You are on page 1of 8

2

Bahagian A
[ 40 markah]

Jawabsemuasoalan.

Soalan 1 hingga soalan 20


Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A ,B ,C dan D. Hitamkan jawapan yang
tepat pada kertas jawapan yang disediakan.

1. Orang yang mengamalkan perbuatan nifak dinamakan

A. Kafir
B. Fasik
C. Murtad
D. Munafik

2. Cara mengatasi khurafat dalam masyarakat ialah

A. menangkap orang yang mengamalkan khurafat


B. menjauhkan diri dari pengamal khurafat
C. menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu
D. mengasingkan orang yang mengamalkan khurafat di suatu tempat

3. Akibat lari dari medan perang

I akan menerima pembalasan di akhirat


II dipandang hina oleh musuh Islam
III merendahkan martabat Islam
IV terselamat dari dibunuh

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. IIdan III

Golongan Syiah mengamalkan konsep P iaitu menyembunyikan iktikad yang sebenar


apabila berhadapan dengan orang yang berbeza akidah

4. P di atas ialah

A. Taqiah
B. Nifak
C. Takwa
D. Menipu

[Lihatsebelah
3

5. Pilih pernyataan yang benar mengenai rukun syarikat.

I Lesen
II Lafaz akad
III Ahli syarikat
IV Pemilikan syarikat

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
A.
D. III dan IV

6. Daging korban afdal dibahagikan kepada tiga bahagian kecuali

A. kepada orang ramai


B. kepada anak-anak yatim
C. kepada orang fakir dan miskin
D. dimakan oleh orang yang berkorban

7. Upah haji sah di sisisyarakapabila

I. Tidak berihram di miqat bagi orang yang mengupah haji


II. mengambil upah bagi beberapa orang dalam satu musim haji
III. orang yang mengambil upah haji sempurna syarat mengerjakan haji
IV. orang yang mengambil upah haji telah mengerjakan haji terlebihdahulu

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

8. Pilih jenis dam yang sesuai bagi kesalahan haji yang berikut.

Melakukan Haji Tamattuk atau Haji Qiran


Tidak melakukan Tawaf Wadak
Tidak melakukan perkara wajib haji

A. Dam Tertib dan Takdil


B. Dam Tertib dan Takdir
C. Dam Takhyir dan Takdil
D. Dam Takhyir dan Takdir

9. Memberi perlindungan kepada mereka yang menghadapi kerugian pendapatan atau harta
dinamakan
A. Insurans pendidikan
B. Insurans nyawa
C. Insurans khas
D. insurans am
[Lihatsebelah
4

10. Antara yang berikut yang manakah merupakan perkara sunat haji?
I. Solatdua rakaat sebelum berniat ihram
II. Memakai pakaian ihram berwarnaputih
III. Berniat ihram haji di miqat yang ditentukan
IV. Berada di Muzdalifah selepas tengah malam 10 Zulhijah

A. A. I dan II
B. B. I dan IV
C. C. II dan III
D. D. III dan IV

Mendidik anak-anak sejak kecil dengan sifat-sifat yang positifseperti berani,


sabar, cekal dan tekun

11. Penyataan di atas merupakan tanggungjawab ibubapa kepada anak-anak daripada aspek

A. Pendidikan Intelektual
B. Pendidikan Rohani
C. Pendidikan Moral
D. Pendidikan Islam

12. Yang berikut adalah implikasi lian terhadap suami isteri, kecuali..

A. Isteri berhak menuntut nafkah jika suami tidak menafikan nasabnya


B. Suami yang membuat tuduhan dilepaskan daripada hukuman qazaf
C. Suami isteri boleh rujuk semula selepas tamat idah
D. Suami isteri terpisah selepas sumpahan lian

