You are on page 1of 24

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014

KRB 3013: PRINSIP PENGAJARAN BACAAN

TAJUK ESEI ILMIAH

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN SATU SESI PEMBELAJARAN


DAN PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN SATU TEKNIK
PENGAJARAN BACAAN

DISEDIAKAN OLEH :

ADIBAH BINTI ISHAK

NO MATRIK : D20111049646

KUMPULAN UPSI13

PUSAT PEMBELAJARAN: IKM BESERI PERLIS

PENSYARAH: EN.RIDZUAN BIN JAAFAR

TARIKH SERAHAN: 15 HB NOVEMBER 2013

1
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

1.0 Pengenalan 3

2.0 Pengertian Membaca 3

3.0 Jenis Bacaan, Kaedah dan Teknik Bacaan 4

4.0 Rancangan Pengajaran Harian 5

5.0 Teori, Model, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Kemahiran Membaca

5.1 Teori 11

5.2 Model 11

5.3 Pendekatan 12

5.4 Kaedah 13

5.5 Teknik 14

6.0 Refleksi Tentang Kekuatan, Kelemahan, dan Penambaikan

Pengajaran Kemahiran Membaca 17

7.0 Kesimpulan 21

8.0 Bahan Rujukan 23

9.0 Lampiran 24

2
1.0 Pengenalan
Membaca itu adalah jambatan ilmu. Semakin banyak kita membaca semakin banyak ilmu yang
akan kita perolehi. Namun dengan hanya membaca sahaja tidak mencukupi jika kita tidak tahu
teknik untuk membaca buku dengan berkesan. Sering kali kita terlupa atau tidak faham perkara
yang kita telah baca. Ini adalah kerana kita tidak menggunakan teknik membaca dengan
berkesan. Adalah amat merugikan jika kita tidak memahami perkara yang kita telah baca.
Membaca merupakan satu amalan yang seharusnya dipupuk sedari kecil malah ia adalah satu
kemahiran yang seharusnya 'diasah' dalam usaha memantapkan lagi tahap pembacaan. Ini kerana
membaca adalah satu amalan mulia yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan
sepatutnya juga menjadi aktiviti harian. Dalam senario ini, setiap individu mempunyai cara serta
gaya masing-masing untuk menghabiskan satu-satu bahan bacaan, cuma yang membezakan sama
ada cepat atau lambat.Tetapi tahukah anda, membaca merupakan satu kemahiran yang boleh
dipertingkatkan sekiranya ia dilakukan dengan teknik-teknik yang betul. Kemahiran membaca
merupakan satu proses yang dinamik dan kompleks. Kemahiran ini melibatkan keupayaan
membaca dengan pantas, memahami dan mengingat fakta dan kebolehan membuat interpretasi
secara bijak dan analitis. Kemahiran membaca boleh dipertingkatkan kelajuannya seterusnya
menjadikan individu tersebut dapat membaca dengan pantas dan tepat. Tidak dinafikan, apabila
kemahiran membaca dapat dipertingkatkan, ia mampu membantu sesiapa sahaja mendapatkan
maklumat dengan segera dan mampu merubah kehidupan. Aspek-aspek yang berkaitan dengan
kemahiran membaca yang baik ialah seperti kadar kelajuan yang perlu disesuaikan dengan apa
yang dibaca dan tujuan bacaan, pergerakan mata mengikut urutan baris-baris yang tercetak,
mengenal pasti struktur ayat, membaca kuat, membaca secara aktif, menunjuk tiap-tiap
perkataan, minat membaca memberi motivasi, gerak hati atau jangkaan bagi perkataan, frasa atau
idea yang akan ditemui dalam pembacaan dan keadaan fizikal yang tenang serta selesa.

2.0 Pengertian Membaca

Membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya
adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan
memahamkan makna dan kandungan. (Kamus Dewan Edisi Baru, (1991). Berdasarkan definisi
di atas, adalah jelas bahawa membaca melibatkan proses menginterpretasi dan memahami

3
simbol-simbol tulisan. Kemahiran membaca amat penting untu membolehkan pelajar menimba
ilmu pengetahuan daripada pelbagai sumber dan bidang. Oleh itu, bacaan yang berkesan penting
bagi mencapai kemahiran belajar yang sempurna.

