You are on page 1of 10

ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil.

1 (Mei 2014): 1-10 1

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS SAYA SUKA BELAJAR UNTUK PEMBELAJARAN


BAHASA MELAYU BAGI KANAK-KANAK AUTISME
(Courseware Development Course I Like Learning for Malay Language Learning
Among Austisme Children )

SALMAN FIRDAUS SIDEK Abstrak: Kajian ini tertumpu kepada pembangunan perisian kursus Saya
Universiti Pendidikan Sultan Idris Suka Belajar yang mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik perhatian
salmanfirdaus@fskik.upsi.edu.my kanak-kanak autisme untuk belajar Bahasa Melayu. Responden kajian
terdiri dari lima orang kanak-kanak autisme pada aras ringan yang sedang
belajar di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Satu borang
NUR SAADAH FATHIL
pemantauan khusus yang pernah digunakan oleh Megan Davis, Kerstin
Universiti Pendidikan Sultan Idris Dautenhahn, Chrystopher L. Nehaniv dan Stuart D. Powell di dalam kajian
nursaadah@fskik.upsi.edu.my mereka yang bertajuk The Narrative Construction of Our (Social) World:
Steps towards an Interactive Learning Environment for Children with
NUR ZUHAIDAH MOHAMED ZAIN Autism telah digunakan sebagai instrumen bagi kajian ini dengan sedikit
Universiti Pendidikan Sultan Idris pengubahsuaian dilakukan agar ianya sesuai dengan keperluan kajian.
norzu@fskik.upsi.edu.my Dapatan kajian pula dianalisis secara kualitatif berdasarkan beberapa
persoalan kajian yang turut dicadangkan dalam kajian mereka dan telah
KAMALIAH MUHAMMAD diubahsuai mengikut keperluan kajian ini. Hasil kajian mendapati perisian
Universiti Pendidikan Sultan Idris kursus yang telah dibangunkan berdasarkan metodologi pembangunan
kamaliah@fppm.upsi.edu.my ADDIE ini mampu menarik perhatian kanak-kanak autisme untuk belajar
Bahasa Melayu.

Kata kunci: Perisian kursus, ADDIE, autisme, aras ringan, Bahasa


Dihantar pada:
Melayu
20 Disember 2013
Abstract: Children with autism usually have difficulty learning as it is
Diterima pada: quite hard to attract their attentions. In this research, educational
15 Februari 2014 software named I Like Learning has been developed to help children
with autism learn Malay Language. The research respondents were five
Koresponden: primary school students in Kuala Lumpur who had been diagnosed with
salmanfirdaus@fskik.upsi.edu.my mild level of autism. For the monitoring purposes, the existing monitoring
form with some modification according to the research needs, suggested
by Megan Davis, Kerstin Dautenhahn, Chrystopher L. Nehaniv and Stuart
D. Powell in their research entitled The Narrative Construction of Our
(Social) World: Steps towards an Interactive Learning Environment for
Children with Autism was used. The research findings were analysed using
a Qualitative content analysis based on several research questions with
some modification that was also suggested in their research. The result
shows that the educational software that has been developed using ADDIE
methodology is able to attract the childrens attention in learning Malay
Language subject.

