You are on page 1of 12

Apakah TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

TEORI PEMBELAJARAN TINGKAHLAKU (BEHAVIORISME) DAN PENGGUNAAN

BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU

Mengikut teori behaviurisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang

sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin.

Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. Oleh itu bahasa dikaji dari sudut rangsangan

dan gerak balas.

Fahaman alternatif, malah yang lebih dahulu muncul ialah behaviurisme. Teori ini sangat

dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Behaviurisme

dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui dog-salivation-

experimentnya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan

Thorndike, Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperimen awal golongan

pengikut behaviurisme menggunakan binatang (Skinner misalnya menggunakan burung merpati

dan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan

rangsangan (stimuli) tertentu. Ringkasnya, behaviurisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa

merujuk kepada proses kognitif.

Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan

pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri
dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan

pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi

melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons

kepada tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan

objektif). Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan.

Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru)

menimbulkan persasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau.

Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk

membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas Kepelbagaian BBM dapat

mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau

kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak,

pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan

rakaman, filem-filem dan sebagainya.

. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan
gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran
yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya,
merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan:
alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar.

Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik
dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad (
1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu software dan hardware

Ngui Kuen Sang (1981: 35 )


mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada
keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi
pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan
dan pandangan seseorang.

Atan Long ( 1982: 174 )

BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan
pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan
dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)

hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu
membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi
mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya
penghargaan.

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh


dibahagikan kepada tiga kategori:

i. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem


jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring
hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.

ii. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar,
carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet,
kad-kad imbasan, buku dan sebagainya.

iii. Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan
maujud (realia) dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak

membantu sahaja, tetapi guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahan-
bahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan. Hal ini ada ditegaskan oleh

Elly, D.P. dan Gerlach, V.S. (di dalam Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,

1997 : 293):

The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher using it."

Mutu bahan bantu mengajar (BBM) juga diambil kira dalam pembinaan dan pemilihannya

sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan

secocok dengan murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang

tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna (

gambar ) kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah

dibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di

jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan sebagainya.

Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku (Behaviorisme)

, terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran . Berdasarkan sembilan elemen

ini , jika dikaitkan dengan pengajaran topik Konsep Asas Sistem Komputer beberapa kaedah dan

strategi boleh diterapkan semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas . Contohnya dalam

pengajaran pembelajaran perkakasan komputer ,pada permulaan pengajaran seorang guru itu

haruslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh

menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk

menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputer ke dalam kelas .Guru haruslah

memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan

pelajar kepada pengetahuan asas mengenai perkakasan sistem komputer . Guru perlu

memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai
mengikuti pengajaran dan pembelajaran . Contohnya ,guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini

amat penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar .

Selain itu , sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran , seorang guru itu

harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang telah di pelajari sebelum

ini . Guru juga harus mempersembahkan bahan yang merangsangkan iaitu melalui beberapa

soalan , suara guru haruslah jelas dan berintonasi , susunan idea semasa bercakap juga penting

dan juga menggunakan pelbagai media yang relevan contohnya carta alir , gambarajah dan juga

slaid projektor . Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar

mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . Guru

haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan

supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari . Sebagai contoh , guru memberi

tugasan kepada pelajar bagaimana untuk mendapatkan data mengenai jenis perkakasan komputer

terkini di pasaran tajuk perkakasan komputer yang telah dipelajari sebelum itu.

Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan

pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri

dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan

pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi

melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons

kepada tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan

objektif). Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan.

Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya seperti

rotan, buluh, tin-tin kosong, kain-kain perca, kulit siput, sarung kaki lama, batu-batan, kulit-kulit
siput, surat khabar lama, buah getah, guli, lidi, batang ice cream, tudung botol,kotak rokok,

ranting kayu, daun-daun kering dan sebagainya. Daripada bahan terbuang ini guru-guru dahulu

berjaya mencipta berbagai-bagai BBM yang menarik, lasak, pelbagai guna dan tahan lama

seperti alat-alat matematik, kad-kad huruf atau perkataan, pen, model-model bangunan dan

sebagainya.

Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini bukan sahaja

mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan dan minat muridnya. Ia

cuba melibatkan berbagai pancaindera murid seperti yang disarankan oleh Wayne F. Virag,1976

seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan

pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran suasana

pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan

bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran.

Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya

menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya.

Masa mengendalikan BBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa

menggunakannya. BBM sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati

fungsinya.

Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang,

kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan. BBM

seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan. Sekiranya

tidak, usaha menyediakannya adalah sia-sia sahaja.