Sementara itu, Smith (1973) pula memberi definisi pemahaman membaca sebagai memahami
apa yang dibaca dengan menggunakan apa yang diketahui. Dengan itu, faktor pengetahuan sedia
ada turut sama memainkan peranan dalam pemahaman membaca seseorang itu. Membaca
melibatkan dua jenis maklumat dalam sesuatu bahan yang dibaca iaitu maklumat visual dan
maklumat non-visual. Maklumat visual yang dimaksudkan ialah bahan-bahan bercetak yang
menjadi medium manakala maklumat non-visual pula produksi minda yang terkandung dalam
sesebuah teks yang dibaca.

3.0 Jenis Bacaan , Kaedah dan Teknik Bacaan

Sebenarnya bacaan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti Bacaan Mekanis, Bacaan
Mentalis, Bacaan Intensif dan Bacaan Ekstensif. Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang
mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan
tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada
perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. Bacaan mentalis atau dikenali
juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara senyap. Aspek-aspek kefahaman diberikan
penekanan, sementara aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam
bacaan ini. Bacaan intensif pula ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan
kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di
samping itu, bacaan intensif memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap cirri-ciri tatabahasa,
meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan
situasi yang berlainan. Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan
penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh murid. Manakala bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang menekankan
aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Ianya melibatkan pengukuan asas bacaan
dan tanpa bimbingan guru. Kaedah bacaan pula seperti mengeja,bunyi, huruf, pandang sebut ,
oral-aural, membina dan cerakinan. Sementara itu, teknik bacaan seperti teknik SQ3R .

4
4.0 Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh/Hari : 5hb Oktober 2013 ( Isnin ) Masa : 11.15 - 12.15


Kelas : Tahun Lima Jaya Bilangan: 36 orang pelajar
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Unit/Tema : Unit 1- Kekeluargaan
Tajuk : Rumahku Syurgaku
Objektif : Murid dapat membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi perbualan.
Pengetahuan sedia ada: Murid telah berada di dalam situasi keluarga asas dan keluarga
kembangan.
Konsep : Mengenali ahli keluarga asas dan keluarga kembangan.
Bahan : Buku teks , lembaran kerja, laptop/LCD .
Nilai : Kasih sayang
Sistem Bahasa :
i. Tatabahasa : ayat tunggal dan ayat majmuk

ii. Kosa kata : emak, ayah, adik,pak long, mak long

Pengisian Kurikulum :

i. Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Ii Nilai murni : hormat-menghormati, kasih sayang

Kemahiran Bernilai Tambah :

i. Kemahiran berfikir : membanding dan membeza.

ii. Belajar cara belajar : mengumpul maklumat.

iii. Teori Kecerdasan Pelbagai : kecerdasan pelbagai, interpersonal, muzik dan kinestetik.

5
Isi Pelajaran :

i. Tajuk

ii. Ayat tunggal. dan ayat majmuk

iii. Kosa kata.

Bahan Bantu Mengajar :

i. Kad perkataan /kad imbasan

ii. Buku Teks

iii. Power Point /LCD

Iv. Carta

v. Lembaran Kerja

-Standard Kandungan
Fokus Utama:
Membaca 5.1 Aras 1 (i)
Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
Mendengar dan bertutur 1.1.Aras 1 (i)
Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
Fokus Sampingan
Menulis 8.1 Aras 1 (i)
Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
-Standard Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid dapat:-
Fokus Utama:
- Membaca petikan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.
-Menyebut kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
Fokus Sampingan:
Menjawab soalan kefahaman dengan struktur ayat yang betul.

6
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan
Aktiviti guru Aktiviti murid

Set induksi -Nyanyian lagu -Guru memasang -Murid KBT:


(8 minit) Lagu Sayang lagu tersebut dan mendengar -Muzik dan
Ibu Sayangi meminta murid dahulu dan kinestetik
Bapa menghayati lirik menghayati lirik BBM:
lagu. lagu. -Power Point
-Guru menyanyi
bersama-sama. -Murid menyanyi
sambil bergerak.

Perkembangan Menerangkan -Guru -Murid -BBM Power


(47 minit) salasilah menerangkan berinteraksi Point Carta
keluarga. tajuk pelajaran dengan guru Salasilah
dan bersoal menceritakan Keluarga
jawab tentang salasilah keluarga
pengetahuan mereka.
sedia ada murid -Murid dipilih --KBT
berkenaan secara rawak -Kecerdasan
salasilah untuk pelbagai/
keluarga masing- menceritakannya. Interpersonal
masing .
-Keluarga Asas -Guru memberi -Murid -Carta Keluarga
penerangan mendengar dan Asas
tentang keluarga memerhati carta -Pendekatan
asas . yang ditunjukkan. Induktif
-Guru -Murid
menerangkan mendengar Contoh:

7
tentang kata sambil menjawab Ayah,bapa,abah
panggilan yang soalan guru. Ibu,emak,mama
boleh digunakan. Kakak,kak long
Abang,along
-Keluarga -Guru -Murid
Kembangan menjelaskan menyatakan -Power Point
hubungan yang salasilah mereka -Carta keluarga
melibatkan bermula daripada Kembangan
keluarga datuk dan nenek.
kembangan.
-Guru -Murid Contoh:
menerangkan mendengar Nenek, datuk,
kata panggilan sambil menjawab mak cik, mak
yang digunakan soalan guru. ngah.
dalam situasi
tersebut.