Keywords: Educational software, ADDIE, autism, Malay Language, mild

Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2014


ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10 2

PENGENALAN Kurang Upaya JKMM (2010). Dasar ini bakal


menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses
Menurut Partnership for Accessible Reading OKU kepada Teknologi Maklumat dan
Assessment atau PARA (2011), kanak-kanak Komunikasi (ICT) di samping meningkatkan akses
autisme adalah kanak-kanak yang telah menjalani OKU kepada pendidikan di semua peringkat. Ini
pemeriksaan secara diagnostik dan mempunyai selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ketiga-tiga kriteria iaitu kelemahan ketara dalam (FBK) di mana hak setiap warganegara untuk
interaksi sosial; kelemahan dalam berkomunikasi; mendapatkan pendidikan turut merangkumi
dan corak pergerakan, aktiviti dan kegemaran yang warganegara Malaysia yang bertubuh badan dan
stereotaip serta berulang-ulang. Persatuan akal yang sihat serta OKU.
Kebangsaan Austime Malaysia atau NASOM pula Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan
telah menyatakan bahawa autisme ialah satu Malaysia (KPM) telah menyediakan kemudahan
kekurangan seumur hidup dan ciri-ciri yang ada pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas
pada kanak-kanak autisme boleh dilihat dengan seperti murid-murid autisme dan juga murid-murid
jelas dalam tempoh 30 bulan pertama selepas berpendidikan khas seperti murid-murid yang
kelahiran seseorang bayi. Antara ciri yang boleh mengalami masalah penglihatan, pendengaran dan
dilihat ialah keupayaan komunikasi mereka yang bermasalah dalam pembelajaran melalui
terhad serta ketidakupayaan untuk berhubung kurikulum yang bersesuaian dengan keperluan
secara langsung. Dari sudut yang lebih luas, Jamila mereka di Sekolah Pendidikan Khas dan Program
(2005) pula telah menghuraikan ciri-ciri kanak- Pendidikan Khas Integrasi. Kemudahan
kanak autisme mengikut enam bidang iaitu pendidikan yang disediakan turut merangkumi
komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola kemudahan ICT yang disediakan untuk me-
bermain, tingkah laku dan emosi. mudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
Dalam persekitaran sekolah, kanak-kanak (P&P) seperti yang termaktub dalam Dasar
autisme dikategorikan sebagai murid-murid Aksesibiliti dan Pendidikan (2010).
berkeperluan khas dan bermasalah dalam Dasar yang telah digariskan oleh pihak
pembelajaran di mana kategori ini turut kerajaan ini adalah selari dengan kenyataan yang
merangkumi murid-murid yang mempunyai down dibuat oleh Reed berkenaan dengan teknologi
syndrome, palsi serebral, hiperaktif, tumpuan assistive. Menurut Reed (2004), teknologi assistive
perhatian singkat (ADD/ADHD), kerencatan akal, dikatakan berperanan dalam membantu murid-
masalah emosi dan tingkah laku, masalah murid kurang upaya khususnya di dalam proses
komunikasi, kerencatan anggota, pintar cerdas atau P&P di mana ia mampu mengurangkan perbezaan
berbakat, epilepsy, disleksia dan murid-murid yang jurang pendidikan dan ia dilihat lebih berfokus dan
mempunyai keupayaan mental yang rendah (portal berkesan. Teknologi assistive juga telah
rasmi Pendidikan Khas, 2009). Kanak-kanak didefinisikan sebagai peralatan yang digunakan
autisme juga boleh dikategorikan sebagai Orang untuk meningkatkan, mengekalkan atau membaik
Kurang Upaya (OKU) kerana berdasarkan kepada pulih fungsi kemampuan murid-murid pendidikan
definisi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan khas (Individual with Disabilities Education Act
Masyarakat Malaysia atau JKMM melalui Akta atau IDEA, 1997). Definisi ini turut merangkumi
Orang Kurang Upaya (2008), OKU merupakan peralatan ICT yang dilihat sangat praktikal dalam
individu yang mempunyai ketidakupayaan jangka membantu proses P&P.
masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual Penggunaan peralatan ICT seperti komputer
atau pancaindera di mana apabila individu ini dalam P&P telah lama dibuktikan berkesan dan
berinteraksi dengan pelbagai halangan, dilihat mampu untuk membantu perkembangan
berkemungkinan individu tersebut tidak dapat bidang pendidikan. Antaranya adalah dengan
melibatkan diri sepenuhnya secara efektif di dalam memanfaatkan penggunaan aplikasi perisian
masyarakat. multimedia melalui komputer di dalam proses
Di Malaysia, pihak kerajaan telah membuka P&P. Banyak kajian menunjukkan bahawa
peluang pendidikan kepada golongan OKU perisian kursus multimedia interaktif telah berjaya
melalui strategi dasar OKU, iaitu Dasar meningkatkan pencapaian pelajar dan
Aksesibiliti dan Pendidikan melalui Dasar Orang meningkatkan motivasi mereka terhadap mata
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10 3