13. Mengapakah Islam mengharuskan seseorang lelaki melihat bakal tunangnya?

A. Untuk mengetahui kecantikan dan bentuk badan bakal tunangnya


B. Untuk memupuk kasih sayang antara satusama lain
C. Untuk member ketenteraman jiwa
D. Untuk mengelakkan penipuan

Encik Abu menunaikan umrah dahulu diikuti mengerjakan haji dalam bulan yang sama

14. Nama haji yang dikerjakan oleh beliau ialah

A. Tamatuk
B. Qiran
C. Ifrad
D. Qudum
[Lihatsebelah
5

Beliau tidak pernah menunggang kuda di bumi Madinah kerana menghormati


bumi yang didalamnya terdapat jasad Rasullullah s.a.w

15. Siapakah tokoh yang dimaksudkan.

A. Imam Malik r.h.


B. Imam al-Ghazali r.h.
C. Imam Abu Hanifah r.h.
D. Imam Ahmad bin Hambalr.h

16.Antara yang berikut yang manakah bukan kegiatan at-Tadwin ( disiplin ilmu )
pada zaman Umaiyah

A. Kegiatan penulisan
B. Kegiatan percetakan
C. Kegiatan pembukuan
D. Pembinaan perpustakaan

17. Siapakah khalifah yang telah memerintahkan sekumpulan ahli falak muslim agar
mengukur lilitan bumi.

A. Khalifah Harun al-Rasyid


B. Khalifah Jaafar al-Mansur
C. Khalifah al-Makmun
D. Khalifah Muawiyah

18.Memperolehi keredaan Allah S.W.T. ketika berekreasi dengan cara

A. Menjalinkan hubungan silaturahim dengan semua pengunjung


B. Mengingatkan diri supaya sentiasa mengingati Allah S.W.T.
C. Memelihara adab-adab yang ditetapkan oleh syariat
D. Melakukan banyak solat sunat

19. Pencemaran sungai dapat diatasi jika

A. Sampah hanya dikumpulkan dipinggir sungai


B. Kerajaan mengambil tindakan terhadap pengguna
C. Sisa buangan kilang ditapis sebelum disalurkan kedalam sungai
D. Setiap masyarakat menghayati kepentingan menjaga kebersihan sungai

[Lihatsebelah
6

Memelihara keamanan
Menyumbangkan kepakaran
Mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa

20. Penyataan di atas menerangkan tentang adab

A. Berjihad
B. Bernegara
C. Bersedekah
D. Bermasyarakat

Soalan 21 hingga 27.


Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

21 _____________________ ialah orang yang tidakberagama

22. Hubungan jenis antara ______________dengan perempuan dinamakan musahaqah.

23 Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti dinamakan sebagai _________

JENIS-JENIS DOSA

24. _______________ 25________________

26. Khawarij ialah kumpulan yang berpaling tadah daripada menyokong ___________.

Mirza Ghulam Ahmad Qadyani

Husin Ali al-Mazandarani Bahai


Pengasasajaransesat

27. ________________________
Taslim

[Lihatsebelah
7

Soalan 28-30

Pilih jawapan yang betul berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan.

Gelincir Matahari 9 Hari Tasyrik Terbenam matahari 10 Zulhijjah


Zulhijjah 13 Zulhijjah

28. Masa bermalam di Mina ialah pada ________________________

29. Melontar Jamratul Aqabah berakhir pada ________________________

30. Wukuf ialah berada di padang Arafah walaupun hanya sekejap di antara
________________________ sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

31. ________________________ ialah sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai
alat pemilikan

Lengkapkan tempat kosong di bawah berkaitan dengan ibadah korban

Jenis binatang ternakan Umur


Unta 5 tahun atau lebih

32. Lembu/kerbau _______________

33. ___________________ 1 tahun atau lebih

34. Insurans yang diterima mengikut syariat Islam ialah yang berasaskan
konsep___________.

35. Hubungan anak angkat dengan keluarga angkat dikira sebagai _____________

36. Hieraki Mahkamah Syariah ialah Mahkamah Rayuan Syariah, __________ dan
Mahkamah Rendah Syariah

37. Poligami yang tidak menepati syariat Islam akan mengundang ___________ Allah
SWT

38. Peluasan kerajaan islam telah berlaku pada zaman Khalifah______________________


kerana beliau telah membuka wilayah yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan Rom dan Parsi
.

