelugor, Tun Sardon.
2.0 PETA
KAWASAN
KAJIAN
PASAR DAN BALAI RAKYAT
GELUGOR TUN SARDON
2.1 PETA
KAWASAN
KAJIAN
PEKAN GELUGOR
3.0 DAPATAN KAJIAN

Objektif kajian ini untuk mendefinisikan konsep dan jeniis perniagaan runcit di
pasar minggu Pekan Gelugor yang telah dicapai melalui borang soal selidik, temu
ramah dan pemerhatian. Soalan yang telah diajukan kepada 20 orang peniaga ialah :
(1) Bagaimanakah Encik/Puan menguruskan perniagaan ini; (2) Apakah yang dilakukan
Encik/Puan terhadap barang yang tidak terjual; (3) Bagaimanakah Encik/Puan
memulakan perniagaan ini; (4) Dari manakah Encik/Puan mendapatkan bekalan untuk
perniagaan; dan (5) Adakah Encik/Puan terasa tergugat dengan penjual yang menjual
barang yang sama. Rujuk pada lampiran 1.

Pengumpulan data dalam kajian ini mempunyai taburan penduduk pelbagai


kaum dan peniaga juga terdiri daripada tiga kaum utama di Malaysia. Walaupun
peniaga di pasar minggu Pekan Gelugor ini ramai tetapi kajian hanya menjadikan
seramai 20 orang peniaga sebagai responden yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
pelbagai jenis perniagaan. Pecahan bilangan responden mengikut umur, jantina, kaum,
tempoh berniaga dan jenis perniagaan ditunjukkan dalam jadual di bawah seperti
berikut.

Jadual 1 : Umur responden

Julat umur (tahun) Bilangan


30 39 6
40 49 5
50 59 7
60 69 1
90 - 100 1

Jadual 2 : Bilangan jantina


Lelaki Perempuan
12 8

Jadual 3 : Pecahan kaum

Melayu Cina India


12 4 4

Jadual 4 : Tempoh berniaga

Julat tempoh berniaga (tahun) Bilangan


15 5
6 10 3
11 15 3
16 20 4
21 -25 3
26 30 1
31 - 35 1

Jadual 5 : Jenis perniagaan

Jenis perniagaan Bilangan


Ikan 3
Daging lembu 1
Ayam 1
Sayur 3
Telur 1
Runcit 1
Buah 2
Roti 1
Barang plastic 1
Buku 2
Kain pakaian 1 ( tiada pesaing)
Makanan dan minuman 1
Buah 2
Jam 1 ( tiada pesaing)
Kaji selidik juga dapat mengenalpasti peniaga yang berniaga secara tetap
mahupun berniaga secara bergerak malah turut mengenalpasti terdapatnya peniaga
yang mempunyai produk sendiri dan peniaga yang mempunyai lain cawangan.Jadual
berikut menunjukkan pecahan tersebut.

Jadual 6 : Cara berniaga

Bilangan berniaga tetap Bilangan berniaga bergerak


18 2

Jadual 7 : Produk sendiri

Bilangan peniaga yang ada Bilangan peniaga yang


produk sendiri tiada produk
1 ( Rempah) 19

Jadual 8 : Cawangan perniagaan lain

Bilangan peniaga yang mempunyai Bilangan tiada cawangan


cawangan
5 15
( ayam, daging lembu, buku, buah dan
roti )

Untuk mendapatkan data di atas, tiga kaedah utama telah digunakan iaitu
melalui pemerhatian, temu ramah, dan borang soal selidik. Borang soal selidik
merupakan instrumen penting untuk mendapatkan maklumat dengan sistematik. Kajian
ini dilakukan pada waktu pagi di pasar tersebut bagi memastikan data dan gambaran
yang diperoleh adalah tepat.

3.1 PENGURUSAN PERNIAGAAN

Berdasarkan pemerhatian pada awalnya mendapati jumlah orang yang datang


ke pasar minggu Pekan Gelugor tidak begitu ramai walaupun pada awal pagi begini.
Namun demikian, berdasarkan temu ramah daripada responden, pada hari cuti seperti
hari Sabtu dan Ahad serta pada musim-musim perayaan pasti ramai pengunjung yang
akan datang untuk membeli barang tidak kira barang basah mahupun barang kering.

Dari soal selidik berdasarkan soalan yang pertama iaitu: (1) Bagaimanakah
Encik/Puan menguruskan perniagaan; telah ditanya kepada para responden. Hasil
soalan tersebut ditunjukkan seperti gambar rajah di bawah.

Gambar rajah 1 : Cara pengurusan perniagaan


Bantuan ahli Bantuan rakan Bantuan pekerja Lain-lain
keluarga
13 0 4 3

Berdasarkan gambar rajah tersebut ,menunjukkan kebanyakkan besar


responden menggunakan bantuan ahli keluarga sahaja dalam menguruskan
perniagaan dimana menunjukkan bahawa mereka menjalankan perniagaan kecil-
kecilan sahaja.Hal ini diikuti oleh responden yang menggunakan khidmat bantuan
pekerja kerana hasil temu ramah menjelaskan bahawa keluarga respon tersebut sudah
bekerja sendiri dan juga ada yang sudah tua sehinggakan terpaksa menggunakan
bantuan pekerja.

Tiada keputusan yang menunjukkan responden menggunakan bantuan rakan


dalam menguruskan pernigaan mereka sekaligus menekankan bahawa kebanyakan
peniaga disini hasil daripada perniagaan yang turun temurun. Disamping itu, terdapat
responden yang menjalankan perniagaan mereka sendiri sahaja tanpa bantuan sesiapa
dimana dari mengambil bekalan, menjual barang, mengira barang, membungkus
barang serta membersihkan tempat berniaga hanya dilakukan seorang diri. Tiga orang
responden tersebut ialah penjual ikan, roti dan jam yang pastinya memberikan
kelebihan dari segi wang.Hal ini bermaksud tiga responden tersebut tidak perlu
menolak untung pernigaan mereka kepada pekerja tetapi hanya memerlukan kudrat
mereka untuk berniaga.

3.2 PENGURUSAN BARANG TIDAK TERJUAL

Melalui temu ramah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat berkaitan


pengurusan barang tidak terjual sepanjang kajian tersebut menunjukkan sedikit
sebanyak sikap peniaga di pasar minggu itu yang sebolehnya ingin merahsiakan
kerugian mereka ketika berniaga. Hal ini membuktikan bahawa peniaga yang berniaga
di pasar minggu Pekan Gelugor ini tidak menganggap kerugian yang terjadi sebagai
halangan untuk berniaga tetapi dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk teruskan
perniagaan mereka walaupun hanya mendapat sekadar pulangan modal harian sahaja.
Data yang berkaitan dengan pengurusan barang tidak terjual ini seperti dalam gambar
rajah yang di bawah.

Gambar rajah 2 : Pengurusan barang tidak terjual


Menjual balik Memberi barangan Kegunaan sendiri Lain-lain
kepada pembekal kepada orang sekeliling
7 6 1 6

Borang soal selidik tersebut telah menunjukkan bahawa responden paling ramai
menguruskan barang tidak terjual mereka kepada pembekal barangan mereka semula
dan ini tidak akan membuatkan mereka rugi dalam berniaga. Kebanyakan responden
yang melakukan sedemikian hanyalah peniaga yang menjual barang yang tidak rosak
seperti telur, buku dan pakaian tetapi ada juga responden yang menjual sayur turut
memulangkan barangan mereka kepada pembekal. Apabila di temu ramah
mengenainya, responden yang sebegitu hanyalah sebagai orang ketiga yang hanya
membantu menjual barang dari pembekal dan sekiranya terjual responden akan
mendapat keuntungan tetapi sekiranya tidak terjual responden tidak akan rugi.