-Kemahiran -Guru mengarah -Murid membaca -Teknik SQ3R


membaca. murid membaca. senyap dan -Tinjauan
pantas. (Survey)
-Guru meminta -Murid mengkaji
murid isi kandungan
memahami isi teks.
kandungan
petikan.
-Guru mengarah -Murid membina -Penyoalan
murid soalan. (Question)
menyediakan
soalan-soalan
sendiri tentang
apa yang dibaca.

8
-Guru mengarah -Murid melihat -slaid power
murid melihat dan mendengar point
dan mendengar dengan teliti. -Kaedah Oral-
bacaan teks Aural
dialog yang
betul.
-Guru membaca -Murid mengikut -Baca (Read)
dialog secara guru membaca
kuat. teks dialog.
-Murid dipilih -Murid yang Nilai:
secara rawak dan dipilih membaca -keberanian
berulang-ulang dialog. -kebanggaan
untuk membaca -Pengukuhan
dialog.

-Perbincangan -Guru bersoal -Murid menjawab -Imbas kembali


-isi teks dialog jawab tentang isi soalan guru (Review)
-Tata Bahasa dialog yang dengan
dibaca termasuk mengimbas
tanda baca. kembali jawapan
dengan soalan
tadi.
-Murid membaca -Baca Semula
semula untuk (Recite)
mengesahkan BBM

jawapan. -Buku Teks

-Murid membuat -M/S 6


kesimpulan.

-Kemahiran -Guru -Murid menulis -Domain


Menulis mengarahkan jawapan psikomotor

9
murid menjawab kefahaman. -Memegang
soalan pensel.
kefahaman
berdasarkan teks
dialog tersebut.
-Sepanjang -Murid mengikut
aktiviti guru arahan guru.
memberi
bimbingan
terutama untuk
murid lemah.

Penutup -Aktiviti -Guru memilih -Murid yang - Nilai :


(5 minit) Simulasi murid secara dipilih akan Keberanian
berkumpulan berlakon. Kerjasama
untuk Domain
melakonkan Afektif:
situasi dalam Keseronokan
dialog tadi. -Domain
Psikomotor
Pergerakan
sewaktu
berlakon.

Refleksi: 33/36 orang murid dapat membaca teks dialog dan menjawab jawapan
kefahaman dengan baik..

5.0 Teori, Model, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Dalam Kemahiran Membaca

Melalui Rancangan Pengajaran Harian di atas , perkara yang perlu diperbincangkan ialah teori,
model, pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran bacaan.

10
5.1 Teori

Menurut Frank Smith (1971, 1975) yang telah menerangkan bahawa proses membaca merupakan
satu proses kognitif. Menurut Smith, Noam Chomsky dengan aliran transformasi generatifnya
telah mempengaruhi pemikiran manusia tentang proses membaca iaitu dengan memasukkan
unsur kognitif di dalamnya.Rumusan yang dapat dinyatakan berdasarkan pendapat ahli-ahli
bahasa ialah perlakuan membaca ternyata merupakan perlakuan yang kompleks, yang terdiri
daripada kemahiran mengenal dan memahami apa yang dibaca. Hasil dari pembacaan,pembaca
akan mendapat kefahaman dan selain bukan hanya sekadar dapat mengecam dan menyebut
perkataan-perkataan sahaja. Proses pembacaan memerlukan seseorang berfikir, merasakan dan
membayangkan apa yang dibaca. Ini bermakna tujuan asas pembacaan adalah untuk
penginteraksian apa yang dibaca.Ia terjadi dalam satu ruang untuk mewujudkan interaksi antara,
pembaca dengan penulis serta berfokus pada tujuan yang tertentu. Pembacaan tidak akan berlaku
tanpa mempunyai pemikiran dan tujuan, jangkaan , pengetahuan dan pengalaman iaitu tentang
apa yang hendak dibaca. Justeru itu, dalam perlakuan membaca, kebolehan untuk mengaitkan
dan mengintegrasikan semua aspek tersebut adalah penting bagi menghasilkan satu pembacaan
dengan kefahaman.

