You are on page 1of 2

.........

.......

















Ya Allah Ya Karim,

Tuhan yang menguasai langit dan bumi, hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala
Rahmat dan BerkatMu, atas segala Nikmat dan Iradat yang telah Engkau tentukan ke atas kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya pada pagi ini, kami berhimpun di dalam Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia
Peringkat Negeri Melaka tahun 2016 bertempat di SMK Ayer Molek, bagi menyatakan kesungguhan,
komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun, membina serta mendidik dan
memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon kepadaMU Ya Allah, semoga majlis ini dan juga program kem membaca ini akan
berjalan lancar serta seterusnya mencapai objektif yang telah dirancang di bawah rahmat, iradah dan
inayahMU.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami sifat rajin membaca kerana dengannya kami akan memperolehi
ilmu pengetahuan. Dan dengan ilmu ini, kami akan dapat membaiki diri kami, dapat memilih jalan yang
betul dan dapat mengabdikan diri kepadaMu dengan cara yang lebih baik

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Ya Allah, bukakanlah kepada kami pintu kebijaksanaan, kurniakanlah kepada kami kefahaman para
anbiya. Tunjukilah kepada kami jalan yang benar serta berilah kami kekuatan untuk mengikutinya,
begitu juga tunjukilah kepada kami yang salah maka berikanlah kami kekuatan untuk menjauhi jalan
itu.

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah
kami Ya Allah, daripada melanggari perintah Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal,
zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di
akhirat.










































.....





.....

You might also like