Bagi responden yang memberikan barang yang tidak terjual kepada orang
sekeliling menunjukkan bahawa peniaga tersebut melakukannya disebabkan sifat
kemanusiaan mereka kerana membantu sesame manusia daripada membuang sahaja
barangan tersebut.Temu ramah juga mengenal pasti terdapat responden yang memberi
sahaja barang tersebut dengan harga yang murah sehinggakan tidak sama dengan
harga modal tetapi sekadar memastikan barang tersebut dijual selagi belum busuk atau
rosak. Seterusnya bagi responden yang lain menggunakan cara lain-lain untuk
menguruskan barang tidak terjual mereka dan hasil kajian yang lebih mendalam seperti
dalam jadual di bawah.

Jadual 9 : Pengkhususan cara lain-lain dalam pengurusan barang tidak terjual

Jenis perniagaan Cara lain-lain


Ikan Barang sentiasa habis terjual sebelum busuk
Rempah Barang yang cepat rosak sahaja dibuang
Sayur Buang
Daging lembu Jual di tempat lain sehingga habis sebelum busuk
Buah Buah yang sudah kurang segar akan dibuat kuih dan
dijual
Barang plastik Semua terjual dan perbaiki

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat juga responden yang


kreatif dalam berniaga seperti responden yang menjual buah pisang telah memastikan
bahawa tiada buah pisang yang dibiarkan tidak terjual sehingga busuk. Responden
mengatakan akan memastikan buah yang tidak laku dibuat pisang goreng mahupun
sebagai cucur pisang asalkan ianya akan terjual sehingga habis. Di sini menunjukkan
bahawa sifat peniaga yang kreatif akan memastikan bahawa ianya tidak rugi asalkan
dapat pusingan modal untuk berniaga lagi.

3.3 CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

Secara keseluruhannya , peniaga yang berniaga di pasar minggu Pekan Gelugor


ini hanya menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan mereka masing-
masing kerana perniagaan yang dibuka tidak memerlukan modal yang tinggi.
Kebiasaannya, apabila seseorang peniaga mula berniaga, peniaga akan mengumpul
keuntungan bersih dan akan membesarkan lagi kedai jualan mahupun skop barangan
jualan sedikit demi sedikit mengikut jumlah wang yang ada dan mengikut permintaan
pelanggan. Hal itu yang membuatkan ramai responden hanya menggunakan modal
sendiri apabila mula berniaga. Hasil kajian mengenai cara permulaan perniagaan
seperti dalam gambar rajah di bawah.

Gambar rajah 3 : Cara permulaan perniagaan

Bantuan Bank Bantuan ahli Modal sendiri Lain-lain


keluarga
4 3 12 1

Dalam gambar rajah tersebut menunjukkan bahawa terdapat seramai 4 orang


responden yang menggunakan bantuan Bank untuk memulakan perniagaan di pasar
minggu Pekan Gelugor ini. Apabila telah ditemu ramah, hanya seorang responden
sahaja yang benar-benar meminjam duit daripada Bank pada angka yang tinggi
untuk berniaga dan telah pun selesai bayar sehingga sekarang kerana tempoh
perniagaannya telah mencecah 35 tahun. Peniaga tersebut menjual daging lembu yang
awalnya memang memerlukan duit untuk membeli bekalan daripada pembekal.

Bagi responden yang memulakan perniagaan menggunakan bantuan ahli


keluarga ialah peniaga buku, peniaga buah dan peniaga yang membaiki jam di mana
semuanya ialah kedai turun temurun dan modal daripada wang keluarga mereka
sendiri. Tetapi terdapat seorang responden dalam cara lain-lain yang merupakan
pekerja sahaja daripada sebuah syarikat dan modal yang digunakan adalah dari
bantuan syarikatnya sendiri dan responden tersebut tidak berhutang. Hal ini kerana,
responden tersebut hanya menjual barangannya iaitu roti di dua kawasan yang telah
ditetapkan dan sekiranya tidak habis responden tersebut tidak rugi sebaliknya
mendapat bayaran mengikut jumlah jualan yang telah berjaya dijual. Semua ini
menerangkan lagi bahawa peniaga di pasar minggu Pekan Gelugor ini kebanyakan
sebagai peniaga kecil-kecilan kerana sebahagian besar bermula dengan modal sendiri.

3.4 CARA MENDAPATKAN BEKALAN PERNIAGAAN

Maklumat mengenai cara responden mendapatkan bekalan perniagaan penting


untuk mengenal pasti responden yang memerlukan modal yang tinggi untuk membeli
bekalan atau pun kurang tinggi untuk mendapatkan bekalan kerana ini dapat
mengenalpasti cara peniaga di pasar minggu Pekan Gelugor ini untuk membuat
pusingan perniagaan mereka. Hasil temu ramah dan pemerhatian telah Berjaya
mengenal pasti cara responden mendapatkan bekalan perniagaan dan ditunjukkan
seperti dalam gambar rajah di bawah.

Gambar rajah 4 : Cara mendapatkan bekalan perniagaan


Mengambil terus dari Pemborong datang hantar Menternak sendiri bekalan
pembekal bekalan
12 7 1

Dalam gambar rajah tersebut menunjukkan bahawa kebanyakan besar


responden mengambil sendiri barang perniagaan daripada pembekal dan ini
mengurangkan kos barang kerana kebiasaannya responden akan mendapat harga
yang lebih murah berbanding harga apabila pembekal menghantar ke kedai mereka.
Dari sinilah, responden dapat menjimatkan kos barang yang hendak dijual dan di sinilah
juga responden main harga dalam menarik perhatian pembeli membeli barangan
mereka. Seterusnya terdapat seorang responden yang menjual daging ayam telah
mengambil jalan yang kreatif dengan menternak sendiri ayam yang menjadi satu-
satunya barang yang dijual di kedai mereka. Berdasarkan temu ramah, responden
memilih untuk menternak sendiri ayam kerana dapat mengurangkan kos barang dan
mendapat lebih keuntungan.
Malah, terdapat juga seorang peniaga yang meniaga barang rempah ratus
mempunyai barang dan produk sendiri iaitu Shifa Enterprise. Produk tersebut dibuat
sendiri oleh responden berasaskan pengetahuan yang mereka ada mengenai rempah.
Berdasarkan temu ramah juga, produk yang dibuat sendiri disukai oleh pelanggan
kerana ia sudah digabungkan dengan pelbagai jenis rempah dan mudah digunakan
untuk memasak tetapi barang seperti rempah tidak dibeli setiap hari kerana digunakan
dalam kuantiti sedikit setiap hari. Tetapi jika berada dalam musim perayaan, responden
pasti akan mendapat keuntungan yang berganda dalam perniagaannya. Hal ini
menunjukkan terdapat juga peniaga di pasar minggu ini berfikiran kreatif dan inovatif
dalam menghasilkan produk sendiri.

