Pengenalan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

You might also like

You are on page 1of 4

Pengenalan gerak kerja koku 2016

Pengenalan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

1.0 KONSEP KOKURIKULUM

Kokurikulum ialah aktiviti pendidikan yang dirancang dan diperlaksanakan selepas


waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah, berasas dan lanjutan pelajaran sesi
persekolahan. Menurut Peraturan Kursus Pengajian, Akta Pelajaran 1956, kokurikulum
adalah extra curriculum atau kegiatan luar darjah. Dalam pada itu, Peraturan-peraturan
Kokurikulum Kebangsaan di bawah Warta Kerajaan, Akta Pendidikan 1995 yang bertarikh
31.12.1997 pula menyifatkan kokurikulum sebagai kegiatan yang dirancang lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar
peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dipelajari dalam bilik darjah.

Kokurikulum juga dikenali sebagai kurikulum tambahan (extra-curriculum) atau


pendidikan untuk waktu lapang (education for leisure) atau aktiviti kelas tambahan (extra-
class activities). Aktiviti-aktiviti kokurikulum sebahagian besarnya dilakukan di luar bilik
darjah. Ia merupakan aktiviti amali sebagai lanjutan kepada mata pelajaran di dalam bilik
darjah, iaitu sebahagian daripada kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti
persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta unit beruniform yang dijalankan sebelum atau
selepas waktu persekolahan.

Proses pembelajaran dan pengajaran dalam aktiviti kokurikulum lebih banyak


dilaksanakan secara tidak langsung, di mana ia menekankan perkara dan aspek yang
tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Pada tahun
60-an dan 70-an, masyarakat dan pendidik menganggap kokurikulum sebagai tempelan
sahaja, sebagai sesuatu yang berasingan, tambahan dan tidak begitu penting dalam
perkembangan dan proses pengajaran serta pembelajaran pelajar di sekolah. Walau
bagaimanapun, pendapat itu telah berubah dan kini kokurikulum telah diterima. sebagai
sebahagian daripada kurikulum sekolah.

Sebenarnya, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat mengukuhkan dan mengayakan


pembelajaran pelajar di dalam kelas. Ini kerana kokurikulum mengutamakan pembelajaran
melalui amalan di mana pengetahuan yang diperoleh di bilik darjah diamalkan melalui aktiviti
praktik, samada latihan sukan, persatuan atau unit beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti
kokurikulum sebenarnya berperanan membentuk dimensi-dimensi sosial, di samping sifat-
sifat dan kualiti kognitif, afektif serta psiko-motor.

2.0 Komponen Gerak Kerja Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:-

1. Pasukan Pakaian Seragam / Unit Beruniform


2. Persatuan / Kelab
3. Sukan dan Permainan
Pengenalan gerak kerja koku 2016

Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah adalah untuk


mengembangkan potensi serta bakat seseorang pelajar dalam bidang jasmani, sosial,
kebudayaan dan khidmat masyarakat. Selain ini, ia juga turut membentuk sahsiah dan
sikap positif seseorang pelajar.

Oleh itu, bakal-bakal guru yang menuntut di Institut Perguruan akan diberi
penekanan dalam kemahiran asas, kebolehan mengurus, kebolehan mempimpin,
kepegawaian dan kejurulatihan.

Struktur gerak kerja kokurikulum dalam kursus pengurusan adalah dirancang mengikut tiga
komponen utama iaitu: -
1. Kemahiran dan Pengurusan Pasukan Pakaian Seragam / Unit Beruniform
2. Kemahiran dan Pengurusan Persatuan / Kelab
3. Kemahiran dan Pengurusan Sukan dan Permainan

2.1 Pasukan Pakaian Seragam / Unit Beruniform


Semua pelajar sekolah adalah digalakkan untuk mengambil bahagian sekurang-
kurangnya salah satu Pasukan Pakaian Seragam sebagaimana yang dicatatkan dalam
Laporan Kabinet 1979.

2.2 Persatuan / Kelab


Matlamat penubuhan sesebuah Persatuan / Kelab di sekolah adalah untuk
menggalakkan seseorang pelajar untuk berkomunikasi dengan pelajar lain yang berasal
daripada pelbagai latar belakang serta bangsa. Selain ini, ia juga bertujuan untuk memberi
perkhidmatan kepada masyarakat dan membolehkan seseorang pelajar untuk mencapai
kemahiran di dalam sesuatu bidang atau hobi. Persatuan / Kelab dibahagikan kepada dua
kategori utama iaitu:-
(i) Persatuan / Kelab yang berasaskan akademik atau mata pelajaran
(ii) Persatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobi

2.2.1 Persatuan / Kelab yang berasaskan akademik atau mata pelajaran


Persatuan / Kelab dalan kategori ini adalah bertujuan untuk memupuk
serta menambahkan minat dan kemahiran pelajar dalam sesuatu mata pelajaran tersebut.
Persatuan / Kelab-kelab yang dikategorikan dalam komponen ini adalah seperti Persatuan
Bahasa Kesusasteraan, Persatuan Sains, Persatuan Matematik, Persatuan Muzik,
Persatuan Komputer, Persatuan Seni Lukis dan sebagainya.
Pengenalan gerak kerja koku 2016

2.2.2 Persatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobi


Persatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobi adalah bertujuan
untuk menarik minat dan memberi pengetahuan dalam sesuatu bidang tertentu. Contohnya
Bimbingan dan Kaunseling, Pembimbing Rakan Sebaya, Koperasi Sekolah, Pencinta Alam,
Perpustakaan atau Pusat Sumber dan sebagainya.

2.3 Sukan dan Permainan


Semua pelajar sekolah adalah diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam sesuatu
sukan dan permainan seperti Bola Sepak, Bola Keranjang, Badminton, Ping Pong,
Olahraga, Bola Tampar dan sebagainya.

Perancangan, pengurusan dan pelaksanaan sesuatu sukan dan permainan di peringkat


antara sekolah-sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan adalah tanggungjawab Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah.

Rajah 2.2 : Struktur, Komponen dan Jenis Aktiviti Kokurikulum


(Sumber: Pengurusan Kokurikulum & Pendidikan Sukan, Mok Soon Sang, 2008, ms 38)

3.0 Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum di Sekolah Rendah

3.1 Pengenalan
Terdapat beberapa perbincangan, kajian dan tinjauan telah dilaksanakan oleh pihak-
pihak tertentu bagi mengetahui keberkesanan dan masalah yang dihadapi dalam
pelaksanaan dan pengurusan kokurikulum di sekolah.
Antaranya ialah yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran
1979, Asiah Abu Samah (1985), Haji Hussin Mamood (1985), Haji Razali Ismail (1992),
Annamalai (1994) serta Abd. Alim Abdul Rahim (1988 dan 2000).
Antara isi kandungan perbincangan tersebut ialah :

penglibatan pelajar aktif dalam gerak kerja kokurikulum hanya tertumpu pada bidang
tertentu sahaja
penyertaan pelajar dalam gerak kerja kokurikulum bergantung pada peraturan sekolah
yang dikenakan ke aas mereka
kebanyakan pelajar menyatakan ibu bapa dan penjaga menggalakkan mereka menyertai
gerak kerja kokurikulum
sebahagian besar pelajar menyatakan peryertaan mereka dalam gerak kerja kokurikulum
tidak menjejaskan pencapaian mereka dalam bidang akademik
Pengenalan gerak kerja koku 2016

You might also like