pelajaran yang dikaji (Nor Azan, Halimah & cenderungan tinggi untuk terlupa akan isi
Shahrul Azman 2009). Namun begitu, satu kaedah pembelajaran yang telah dipelajari (Jamila 2005).
instruksional yang sesuai perlu dikenal pasti dalam Menurut kajian oleh pakar-pakar dalam
membangunkan aplikasi multimedia yang sesuai bidang kognitif dan psikologi, setiap individu
dengan golongan sasaran. Ini adalah kerana kanak- mempunyai keupayaan yang berbeza dalam cara
kanak autisme menghadapi cabaran unik dalam dan kecenderungan mereka menerima dan
proses pembelajaran khususnya ketika belajar memproses maklumat. Dalam persekitaran
membaca kerana mereka mempunyai kekurangan pembelajaran, cara ini dikenali sebagai gaya
dalam komunikasi yang melibatkan bahasa pembelajaran, iaitu cara seseorang individu mula
percakapan. menumpukan perhatian, memproses dan
Kekurangan ini mampu mempengaruhi mengekalkan maklumat yang baru dan maklumat
keupayaan kefahaman mereka dalam proses yang sukar (Dunn, Honigsfeld, Doolan, Bostrom,
pembacaan. Walau bagaimanapun menurut PARA, Russo, Schiering & Suh 2009).
dengan adanya kemudahan dan intervensi dalam Secara umumnya, gaya pembelajaran boleh
membaca arahan dan penilaian yang bersesuaian, dibahagikan kepada empat model berdasarkan
kanak-kanak autisme boleh menjadi pembaca yang kepada dimensi, strategi dan tingkah laku individu
lancar. Lantaran itu, memahami personaliti kanak- yang berbeza semasa melalui proses P&P (Nor
kanak dalam kategori ini adalah salah satu langkah Azan et al. 2009). Model yang berasaskan
penting dalam membangunkan arahan yang kemahiran kognitif adalah gaya pembelajaran yang
berkesan dan penilaian yang bersesuaian paling tepat untuk menggambarkan keadaan
berdasarkan umur dan latar belakang mereka. kekurangan kognitif kanak-kanak autisme. Oleh
Perisian kursus multimedia interaktif kerana pembelajaran di dalam bilik darjah
merupakan inisiatif yang diambil dalam memerlukan strategi yang bersesuaian dengan
mengadaptasi penggunaan teknologi komputer gaya pembelajaran murid-murid, maka pendekatan
dalam aktiviti P&P melalui pendekatan bermain ini juga perlu diterapkan dalam pembangunan
sambil belajar. Pendekatan bermain sambil belajar sesebuah perisian kursus multimedia yang mana
merupakan sebahagian dari matlamat yang telah strategi pembelajaran yang sesuai adalah
digariskan oleh KPM melalui sukatan pelajaran merupakan salah satu elemen penting untuk
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada menentukan keberkesanan integrasi perisian
tahun 2003 kerana pendekatan sebegini dikatakan kursus ke dalam P&P.
mampu untuk merangsang keupayaan kognitif, Dalam kajian ini, gaya pembelajaran kanak-
membantu kanak-kanak supaya lebih aktif dan kanak autisme memerlukan pembangun perisian
menjana kemahiran yang kritis dan kreatif. kursus peka terhadap keperluan untuk mengatasi
Menurut Borysowich (2005), pendekatan masalah komunikasi dan berbahasa dalam
aplikasi perisian kursus yang paling berkesan kalangan mereka. Memandangkan pengalaman
adalah pembelajaran melalui kaedah pemberian hidup kanak-kanak autisme adalah terbatas, bahan-
arahan dengan menggunakan peralatan misalnya bahan bacaan atau produk multimedia interaktif
dengan menggunakan perisian komputer. Walau perlulah berkaitan dengan pengalaman kanak-
bagaimanapun, kandungan perisian kursus yang kanak itu agar ia dapat menambahkan kefahaman
bakal dihasilkan perlulah memenuhi keperluan dan mereka (Brown, 2004).
kehendak kanak-kanak autisme kerana mereka
mempunyai kaedah pembelajaran yang tersendiri TUJUAN DAN SOALAN KAJIAN
jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal
kerana kadar pemprosesan maklumat kanak-kanak Oleh itu, kajian ini turut menghuraikan ciri dan
autisme berlaku agak lambat. Ini sekali gus akan fungsi perisian kursus dalam membantu kanak-
mengakibatkan tidak semua objektif P&P boleh kanak autisme belajar dengan lebih berkesan.
dicapai menerusi satu atau dua sesi pembelajaran Sehubungan itu, persoalan kajian yang telah
sahaja. Tambahan lagi, guru perlu mengulang dibentuk berdasarkan persoalan kajian asal yang
rancangan pengajaran yang sama berulang kali dicadangkan oleh Davis, Dautenhahn, Chrystopher
memandangkan kanak-kanak autisme berke- dan Stuart (2007) adalah seperti berikut :
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10 4