3.5 PERSAINGAN BERNIAGA

Sememangnya dalam berniaga pasti akan mempunyai persaingan tetapi ianya


sama ada persaingan sihat mahupun tidak sihat. Hasil pemerhatian menunjukkan
kebanyakan peniaga di pasar minggu di Pekan Gelugor ini tidak terlampau memikirkan
sangat mengenai persaingan bagi sebahagian besar responden menganggap
persaingan antara peniaga itu sesuatu yang sihat. Namun demikian, kebanyakan
peniaga di situ mengatakan persaingan dengan kadar pertumbuhan shopping market
membuatkan mereka lebih terancam berbanding persaingan antara peniaga-peniaga di
situ. Hasil soal selidik mengenai persaingan berniaga seperti dalam gambar rajah di
bawah.
Gambar rajah 5 : Persaingan berniaga

Ya Tidak
14 6

Berdasarkan gambar rajah tersebut menunjukkan bahawa kebanyakan


responden menganggap bahawa persaingan antara peniaga sebagai perkara yang
biasa akan dihadapi oleh setiap peniaga. Perkara ini akan berlaku di mana-mana
tempat mereka berniaga tetapi terdapat responden yang memikirkan strategi yang
boleh menarik perhatian pelanggan dan sekaligus mendapatkan pelanggan tetap
mereka. Cara yang dilakukan seperti memberikan kuantiti barang yang lebih kepada
pengguna dan mengurangkan harga sekiranya pelanggan membeli barangan yang
banyak pada suatu masa.Seterusnya bagi peniaga yang tidak merasai persaingan
antara peniaga di pasar minggu ini merupakan peniaga yang menjual makanan India,
kedai buku, jam dan pakaian di mana mereka tidak mempunyai persaingan langsung
dalam berniaga di kawasan tersebut.

3.6 KESIMPULAN
Hasil dari borang soal selidik, pemerhatian dan temu ramah bersama 20 orang
responden dapat menyimpulkan bahawa peniaga di pasar minggu Pekan Gelugor
berniaga secara kecil-kecilan dengan bermulakan modal sendiri, bantuan ahli keluarga
serta mendapat pulangan harian untuk membuat pusingan perniagaan. Jenis
perniagaan juga pelbagai da nada yang satu jenis sahaja seperti peniaga roti, peniaga
pakaian dan peniaga jam. Walaupun keuntungan tidak banyak, tetapi semangat dan
sifat peniaga di sini yang tetap menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan tetap
mereka serta sifat tidak putus asa mereka membolehkan kebanyakkan peniaga di sini
masih dapat meneruskan perniagaan mereka sehingga sekarang.
LAMPIRAN 1

SOAL SELIDIK BERKAITAN KONSEP DAN JENIS PERNIAGAAN

DI TAMAN TUN SARDON

1. Bagaimanakah Encik/Puan menguruskan perniagaan ini?

(a) Bantuan ahli keluarga


(b) Bantuan rakan
(c) Bantuan pekerja
(d) Lain-lain :_________________________________

2. Apakah yang dilakukan Encik/Puan terhadap barang yang tidak terjual?

(a) Menjual balik kepada pembekal


(b) Memberi barangan tersebut kepada orang sekeliling
(c) Kegunaan sendiri
(d) Lain-lain : _________________________________

3. Bagaimanakah Encik/Puan memulakan perniagaan ini?

(a) Bantuan bank


(b) Bantuan ahli keluarga
(c) Modal sendiri
(d) Lain-lain : _________________________________

4. Dari manakah Encik/Puan mendapatkan bekalan untuk perniagaan ?

_____________________________________________________

5. Adakah Encik/Puan terasa tergugat dengan penjual yang menjual barang yang
sama?

_______________________________________________
YA

TIDAK
4.0 Kepentingan Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian

4.0.1 Menyediakan peluang pekerjaan.

Berdasarkan kajian yang dibuat, kami mendapati perniagaan runcit di Pasar


Taman Tun Sardon ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat. Hal ini dapat dibuktikan apabila 13 daripada 20 responden yang ditemubual
menyatakan bahawa perniagaan runcit di Pasar Taman Tun Sardon ini memberikan
mereka peluang pekerjaan. Kebanyakkan daripada peniaga dan peruncit di pasar itu
adalah terdiri daripada penduduk setempat di kawasan Taman Tun Sardon. Hal ini
secara langsung menunjukkan bahawa perniagaan runcit di Pasar Taman Tun Sardon
ini sangat penting bagi penduduk tempatan mencari peluang pekerjaan untuk
meneruskan kehidupan mereka.

Namun begitu, terdapat juga peniaga-peniaga yang beranggapan perniagaan di


Pasar Taman Tun Sardon ini tidak banyak memberi peluang pekerjaan kepada
masyarakat setempat khususnya golongan muda. Hal ini kerana, golongan muda masa
kini lebih mementingkan pelajaran dan tidak mahu terlibat dengan perniagaan runcit ini.
4.0.2. Meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk.

Hasil soal selidik yang telah dilakukan, majoriti peniaga-peniaga di kawasan


kajian bersetuju bahawa perniagaan runcit di Pasar Taman Tun Sardon ini dapat
meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk. Hal ini disebabkan peniaga-
peniaga di kawasan kajian merupakan penduduk tetap di kawasan itu dan sekali gus
memudahkan mereka mencari rezeki dengan berniaga di kawasan itu. Kebanyakkan
peniaga dan peruncit terdiri daripada golongan dewasa dan warga emas yang telah
berniaga di kawasan tersebut sudah hampir 25 hingga 30 tahun. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa perniagaan itu mampu menyara dan membantu meningkatkan
taraf hidup mereka dan bertahan lama. Rujuk pada lampiran 2.
4.0.3. Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan runcit.

Kajian juga menunjukkan barangan yang dijual di pasar ini memenuhi citarasa
dan kepentingan pengguna di kawasan itu. Barangan runcit yang dijual terdiri daripada
bahan mentah seperti ayam, ikan, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan
sebagainya. Manakala bahan kering yang dijual ialah seperti kelengkapan dapur,
pakaian, kad tambah nilai, buku-buku dan banyak lagi. Tidak kurang juga terdapat
perkhidmatan yang disediakan seperti gerai makanan dan minuman serta perkhidmatan
gunting rambut.
Barangan yang dijual juga mengikut harga kawalan seperti yang ditetapkan oleh
kerajaan. Hal ini memudahkan penduduk untuk membeli barangan runcit yang terdapat
di pasar itu tanpa ditipu oleh peniaga. Walaupun barangan yang dijual memnuhi
citarasa dan kepentingan pengguna, namun kajian mendapati 11 daripada 20
responden menyatakan bahawa Pasar Taman Tun Sardon ini tidak mendapat tumpuan
sepenuhnya oleh penduduk setempat. Hal ini kerana lambakkan pasar raya bersar
seperti Tesco dan pasar-pasar lain di sekitar kawasan kajian.

4.0.4. Membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan.

Kebanyakkan peniaga di pasar ini berniaga secara sendiri dan pasar ini menjadi
tempat untuk peniaga memasarkan barangan jualan mereka kepada penduduk
tempatan. Pasar ini menjadi platfom kepada peniaga-peniaga untuk memulakan
perniagaan secara kecil-kecilan. Mereka hanya perlu membayar sewa tapak kepada
Majlis Bandaraya Pulau Pinang ( MBPP ) dengan kos yang agak rendah jika
dibandingkan di tempat lain.
4.0.5. Menyediakan barangan yang segar dan berkualiti.

