You are on page 1of 6

IKHLASlink SECURE TAKAFUL

Pelan perlindungan menyeluruh yang disesuaikan


bagi memenuhi keperluan anda

3076-e_brochure-bm-v6-r24.indd 1 3/18/15 12:12 PM


Pelan perlindungan menyeluruh yang disesuaikan
bagi memenuhi keperluan anda

Ini sepatutnya ada dalam senarai semak anda: pelan perlindungan yang boleh
disesuaikan bagi memenuhi gaya hidup dan juga dompet anda. Ia boleh menjadi
penyelesaian yang anda cari, pelan pada harga yang berpatutan yang melindungi
semua keperluan hidup dan perlindungan kesihatan anda serta cukup fleksibel
yang berubah mengikut keperluan anda. Ia adalah penyelesaian yang bersesuaian,
untuk anda; pelan pintar yang mampu membantu anda memaksimumkan
pulangan wang hasil usaha gigih anda.

3076-e_brochure-bm-v6-r24.indd 2 3/18/15 12:12 PM


IKHLASlink Secure Takaful
adalah jawapan kepada apa yang anda cari selama ini
IKHLASlink Secure Takaful ialah pelan Takaful komprehensif yang
berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala
yang menggabungkan yang terbaik dari kedua-dua perlindungan dan
pelaburan. Pelan ini menawarkan pakej holistik dengan rider-rider pilihan
yang melindungi bidang kesihatan utama yang antaranya seperti penyakit
kritikal, kemalangan peribadi, kemasukan ke hospital dan manfaat
pembedahan. Selain itu, anda hanya perlu menyertai pada satu jumlah
Sumbangan Takaful bagi menikmati pakej ini secara menyeluruh1.

Satu Sumbangan Takaful yang merangkumi


semua manfaat
Hanya dengan satu paras jumlah Sumbangan Takaful, anda
boleh memilih bagi melindungi semua atau hanya rider-
rider pilihan tertentu, menjadikannya mudah dan tidak
menyukarkan bagi anda membuat bajet Sumbangan Takaful
bulanan2.

Pelan perlindungan komprehensif bagi kejadian yang tidak dijangka


IKHLASlink Secure Takaful hadir bersama perlindungan Kematian dan Keilatan Kekal dan Menyeluruh3 (TPD) bagi
memastikan anda sentiasa dilindungi, di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya berlaku kejadian yang
tidak diingini seperti yang dinyatakan di atas, Amaun Perlindungan asas, beserta Nilai Aset Bersih (NAV) dari Unit
dalam semua dana akan dibayar. Sebaliknya, jika anda memilih bagi menyerahkan atau meneruskan hingga Sijil
Takaful matang, NAV bagi Unit dalam semua dana akan dibayar.

IKHLASlink Secure Takaful juga menyediakan untuk anda rangkaian manfaat pilihan yang komprehensif,
seperti penyakit kritikal, kemalangan, bil hospital dan pembedahan serta pengecualian Sumbangan Takaful
bagi memastikan kesinambungan perlindungan anda. Ia adalah pilihan anda sepenuhnya bagi memilih rider-
rider untuk ditambah kepada pelan asas anda. Contohnya anda boleh memilih hanya rider kad perubatan atau
menggandingkannya dengan perlindungan Penyakit Kritikal bagi mendapatkan perlindungan yang lebih meluas.

Dana Berkaitan Pelaburan pilihan anda


Anda bebas untuk membentuk suatu portfolio pelaburan yang sihat bagi
mendapatkan pulangan4 yang lebih tinggi sepanjang horizon pelaburan jangka
sederhana hingga jangka panjang dengan memilih bagi melabur dalam mana-
mana dana-dana Berkaitan Pelaburan, bergantung pada toleransi risiko peribadi
dan matlamat kewangan anda. Pelaburan anda diuruskan oleh pengurus dana
profesional kami yang membolehkan anda menerokai sumber, kepakaran dalam
pelaburan dan pengalaman mereka untuk jaminan dan ketenangan fikiran
anda. Anda perlu sedar bahawa risiko yang rendah dikaitkan dengan potensi
pulangan yang rendah, manakala risiko yang tinggi dikaitkan dengan potensi
pulangan yang tinggi. Bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai dana-dana
ini, sila rujuk Helaian Fakta Dana individu.

