You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL,

DI HADAPAN LOT 144, Tel : 09-8591349 Faks : 09-8502590


24000 KEMAMAN, Email : tbb2024@yahoo.com
TERENGGANU. Laman web : http://sksikmn.com

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Rujukan Kami :
Tarikh :2 JANUARI 2017

Minit Mesyuarat KWAMP kali Pertama (2017)


Tarikh : 27 DISEMBER 2016
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Seri Budi

Kehadiran : Pn. Zainab binti Ibrahim


: Pn. Yuzaini binti Mohamad
: Pn. Norsuhaida binti Mansor

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli yang dapat hadir ke mesyuarat kali
pertama ini.
TINDAKAN: Pengerusi Majlis

2.0 LANGKAH PENGECAMAN MURID LAYAK KWAMP

2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pemilihan murid-murid yang layak menerima bantuan
KWAMP pada tahun ini telah dibuat sebelum cuti penggal persekolahan berpandukan
kepada data yang diperolehi daripada APDM, kecuali murid-murid tahun 1.
2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru kelas telah dimaklumkan supaya
memastikan data pendapatan isi keluarga adalah betul.

Makluman dan Tindakan: Setiausaha KWAMP


3.0 KELAYAKAN KWAMP TAHUN 2017
4.1 Pengerusi memaklumkan kelayakan murid mendapat bantuan KWAMP pada tahun ini
adalah sama seperti tahun lepas iaitu :-
a) Jumlah pendapatan keluarga tidak melebihi RM830 atau
b) Pendapatan perkapita keluarga ialah RM210.
Makluman dan Tindakan: semua guru kelas dan AJK KWAMP

4.0 LANGKAH PENGECAMAN MURID LAYAK KWAMP TAHUN 1


4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa sebagaimana tahun-tahun terdahulu, guru-guru kelas
tahun 1 perlu memastikan dan menyenaraikan murid-murid yang layak mendapat
KWAMP
4.2 Borang-borang akan diedarkan melalui guru-guru kelas untuk diberi kepada murid-murid
yang telah dikenal pasti dan dikumpulkan semula oleh guru kelas. Guru kelas kemudian
boleh menyerahkan borang tersebut kepada AJK KWAMP.

Makluman dan Tindakan: semua guru kelas dan AJK KWAMP

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Pengerusi memaklumkan AJK KWAMP perlu membuat siasatan terhadap murid-murid
yang dicalonkan bagi memastikan murid yang dipilih betul-betul layak.

Makluman dan Tindakan: AJK KWAMP

6.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan berharap agihan KWAMP pada tahun ini berjalan
lancar.
Mesyuarat ditangguh pada pukul 12.00 dengan bacaan Surah Al-Asyr.

Guru Penyayang Murid Berkualiti


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

DISEDIAKAN OLEH:
(PN. NORSUHAIDA BT MANSOR)
AHLI JAWATAN KUASA KWAMP SKSI

Sk: Guru Penolong Kanan HEM


Semua AJK KWAMP
Semua Guru Kelas

You might also like