Walau bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip umum yang perlu dititikberatkan juga bagi

membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan pengajaran mereka. Antara prinsip-prinsip umum

pemilihan bahan pengajaran ialah:

i. Bahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran. Seboleh-

bolehnya sebelum guru memilih bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru

perlu menentukan objektif pengajaran atau matlamat pengajaran yang hendak

dicapai terlebih dahulu, agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan

sewenang-wenangnya.

ii. Mempunyai perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajaran. Ketiga-

tiga aspek ini perlu ditekankan sama rata. Bahan pengajaran yang baik tidak hanya

menekankan kepada aspek bahasa dan penggunaannya sahaja, malah perlu

mengambil kira perkembangan para pelajar melalui penggunaan bahan-bahan

pengajaran yang dipilih. Memandangkan proses pembelajaran sekarang lebih

cenderung berpusat kepada pelajar (student oriented), guru perlu lebih peka terhadap

situasi pelajar dan bukan hanya mementingkan aspek pengajaran semata-mata.

iii. Boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif. Guru perlu

mengambil kira kandungan pengajaran yang hendak disampaikan kepada para

pelajar dan kepentingan mereka mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan

pengajaran dilakukan, aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan agar pelajar dapat

latihan yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan

memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat.


iv. Sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara ialah untuk

melahirkan individu yang berpengetahuan selaras dengan konsep Melayu Islam

Beraja. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

v. Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang dipilih perlulah

mengikut peredaran zaman ataupun keadaan semasa. Guru tidak boleh hanya

menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lepas tetapi perlu ada pembaharuan

kerana pelajar lebih cenderung kepada sesuatu yang baru.

vi. Boleh mencabar pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada

bahan-bahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar. Contohnya, bahan-bahan

pengajaran yang senang kepada yang lebih susah, bahan-bahan yang konkrit kepada

sesuatu yang abstrak dan yang seumpamanya.

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan

BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:

iv. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

v. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

vi. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal


vii. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di

kalangan pelajar

viii.Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam

dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:

i. memberi rangsangan dan minat murid-muird.

ii. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran

mereka lebih kekal.

iii. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-

cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan

beragam.

iv. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan

perbendaharaan kata.

RUMUSAN

Guru yang cemerlang ialah guru yang dapat menyampaikan isi pelajaran kepada anak

didiknya dengan berkesan. Justeru, pelbagai kaedah dan teknik digunakan oleh guru dalam

memenuhi keperluan ini. Antara wadah yang dikenal pasti ialah penggunaan bahan Bantu

mengajar (BBM). Penggunaan BBM adalah penting kerana ada tempatnya penggunaan BBM

moden sekarang tidak dapat mengambil alih semua tugas guru. BBM tradisi seperti penggunaan
bahan maujud, bahan asli di sekeliling murid perlu digunakan bersama dengan BBM moden

masa kini, ini pasti menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik lagi. Sikap

guru masa kini meninggalkan penggunaan BBM lama dengan merasakan bahawa penggunaan

BBM moden boleh memenuhi segala-galanya adalah meleset sama sekali.

Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius, kerana salah satu syarat untuk menjadi

seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai kreativiti yang baik seperti di dalam seni lukis,

seni ukir, seni sastera, seni suara dan sebagainya. Mata pelajaran menulis cantik seperti seni khat

atau tulisan rumi dan jawi perlu dihidupkan semula. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik,

kemas, menarik dan jelas sudah tentu menghasilkan BBM yang menarik seperti tulisan pada kad-

kad imbasan, kad ayat-kad ayat, papan hitam, papan gulung, carta-carta dan sebagainya. Begitu

juga hasil-hasil karya sastera seperti puisi pantun, syair, gurindam dan sajak adalah ditulis dan

diciptanya sendiri dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil karyanya tanpa

mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain.

Kembali ke Asas adalah perlu dan sesuai dengan cadangan pelopornya John Dewey

(1961) yang mahukan pendemokrasian pendidikan yang sentiasa berubah (cycle) dari tahap ke

tahap mengikut masa, keperluan, kehendak masyarakat dan berbagai fenomena di sekelilingnya.

Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa

khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan guru mempelbagaikan

bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan

kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat

menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran

dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua bahan-bahan
pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan

pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Yahya Othman. (2006). Ekspektasi Guru dan Pelajar
.TerhadapPenggunaan Bahan Bantu Mengajar Bahasa Melayu. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.
..Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor,

Longman Malaysia Snd. Bhd.

Atan Long (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi

Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan.
Budiman Sdn. Bhd.

Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam.
.Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd.
.Bhd.

Rahil Mahyuddin, Jamiah Mohamad, Kasnani Ab. Karim. (2000). Psikologi Pendidikan

II. Petaling Jaya Addison Wesley Logman Sdn. Bhd.

Sharifah Alawiah Alsagoff, (1987), Sosiologi Pendidikan, Siri Maktab

Perguruan, Kuala Lumpur: Heinemann Malaysia Snd. Bhd.

Yahya Othman. (2007). Bahan Bantu Mengajar Memperkukuh Bahasa Melayu. ..Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

http://e-pendidikan.net/guruinternet.htm

You might also like