1
Contohnya, dengan Sumbangan Takaful bulanan sebanyak RM300, anda boleh memilih bagi menggabungkan dan menyesuaikan perlindungan untuk
pelan asas dan rider-rider.
2
Tertakluk kepada jumlah baki unit yang mencukupi dalam akaun pelaburan bagi menyertai rider-rider pilihan.
3
Sebelum umur 65 tahun dan tertakluk pada maksimum sebanyak RM1,500,000 (dewasa) atau RM500,000 (kanak-kanak, 16 tahun ke bawah) bagi setiap
Orang Yang Dilindungi. Pengecualian standard dikenakan untuk TPD seperti yang disenaraikan di dalam Sijil Takaful.
4
Prestasi sebelum ini tidak menjamin prestasi akan datang. Pulangan sebahagian besarnya bergantung kepada prestasi pasaran. Oleh itu, nilai pelaburan/
manfaat Sijil Takaful mungkin naik ataupun turun bergantung pada keadaan pasaran. Dengan itu, baki mungkin meningkat melebihi atau jatuh kurang
daripada jumlah Sumbangan Takaful yang dibayar.

3076-e_brochure-bm-v6-r24.indd 3 3/18/15 12:12 PM


Dana Berkaitan Pelaburan Manfaat-manfaat lain

Sumbangan Takaful bulanan yang berpatutan


Dana Growth dari serendah RM80 sebulan.
Objektif utama dana ini adalah melabur dalam ekuiti yang Fleksibiliti untuk mengubah jumlah perlindungan dan
patuh kepada Syariah dan disenaraikan bagi menyediakan jumlah pelaburan bagi menyesuaikan dengan gaya
pertumbuhan modal bagi jangka sederhana hingga jangka hidup semasa anda.
panjang melalui kepelbagaian pelaburan dalam portfolio yang
Ciri penambahan bagi memaksimumkan
berasaskan pertumbuhan. Dana jenis ini mampu menarik
pelabur yang berminat dengan pertumbuhan dana dan potensi pelaburan anda. 94.75% dari jumlah
sanggup menerima risiko yang lebih tinggi dalam pulangan penambahan itu akan dilaburkan ke dalam
pelaburan. Keuntungan yang diperolehi akan dilaburkan dana Berkaitan Pelaburan pilihan anda.
semula secara automatik bagi memberikan pertumbuhan Pengeluaran separa wang tunai pada bila-bila
modal dan akan ditunjukkan dalam peningkatan NAV dan masa anda memerlukan wang tunai dengan
seterusnya harga unit.
segera. Kebarangkalian luput akan lebih tinggi
Dana Balanced sekiranya pengeluaran sebahagian dibuat.
Pertukaran antara dana-dana pelaburan berdasarkan
Objektif dana ini adalah mencapai pertumbuhan modal jangka
tahap risiko anda yang berubah.
sederhana hingga jangka panjang melalui pelaburan ke dalam
ekuiti patuh Syariah yang disenaraikan, sekuriti hutang dan
aset-aset patuh Syariah lain. Dana ini menyediakan gabungan
yang seimbang antara pendapatan dan ekuiti.
Jangan l
Dana Fixed Income upa !
Objektif dana ini adalah menyediakan pengekalan modal
sepanjang jangka pendek dan jangka sederhana dengan
melabur terutamanya di dalam sekuriti pendapatan tetap
Malaysia yang patuh Syariah dan instrumen pasaran wang.

Peruntukan Sumbangan Takaful


Sumbangan Takaful adalah dibayar berdasarkan kadar seperti dalam ilustrasi di bawah (berdasarkan Sumbangan Takaful
tahunan sebanyak RM1,000). Sumbangan Takaful yang diperuntukkan akan digunakan bagi melanggan unit-unit dalam dana
pilihan anda.