Melalui dapatan kajian, perniagaan di sini jelas menunjukkan bahawa barangan


yang dijual oleh peniaga berkualiti dan segar untuk kegunaan penduduk setempat.
Barangan yang diperoleh peniaga diambil terus daripada pembekal. Sebagai contoh,
ayam yang dijual di pasar ini diambail daripada penternak-penternak yang berdekatan.
Proses penyembelihan juga dilakukan di pasar ini untuk memastikan ayam disembelih
dengan cara yang betul bagi meyakinkan pembeli khususnya dalam kalangan orang
Islam.

Barangan runcit yang lain juga sering disemak tarikh luput dan tahap
kesegarannya bagi memastikan setiap peruncit menjaga tanggungjawab sosial
terhadap pembeli dan masyarakat setempat.
Kesimpulannya, 15 daripada 20 responden menyatakan bahawa Pasar Taman
Tun Sardon ini sangat penting bagi masyarakat setempat untuk mendapatkan barangan
keperluan dan kemudahan peribadi. Masyarakat setempat juga bersetuju bahawa
perniagaan di pasar ini penting bagi mereka dalam memenuhi keperluan harian
berdasarkan barangan yang pelbagai yang disediakan juga harga yang berpatutan.
LAMPIRAN 2.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG


LAWATAN KAJIAN PERNIAGAAN DI PASAR TAMAN TUN SARDON
(BORANG SOAL SELIDIK)

1. Benarkah perniagaan di pasar Taman Tun Sardon ini memberi peluang pekerjaan
kepada masyarakat setempat?

YA TIDAK

2. Adakah peluang pekerjaan ini membantu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan
keluarga?

YA TIDAK

3. Adakah barangan yang dijual memenuhi citarasa dan kepentingan pengguna?

YA TIDAK

4. Adakah harga barangan yang dijual berpatutan dengan kualiti produk?

YA TIDAK

5. Adakah pasar Taman Tun Sardon menjadi tumpuan penduduk setempat mendapatkan
barangan keperluan?
YA TIDAK

6. Barangan yang dijual bermutu tinggi?

YA TIDAK

7. Benarkah perniagaan di pasar Taman Tun Sardon ini sangat penting bagi masyarakat
setempat?

YA TIDAK
5.0 LAPORAN KAJIAN SOAL SELIDIK MENGENAI KESAN NEGATIF DALAM
PERNIAGAAN DI KAWASAN PASAR TAMAN TUN SARDON

Pada 20 Februari 2012, kami telah menjalankan kajian soal selidik di sekitar
kawasan pasar Taman Tun Sardon, Pulau Pinang. Kami telah menjalankan kajian soal
selidik ini dengan mengajukan beberapa soalan yang telah disediakan kepada para
peniaga di situ berkenaan kesan-kesan negatif yang terdapat sepanjang perniagaan
dijalankan. Soalan tersebut mempunyai sebanyak 12 soalan yang berkaitan dengan
kesan negatif perniagaan di kawasan terbabit. Hal ini demikian kesemua soalan
menjurus kepada kesan negatif yang telah kami jangkakan berlaku di kawasan kajian.
Terdapat lapan aspek kesan negatif perniagaan di kawasan kajian telah terkandung
dalam soalan yang disediakan.

Sesi soal jawab dengan para peniaga telah dijalankan di kawasan tersebut.
Seramai 20 responden yang terdiri dari para peniaga telah terlibat dalam kaji selidik
tersebut. Para peniaga telah memberikan kerjasama yang baik dengan menjawab
soalan-solan yang telah diajukan kepada mereka. Malah, para peniaga turut
menceritakan pengalaman-pengalaman mereka mengenai kesan-kesan negatif yang
berlaku sepanjang menjalankan perniagaan di pasar Taman Tun Sardon. Kami telah
memilih responden secara rawak yang terdiri dari peniaga di dalam pasar, tepi pasar
dan kawasan yang berdekatan dengan pasar. Malah, peniagaan tersebut merangkumi
hampir kesemua jenis perniagaan yang terdapat di kawasan kajian. Rujuk lampiran 3.

Melalui soal selidik yang telah dijalankan, kami telah mendapat hasil dapatan
kajian seperti yang dapat dilihat pada carta bar dibawah.
CARTA BAR KESAN-KESAN NEGATIF PERNIAGAAN DI SEKITAR KAWASAN
PASAR TAMAN TUN SARDON

Melalui carta bar di atas, terdapat beberapa kesan negatif yang telah
dikenalpasti. Jawapan YA merangkumi kesan negatif perniagaan di kawasan kajian,
manakala jawapan TIDAK merangkumi kesan positif.
1. Dari aspek masalah sosial :

Melalui soalan 1 dan 2 dapat dikenalpasti bahawa kawasan kajian menjadi


tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata.
Hal ini demikian, menurut para peniaga yang telah kami temu bual, menyatakan
bahawa pelajar-pelajar sering berpegangan tangan dan meemakai pakaian yang
kurang sopan di kawasan terbabit. Selain itu, para peniaga turut menyatakan bahawa
pelajar menjadikan kawasan kajian sebagai tempat ponteng sekolah dan melepak.
Peniaga terbabit meluahkan perasaan tentang ketidakpuasan hati mengenai tingkah
laku negatif pelajar di kawasan tersebut. Hal ini demikian terbukti melalui jumlah
bilangan jawapan YA yang lebih banyak berbanding jawapan TIDAK pada soalan 1
dan 2, secara tidak langsung menunjukkan pelanggan sering mencuri barang-barang
perniagaan di kawasan kajian.

2. Dari aspek persaingan dengan kedai runcit tempatan :

Tambahan lagi, bagi soalan nombor 3, membuktikan bahawa jawapan YA


melebihi jawapan TIDAK. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puas hati kerana
pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka
akan mengalami kerugian.

3. Dari aspek pencemaran :

Berdasarkan kaji selidik soalan 4, kebanyakan responden menyatakan bahawa


kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan kajian akan dibersihkan
sama ada oleh peniaga sendiri atau pihak berkenaan. Hal ini terbukti melalui jumlah
bilangan jawapan TIDAK melebihi jawapan YA.

4. Dari aspek kesesakan lalu lintas :


Melalui kaji selidik yang telah dijalankan mengenai soalan 5 dan 6, responden
beranggapan bahawa kesan negatif dari aspek kesesakan lalu lintas tidak terjadi di
kawasan kajian. Hal ini kerana kami dimaklumkan bahawa pengunjung sentiasa
meletakkan kenderaan mereka pada kawasan meletak tempat kereta secara tersusun
tanpa menganggu atau menyekat kenderaan lain. Walau bagaimanapun, terdapat juga
responden menghadapi masalah dari aspek kesesakan lalu lintas. Bukti dapat dilihat
melalui jumlah bilangan jawapan TIDAK yang melebihi jawapan YA.

5. Dari aspek harga tanpa kawalan :

Berdasarkan kaji selidik soalan 7, keseluruhan responden menyatakan bahawa


harga barang-barang yang dijual di kawasan kajian sentiasa dipantau oleh pihak
kerajaan. Malah, pihak kerajaan tegas dalam memantau dan mengenakan tindakan
undang-undang tehadap peniaga yang melanggar peraturan perniagaan. Oleh itu,
pengunjung tidak akan tertipu oleh peniaga.

