You are on page 1of 7

Kertas Kerja Hari Bahasa Melayu

1.0 Pendahuluan

Selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,
Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras semua sekolah rendah dan menengah. Pendidikan
Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi
dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah
air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Bagi merealisasikan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis juga selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi
keperluan diri dalam urusan harian maka Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Ulu Dong
menganjurkan Hari Bahasa Melayu 2017.

2.0 Rasional

Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasa Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyertaan
warga sekolah khasnya murid-murid agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan
semangat cinta akan bahasa kebangsaan.

3.0 Matlamat

Program Hari Bahasa Melayu membimbing dan mempertingkatkan pengetahuan tentang


aspek budaya sesuatu bahasa terutama dari segi kesantunan bahasa.

4.0 Objektif

4.1 Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek.

4.2 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan Bahasa


Melayu.
4.3 Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai Bahasa Melayu.
4.4 Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan
semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu.
5.0 Tarikh

11.10.2017 (Rabu)

6.0 Masa

8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

7.0 Kumpulan Sasaran

Semua murid SK Ulu Dong


7.0 AJK Pelaksana

Pengerusi : Pn Yuhana bt Mihat

Naib Pengerusi : Pn Shafiah bt Jali (GPK 1)

Pn Norita Bt Abdul Samat (GPK HEM)

En Muhamad Ridzwian Bin Ishak (GPK KOKURIKULUM)

Penyelaras : Pn Saadah Bt Abd Rahim

Setiausaha : Pn Zaharatullaili BT Mohd Daud

Jawatankuasa Kerja

Buku Program : Pn Asmaliza bt Mohd Abdullah

Hiasan Pentas & Backdrop : Pn Nor Aida bt Kadir

Pn Zakiah bt Deraman

Persiapan Dewan : En Hisham Bin Mohd Safri

Juruacara : En Zamzuri bin Dzulkfli

Bacaan Doa : Ustaz Yasir Bin Amiruddin

PA Sistem : En Mohd Ibrahim bin Alias

Hadiah : Pn Yusmira bt Mohd Nor

Dokumentasi : En Mohd Ibrahim Bin Alias

Kawalan Murid : Semua guru.


AKTIVITI PROGRAM HARI BAHASA MELAYU

Bil. Aktiviti Sasaran

1. Mencari benda tersembunyi Tahun 1

2. Teka silang kata Tahun 2

3. Bercerita Tahun 3,4,5,& 6

4. Deklamasi sajak Tahun 5

5. Pidato Tahun 6

JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

Bil. Tarikh Aktiviti/Pertandingan Tindakan

1. 11.10.2017 Mencari benda tersembunyi Pn Zakiah bt Deraman

2. 11.10.2017 Teka silang kata En Mohd Ibrahim Bin Alias

3. 11.10.2017 Bercerita Pn Saadah bt Abd Rahim


Pn Asmaliza Bt Mohd
Abdullah

4. 11.10.2017 Deklamasi Sajak Pn Zaharatullaili bt Mohd


Daud

5. 11.10.2017 Pidato En Zamzuri bin Dzulkifli


ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Aktiviti Perbelanjaan/Hadiah

1. Mencari benda tersembunyi Tempat pertama


RM 20.00 x 1 = RM20
Tempat kedua
RM 15.00 x 1 = RM15
Tempat ketiga
RM 10.00 x x 1 = RM10
Saguhati
RM 5.00 x 1 = RM5

2. Teka silang kata Tempat pertama


RM 20.00 x 1 = RM20
Tempat kedua
RM 15.00 x 1 = RM15
Tempat ketiga
RM 10.00 x x 1 = RM10
Saguhati
RM 5.00 x 1 = RM5

3. Bercerita Tempat pertama


RM 20.00 x 1 = RM20
Tempat kedua
RM 15.00 x 1 = RM15
Tempat ketiga
RM 10.00 x x 1 = RM10
Saguhati
RM 5.00 x 1 = RM5

4. Deklamasi Sajak Tempat pertama


RM 20.00 x 1 = RM20
Tempat kedua
RM 15.00 x 1 = RM15
Tempat ketiga
RM 10.00 x x 1 = RM10
Saguhati
RM 5.00 x 1 = RM5
5. Pidato Tempat pertama
RM 20.00 x 1 = RM20
Tempat kedua
RM 15.00 x 1 = RM15
Tempat ketiga
RM 10.00 x x 1 = RM10
Saguhati
RM 5.00 x 1 = RM5

6. Jumlah Perbelanjaan RM250

8.0 Penutup

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah dikemukakan.

Sesungguhnya kejayaan Hari Bahasa Melayu 2017 peringkat sekolah yang dirancang ini

bergantung kepada sikap serta komitmen yang positif daripada semua pihak yang terlibat.

Konsep permuafakatan menjadi tunjang ke arah kejayaan program ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

. .

You might also like