You are on page 1of 2

AMANJAYA SPORTS ARENA SDN. BHD.

Lengkok Cempaka 2, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.


Tel: 012-4313818 (Pejabat) / 012-552 7741 (Wan Nazlan)

KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA MUDA / YAN


AMANJAYA SPORTS ARENA DENGAN KERJASAMA PPD KMY

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA PASUKAN

NAMA PENGURUS

NO.TELEFON (WHATSAPP)

SENARAI NAMA PEMAIN (Sila bawa kad pengenalan semasa pendaftaran)

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN

Saya selaku pengurus pasukan dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta
mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Saya dan pasukan mengaku tidak akan
mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur di atas sebarang musibah yang berlaku ke atas
diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai kejohanan ini.

Tandatangan :______________________ Tarikh : ___________________

(Pengurus Pasukan)
KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA MUDA / YAN
AMANJAYA SPORTS ARENA DENGAN KERJASAMA PPD KMY

TARIKH : 19-20 NOVEMBER 2017 (AHAD-ISNIN)


MASA : BERMULA 9.00 PAGI
TEMPAT : AMANJAYA SPORTS ARENA, SG. PETANI, KEDAH

HADIAH & YURAN PENYERTAAN


KATEGORI JOHAN NAIB JOHAN KETIGA BERSAMA YURAN
BAWAH UMUR 12 THN RM120, MEDAL & SIJIL RM80, MEDAL & SIJIL RM40, MEDAL & SIJIL RM20
BAWAH UMUR 16 THN RM150, MEDAL & SIJIL RM100, MEDAL & SIJIL RM50, MEDAL & SIJIL RM30

SYARAT-SYARAT
Terbuka kepada semua pelajar sekolah di Daerah Kuala Muda / Yan SAHAJA.
Pelajar sekolah rendah yang lahir pada atau selepas 2005 layak bermain dalam kategori bawah umur 12
tahun manakala pelajar sekolah menengah yang lahir pada atau selepas 2001 layak bermain dalam kategori
bawah umur 16 tahun.
Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 8 orang pemain.
Setiap sekolah boleh menghantar seberapa banyak pasukan yang dikehendaki tetapi seorang pemain hanya
layak mewakili 1 pasukan sahaja.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 November 2017 (Rabu), jam 6.00 petang (Serahan borang di
Amanjaya Sports Arena).
Mana-mana kategori yang penyertaannya adalah kurang daripada 12 pasukan akan dibatalkan, wang
pendaftaran akan dikembalikan.

UNDANG-UNDANG
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan Futsal Kebangsaan / FAM yang
berkuatkuasa kini dan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan akan diadili oleh
Pengadil yang bertauliah dan berkelayakan.
Keputusan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan adalah MUKTAMAD
Kad Kuning: 2 Kad kuning dan seterusnya merah, pemain akan digantung untuk satu perlawanan
berikutnya.
Kad Merah: Pemain yang menerima kad merah secara terus akan digantung terus dari kejohanan ini.
Mana-mana pasukan yang didapati memulakan pergaduhan atau keganasan atau menghasut pemain
semasa perlawanan sedang berlangsung dan mendapat laporan daripada pihak pengadil dan JK Pengelola,
pasukan itu akan disingkirkan terus dari kejohanan ini dan wang penyertaan tidak akan dikembalikan.
Pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu pasukan sahaja.
1 minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika pasukan tersebut gagal hadir, kemenangan percuma
akan diberikan kepada pihak lawan dengan jaringan 3 gol.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kecederaan/kehilangan barang sepanjang kejohanan
ini.

FORMAT
Pertandingan ini dijalankan secara liga kumpulan. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak ke pusingan
kalah keluar.
Masa permainan adalah 5-1-5. Sekiranya keputusan perlawanan adalah seri, tendangan penalti akan
diberikan sebanyak 3 kali. Sekiranya masih seri, tendangan sudden death 1-1 akan diberikan. Pihak
penganjur berhak meminda mana-mana peraturan jika difikirkan perlu.

BANTAHAN
Sebarang bantahan mestilah disertakan dengan bukti yang jelas dan wang tunai sebanyak RM150 sebagai
wang pertaruhan. Wang itu akan dikembalikan sekiranya bantahan itu diterima oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan.
Bantahan tidak akan dilayan bagi keputusan yang melibatkan perkara-perkara fakta.

You might also like