6. Dari aspek barangan tidak berkualiti :

Melalui soalan 8, menunjukkan bahawa seramai 19 responden tidak menjual


barangan yang tidak berkualiti atau mudah rosak. Hal ini merangkumi barangan jualan
yang memudaratkan kesihatan.

7. Dari aspek kemasyaratan :

Melalui soalan 9, seramai 6 responden merasakan bahawa perniagaan di


kawasan kajian mengganggu kawasan perskitaran perumahan dan gerai makanan
yang berdekatan. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat kesan negatif perniagaan di
kawasan kajian terhadap kawasan penempatan masyarakat.
8. Dari aspek perkhidmatan hutang :

Seramai 9 responden menyediakan perkhidmatan hutang kepada pelanggan,


manakala selebihnya tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Bagi responden yang
menyediakan perkhidmatan hutang, mereka tidak mempunyai ramai pelanggan yang
berhutang di samping merasakan bahawa perkhidmatan tersebut memberi kesan yang
tidak baik kepada perniagaan mereka. Hal ini kerana mereka tidak dapat pembalikan
modal dengan cepat.
LAMPIRAN 3

KESAN NEGATIF

1. Adakah pelajar sekolah sering berpeleseran dan melakukan perbuatan yang


menjolok mata?
A. Ya
B. Tidak

2. Adakah pelanggan sering mencuri barangan perniagaan?


A. Ya
B. Tidak

3. Adakah berlaku persaingan dengan kedai runcit tempatan?


A. Ya
B. Tidak

4. Adakah persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah
sarap selepas habis berniaga?
A. Ya
B. Tidak

5. Pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-


bahu jalan?
A. Ya
B. Tidak

6. Perbuatan meletakkan kenderaan sesuka hati mengganggu dan menyekat


kenderaan lain?
A. Ya
B. Tidak

7. Kebanyakkan harga barang di pasar minggu tidak dipantau oleh pihak kerajaan?
A. Ya
B. Tidak

8. Adakah barangan yang dijual boleh memudaratkan kesihatan?


A. Ya
B. Tidak

9. Adakah perniagaan di pasar mengganggu kawasan persekitaran perumahan dan


gerai makanan yang berdekatan?
A. Ya
B. Tidak

10. Adakah perniagaan ini memberi perkhidmatan hutang kepada pelanggan?


A. Ya
B. Tidak

Jika soalan 10 anda jawab YA, sila jawab soalan dibawah:

11. Adakah ramai pelanggan yang berhutang?


A. Ya
B. Tidak

12. Adakah perkhidmatan ini memberi kesan tidak baik?


A. Ya
B. Tidak

6.0 CADANGAN BAGI MENGURANGKAN KESAN NEGATIF PERNIAGAAN


RUNCIT DI KAWASAN KAJIAN
6.0.1 Masalah Sosial

Sesi temu bual telah dijalankan ke atas beberapa orang responden yang terdiri
daripada peniaga-peniaga kecil di Pasar Tun Sardon dan rata-ratanya bersetuju
bahawa masalah atau gejala sosial memang berlaku di sekitar kawasan pasar tersebut.

Masalah sosial yang dimaksudkan telah melibatkan pelajar-pelajar dari sekolah


menengah yang berdekatan. Dalam satu sesi temu bual yang dilaksanakan, responden
3 telah menyatakan pandangannya bahawa boleh dikatakan pada setiap hari
persekolahan, kawasan pasar Taman Tun Sardon ini dijadikan tempat melepak bagi
kaki-kaki ponteng tersebut.

Menurut responden 4 pula, pelajar-pelajar yang terlibat dalam gejala ponteng ini
kebanyakannya akan menghabiskan masa mereka dengan berpeleseran di sekitar
kedai-kedai makan yang terletak bersebelahan pasar basah Taman Tun Sardon.
Mereka juga dikatakan melakukan pelbagai kegiatan yang negatif seperti menghisap
rokok, berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan serta banyak lagi.

Kedua-dua orang responden di atas telah memberikan beberapa cadangan bagi


mengurangkan gejala ponteng yang kian berleluasa ini. Antara cadangan yang
diusulkan adalah dengan menambah bilangan pegawai yang bertugas di sekitar pasar.
Pengawal-pengawal ini haruslah memastikan bahawa pelajar-pelajar yang ponteng
sekolah tidak memasuki kawasan pasar. Selain itu, ibu bapa pelajar-pelajar yang
berkenaan juga haruslah sama-sama melakukan pemantauan yang kerap ke atas
kegiatan anak-anak mereka kerana mereka sering tidak mengendahkan teguran yang
diberikan oleh orang awam. Responden 3 dan 4 juga menyatakan bahawa ada kalanya
pelajar-pelajar ini akan bertindak agresif dan diluar kawalan apabila cuba dinasihati.

6.0.2 Lalu Lintas dan Tempat Meletak Kenderaan

Dalam sesi temu bual yang telah dilaksanakan terhadap 5 orang responden,
jawapan yang diberikan berkenaan dengan lalu lintas dan tempat meletak kenderaan di
kawasan pasar ini hanya mempunyai perbezaan yang kecil.
Kelima-lima orang responden bersetuju dengan pernyataan yang menyatakan
bahawa keadaan pasar akan menjadi terlalu sesak setiap kali cuti hujung minggu
menjelang iaitu hari Sabtu dan Ahad. Menurut mereka lagi, setiap kali cuti hujung
minggu, tempat meletak kenderaan yang telah disediakan dengan banyak akan menjadi
tidak mencukupi bagi menampung jumlah kenderaan yang berkunjung ke pasar Taman
Tun Sardon.

Menurut responden 1, hal ini terjadi kerana pada setiap hari Sabtu dan Ahad, suri
rumah yang bekerja pada hari-hari biasa akan datang membeli barangan dapur di pasar
bagi kegunaan dalam tempoh seminggu. Situasi ini adalah berbeza dengan wanita
yang menjadi suri rumah sepenuh masa yang akan datang pada setiap pagi untuk
membeli barangan dapur di sini.

Responden 2 pula mengesyorkan tempat meletak kenderaan di kawasan rumah


flat yang berdekatan. Menurutnya, penghuni flat tersebut mengambil sikap tidak endah
terhadap isu penggunaan tempat meletak kenderaan oleh orang luar kerana
kebanyakan daripada penghuni flat bekerja di kawasan pasar Taman Tun Sardon.
Namun, tempat meletak kenderaan di kawasan flat itu juga akan terganggu pada setiap
cuti hujung minggu. Begitu juga dengan responden 3 yang mengatakan bahawa tempat
meletak kenderaan hanya akan mengalami gangguan apabila tibanya cuti hujung
minggu.

Responden 4 telah memberikan maklumat tambahan berkenaan dengan


pengawalan tempat meletak kenderaan di dalam kawasan pasar. Difahamkan
kenderaan jenis kereta yang dijaga oleh pengawal hanyalah kenderaan yang diletakkan
di kawasan tempat meletak kenderaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)
sahaja. Kawasan meletak kenderaan MPPP adalah kawasan parkir berbayar.