5.2 Model

Model yang boleh dikaitkan dalam pengajaran kemahiran membaca ialah Model Ekspositori .
Ekspositori bermaksud memberi penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks
pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara
langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara
penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar
sesuatu. Dalam model ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar
dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya
dalam buku nota mereka.

Cara-cara penyampaian dengan menggunakan model ekspositori adalah dihuraikan seperti


berikut iaitu model ini pada peringkatan permulaan guru menerang, menginterpretasi dan
menghuraikan idea dan konsep daripada buku teks. Kemudian guru menerangkan sambil
mendemonstrasikan cara melukis atau membina bentuk -bentuk geometri. Seterusnya guru akan

11
menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran -kemahiran yang
telah dipelajari. Akhirnya guru menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.

5.3 Pendekatan

Dalam kemahiran membaca, pendekatan mengikut beberapa susunan tugas yang perlu dilakukan
oleh pembaca. Susunan tugas itu adalah pembaca hendaklah mengecam atau mengenal lambang
atau perkataan yang dilihat. Pembaca seterusnya akan mengaitkan lambang atau perkataan itu
dengan bunyi atau makna.Penterjemahan berlaku bagi makna perkataan itu , kemudian
mengaitkannya pada apa yang sedia ada dalam kepala. Idea, perkataan dan ayat dikumpulkan
dan dicantum menjadi sebuah idea yang lengkap. Akhirnya pembaca cuba menghuraikan atau
menjelaskan idea-idea yang didapati kepada diri sendiri, kawan-kawan , guru atau ibu bapa.

Proses membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif pada pihak pembaca.
Menurut para penyelidek seperti Artley (1966), Niles (1969), Russel (1972) dan Dechant (1974)
berpendapat bahawa peringkat-peringkat pemikiran yang berlaku dalam kepala seseorang semasa
membaca adalah seperti berikut.

I. Peringkat literal jenis pemikiran membuat pengamatan tentang bentuk, bunyi dan makna
perkataan.

II. Peringkat interpretasi jenis pemikiran mengaitkan dan menterjemahkan lambang kepada
makna.

III. Peringkat Penilaian jenis pemikiran memberi tindak balas terhadap apa yang dihadapi
berdasarkan pengetahuan sedia ada.

IV. Peringkat Asimilasi jenis pemikiran membuat penapisan terhadap apa yang disimpan.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa bacaan dan pemahaman tidak boleh dipisahkan antara satu
sama lain. Membaca perkataan demi perkataan dengan tidak memahami makna ayat dan
keseluruhan teks yang dibaca bukanlah bacaan yang sebenar.. Ini disebut sebagai word calling
atau barking at print. Kesemua peringkat membaca di atas adalah melibatkan mental. Oleh itu,
proses membaca perlu dilihat dari sudut psikolinguistik untuk memahami sepenuhnya
keseluruhan proses dan seterusnya mengaplikasikannya dalam pengajaran kemahiran membaca.

12
5.4 Kaedah

Kaedah Oral Aural ( Dengar tutur ) dan pandang sebut adalah merupakan kaedah yang
digunakan dalam kemahiran bacaan dalam sesi pengajaran ini. Berdasarkan Kamarudin Hj.
Husin(1997), beliau menyatakan kaedah oral-aural atau kaedah dengar-tutur ini menggunakan
diolag untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog
dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara
realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang menjadi
objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh
digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu.

Alat pandang-dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi
yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan
membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi. Sistem tatabahasa yang diberi
kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan ingatan yang teratur. Perbendaharaan
kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang
bermakna. Kata-kata yang diberi itu adalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga
kepada gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti
menulis. Mula-mula latihan menulis dikawal oleh bahan-bahan yang telah diperlajari, dan hanya
selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan.

Berdasarkan www.potralpendidikan.com, terdapat juga objektif pengajaran dalam kaedah oral-


aural ini. Kaedah ini membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiran
bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam hal ini, mendengar dan bertutur
diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan sebagai asas pembelajaran
bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui
pengalaman dalam bahasa.

Kaedah kedua yang digunakan ialah kaedah pandang dengar. Kaedah ini mementingkan dua
perkara iaitu pertama membunyikan perkataan dan rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui
gambar dan yang keduanya membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Kaedah ini
dimulakan dengan aktiviti mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang
keseluruhannya. Setelah dicam tanpa dibunyikan dan tidak juga dieja, murid-murid terus diminta

13
menyebut perkataan itu. Contohnya dalam pengajaran ini, murid menyebut perkataan yang
ditunjuk oleh guru melalui slaid power point seperti pak long, nenek, abang dan sebagainya.

