You are on page 1of 3

2.

1 Aktiviti 1: Kolaj
Aktiviti melukis atau mengambar dengan menggunakan teknik kolaj dapat memberi pengalaman
kepada murid-murid dalam pemilihan bahan, warna, saiz garisan dan bentuk. Mereka akan
menghasilkan kolaj mengikut daya imaginasi dan kreativiti mereka. Mereka akan menggunakan
pemikiran kreatif mereka untuk menghasilkan kolaj yang menarik dan menepati tajuk atau tema
yang diberi.
Pada minggu pertama program, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran menekap,
menggunting, mengoyak, menampal dalam aktiviti menghasilkan kolaj.Murid diminta menyanyi
lagu bunga rayadengan irama lagu Tanggal 31 bersertakan pergerakan badan. Guru akan
menunjukkan contoh hasil lukisan dan membandingbezakan ciri-ciri lukisan dan kolaj. Guru
menerangkan penyusunan kertas warna yang digunting dan dikoyak akan dapat menghasilkan
komposisi gambar yang menarik.

Murid-murid bebas memilih templat bunga raya yang disediakan oleh guru lalu menekapkannya
pada kertas lukisan.Seterusnya, mereka akan diperkenalkan dengan kertas warna,kertas
majalah,gam,gunting dan bahan-bahan lain yang sesuai.Mereka diberi kebebasan memilih kertas
warna dan kertas majalah yang sesuai dengan tema yang dipilih iaitu kemerdekaan. Kemahiran
berfikir iaitu menaakul, berfikir secara kritis alat dan bahan yang boleh menggantikan bahan
membuat kolaj selain kertas warna.

Guru akan memperkenalkan teknik potong kertas dan fabrik dan teknik koyak kertas dan fabrik.
Murid murid akan menggunakan gunting untuk memotong kertas warna yang mereka sukai atau
menggoyakkannya kepada cebisan kertas yang kecil. Murid akan menggunting kertas dengan
cara pegangan gunting yang betul mampu untuk memberikan latihan kepada jari jemari kanak-
kanak dan mampu menguatkan otot tangan kanak-kanak. Murid-murid akan menyusun potongan
atau cebisan kertas ke atas lukisan bunga raya mengikut kretiviti masing-masing untuk
menghasilkan kolaj bunga raya. Nilai cintai kepada negara dapat diterapkan sepanjang aktiviti.
Nilai intrapersonal dan interpersonal turut diselitkan semasa melaksanakan aktiviti membuat
kolaj.

Akhirnya, murid berpengalaman mengetahui dan memahami bahasa seni visual, jenis-jenis
media serta proses dan teknik dalam penghasilan kolaj. Murid mempamerkan karya seni mereka
lalu menceritakan pengalaman masing-masing ketika melakukan aktiviti.
3.1 Aktiviti 1: Kolaj

Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.
Dalam perkataan Perancis ia bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan
kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan dua dimensi. Kolaj ialah suatu hasil kerja
seni yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto dari cetakan majalah disusun dan
ditindih. Ia merupakan teknik cantuman potongan gambar menjadi satu komposisi.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) , seni adalah penghasilan rupa bentuk yang
menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan
estetik ialah konsep kesenangan yang terhasil daripada penghayatan terhadap keindahan seni
visual iaitu kepuasan, kenikmatan,kesukaan dan kegembiraan.

Lagu Bunga Raya diringi oleh irama dan melodi boleh membangkitkan semangat murid-
murid cinta akan negara di kalangan murid. Semasa murid menyanyikan lagu,murid membuat
pergerakan mengikut irama. Maka, terlahirlah rasa bangga sebagai rakyat Malaysia di diri
mereka.

Proses pemindahan idea, dari kotak fikiran ke bentuk visual, di atas kertas merupakan satu
proses artistik yang penuh kreativiti. Proses ini telah menggabungkan beberapa jenis deria
rangsangan kita dan secara tidak langsung akan merangsang minda pelajar supaya berfikir secara
kreatif. Kebebasan pemilihan warna dan bahan menyediakan ruang dan masa bagi pelajar
meneroka dan mencetus idea tersendiri. Menerusi warna yang dipilih dan komposisi kolaj yang
dihasilkan, pelajar dapat mengekspresikan perasaan dan emosi maka nilai cintai kepada negara
dapat ditimbulkan.

Garisan ialah unsur yang agak penting dalam kerja melukis dan menggambar. Melalui
garisan murid boleh melakar, menulis, membuat jalinan gambar, membuat rupa ,membuat ton
dan membentuk. Garisan boleh dihasilkan melalui teknik kolaj.Menggunting dan menampal
dapat mengembangkan motor halus murid-murid di mana mereka harus menggunakan

Teknik kolaj dapat mengembangkan daya imaginasi pelajar dan penajaman daya intuisi
mereka. Apabila diberi peluang menggunakan pelbagai bahan dan teknik teknik yang berbeza,
maka pelajar dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terkongkong. Pelajar bebas
berinteraksi dengan rakan sebaya lalu mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif
sepanjang program.Aktiviti seni yang seronok dapat mencetuskan suasana pembelajaran yang
riang dan bebas daripada tekanan emosi.
4.1 Sorotan kajian

Aktiviti 1

Aktiviti 2

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan
yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapatdilaksanakan
dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah.
Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Menerokadijalankan
dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai ideadan bahan.

You might also like