Responden 5 iaitu salah seorang pengawal parkir kenderaan di situ menyatakan


bahawa bilangan pengawal parkir tidak begitu mencukupi pada hari-hari biasa. Hanya
pada setiap hari minggu, bilangan pengawal yang akan bertugas menjaga parkir
meningkat daripada seorang ke dua orang pengawal.
Menurut responden ini lagi, pemilik kenderaan hanya akan dikenakan saman jika
ada aduan kesalahan dibuat oleh pengguna-pengguna lain. Saman atau kompaun yang
dikenakan terhadap pesalah lalu lintas akan dikeluarkan sepenuhnya oleh pihak
penguatkuasa yang bertanggungjawab iaitu MPPP. Selain itu, hanya kenderaan jenis
motokar sahaja yang akan dijaga oleh pengawal tersebut. Kenderaan kecil seperti
motor adalah terkecuali daripada dikenakan bayaran parkir.

Bagi pemilik kenderaan yang gagal menjelaskan bayaran resit parkir dalam
tempoh 7 hari dari tarikh resit dikeluarkan, mereka juga boleh dikenakan kompaun.
Responden 5 turut memberikan beberapa cadangan penambahbaikan berkaitan lalu
lintas di kawasan parkir pasar Taman Tun Sardon. Menurutnya, bilangan pengawal
kenderaan haruslah ditambah agar kerja-kerja menjadi lebih mudah dan cepat.

Manakala responden 4 menolak cadangan berkenaan dengan penambahan


parkir berikutan ketiadaan tempat untuk membina tapak meletak kenderaan yang
baharu.

Jadual di bawah menunjukkan cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah lalu lintas di pasar Taman
Tun Sardon :

Bilangan
responden yang
Cadangan menyokong
Penambahan bilangan pengawal lalu lintas. 6
Penempatan polis dan rondaan di sekitar kawasan pasar. 3
Kewujudan pasukan RELA. 1
Saman atau kompaun kepada pesalah lalu lintas. 1
Mewujudkan sistem parkir yang lebih sistematik. 1

Berdasarkan jadual di atas, didapati seramai 6 orang responden telah bersetuju


dengan penambahan bilangan pengawal lalu lintas bagi membenddung masalah lalu
lintas dan parkir kenderaan di kawasan pasar Taman Tun Sardon. Seramai 3 orang
responden lain menyokong cadangan penempatan polis dan rondaan di sekitar
kawasan pasar dan selebihnya masing-masing menyokong tiga lagi cadangan seperti
kewujudan pasukan RELA, saman atau kompaun kepada pesalah dan kewujudan
sistem parkir yang sistematik.

6.0.3 Keselamatan

Hasil temu bual yang telah dijalankan, terdapat segelintir peniaga yang pernah
melalui kes kes kecurian tanpa disedari oleh mereka. Antara kes kecurian yang dapat
kami bualkan adalah kecurian yang berlaku kepada peniaga telur dan barangan runcit.
Kejadian itu disedari apabila mereka mengira semula jumlah barangan runcit yang
dijual selepas tamat waktu berniaga dan didapati tidak sama dengan hasil jualan pada
hari tersebut.

Mengikut responden ketiga, kecurian memang sering berlaku, namun mengikut


masa yang tertentu. Kes kecurian sering kali berlaku sewaktu ketiadaan peniaga dan
pembantunya atau pada waktu yang sibuk. Namun begitu, sesetengah peniaga tidak
begitu menghiraukan kes kecurian yang berlaku maungkin kerana barang yang diambil
tidak begitu tinggi harganya.

Antara salah seorang yang menjawab soalan kaji selidik yang disediakan oleh
kami, beliau mengatakan bahawa beliau pernah diragut sewaktu ingin memasuki
kawasan pasar basah. Mengikut penceritaan, kes ragut telah berlaku sewaktu beliau
sedang memakir motor di bahagian kiri jalan masuk pasar basah berdekatan dengan
pintu pagar belakang sekolah. Jika dilihat kawasan tersebut, memang agak sunyi dan
orang juga jarang melalui kawasan tersebut. jalan tersebut merupakan jalan menuju ke
tong sampah besar dan kawasan untuk peniaga menurunkan barang jualan mereka.

Jadi, antara langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang telah


dicadangkn adalah memasang CCTV disekitar kawasan pasar basah tersebut. Hal ini
dapat mengelakkan pencuri mengambil barang jualan tanpa disedari oleh peniaga dan
dapat dipantau oleh pihak yang menjaga CCTV tersebut. Selain itu, para peniaga juga
boleh mengemukakan bukti kes kecurian jika mereka ingin melaporkan kepada polis.

Selain itu, ada juga pihak yang mencadangkan kehadiran atau kewujudan
pengawal keselamatan bagi menjaga keselamatan kerana kes kecurian juga boleh
berlaku pada waktu malam walapun semua pagar dan pintu dikunci selepas waktu
berniaga tamat. Dengan adanya pengawal keselamatan, mereka dapat membantu para
peniaga memantau persekitaran pasar basah tersebut dan mengelakkan gejala pecah
masuk pasar basah tersebut.

Seterusnya, kewujudan pondok polis rondaan juga mendapat perhatian ramai


untuk mengawal keselamatan di sekitar pasar berkenaan. Hal ini bagi mengelakkan kes
kecurian dan kes ponteng sekolah yang sering berlaku di sekolah yang berdekatan
dengan pasar berkenaan. Hal ini juga mungkin merupakan langkah yang murni bagi
mengelakkan pelajar untuk ponteng sekolah dan melepak di kawasan kedai makanan
berhampiran pasar basah Taman Tun Sardon berkenaan.

6.0.4 Harga

Mengikut responden yang pertama, harga barang jualan di pasar basah Taman
Tun Sardon kadang-kala murah berbanding dengan pasaraya besar. Hal ini juga
disebabkan barang jualan di pasar berkenaan lebih berkualiti berbanding di sana.
Terdapat renovasi harga kawalan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
(KPDN) iaitu sebelum dan selepas perayaan . Pada hari biasa, peniaga akan menjual
barang mengikut harga pasaran yang dirasakan boleh menguntungkan mereka dan
berdasarkan harga yang diberikan oleh pembekal. Hal ini disebabkan harga barangan
akan naik jika pembekal menjualkan barang tersebut kepada peniaga dengan harga
yang tinggi.

Responden kedua ialah penjual daging. Dia menyatakan bahawa harga daging
akan naik setiap tahun mengikut jenis jenis daging. Menurut peniaga tersebut juga,
harga kawalan daging yang ditetapkan oleh KPDN mengikut tempoh yang tertentu
samada 5 hingga 7 bulan.

Walaupun KPDN memberikan harga kawalan terutama pada musim perayaan,


jika peniaga berasa mereka tidak mendapat keuntungan hasil jualan, mereka akan
mengadakan mesyuarat bersama peniaga lain dan memohon kepada KPDN untuk
menaikkan harga jualan. Begitu juga pada hari biasa jika ramai pelanggan mengadu
harga terlalu mahal, mereka akan bermesyuarat bersama peniaga lain bagi mencari
kesepakatan dalam penentuan harga.