Pada kebiasaannya peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut


kaedah ini disertakan dengan gambar. Dalam hal mempelajari ayat-ayat pula, kanak-kanak
diminta mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu
perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, mereka diminta terus membaca.
Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan. Kaedah ini dikenali juga dengan nama
kaedah perkataan , kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. Kaedah ini sangat baik dan sesuai
digunakan bagi mengajar bacaan jawi teutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem
bunyinya untuk dieja.

Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu juga menggunakan bahan bantu belajar seperti kad
imbasan, di mana murid menyebut perkataan-perkataan secara berulang-ulang. Contoh dalam
pengajaran ini guru menggunakan carta salasilah keluarga asas dan kembangan yang berupa
gambar dan perkataan. Murid sepatutnya memandang gambar objek yang ditunjuk dan
seterusnya menyebut perkataannya pula. Ini bermakna dalam kaedah ini, langkah pertama
menyebut perkataan, diikuti mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Langkah
seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat. Penggunaan bahan bantu belajar perlu
disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini.

5.5 Teknik

Teknik membaca SQ3R telah digunakan dalam pengajaran ini di mana tahap murid adalah
berpencapaian baik dan boleh membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji pe
mahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R
bacaan secara kritis yang dipelopori Robinson (1941). Teknik SQ3R dibahagikan kepada 4
peringkat iaitu :-

Peringkat permulaan ialah S-SURVEY (Tinjau). Pada peringkat ini, murid membaca secara
pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri.
Murid bebas dalam erti kata menanggap apa yang dibaca. Murid hanya

14
memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub-tajuk, gambar, simbol,
ilustrasi, grafik, pemenggalan teks. Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning.

Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas
seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan
majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting
setiap perenggan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam
pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu
seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan
indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.

Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk
mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau
bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan
menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang
dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan
cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.

Dalam konteks pembelajaran ini , skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya,
kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika
bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk
mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

Peringkat Q-QUESTION (penyoalan/pertanyaan) pula murid menyenaraikan beberapa isi soalan


(intipati) yang terkandung dalam teks. Soalannya berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh
murid tentang topik/isu dalam teks, juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan
tugasan yang diberi dan soalan yang berupa panduan kepada jawapan yang sebenar. Contohnya
Apakah aktiviti yang terdapat dalam Kem Motivasi Jati Diri? Dalam masa yang sama murid
sendiri mencari jawapan atau peramalan jawapan yang paling relavan.

Peringkat kedua ialah R-READ (Baca) di mana murid dikehendaki membaca secara serius dan
memberi tumpuan kepada teks yang dibaca. Dalam masa yang sama murid cuba mencari

15
jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi. Dalam masa yang sama juga, murid boleh
menyenaraikan soalan tambahan. Sepanjang masa membaca, murid boleh menaakul maklumat
yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan. Jika dikaitkan dengan pengajaran saya,murid
juga membaca petikan dialog dengan menggunakan intonasi bacaan dialog yang betul.

Peringkat ketiga ialah R-RECITE (Imbas kembali) iaitu setelah murid membaca keseluruhan
teks/bahan, pada peringkat ini pelajar dikehendaki mengingat kembali semua/sebahagian
maklumat yang terdapat dalam teks. Murid menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan
soalan atau tugasan. Seterusnya murid dapatlah menjawab semua soalan tugasan berdasarkan
maklumat dalam teks. Di samping itu murid juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal
sebelum merujuk jawapan yang terdapat teks atau pun jawapan yang memerlukan pendapat
sendiri. Murid boleh membandingkan ketepatan jawapan mereka. Teknik perbincangan amatlah
penting untuk memberikan murid mengeluarkan idea jawapan mereka dan boleh membanding
beza jawapan dengan rakan. Guru akan memberi ulasan dan penjelasan yang lebih mendalam.

Peringkat keempat ialah R-REVIEW (Baca semula). Pada peringkat ini, murid dikehendaki
membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat. Peringkat ini adalah untuk
pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recit (imbas kembali) di atas. Pastikan
bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid jangan
tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question atau pertanyaan. Melalui
proses teknik SQ3R, murid memperoleh maklumat yang tepat, cepat, dan dapat menyelesaikan
tugasan secara berkesan.