1. Adakah perisian kursus ini berjaya Touch Story telah diubahsuai supaya selari dengan
menyediakan keselesaan, menarik perhatian keperluan dan persoalan kajian perisian kursus
dan memberi pengalaman kepada kanak- Saya Suka Belajar. Analisis kajian dilakukan
kanak autisme? berdasarkan hasil dapatan dari borang pemantauan
2. Adakah perisian kursus ini sentiasa berada yang dikumpul selepas sesi P&P selesai.
dalam perhatian kanak-kanak autisme Maklumat serta data dianalisis dengan
sehingga mereka berasa seronok berinteraksi menggunakan pendekatan deskriptif, iaitu dengan
dengan perisian kursus melalui tugas yang melihat kepada kadar kebolehgunaan perisian
telah diberikan dan tidak menghadapi kursus ini.
sebarang masalah apa-bila menggunakan Metodologi pembangunan perisian kursus ini
komputer atau laptop? adalah berdasarkan kepada model Analysis
3. Adakah kanak-kanak autisme berkeupayaan (Analisis), Design (Reka bentuk), Development
menggunakan perisian kursus ini dengan (Pembangunan), Implementation (Perlaksanaan)
memberi tindak balas yang positif terhadap dan Evaluation (Penilaian) atau ADDIE. Menurut
arahan-arahan yang diberikan? Smith dan Edwards (2006), model ADDIE
merupakan pendekatan secara instruksional yang
METODOLOGI sah digunakan sebagai latihan pengukuhan atau
perkembangan. Pendekatan secara instruksional
Sampel yang dipilih adalah terdiri dari lima orang dibina berdasarkan nilai, spesifikasi pengetahuan,
kanak-kanak autisme aras ringan yang bersekolah kemahiran intelek dan metodologi pembinaan
di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. yang memfokuskan pada kebolehan
Instrumen kajian adalah dalam bentuk borang menyelesaikan masalah melalui latihan yang
pemantauan yang telah dicadangkan oleh Davis et disediakan dan keadaan sekeliling individu
al. (2007). Borang ini telah diubahsuai berdasarkan tersebut. Rajah 1 menunjukkan model ADDIE
keperluan kajian. Borang ini dilengkapkan sendiri yang telah dimodifikasi mengikut keperluan
oleh penyelidik sambil dibantu oleh guru kelas penyelidikan ini.
yang berpengalaman berdasarkan kepada tindak
balas murid-murid autisme di dalam bilik darjah
semasa perisian kursus Saya Suka Belajar sedang ANALYSIS
digunakan.
Antara elemen yang dilihat melalui borang
DESIGN
pemantauan ini adalah tindak balas murid-murid
terhadap arahan-arahan yang diberikan sama ada
dalam bentuk ikon mahupun suara. Elemen- DEVELOPMENT
elemen tambahan seperti gerakan animasi dan
keselesaan terhadap situasi yang digambarkan di IMPLEMENTATION
dalam perisian kursus juga turut akan dipantau.
Bantuan dari guru pendidikan khas adalah
diperlukan untuk membantu penyelidik EVALUATION