Responden ketiga pula memberi pendapat bahawa ada pemantauan daripada


KPDN iaitu dua kali seminggu untuk memantau harga jualan para peniaga. Jika musim
perayaan hampir tiba, pemantauan daripada KPDN akan lebih kerap dijalankan
terutama oleh orang atasan KPDN tersebut. hal ini bagi mengelakkan peniaga
menaikkan harga jualan tanpa kawalan dan menaikkan harga secara mendadak.

Responden yang keempat pula menyatakan tiada kawalan harga, tetapi pihak
KPDN akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa seperti mee, koetiauw dan
beberapa lagi barang. Terdapat juga pelanggan yang mengadu harga barang tersebut
mahal lebih mahal berbanding pasaraya besar, tetapi menurut responden, pelanggan
tetap membeli di pasar basah tersebut kerana jarak ke pasaraya besar agak jauh
berbanding ke pasar basah yang sedia ada.

Berikut merupakan hasil jawapan kaji selidik yang dijalankan oleh kami. Seramai
20 orang respon yang diambil secara rambang berumur antara 20-an hingga 50-an
yang berada di sekitar kawasan pasar basah dan gerai makanan di Taman Tun Sardon
berkenaan.

Hasil daripada kaji selidik yang dibuat oleh 20 orang responden yang menjawab
soalan kaji selidik, 8 orang menyatakan bahawa perlukan siasatan mengenai harga
barangan yang dijual kerana para pembeli berasa harga yang diberikan terlalu mahal.

Manakala dari segi harga jualan, 15 orang kurang berpuas mengenai harga
jualan dan 5 orang lagi berpuas hati. Hal ini disebabkan terdapat sesetengah pembeli
menyatakan harga jualan barang di pasar basah Taman Tun Sardon lebih mahal
berbanding harga barangan di pasar basah Jelutong dan Bayan Baru.

Dari segi kempen kesedaran, 3 orang kurang bersetuju dengan kempen


kesedaran yang dicangakan dalam soalan kaji selidik. 3 orang lagi amat setuju dengan
kempen berkenaan. Manakala 14 orang lagi bersetuju jika kempen kesedaran diadakan
bagi mengelakkan kenaikan harga barangan yang tidak menentu.
6.0.5 Kebersihan

Secara keseluruhannya,para peniaga dan pelanggan di kawasan kajian berpuas


hati dengan tahap kebersihan Pasar Pgi Taman Tun Sardon.Walau
bagaimanapun,masih terdapat aduan daripada para peniaga tentang adanya tikus di
kawasan pasar basah tersebut.Hal ini berkemungkinan kerana adanya tong sampah
besar Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di sudut belakang pasar.Pun
begitu,kerja-kerja pembersihan dilakukan setiap hari sebaik sahaja masa perniagaan
tamat disamping penyediaan tong sampah yang mencukupi di sekitar kawasan
berniaga.

6.0.6 Persaingan

Antara faktor persaingan antara perniagaan kecil dan perniagaan besar seperti
pasaraya-pasaraya dan kompleks membeli-belah adalah modal. Peniaga yang
menjalankan perniagaan kecil mempunyai modal yang kecil dan keuntungan yang
diperolehi banyak bergantung kepada harga barang yang rendah daripada pembekal
dan juga kebolehan mereka memperkembangkan perniagaan yakni mempunyai banyak
cawangan di merata tempat.Persaingan amat dirasai oleh peniaga yang menjual
barangan kering seperti bawang,rempah-rempah,cili kering dan sebagainya.Mereka
seringkali menerima aduan daripada pelanggan yang menyatakan harga barangan
kering di pasaraya besar berdekatan seperti Tesco adalah lebih rendah malah lebih
pelbagai.

Hal ini berbeza pula dengan barangan basah seperti daging,ayam,ikan dan
sayur-sayuran.Responden Kedua iaitu seorang penjual daging memberikan informasi
bahawa pasaraya besar sering mengambil stok daging daripada peniaga di pasar
basah. Dalam hal ini,pihak pasaraya besar yang merasakan persaingan dari segi
tarikan pelanggan kerana ramai pelanggan tertumpu untuk membeli barangan basah
daripada pasar pagi tun sardon kerana produknya lebih segar dan berkualiti walaupun
harganya agak mahal berbanding di pasaraya.

Walau bagaimanapun,menurunkan harga barangan sudah sememangnya


menjadi strategi pemasaran pasaraya besar seperti Tesco. Apabila kehilangan
pelanggan,mereka akan menurunkan harga barangan basah walaupun sebenarnya
kualiti barangan tersebut sudah terjejas. Selain menurunkan harga barangan,mereka
juga menggunakan barangan basah misalnya daging yang tidak terjual untuk
menghasilkan produk baru seperti daging cincang (minced beef) dan bebola daging.Hal
ini turut mewujudkan persaingan buat peniaga kecil kerana tidak semua pelanggan arif
berkenaan kualiti barangan di pasaraya besar.

Pun begitu,hasil dapatan kajian,5 daripada 10 orang responden memiliki


cawangan lain selain di pasar tun sardon.Peniaga-peniaga ini kurang merasakan
persaingan kerana kebolehan mereka mencari peluang perniagaan yang
mendatangkan keuntungan.Bagi peniaga yang tidak mempunyai cawangan seperti
Responden 1 yang hanya berniaga di pasar pagi tun sardon,mereka merasai
kemerosotan jualan terutamanya apabila tiba hari rabu dan khamis yakni hari adanya
pasar malam.

Maka bagi mengatasi keadaan ini,pihak Kementerian Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Penggunaan haruslah menggembleng usaha untuk meningkatkan kesedaran
pengguna tentang pentingnya ilmu untuk membeli dengan bijak dari aspek kualiti
barangan.Hal ini adalah lebih adil bagi peniaga kecil seperti di Taman Tun Sardon ini
yang menawarkan barangan segar.

Selain itu,pihak kerajaan juga perlu meningkatkan usaha memberi bimbingan


kepada peniaga kecil-kecilan ini tentang ilmu keusahawanan terutamanya tentang cara
mencari peluang meraih keuntungan dan kebolehan memperkembangkan perniagaan
supaya mereka mampu mengatasi persaingan dengan pasaraya besar dan
melestarikan perniagaan mereka di masa akan datang.
7.0 RUMUSAN KAJIAN

Rumusan kajian ini adalah berdasarkan seluruh kajian yang telah dijalankan di
perniagaan Runcit di Pasar dan Balai Rakyat Gelugor, Pekan Gelugor. Lokasi kawasan
kajian ini berada dalam kawasan Pekan Gelugor dan terletak kira-kira setengah
kilometer dari Pekan Gelugor serta kira-kira tiga kilometer dari IPG Kampus Pulau
Pinang. Kaedah kajian yang terlibat dalam menjalankan kajian ini terdiri daripada soal
selidik, pemerhatian, temu ramah, dan sumber internet. Kajian telah dijalankan dalam
meneliti perniagaan runcit di Pasar Tun Sardon kepada pengguna dan juga
keberkesanannya kepada pengunjungnya dan peniaga.kajian ini juga telah
menggariskan beberapa objektif kajian supaya dapat memenuhi matlamat kajian.

Antara objektif yang terlibat ialah berkenaan dengan mengenalpasti jenis


perniagaan runcit yang dijalankan di sekitar Pasar Tun Sardon, kepentingan perniagaan
runcit di Pasar Tun Sardon, faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit, kesan negatif
perniagaan runcit ini dan juga cadangan langkah untuk mengurangkan kesan negatif
perniagaan runcit di Pasar Tun Sardon. Kajian ini membincangkan berkenaan dengan
aspek- aspek yang menjadi tambah tolak kepada keberkesanan perniagaan runcit di
Pasar Tun Sardon.