Tahun Sijil Takaful 1 2 3 4 5-6 7-9 10 & ke atas


Jumlah Sumbangan Takaful (RM) 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000
Peruntukan Sumbangan Takaful 40% 40% 60% 60% 80% 90% 100%
Peruntukan Sumbangan Takaful (RM) 400 400 600 600 800 900 1,000

Caj-caj
Sebilangan unit dalam akaun pelaburan akan ditolak bagi membayar yuran -yuran dan caj-caj di bawah Sijil Takaful. Ini termasuk
caj-caj bagi Amaun Perlindungan asas dan manfaat pilihan lain.

Tahun Sijil Takaful 1 2 3 4 5-6 7-9 10 & ke atas


Yuran Wakalah* 60% 60% 40% 40% 20% 10% 0%
Komisyen 40% 40% 25% 25% 15% 0% 0%
* Yuran Wakalah termasuk komisyen

Jika tempoh kurang dari 20 tahun, Takaful IKHLAS akan mengurangkan caj sewajarnya.

IKHLASlink Secure Takaful adalah berdasarkan Model Wakalah di mana Takaful IKHLAS akan mengenakan Yuran Wakalah
sebagai peratus dari Sumbangan Takaful bagi tujuan pengurusan perniagaan.

3076-e_brochure-bm-v6-r24.indd 4 3/18/15 12:12 PM


Caj-caj Lain Pengecualian-pengecualian

Caj Penerangan 1. Jika Orang yang Dilindungi, sama ada waras atau tidak, cuba
untuk membunuh diri di dalam tempoh satu (1) tahun bermula
Caj Tabarru Unit akan ditolak pada awal setiap pada tarikh Sijil Takaful berkuatkuasa, atau meninggal dunia
bulan. Caj tambahan mungkin disebabkan virus Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan
dikenakan bagi kes-kes sub-standard Penyakit (AIDS) atau penyakit yang disebarkan secara seksual,
tertakluk kepada pengunderaitan tiada manfaat akan dibayar di bawah Sijil Takaful ini. Syarikat
akan membayar balik baki dari dana-dana unit dan lebihan
boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, jika ada, kepada
Yuran Pengurusan Dana 1.00% - 1.50% setahun keluarga terdekat Orang yang Dilindungi.