Dalam masa yang sama, teknik pengajaran saya ialah menggunakan teknik simulasi dan
perbincangan. Teknik simulasi ini berlaku semasa perkembangan pembelajaran. Banyak
kelebihan yang diperoleh murid dalam kedua-dua teknik ini. Teknik-teknik ini dapat
memotivasikan murid untuk terus belajar kerana dapat menarik perhatian murid terhadap topik
yang akan disampaikan. Selain itu, teknik simulasi juga dapat memupuk perkembangan daya
cipta dan imaginasi murid serta dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Teknik
simulasi yang digunakan dalam proses P&P membantu murid untuk menumpukan perhatian dan
membangkitkan perasaan suka dan minat dalam diri mereka jika lakonan tersebut disampaikan

16
dengan nada, gaya dan intonasi yang betul dan kuat kerana ianya merupakan salah satu sifat
semula jadi yang wujud dalam diri kanak-kanak. Teknik ini dapat membantu memudahkan
aktiviti pengajaran bagi mencapai objektif-objektif pengajaran pada hari tersebut. Pembelajaran
bertambah bermakna jika lakonan tersebut berkaitan dengan kehidupan pelajar ataupun cerita
yang di mainkan tersebut ialah cerita yang melucukan. Pembelajaran yang berlaku melalui
lakonan lebih kekal dan diingati untuk jangka waktu yang lebih panjang. Nilai-nilai murni boleh
diterapkan ke dalam cerita tersebut. Nilai-nilai tersebut dapat dihayati oleh murid-murid hal ini
adalah disebabkan sikap kanak-kanak yang suka meniru watak-watak yang ditonjolkan. Lakonan
juga dapat melibatkan pelajar secara aktif dan dengan itu, boleh menjadi pembelajaran
berpusatkan murid. Murid dapat meluaskan pengalaman dan meningkatkan daya kreativiti murid.
Selain itu, melatih murid bersikap berani dan mencungkil bakat murid.

Begitu juga, teknik kedua yang digunakan iaitu teknik perbincangan. Teknik ini paling jelas,
kebaikannya dapat menggalakkan murid mengeluarkan idea yang bernas berkenaan tajuk.
Melalui pengetahuan sedia ada mereka, murid dapat berkongsi ilmu antara mereka dalam proses
pembelajaran yang berkesan. Melalui perbincangan dan aktiviti bersoal jawab murid dilatih
supaya bersikap berani dan dapat menajamkan kognitif mereka. Teknik perbincangan ini juga
berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai pemudah cara.

6.0 Refleksi Tentang Kekuatan, Kelemahan dan Penambahbaikan Pengajaran


Kemahiran Membaca

Kaedah oral-aural dan kaedah pandang dan sebut, masing-masing mempunyai kekuatan dan
kelemahannya. Kaedah oral-aural ini sering digunakan dalam pembelajaran. Kaedah ini
menggunakan alat pandang dengar dengan meluas. Dalam kaedah ini penggunaan pita rakaman
atau pun slaid "power point" amat membantu guru. Kaedah ini akan melengkapkan murid
dengan seluruh alat sebutan dan pendengarannya untuk pembelajaran.

Kekuatannya ialah alat bantu yang digunakan akan menjadikan pembelajaran bertambah menarik
dan berkesan. Murid tidak perlu membayangkan apa yang sedang dipelajari kerana terdapatnya
sumber bantu mengajar tersebut dan murid akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap
pembelajaran yang sedang berjalan di dalam kelas. Pembelajaran kaedah ini akan mengelakkan

17
murid berasa bosan dan mengantuk. Kekuatan yang lain ialah murid akan mendengar dengan
teliti apa yang disampaikan. Murid juga boleh bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Murid juga akan memberi perhatian sepenuhnya kerana khusyuk mendengar cerita dan soalan
yang dikemukakan. Murid juga akan lebih berani dan berkeyakinan mengutarakan jawapan dan
soalan yang diajukan. Mereka dapat berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif terhadap topik
yang dipelajar. Melalui kaedah oral aural ini juga, murid dapat memperkembangkan keempat-
empat kemahiran bahasanya iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Namun, yang
lebih diutamakan ialah mendengar dan bertutur.

Kelemahan yang diperolehi dalam kemahiran bacaan mengikut kaedah oral-aural ialah ejaan
bagi setiap perkataan sukar dan tidak dapat dicam oleh murid yang lemah. Makna sukar
difahami bagi murid yang tidak memberikan perhatian. Kelas pembelajaran tidak dapat dikawal
jika sesuatu cerita atau topik yang disampaikan tidak menarik. Murid yang tidak memahami
topik pelajaran akan menjadi bosan. Bagi murid yang sederhana tidak dapat mengeluarkan idea
dan pendapat kerana sukar memahami maksud cerita dan perkara yang disampaikan.