melengkapkan borang ini memandangkan murid-


Rajah 1. Model ISD yang mengabungkan proses ADDIE
murid autisme memerlukan masa untuk Rajah 1:Source
Model Instructional Software Design
menyesuaikan diri dengan penggunaan perisian (ISD) yang
: Grafinger, Deborah J. 1988. Basics Of Instructional
menggabungkan proses ADDIE
System Development. INFO-LINE Issues 8803. Alexandria,
kursus yang baru.
Selain dari itu, Davis et.al (2007) juga turut Strickland (2006) menyatakan bahawa dalam
mencadangkan agar beberapa persoalan
fasa Analisis, permasalahan yang berkaitan dengan
dikemukakan untuk mendapatkan maklumat instruksional perlu dinyatakan dan dijelaskan
tentang kebolehgunaan sesuatu perisian kursus berserta dengan matlamat dan objektif. Ini adalah
yang telah dibina di samping mendapatkan bertujuan untuk mendapatkan gambaran secara
maklumat secara kualitatif berkenaan perisian menyeluruh tentang aktiviti-aktiviti yang akan
kursus tersebut. Soalan yang dikemukakan melalui
dijalankan semasa proses pembinaan kelak. Dalam
kajian Davis et al. (2007) terhadap perisian kursus
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10 5

kajian ini, suasana pembelajaran, ciri-ciri dan dan membunyikan suku kata; dan menulis suku
karektor kanak-kanak autisme telah dikenal pasti kata yang mudah. Terdapat 40 perkataan dengan
untuk memastikan apakah pendekatan yang paling pilihan suku kata terbuka dan tertutup telah
sesuai untuk diaplikasi dalam perisian kursus yang digunakan di dalam perisian kursus ini. Perkataan-
dibina supaya proses P&P dengan menggunakan perkataan tersebut digambarkan melalui objek-
perisian tersebut boleh mencapai objektif seperti objek dalam dua persekitaran yang dijangka
yang telah ditentukan. Semasa fasa analisis awal, mampu menarik minat murid iaitu persekitaran
pemerhatian yang telah dijalankan di lokasi kajian sambutan hari lahir dan perkelahan di pantai.
telah membantu penyelidik mengumpul seberapa Perkataan-perkataan ini dikategorikan sebagai kata
banyak maklumat yang berkaitan keperluan awal tunggal satu suku kata, kata tunggal dua suku kata
dan ia telah diringkaskan seperti dalam Jadual 1. dan kata tunggal tiga suku kata.
Di samping itu, keperluan pengguna,
Jadual 1: Persoalan dan cadangan jawapan dalam keperluan perkakasan dan perisian serta keperluan
fasa analisis kandungan perisian kursus juga perlu diberi
perhatian. Aspek keperluan pengguna merupakan
Persoalan Cadangan jawapan / elemen yang perlu diberi perhatian khusus kerana
pertimbangan kanak-kanak autisme merupakan kanak-kanak
Siapakah pengguna Murid autisme pada aras ringan di
perisian? sebuah sekolah rendah di Kuala
berkeperluan khas yang memerlukan perisian
Lumpur (<10 orang) kursus yang dapat memenuhi keperluan dan
Apakah yang hendak Mata pelajaran : Bahasa Malaysia mampu memberi rangsangan untuk menarik
dipelajari? Topik : Suku kata perhatian mereka supaya menggunakan perisian
Objektif 4.1 Membolehkan murid yang akan dibina kelak. Bagi memenuhi keperluan
membina dan membaca suku kata
Objektif 4.2 Membina dan pengguna, perisian kursus ini akan turut dibina
membaca perkataan dan rangkai berdasarkan hasil dapatan daripada kajian literatur
kata terdahulu yang merangkumi aspek seperti
Membina peta Menjalankan sesi brainstorm dan penggunaan teks, grafik, animasi, navigasi, mesra
konsep berdasarkan menyatakan kejelasan
pemantauan yang perancangan kerja
pengguna dan fokus. Jadual 2 meringkaskan hasil
dibuat. dapatan tersebut.
Apakah kaedah Melalui gambar-gambar yang
penyampaian mempunyai suku kata dan Jadual 2: Jenis-jenis elemen multimedia dengan
terbaik? perkataan penuh. keperluan khas murid autisme
Apakah kekangan Kepelbagaian kategori kanak-
yang wujud? kanak autisme dan bilangan
sampel. Elemen Ciri-ciri
Berapa lama masa Setahun termasuk pengurusan, Teks Teks yang digunakan ringkas, mudah
yang diperuntukkan menentukan proses kerja, carta difahami dan berbentuk arahan yang
untuk menyiapkan alir, papan cerita, reka bentuk dan berkaitan dengan aktiviti yang akan
perisian kursus? sebagainya.
dijalankan.
Bagaimanakah Susun atur meja dan persekitaran
keadaan bilik darjah yang kondusif Penggunaan teks yang sangat
Apakah elemen Verbal, visual, audio atau secara minimal.
pedagogi yang fizikal. Grafik Grafik yang digunakan menarik dan
dipertimbangkan? (imej) mampu memberi rangsangan yang
positif kepada pengguna untuk
Objektif penggunaan perisian kursus Saya menggunakan aplikasi ini.
Suka Belajar di dalam P&P adalah untuk Menggunakan grafik berbentuk
membolehkan murid-murid autisme membina dan karikatur seperti di dalam komik.
membaca suku kata melalui aktiviti-aktiviti Penggunaan warna yang menarik
menyembunyikan suku kata terbuka/tertutup; untuk grafik.
membina perkataan daripada huruf/suku kata; Animasi Animasi pada imej-imej tertentu
untuk menarik fokus murid di
memilih, memadan dan menyalin suku kata
samping menjadikan perisian ini
menjadi perkataan yang bermakna; membaca bersifat dinamik dan interaktif.
perkataan yang dibina daripada suku kata; mengeja
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10 6

