You are on page 1of 8

PERALATAN-PERALATAN RBT

Pembaris Keluli
Alat ini digunakan untuk mengukur dan memindahkan ukuran. Selain itu,
pembaris keluli juga digunakan untuk membina garisan lurus pada permukaan
dan menguji kerataan permukaan.

Sesiku L
Alat ini digunakan untuk membuat garisan lurus bersudut tepat, menguji
kerataan, ketepatan. dan kepersegian.

Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk menyukat dan menanda jarak dengan pisau
atau pensel. Selain itu, alat ini berfungsi dalam menguji jarak di antara tanda-tanda dan
menyelaraskan jarak tolok.

Apit G
Apit G digunakan untuk mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan
kayu dan memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.
Alat ini juga digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi
permukaan benda kerja yang diapit.

Ragum Kakak Tua


Alat tangan ini digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai dan
sebagainya.
Saiznya adalah antara 125 mm hingga 300 mm.
Gergaji Puting
Gergaji puting digunakan untuk mengerat secara lurus semasa membuat tanggam
seperti membuat puting dan lain-lain.

Gergaji Besi
Gergaji besi digunakan semasa memotong benda yang keras seperti batang besi.

Gergaji Lengkung Halus


Alat ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis.
Pahat Tepi Serong
Pahat jenis ini digunakan untuk membuat parit dan lurah tanggam
serta meratakan dasarnya.

Kikir Parut
Kikir parut digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu. Saiznya
ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotongnya.

Tukul Kuku Kambing


Alat ini digunakan untuk mengetuk paku dan mencabut paku.

Tukul Warrington
Tukul jenis ini digunakan untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar.
Penebuk Pusat
Alat ini digunakan untuk membuat lubang pandu di atas permukaan logam sebelum
kerja menggerudi.

Pembenam Paku

Pembenam paku digunakan untuk membenam kepala paku panel


di bawah permukaan kayu.

Mata Gerudi Pintal


Mata gerudi pintal digunakan untuk membuat lubang.

Gerimit
Gerimit digunakan untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru pada
kayu (kayu nipis dan lembut).
Tolok Serong
PERALATAN PERALATAN TMK

BIL PERALATAN KUANTITI

1 KOMPUTER 9 BUAH

2 LCD 6 BUAH

3 ALAT PENGGERA 3 BUAH

ALAT PENCETAK (PRINTER) 4 BUAH


4

NETBOOK 41 BUAH
5

MODEM YES 3 BUAH


6

PEMBESAR SUARA 9 BUAH


7

MESIN LAMINATOR SEBUAH


8
9 MESIN FOTOSTAT 2 BUAH

You might also like