You are on page 1of 5

Soalan 1 MESTI dijawab.

Kemudian jawab empat soalan daripada mana-mana soalan berikutnya.

1. (a) i. Nyatakan pengertian uluhiyyah [ 2 markah ]


ii. Terangkan konsep uluhiyyah [ 4 markah ]
(b) i. Nyatakan 2 adab dengan rasul. [ 2 markah ]

ii. Terangkan 2 perbezaan di antara nabi dan rasul. [ 4 markah ]


( c) Ada fahaman menganggap urusan keagamaan hendaklah

dipisahkan daripada urusan keduniaan.


Bincangkan alasan tersebut bertentangan dengan Islam. [ 4 markah ]
(d) Jelaskan dua ciri keunggulan Islam. [ 4 markah ]

2. (a) i. Apakah maksud rabbaniyyah [ 2 markah ]

ii. Jelaskan dua prinsip rabbaniyyah [ 4 markah ]


(b) i. Nyatakan 4 hak asasi manusia yang dijamin oleh Islam [ 4 markah ]

ii. Huraikan 2 bukti persamaan taraf manusia menurut


pandangan Islam. [ 4 markah ]
(c) Nyatakan dua kelebihan sifat murunah. [ 2 markah ]

(d)
Allah SWT tidak membebankan seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya (kemampuannya). [ 4 markah ]
(Maksud Surah al-Baqarah:ayat 286)

Berdasarkan maksud ayat di atas,terangkan hujah untuk


menolak dakwaan bahawa ajaran Islam membebankan.

3. (a) i. Senaraikan 4 ciri Negara Islam. [ 4markah ]


ii. Jelaskan dua syarat khalifah dalam Islam. [ 4 markah ]

(b) i. Aktiviti kebudayaan yang bertentangan dengan prinsip Islam


banyak berlaku di kalangan remaja Islam masa kini.
Cadangkan langkah untuk mengelakkan aktiviti tersebut
daripada terus berlaku. [ 4 markah ]

ii. Jelaskan tanggungjawab manusia terhadap Allah [ 4markah ]

(c) Terangkan implikasi pengabaian tanggungjawab social. [4


markah ]

4. (a) i. Jelaskan dua cara menguruskan harta menurut Islam. [ 4 markah ]


ii. Terangkan dua bentuk pencerobohan harta. [ 4 markah ]
.
(b) Terangkan dua syarat pekerjaan menjadi ibadat. [ 4markah ]

(c ) i. Terangkan dua perbezaan di antara system muamalah Islam


dan sistem konvensional. [ 4 markah ]

ii. Monopoli dalam perniagaan melemahkan ekonomi [ 4 markah]


sesebuah Negara.
Sarankan cara untuk menangani masalah tersebut.

5. (a) i. Nyatakan empat contoh fatwa yang telah diwartakan oleh [ 4 markah]
Majlis Fatwa Kebangsaan.

ii. Jelaskan dua perbezaan di antara fatwa dengan ijtihad. [ 4 markah]

(b) i. Nyatakan empat contoh perkara sunat. [ 4 markah]

ii. Jelaskan dua hikmah penetapan hukum sunat. [ 4 markah]

(c) Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam menjamin [ 4 markah]


keselamatan masyarakat.
Kemukakan hujah membuktikan kebenaran pernyataan diatas.

6. (a) i. Nyatakan dua sumber penyelesaian masalah dalam Islam. [ 2 markah]

ii. Jelaskan dualangkah penyelesaian masalah dalam Islam. [ 4 markah]

(b) Terangkan dua keburukan pendedahan aurat menurut Islam. [ 4 markah]

(c) Jaminan keselamatan bermaksud kesediaan melindungi


keselamatan terhadap agama, nyawa, akal, harta, maruah dan
negara.
Huraikan dua langkah penyelesaian masalah dalam jaminan
keselamatan dari segi akidah. [ 4 markah]

(d) Pergaulan bebas adalah budaya yang bertentangan dengan Islam. [ 4 markah]
Bincangkan cara anda mengawal diri daripada pengaruh budaya
tersebut.

7. (a) Nyatakan dua ciri kesempurnaan ibadat dalam Islam. [ 2 markah ]

(b) i. Jelaskan dua tanggungjawab isteri dalam perkahwinan. [ 4 markah ]


ii. Terangkan dua kesan pengabaian tanggungjawab dalam [4 markah]
perkahwinan.
(c) i. Nyatakan hukuman bagi kesalahan minum arak menurut
perundangan Islam. [2 markah]

ii. Huraikan dua cara membantu memantapkan ekonomi


negara. [4 markah]

(d) Islam tidak menafikan hak wanita untuk bekerja. [6 markah]


Huraikan dua tuntutan Islam terhadap wanita yang bekerja
bagi mengekalkan keharmonian keluarga.

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like