Navigasi Navigasi yang digunakan adalah Seterusnya dalam fasa Pembangunan,


dalam bentuk butang. material atau bahan untuk perisian kursus
Konsisten pada setiap halaman. dihasilkan berdasarkan keputusan yang telah
Navigasi yang ringkas dan mudah. dibuat semasa fasa Reka bentuk. Antara perisian
Mesra Antara muka yang mesra pengguna, yang diperlukan dalam pembangunan perisian
pengguna menarik dan ceria. Memberikan kursus ini ialah Macromedia Authorware 7,
rangsangan yang sangat tinggi untuk Adobe Photoshop CS2 dan Adobe Flash CS3.
pelajar autisme menggunakannya.
Rajah 2 menunjukkan antara muka pengguna
Fokus Isi kandungan pelajaran yang
berkaitan dengan kehidupan yang telah dihasilkan berdasarkan reka bentuk
seharian. papan cerita bagi Scene 1.

Semasa fasa Reka bentuk, strategi


instruksional telah dianalisis, dirancang dan
dirangka. Pemilihan media yang sesuai turut
dilakukan untuk memastikan medium peng-
hantaran yang sesuai dan efektif bakal digunakan.
Secara keseluruhannya terdapat 44 scene di dalam
perisian kursus ini. Scene 1 akan memaparkan
menu utama yang mengandungi pautan ke
halaman Majlis Sambutan Hari Lahir dan halaman
Berkelah di Pantai. Setiap halaman mengandungi
20 objek berlabel yang mewakili 20 patah
perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup.
Objek-objek ini boleh diklik untuk memaparkan
ejaan dan sebutan suku kata bagi objek-objek
tersebut. Di akhir sesi P&P, murid-murid autisme
boleh memilih menu Aktiviti Suku Kata yang
Rajah 2: Antara muka pengguna bagi Scene 1
terdiri daripada tiga tahap penguasaan bertujuan
untuk menguji tahap pencapaian murid-murid
selepas menggunakan perisian kursus ini. Contoh Fasa Implementasi dan Penilaian pula
reka bentuk papan cerita bagi Scene 1 (Halaman melibatkan perlaksanaan perisian kursus ke atas
Utama) perisian kursus ini ditunjukkan melalui murid-murid autisme bertujuan untuk menguji
tahap kemampuan perisian kursus berfungsi dalam
Jadual 3.
persekitaran yang sebenar. Borang pemantauan
yang dicadangkan oleh Davis et al. (2007) dan
Jadual 3: Reka bentuk bagai papan cerita
bagi Scene 1 telah diubahsuai berdasarkan keperluan perisian
kursus ini digunakan untuk merekodkan tindak
balas murid-murid autisme di dalam bilik darjah
Scene 1: Halaman Utama
sewaktu berinteraksi dengan perisian kursus Saya
B1 Close N1 Hai kawan-kawan. Hari ini
T1 Mengenal Suku kita akan belajar mengenali Suka Belajar. Contoh item yang digunakan untuk
Kata suku kata. Sila pilih menu merekod tindak balas murid-murid autisme
T2 Majlis Hari Lahir Majlis Hari Lahir, Berkelah di terhadap antara muka pengguna bagi Scene 1
T3 Berkelah Di Pantai atau Aktiviti Suku kata ditunjukkan dalam Jadual 3.
Pantai B1 Klik untuk tutup tetingkap
T4 Aktiviti Sukukata T2 Navigasi ke Scene 2
T3 Navigasi ke Scene 21
T4 Navigasi ke Scene 40
Latar belakang + karektor
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10 7