Yuran Penukaran Lima pertukaran percuma dalam 2. Manfaat tidak dibayar untuk TPD yang berlaku secara langsung
satu tahun Sijil Takaful. Pertukaran atau tidak langsung dari mana-mana sebab berikut:
seterusnya pada satu peratus
(1%) daripada jumlah pertukaran a. Peperangan, penaklukan, tindakan musuh asing,
tertakluk kepada maksimum RM50 perseteruan atau operasi seperti peperangan (sama ada
diisytiharkan ataupun tidak) atau perang saudara;
bagi setiap pertukaran
b. Pemberontakan, rusuhan, pemberontakan tentera atau
Yuran Pengurusan Sijil RM72 setahun dan RM25 dikenakan orang awam, insureksi, penentangan, revolusi, perintah
Takaful untuk setiap penambahan berkurung atau darurat atau apa-apa jua peristiwa ataupun
penyebab yang boleh menentukan pengisytiharan ataupun
Yuran Pengeluaran Tahun pertama 3% penyelenggaraan perintah berkurung ataupun darurat;
Sebahagian Tahun kedua 2% c. Sebarang kegiatan keganasan. Untuk tujuan ini kegiatan
Tahun ketiga 1% keganasan bermaksud perlakuan atau perbuatan,
Seterusnya 0%, sehingga termasuklah tetapi tidak terhad kepada penggunaan
maksimum RM50 bagi setiap sebarang kuasa atau kekerasan atau kekejaman dan/atau
pengeluaran ancaman dari situ, oleh mana-mana orang perseorangan
atau berkumpulan, sama ada bertindak secara persendirian
Yuran Penyerahan Maksimum RM50 atau bersandarkan perhubungan dengan mana-mana
organisasi atau organisasi-organisasi atau kerajaan-
Duti setem RM10 keatas setiap Sijil Takaful kerajaan, melakukannya di atas sebab-sebab politik,
keagamaan, ideologi atau sebarang niat mempengaruhi
sebarang kerajaan atau organisasi dan / atau menyebabkan
pihak awam, atau sebahagian darinya berada di dalam
ketakutan;
d. Disebabkan oleh atau lanjutan daripada bunuh diri atau
Mengapa Takaful IKHLAS ? cubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri
dengan sengaja atau di bawah pengaruh alkohol atau
Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) adalah anak syarikat narkotik atau dadah atau ketidaksiuman atau disebabkan
milik penuh MNRB Holdings Berhad dan didaftarkan di bawah oleh penyakit kelamin;
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal e. Ketidakupayaan yang ditanggung oleh Orang yang
Dilindungi apabila melibatkan diri, mengendalikan atau
selia oleh Bank Negara Malaysia. Operasi perniagaan dan melakukan servis, menaiki atau menuruni daripada atau
pengurusan kami adalah berlandaskan kepada prinsip Syariah. dengan sebarang alat penerbangan atau kenderaan
Kami memberi keutamaan dalam memastikan kesemua termasuk terjunan udara, payung terjun, lompatan bungee,
urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan peluncuran gantung atau belon udara kecuali apabila
dan keadilan kerana kami berpegang kepada falsafah Orang yang Dilindungi berada di dalam kapal terbang yang
dikendalikan oleh penerbangan komersial dengan jadual
kemudahan berurusan dengan semua rakan perniagaan penerbangan yang teratur mengikut destinasi yang telah
kami terutamanya Pelanggan kami. Sejajar dengan ditetapkan;
perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di f. Keilatan bermula sebelum penerimaan perlindungan;
peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah g. Sebarang ketidakpatuhan undang-undang oleh Orang
memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk yang Dilindungi atau kesalahan yang dicetuskan olehnya;
h. Jika Orang yang Dilindungi berada di bawah pengaruh
asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk hubungan alkohol atau ubat-ubatan lain selain daripada arahan
perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang Orang seorang pengamal perubatan berdaftar;
yang Dilindungi. i. Terlibat dalam sebarang aktiviti dalam air yang
menggunakan alat pernafasan tiruan;
Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis j. Kecederaan yang disebabkan oleh pembelahan nuklear,
percantuman nuklear, alat senjata nuklear atau pencemaran
panduan perniagaan kami: radioaktif;
k. Sindrom Kekurangan Daya Ketahanan Melawan Penyakit
a. Tabarru bermaksud derma bagi tujuan perpaduan (AIDS) dan sebarang keadaan yang berkaitan dengan AIDS.
dan kerjasama di kalangan Peserta Takaful dan akan
digunakan untuk membantu Peserta Takaful yang ditimpa Nota: Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk kepada Sijil
Takaful bagi mendapatkan senarai penuh pengecualian-
musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru akan pengecualian.
diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.

b. Wakalah bermaksud agensi. Dalam konteks ini, ia merujuk


kepada kontrak antara Syarikat dan Peserta Takaful di mana
Peserta Takaful melantik Syarikat untuk menguruskan
dana bagi pihak Peserta Takaful, yang membenarkan
Syarikat mengenakan yuran Wakalah.

