You are on page 1of 3

PERATURAN PERMAINAN LIGA BOLA SEPAK

HALUAN MALAYSIA (WILAYAH SELATAN)


ANJURAN BERSAMA
HALUAN JOHOR DAN KBHSR
(KELAB BELIA HALUAN SIMPANG RENGGAM)

1. KELAYAKAN

1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pemuda di sekitar negeri


Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

1.1.1. Umur bagi penyertaan pemain adalah 18 tahun keatas.

2. YURAN PENYERTAAN

2.1 Yuran akan di kenakan kepada setiap pasukan. Jumlah yuran akan
di tentukan oleh Jawatankuasa Kejohanan.

2.2 Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang


penyertaan dan diserahkan pada atau sebelum tarikh tutup
penyertaan. Tarikh tutup akan ditentukan oleh Jawatankuasa
Kejohanan.

2.3 Borang penyertaan yang tidak disertakan dengan bayaran penyertaan


akan ditolak.

3. PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN

3.1. Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 12 orang


pemain dan seorang pengurus pasukan;

3.2. Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan di benarkan menurunkan


seramai 9 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan;

3.3. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan sekurang-kurangnya


seorang penjaga garisan.

4. PENGADIL

4.1. Pihak penganjur akan menyediakan seorang pengadil bagi setiap


perlawanan;

4..2. Setiap keputusan pengadil adalah muktamad.

5. PERATURAN PERTANDINGAN

5.1. Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan Bolasepak


Antarabangsa dan Persatuan Bolasepak Malaysia serta pihak
penganjur kejohanan.
5.2. Pertandingan akan dijalankan secara liga
Setelah diambilkira jumlah mata, jaringan, bolos (kena) maka
pemenang akan ditentukan melalui sepakan penalti yang akan
dilakukan oleh 3 orang pemain setiap pasukan, sehingga
pemenang di perolehi. Cara dan peraturan akan ditentukan
oleh pengadil yang dilantik oleh pengajur.

5.3. Pertukaran pemain boleh dibuat bila-bila masa. Pertukaran pemain


sebanyak 3 kali boleh dibuat pada setiap perlawanan yang dijalankan
untuk satu pasukan. Pertukaran pemain perlulah mengisi borang
terlebih dahulu yang disediakan oleh pihak pengajur. (Borang
Pertukaran Pemain).

5.4. Setiap pasukan dilarang mengambil pemain selain daripada pemain


yang telah didaftarkan dalam borang pertandingan. Jika didapati
ada pasukan yang mengambil pemain selain yang didaftarkan
penyertaan pasukan akan terbatal.

5.5. Pemain yang bermain tidak mengikut tertib permainan (mengikut


undang-undang FIFA) akan dikenakan kad kuning atau kad merah
bergantung kepada pengadil. Pemain yang mendapat kad merah
dilarang bermain untuk perlawanan seterusnya. Pemain yang
menerima 2 kad kuning dalam satu perlawanan akan dikenakan kad
merah. Bagaimanapun pemain yang mengumpul kad kuning dalam
perlawanan berasingan masih boleh meneruskan permainan.

5.6. Setiap pasukan perlulah menepati masa yang telah ditetapkan oleh
pihak penganjur. Jika lewat 5 minit selepas tiupan wisel
pangadil dari masa yang telah ditetapkan, pasukan lawan akan
mendapat kemenangan percuma jaringan 2 0

5.7. Semua pasukan tidak dibenarkan SENGAJA memberi kemenangan


percuma. Sekiranya berlaku pasukan tersebut secara otomatik
terkeluar daripada pertandingan dan perlawanan-perlawanan yang
telah ditandinginya di anggap BATAL.

5.8. Jika didapati pasukan atau pemain yang melakukan kekacauan


dalam pertandingan yang berlangsung akan di senarai hitam dari
kejohanan ini.

6. TEMPOH PERLAWANAN

6.1. Perlawanan akan berlangsung selama 15 minit dengan 7 minit untuk


setiap separuh masa (7 x 1 x 7) dan 1 minit untuk pertukaran
tempat.

7. BANTAHAN

7.1. Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat-


lewatnya 5 minit selepas perlawanan tersebut tamat;

7..2. Setiap bantahan mestilah disertakan dengan borang bantahan


rasmi yang disediakan oleh urusetia;
7.3. Setiap bantahan hendaklah di sertakan dengan wang tunai sebanyak
RM50.00 (tidak dikembalikan).
7.4. Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

8. PAKAIAN PEMAIN

8.1. Setiap pasukan diwajibkan menutup aurat.

8.2. Setiap pasukan perlu menyediakan 2 set jersi berlainan warna.

8.3. Jika didapati sama warna jersi dalam perlawanan berkenaan,


pasukan pertama yang dipanggil (mengikut jadual perlawanan)
dikehendaki menukar jersi dengan segera.

9. KECEDERAAN

9.1. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat


sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa
pertandingan berlangung.

9.2. Walaubagaimanapun pihak penganjur menyediakan perkhidmatan


Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) bagi membantu pemain
yang mengalami kecederaan untuk di hantar ke hospital yang
berdekatan.

10. PERINGATAN

10.1. Jawatankuasa pengelola kejohanan adalah berhak dan berkuasa


menambah, meminda, menolak dan menerima atas sebarang
perkara yang dinyatakan di dalam peraturan di atas.

10.3. Setiap pasukan dan pemain DILARANG merusuh atau melakukan


perkara yang bertentangan dengan undang-undang semasa
berlangsungnya kejohanan ini.

10.4 Pengurus pasukan hendaklah memastikan setiap pemain menjaga


kebersihan dan harta benda. Jika ada pasukan yang melanggar
peraturan ini kemungkinan tindakan disenarai hitamkan daripada
menyertai pertandingan musim akan datang.

Biro Sukan dan Rekreasi HALUAN Johor

You might also like