Secara keseluruhan hasil soal selidik yang melibatkan 20 orang rensponden


dapat menyimpulan bahawa peniaga di pasar minggu Pekan Gelugor berniaga secara
kecil-kecilan dengan bermulakan modal sendiri, bantuan ahli keluarga serta mendapat
pulangan harian untuk membuat pusingan perniagaan. Jenis perniagaan juga terdiri
dari satu jenis sahaja seperti peniaga roti, peniaga pakaian dan peniaga jam. Dari segi
permerhatian, keuntungan di dalam perniagaan ini tidak terlalu banyak namun mereka
mampu untuk mendapatkan keuntungan dan modal untuk dipusingkan disebabkan
perniagaan runcit dijalankan secara kecil- kecilan.

Seterusnya, hasil daripada penelitian menunjukkan terdapat beberapa


kepentingan perniagaan runcit yang telah digariskan oleh rensponden hasil daripada
soal selidik seperti menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup dan
pendapatan penduduk, memudahkan penduduk tempatan membeli barangan runcit,
membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan dan menyediakan
barangan yang segar dan berkualiti.

Namun, secara keseluruhannya hasil dapatan menunjukkan pasar ini sangat


penting bagi masyarakat setempat untuk mendapatkan barangan keperluan dan
kemudahan peribadi dari segi bahan basah dan kering. Masyarakat setempat bersetuju
bahawa perniagaan di pasar ini penting bagi mereka dalam memenuhi keperluan harian
berdasarkan barangan yang pelbagai yang disediakan juga harga yang berpatutan. Di
samping itu, berdasarkan soal selidik juga majoriti peniaga-peniaga di kawasan kajian
bersetuju bahawa perniagaan runcit di Pasar Taman Tun Sardon ini dapat
meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk.

Hal ini disebabkan peniaga-peniaga di kawasan kajian merupakan penduduk


tetap di kawasan itu dan sekaligus memudahkan mereka mencari rezeki dengan
berniaga di kawasan itu. Namun ini semua didorong oleh faktor- faktor yang
mempengaruhi perniagaan runcit juga dan antara faktor yang paling utama
mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan ini adalah disebabkan pengaruh
persekitaran umum.

Hal ini melibatkan seperti faktor sosiobudaya penduduk sekitar yang mempunyai
budaya untuk pergi ke pasar membeli barang basah pada setiap pagi, daktor teknologi
yang melibatkan penggunaan kalkulator, penimbang, mesin memproses bahan basah.
Faktor ekonomi juga turut mempengaruhi yang melibatkan turun naik harga di pasar
Tun Sardon dan juga termasuk faktor persaingan iaitu melibatkan jualan barang yang
sama dan lain- lain. Hasil daripada analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa
faktor- faktor ini sangat mempengaruhi peniaga terutamanya dan juga pengunjung
untuk berniaga perniagaan runcit di Pasar Tun Sardon sehingga kini.

Hasil daripada kajian ini juga dapat menjelaskan kesan negatif perniagaan runcit
di Pasar Tun Sardon dan antara kesan negatif yang berlaku ialah aspek masalah sosial,
persaingan dengan kedai runcit tempatan, aspek pencemaran, aspek kesesakan lalu
lintas, aspek harga tanpa kawalan, aspek barangan tidak berkualiti, aspek
kemasyaratan dan aspek perkhidmatan hutang.

Ringkasnya , terlalu banyak faktor negatif yang dihadapi para peniaga dan
pengguna di kawasan ini. Namun antara faktor negatif yang paling ketara iaitu masalah
sosial yang melibatkan pelajar sekolah daripada kawasan sekolah yang berdekatan
sehingga membawa kepada gangguan kepada peniaga dan pengunjung di Pasar Tun
Sardon.

Maka. Hasil kajian soal selidik respondan telah mencadangkan pelbagai


cadangan untuk membaik pulih masalah iaitu penambahan bilangan pengawal lalu
lintas, penempatan polis dan rondaan di skeitar kawasan pasar, kewujudan pasukan
rela, saman atau kompaun kepada pesalah lalu lintas dan juga mewujudkan sistem
parkir yang sistematik. Namun secara keseluruhannya, hasil daripada soal selidik yang
telah dijalankan menunjukkan bahawa cadangan yang mendapat permintaan yang
tinggi ialah untuk penambahan bilangan pengawal lalu lintas.

Hal ini kerana keadaan jalanraya sangat sibuk dan perlu diawasi untuk
mengelakkan kemalangan daripada berlaku di samping menempatkan pondok polis
supaya mereka dapat membuat rondaan sekaligus menghalang kejadian jenayah dan
masalah sosial daripada berlaku ekoran kesan negatif yang ketara berkenaan dengan
masalah gejala sosial pelajar sekolah.

Tuntasnya, hasil daripada penelitian kesemua hasil dapatan kajian menunjukkan


perniagaan runcit yang dijalankan di pasar Taman Tun Sardon banyak memberi
manfaat kepada peniaga dan pengunjung seperti kaedah win and win iaitu kedua-dua
pihak mendapat kebaikan daripada perniagaan runcit yang dijalankan. Maka jelas
menunjukkan daripada kajian ini keberkesanan perniagaan runcit di Pasar Tun Sardon.

Hasil kajian juga menunjukkan perniagaan runcit banyak memberi manfaat


kepada peniaga kerana lokasi yang strategik iaitu berdekatan dengan perumahan,
sekolah, pejabat awam dan laluan utama. Maka perniagaan runcit ini dapat menjanjikan
keuntungan secara berterusan walaupun sedikit tetapi mampu menghasilkan pusingan
modal. Seterusnya, perniagaan runcit juga amat berguna kepada pengguna kerana
mudah untuk mereka mendapatkan keperluan seharian di samping menjimatkan masa
pendudukan setempat untuk mendapatkan bahan mentah.

Konklusinya, perniagaan runcit di Pasar Tun Sardon mempunyai pasaran yang


agak baik dan berada di tahap sederhana dan walaupun begitu perniagaan runcit masih
tetap dijalankan sehingga kini dan ini selaras dengan kuantiti pernigaan kecil di
Malaysia iaitu perniagaan kecil dianggarkan membentuk sejumlah lebih 75% daripada
bilangan keseluruhan pertubuhan perniagaan (Moha Asri et al., 2000) iaitu bermaksud
perniagaan kecil menjadi pilihan rakyat malaysia terutama bagi peniaga yang baru
hendak bermula dengan dunia perniagaan di samping menggunakan modal yang kecil
dan tidak melibatkan risiko yang tinggi.
8.0 CABARAN

Pengguna mempunyai terlalu banyak citarasa dan pilihan.


Pengguna yang semakin bijak
Teknologi yang pelbagai.
Cabaran sosial seperti kesesakan lalu lintas, kekurangan parkir serta
keselamatan yang kuran terjamin.
Cabaran dari segi politik dan perundangan- kawalan harga
Keupayaan memperkembangkan perniagaan tunai
Kebolehan dari segi persaingan dengan pasaran-pasaran besar di luar.

You might also like