3076-e_brochure-bm-v6-r24.indd 5 3/18/15 12:12 PM


Nota Penting
a. Brosur ini adalah sebagai maklumat umum sahaja. Ini e. Sekiranya Sijil Takaful luput, penguatkuasaan semula yang
bukan kontrak Takaful. Syarat-syarat yang dinyatakan dibenarkan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang
adalah tidak menyeluruh dan tidak lengkap. Anda perlu ditentukan oleh Takaful IKHLAS.
merujuk kepada Lembaran Pendedahan Produk (PDS)
f. Syarikat akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC)
dan Ilustrasi Manfaat bagi mendapatkan maklumat
sebanyak 50% daripada sebarang lebihan boleh-agih kasar
lanjut, di mana anda boleh mendapatkan kedua-duanya
yang diisytiharkan pada akhir setiap Tahun Kewangan
dari ejen Takaful yang memberi perkhidmatan kepada
Syarikat. Lebihan boleh-agih bersih (selepas ditolak SAC)
anda. Anda juga perlu mempertimbangkan yuran-yuran
daripada Dana Risiko akan diperuntukkan sepenuhnya
dan caj-caj yang terlibat.
(100%) kepada Peserta Takaful.
b. Takaful IKHLAS berhak menyemak semula kadar, yuran
g. Jika penyertaan anda melibatkan Sumbangan Takaful
dan caj, manfaat, tempoh dan syarat. Peserta Takaful akan
yang besar sebanyak RM5,000 dan ke atas, anda wajar
dimaklumkan mengenai semakan semula ini secara bertulis.
mempertimbangkan bagi menyertai pelan Berkaitan Pelaburan
c. Anda perlu berpuas hati bahawa pelan ini memenuhi dengan Sumbangan Takaful tunggal berbanding dengan pelan
keperluan anda dan Sumbangan Takaful yang dibayar di Sumbangan Takaful berkala memandangkan ia menawarkan
bawah pelan ini adalah jumlah yang anda mampu bayar. kadar peruntukan yang lebih baik untuk pelaburan.
Menyertai pelan Berkaitan Pelaburan adalah komitmen
h. Jumlah yang akan dikecualikan daripada cukai pendapatan
jangka panjang dan anda dinasihatkan supaya tidak
untuk Sumbangan Takaful dan EPF adalah sehingga
menyertai Sijil Takaful ini dalam tempoh yang pendek
RM6,000. Walau bagaimanapun ia adalah tertakluk kepada
kerana kos permulaan yang tinggi. Anda boleh
persetujuan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
membatalkan Sijil Takaful anda dengan memulangkan
Sijil Takaful kepada Takaful IKHLAS dalam tempoh
i. Caj kami tidak termasuk cukai yang dikenakan pada masa
lima belas (15) hari selepas anda menerima Sijil Takaful
akan datang (termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan
tersebut. Takaful IKHLAS akan membatalkan serta-merta
(GST)). Setelah perlaksanaan GST, kami berhak untuk
selepas penerimaannya dan jumlah yang dipulangkan
mengutip semula sebarang GST yang dikehendaki dibayar
adalah mengikut terma dan syarat Sijil Takaful.
oleh undang-undang.
d. Sekiranya tiada Sumbangan Takaful selepas tamat tempoh
ihsan, Syarikat mempunyai hak untuk menggunakan nilai j. Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk pada
yang ada sebagai pendahuluan untuk bayaran Tabbaru infoinsurans mengenai Takaful Berkaitan Pelaburan, yang
dan Sijil Takaful akan dikuatkuasakan di bawah PIA disediakan di semua cawangan kami atau anda boleh
sehingga jumlah di dalam dana-dana unit kurang dari mendapatkan salinan dari Ejen Takaful atau melayari
jumlah yang diperlukan untuk bayaran Tabbaru. Semasa www.insuranceinfo.com.my
tempoh ini Sijil Takaful masih lagi berkuatkuasa dan
sekiranya Sumbangan Takaful masih belum dijelaskan
selepas jumlah dana-dana unit tidak mencukupi untuk
melakukan bayaran pendahuluan seterusnya, Sijil Takaful
akan lupus dan tidak mempunyai nilai.

Ini adalah produk Takaful yang terikat dengan prestasi aset-aset pendasar, dan bukanlah produk
pelaburan sebenar seperti amanah saham.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di:

TAKAFUL IKHLAS BERHAD (593075 U)


(Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad)

Jabatan CRM, IKHLAS Point


Tower 11A, Avenue 5, Bangsar South
No. 8 Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur

Tel: 03-27239999 Faks:03-27239998


Website: www.takaful-ikhlas.com.my
E-mail: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my

3076-e_brochure-bm-v6-r24.indd 6 3/18/15 12:12 PM

You might also like