Kekuatan yang diperolehi dari kaedah pandang sebut pula ialah kaedah ini sangat popular dalam
mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar
membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan
perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan
pertuturan kita seperti saya, makan, nenek, sayang, emak, bapa dan sebagainya. Guru akan
memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya
perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang
(visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Sekiranya murid tidak
dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu
menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan
tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi
huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

Kaedah ini sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu
cara keseluruhannya. Ia dijangka dapat menarik minat murid-murid dan disukai. Ia sangat sesuai
dengan resmi semula jadi kanak-kanak yang mempelajari sesuatu secara keseluruhan kepada
bahagian-bahagiannya yang tertentu. Kaedah ini dari awal mementingkan makna. Dengan itu,

18
kanak-kanak dari mula lagi mendapat latihan memahami apa yang dibaca oleh mereka. Guru
dapat melatih murid-murid membaca dengan sebutan dan rentak irama, intonasi ataupun alunan
suara yang betul dari mulanya. Murid-murid memahami apa yang mereka baca dan ini dapat
mengelakkan mereka merasa bosan. Mereka juga mengecam huruf dan menghafaz bunyi dengan
berkesan sekiranya mereka telah menguasai sejumlah perkataan . Murid-muris cuba mengecam
dan membaca perkataan dengan cara "meneka" dari bentuknya. Menurut Goodman, pengalaman
pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah
dikenali atau diketahui mereka.

Kelemahan yang diperolehi dari kaedah pandang sebut pula ialah fokus kepada murid yang
lemah. Kaedah ini mungkin menyebabkan bacaan murid-murid terhad kepada perkataan, rangkai
kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja. Keadaan ini tidak membolehkan murid-murid
mengenal huruf secara formal serta lambat mengenal bunyi dan suku kata. Selain daripada
lambat mencapai kemahiran dan kecekapan membaca, murid-murid juga tidak mempunyai asas
yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.

Dari segi teknik bacaan SQ3R yang digunakan kebaikannya ialah ianya melatih kita untuk
menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas kita sebagai pelajar. Dengan
mengamalkan teknik ini, kita akan dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat
serta faham lebih banyak maklumat. Melalui teknik ini juga, ianya dapat meningkatkan
kemahiran belajar kerana murid-murid dapat membaca secara kendiri untuk memperkukuh
kemahiran berfikir. Daripada singkatan SQ3R telah menjelaskan kepada kita bahawa teknik ini
memang amat berkesan iaitu :-

S - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya kita boleh fokus kepada apa
yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda kita fokus kepada apa yang
sedang kita lakukan.

R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah kita
bina melalui langkah S dan Q.

19
R - Recite (Lafazkan semula) - Melatih minda kita supaya fokus dan belajar sambil membaca.

R - Review (Ulang) - Menyusun maklumat yang kita telah perolehi di dalam minda dan mula
proses untuk mengingatinya.

Kekuatan lain ialah ianya merupakan gabungan dari teknik-teknik membaca seperti teknik
mekanis, mentalis dan bacaan intensif. Teknik mekanis ialah bacaan bersuara yang
menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut
gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan mentalis pula
dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara senyap. Aspek-aspek kefahaman
diberikan penekanan, sementara aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak
ditekankan dalam bacaan ini. Manakala bacaan intensif pula adalah bacaan yang pada asasnya
bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja
yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam
konteks dan situasi yang berlainan. Di samping itu, dalam proses pengajaran menggunakan
teknik ini ianya melalui tahap-tahap yang tertentu dan proses ansur maju ini memudahkan murid
untuk memahami keseluruhan isi bacaan. Murid juga dapat mengenal pasti isi bacaan dengan
mudah dan tepat.

Kaedah dan teknik ini sesuai digunakan untuk murid yang berada di tahap 2 dan tidak sesuai
dipraktikkan kepada murid tahap 1 sekolah rendah. Namun, dalam sebuah teknik pembelajaran
tidak semuanya memiliki kekuatan akan tetapi dapat dipastikan juga memiliki kelemahan atau
kekurangan-kekurangan. Kelemahan Teknik SQ3R, murid harus mengikuti langkah-langkah
yang telah ditentukan. Situasi ini menyebabkan ianya memakan masa yang banyak. Pada
kebiasaannya pembaca enggan mengikuti langkah-langkah sebegini. Teknik ini banyak
digunakan untuk membaca karangan atau buku buku ilmiah. Dari kekuatan dan kelemahan
teknik SQ3R di atas, yang paling penting dalam menggunakan teknik ini, guru dapat
meminimalisasi kelemahan-kelemahan tersebut dengan melakukan usaha yang terbaik sehingga
tujuan pembelajaran akan tercapai secara optima.

