You are on page 1of 5

Minit Curai

(Laporan Mesyuarat/ Seminar/ Bengkel dan lain-lain)

Nama Guru: TONG LI XIANG Tarikh/ Masa:


Tajuk: Training of trainers KDM 27 -29 April 2016
Penganjur: Jabatan Kesihatan Negeri

Tempat: Kem Permata Resort , Alor Gajah

Bil Laporan Ringkas Catatan/ Tindakan


1 Pengenalan
Doktor Muda merupakan murid sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih
dan terlatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, yang bertindak
sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan
kesihatan yang positif di kalangan murid sekolah.

Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi


menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka
bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada
rakan-rakan di sekolah.

Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat
penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti
menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh,
suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam
pemilihan Doktor Muda.

2 Objektif :
1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah
dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka
agar mereka dapat :
Mengamalkan cara hidup sihat
Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan
anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam
menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.

2. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar


kepada kesihatan anak-anak.

3. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam


usaha meningkatkan kesihatan pelajar.

4. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan


Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di
kalangan murid sekolah rendah.

3 Faedah :

Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat


sekolah rendah.
Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas
kesihatan.
Murid belajar menghargai kesihatan.
Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran
berkomunikasi.
Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor
muda.
Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan
kesihatan sekolah.
Kesihatan asas murid kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan
perkhidmatan kesihatan.
Sekolah bersih
Sekolah bebas Aedes
Imej sekolah meningkat
4 Tugas Guru Penasihat :

o Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan


melantik Ahli Jawatankuasa.

o Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.

o Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.

o Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti


terkandung dalam Perlembagaan.

o Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.

o Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang


ditetapkan.

o Memastikan pengurusan kewangan dan harta


benda/peralatan diurus dengan baik.

o Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti


disedia dan difailkan.

o Mendaftarkan Kelab kepada Guru Besar dan Badan


Induk.

o Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar


serta galakan kepada ahli.

o Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan


pencapaian ahli.

o Menandatangani Buku / Borang Kehadiran Ahli.

o Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan


dengan unit yang diwakili .
o Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil
Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum
Sekolah.

o Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan


sesuatu program.

5 Procedure Penubuhan KDM


Membentuk Jawatankuasa Penaja
Surat permohonan Penubuhan KDM
Surat Kelulusan Permohonan Penubuhan KDM
Lantik Guru Penyelaras dan Penasihat.
Hantar surat ke Unit Ko-Ku JPNNS(lampirkan surat kelulusan
GB,
Senarai nama guru penasihat,jawatankuasa penaja )
Hantar surat Permohonan ke Jabatan Kesihatan Negeri (s/k
PKD Kuala Pilah )
Tunggu Kelulusan daripada JPN
Jalankan Mesyuarat agung untuk Perlantikan AJK

6 Team untuk Kelab Doktor Muda


Aktiviti KDM dijalankan sepanjang tahun
Seorang guru dilantik sebagai penyelaras dan membentuk
TEAM Kelab Doktor Muda yang terdiri daripada guru guru
penasihat yang lain.

7 Bilik Khas /Papan kenyataan

Tidak perlu wujud bilik khas sekiranya sekolah tidak


mempunyai bilik yang sesuai.
Guna ruang yang sedia ada seperti papan kenyataan , kiosk.

8 Ujian rencana
Dibuka kepada semua ahli kelab Dr.Muda yang layak (melepasi
markah lulus 80%bagi penilaian aktiviti ko-kurikulum )

Ujian bertulis akan dijalankan untuk menentukan tahap lencana


yang diperoleh.

9 Bahan bahan yang diedarkan


Bahan bahan bantu mengajar telah disediakan oleh Jabatan
Kesihatan Negeri
Guru KDM harus bekerjasama merekod bahan bahan tersebut
dalam inventori sekolah.

10 Kandungan Modul Kelab Dr Muda

SKOP 1: DOKTOR 1: Saya Doktor Muda


MUDA 2: Mengenali Kemudahan Kesihatan
3: Menyampaikan Mesej Kepada
Rakan dan Keluarga
SKOP 2: AMALAN 1: Menjamin Kebersihan Tangan
KEBERSIHAN DIRI 2: Menjaga Kebersihan Badan dan
Rambut
3: Menjaga Kebersihan Kuku
4: Ketajaman Penglihatan
SKOP 3: AMALAN 1: Persekitaran Bersih (sekolah / Rumah)
KEBERSIHAN 2:Penggunaan Tandas Sempurna
PERSEKITARAN

SKOP 4: AMALAN 1: Kesihatan Pergigian


KESIHATAN
PERGIGIAN

SKOP 5: MINDA 1: Harga Diri


SIHAT 2: Mari Berkawan
3: Tegas Diri
4: Pemikiran Positif Untuk Hidup Sihat
5: Bijak Menangani Stres

SKOP 6: 1: Mencegah Demam Denggi


MENCEGAH 2: Mencegah Chikungunya
PENYAKIT 3: Mencegah Demam Malaria
SEMASA 4: Mencegah Penyakit Leptospirosis

SKOP 7: RAWATAN 1: Pertolongan Cemas


PERTOLONGAN 2: Rawatan Ringan
CEMAS DAN
RAWATAN RINGAN

SKOP 8: AMALAN 1: Makan Secara Sihat


MAKAN YANG 2: Mengutamakan Sarapan Pagi
SIHAT DAN 3: Memilih Premis Makanan Yang
SELAMAT Bersih dan Selamat
4: Pilih Makanan Yang Bersih dan
Selamat "Lihat, Hidu,Rasa"

SKOP 9: CARA 1: Mari Bersenam


HIDUP YANG 2: Mengekalkan Berat Badan Unggul
SIHAT 3: Jangan Mula Merokok

SKOP 10: 1: Mengenali Alam Remaja


PERSEDIAAN KE
ALAM REMAJA

SKOP 11: KENALI 1: Apakah Itu Ubat?


UBAT ANDA 2: Amalan 5B
3: Cara Penyimpanan Ubat Yang Betul
SKOP 12: NILAI- 1: Memberi Harapan Kepada Yang
NILAI MURNI Memerlukan
2: Penderma Organ
3: Menghormati Warga Emas

Kandungan Modul tidak perlu diajar habis dalam setahun .

11 Reten
Menyediakan reten mengikut format 2 kali setahun
Januari Jun Dihantar pada Julai
Julai Disember Dihantar pada Januari tahun
berikutnya.

Hantar kepada Penyelaras Daerah PKD.

12 Website
http://www.drmuda.gov.my
www.facebook.com/KelabDoktorMuda

13 Tindakan selanjutnya:
Melaporkan maklumat yang diperolehi kepada Guru Besar
Menjalani LDP kepada guru-guru .

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

___________________ ___________________
TONG LI XIANG TEO SIEW YOKE
Guru Guru besar
SJK(C) YOKE HUA , SJK(C) YOKE HUA ,
73100 Johol, Negeri Sembilan. 73100 Johol, Negeri Sembilan.

You might also like