Ahmad tidak mencampur buah yang busuk dan yang baik


agar tidak bermasalah dalam timbangan

39. Adab berjualbeli yang beliau amalkan merujuk kepada ______________

40. Antara adab member hadiah dan sedekah ialah memberi barangan yang __________

[Lihatsebelah
8

Bahagian B
[ 60markah ]
Jawabtigasoalan: Soalan 1,Soalan 2 danmana-manasatusoalan3 atauSoalan 4.

1 (a) Mengumpat merupakan unsur negatif yang membawa kepada kerosakan umat.

(i) Nyatakan maksud mengumpat. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua seba bberlakunya perbuatan tersebut. [4 markah]

(iii) Jelaskan dua cara mengatasi perbuatan ini. [4 markah]

(b) Kemanisan iman bermaksud berasa gembira melakukan ibadah dansanggup


Menanggung kepayahan untuk mendapat keredhaan Allah.

(i) Bagaimanakah cara seseorang itu mencapai kemanisani man ?[2 markah]

(ii) Jelaskan dua faedah perolehi kemanisan iman kepada individu. [4markah]

(c) Syiah merupakan ajaran yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Syiah
mengamalkan ajaran yang lari daripada ajaran Ahli SunnahWalJamaah dan jauh
daripada wahyu Allah SWT.

(i) Bagaimanakah cara untuk seseorang pelajar tidak terjebak dalam isu tersebut.
[4 markah]

2 (a) Hukummengambilanakangkatadalahdiharuskan di sisi Islam.

(i) Apakah maksud anak angkat? [2 markah]

(ii) Jelaskan dua hikmah mengambil anak angkat. [4 markah]

(iii) Islam melarang dibin dan dibintikan anak angkat kepada bapa angkat.
Jelaskan dua hikmah larangan tersebut. [4 markah]

(b) (i) Nyatakan maksud lian. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua hikmah lian terhadap suami isteri. [4 markah]

(c) Zarina telah melarikan diri dari rumah untuk bernikah dengan kekasihnya di
Thailand setelah ibu dan bapanya tidak merestui hubungan mereka.
Berdasarkan pernyataan diatas, apakah implikasi yang akan berlaku daripada
perkahwinan tersebut? [4 markah]

[Lihatsebelah
9

3 (a Kekuatan tentera pada zaman kerajaan Bani Umaiyah telah memberi peluasan Negara
) dan dakwah Islam.
(i) Nyatakan dua perbezaan ketenteraan kerajaan BaniUmaiyah dengan khulafa
ar-rasyidin. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua faktor yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah
[4 markah]

(b Imam Malik merupakan pengasas kepada mazhab Maliki.


)
(i) Nyatakan dua sifat peribadi beliau. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua bukti ketegasan beliau dalam mempertahankan Islam.


[2 markah]

(c Memakai bau-bauan merupakan salah satu daripada adab berhias diri.


)
(i) Nyatakan maksud berhias diri. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua hikmah berhias diri terhadap individu. [4 markah]

(iii Segelintir remaja hari ini memandang remeh tentang cara berpakaian
) Sehingga menampakkan aurat. Padapendapatanda,bagaimanakah perkara ini
boleh berlaku. [4 markah]

4 (a) Antara faktor perkembangan sains dan teknologi pada zaman kerajaan Abbasiyah
termasuklah galakan daripada para khalifah.
(i) Nyatakan dua faktor lain. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua bukti kecintaan para khalifah terhadap ilmu.


[2 markah]
(b) Syed Jamaluddin al-Afghani merupakan salah seorang pejuang Islam yang gigih.

(i) Nyatakan dua karya berbentuk ilmiah yang dihasilkan oleh beliau.
[2 markah]
(ii) Terangkanduabentukislah yang dibawaolehbeliau.
[4 markah]

(c) (i) Nyatakan kepentingan memelihara alam sekitar. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran air dalam
kehidupan manusia pada hari ini. [4markah]

(iii) Kerosakan alam berpuncadaripada tangan manusia sendiri. Buktikan


pernyataan tersebut. [4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like