Jika guru telah mencuba pelbagai cara tetapi murid masih tidak berjaya membaca dengan lancar,

20
mungkin terdapat beberapa punca yang menyebabkan murid gagal berbuat demikian.
Kemungkinan juga tugas yang guru rancang tidak sesuai. Oleh itu, sebagai guru yang prihatin
penambahbaikan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Guru juga mesti mempelbagaikan
kaedah pengajaran mereka agar potensi murid dapat diperkembangkan semaksimum yang
mungkin (Shukri Zain, 2007). Hal ini kerana, di dalam sesuatu kelas terdapat pelbagai tahap
kemahiran membaca oleh murid. Oleh yang demikian, guru perlu merancang proses pengajaran
dan pembelajaran yang pelbagai dan berkesan bagi membolehkan semua murid dapat menguasai

perkara yang diajar. Apa yang penting bimbingan perlu diberikan tanpa mengetepikan objektif

dan matlamat pengajaran. rendah yang belum dapat menguasai kemahiran membaca dengan
lancar.

Saya akan mengkaji apa yang murid boleh dan tidak boleh lakukan serta merancang program
yang mampu memberikan murid kemahiran yang diperlukan. Pengajaran yang dirancangkan
perlulah direndahkan aras kemahirannya mengikut aras kebolehan mereka. Program yang boleh
dijalankan galakan bacaan meluas seperti bacaan ekstensif dalam program galakan membaca
seperti latih tubi membaca kad-kad bacaan diletakkan di sudut bacaan kelas , galakan meminjam
dan membaca buku-buku seperti novel di perpustakaan iaitu dalam Program NILAM (Nadi Ilmu
Amalan Membaca). Kelas Intensif berupa kelas tambahan juga disediakan untuk murid lemah
supaya mutu bacaaan mereka dapat dipertingkatkan lagi. Teknik bacaan yang lebih mudah
digunakan seperti kaedah mengeja dan kaedah bunyi. Ganjaran seperti hadiah dan motivasi juga
perlu diberikan bagi yang murid menunjukkan peningkatan. Dalam kelas yang diajar, murid saya
di kalangan murid yang sudah boleh membaca, walaupun begitu masih ada segelintir yang
bermasalah. Jadi, saya perlu memastikan semua murid saya dalam kelas belajar secara produktif
dan menggalakkan mereka berusaha ke tahap yang maksimum.

7.0 Kesimpulan

Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah


memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam
kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar
bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam
penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan

21
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami
masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas, kaedah pengajaran
pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu
kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu.
Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian
daripada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah
tersebut. Kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan melalui pendekatan akan menjadikan
pengajaran guru lebih menarik dan memikat serta dapat menggalakkan murid-murid belajar
secara aktif dan terlibat sepenuhnya. Kesimpulan yang dapat saya nyatakan dalam pengajaran
tersebut ialah murid-murid akan dapat mencapai objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran
dengan jayanya walaupun ada sedikit kelemahan secara tidak langsung.

22
8.0 Bahan Rujukan

1. Modul KRB3013 ,Prinsip Pengajaran Bacaan,PJJ Semester 5:UPSI

2. Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan Pengujian Bahasa: Perspektif untuk Perguruan.Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.

3. Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

4. Marohaini Yusoff (1999). Strategi Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

5. Safiah Osman (1990), Peningkatan Kemahiran Membaca dalam Safiah Karim(ed) Membaca:
Satu Pengenalan,Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd.

6. Kamarudin Hj. Husin (1998),Pedagogi Bahasa (Perkaedahan): Kumpulan Budiman, 1998.

7. Mohd Nasar bin Sukor (2011), Bahasa Malaysia Tahun 5,Sekolah Kebangsaan Buku Teks,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

8. Abd Ghafar bin Md Din (1993),Meningkatkan Keberkesanan Dalam Penulisan Pembacaan


dan Pemahaman,Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka

9. http://pomizipedagogy.wordpress.com/model/ekspositori/

10. http://www.slideshare.net/loverskaka/strategipendekatan-kaedah-dan-teknik

11. http://bkree66.blogspot.com/2012/01/kaedah-pengajaran.html

12. http://kongsiilmuppg.blogspot.com/2012/12/kaedah-pengajaran-kaedah-oral-aural.html

23
9.0 Lampiran

24

You might also like