Jadual 4: Item-item yang digunakan untuk beberapa orang responden berasa sangat teruja dan
merekod tindak balas pengguna terhadap Scene 1 seronok untuk memberi respon apabila perisian
kursus dijana pada skrin di hadapan bilik darjah.
Animasi dan karektor yang terdapat pada halaman
menu utama telah memberikan rangsangan yang
BORANG PEMANTAUAN UNTUK KOSWER
SAYA SUKA BELAJAR
positif kepada responden untuk terus
Profil Pemantauan Masa : menggunakan perisian kursus ini, terutamanya
Tarikh : pada modul aktiviti. Walaupun terdapat sedikit
Lokasi : kekeliruan ketika memilih menu, ianya tidak
Profil Murid Profil Guru menjadi masalah dengan adanya bantuan dari
Nama : Nama Guru : guru.
Umur : Pengalaman Mengajar :
Jantina : 2. Adakah perisian kursus ini sentiasa berada
Halaman Utama dalam perhatian kanak-kanak autisme
Bil Log Justifikasi dan komen sehingga mereka berasa seronok berinteraksi
1 Paparan
dengan perisian kursus melalui tugas yang
2 Membuat pilihan
menu
telah diberikan dan tidak menghadapi
3 Urutan memilih sebarang masalah apabila menggunakan
menu komputer atau laptop?
4 Kefahaman
terhadap menu Ya. Kebanyakan responden berupaya berinteraksi
5 Kebolehgunaan dengan perisian kursus kerana mereka hanya perlu
menu mengklik objek yang mengeluarkan label semasa
tetikus dilarikan pada mana-mana bahagian di atas
DAPATAN KAJIAN imej situasi Majlis Hari Lahir dan Berkelah Di
Pantai. Terdapat juga responden yang cuba untuk
Dapatan kajian dalam bentuk kualitatif telah mengklik objek yang tidak berlabel. Responden
digunakan memandangkan jumlah sampel yang yang kurang berkemahiran untuk menggunakan
kecil iaitu kurang daripada 10 orang. Dengan komputer dan tetikus telah dibantu oleh guru di
bantuan guru pendidikan khas, lima orang mana guru akan mengklik menu pilihan selepas
responden telah dipilih untuk menguji ditunjukkan oleh mereka. Sedikit kekeliruan
kebolehgunaan perisian kursus yang telah berlaku ketika menggunakan butang navigasi pada
dibangunkan dan kesemua responden mempunyai peringkat awal penggunaan perisian kursus kerana
kombinasi kelainan upaya seperti hiperaktif dan ianya baru pertama kali digunakan. Namun begitu,
ingatan memori pendek. Borang pemantauan telah kanak-kanak tetap teruja menggunakan modul
digunakan untuk merekodkan semua jenis tindak latihan dan berusaha-sedaya upaya untuk
balas murid-murid autisme sewaktu berinteraksi menguasai kemahiran drag & drop dengan
dengan perisian kursus. Dapatan daripada borang bantuan guru dengan cara guru akan menunjukkan
pemantauan ini seterusnya dianalisis untuk contoh terlebih dahulu.
menjawab persoalan kajian yang telah dibentuk.
Rumusan yang diperoleh daripada dapatan adalah 3. Adakah kanak-kanak autisme berkeupayaan
seperti berikut : menggunakan perisian kursus ini dengan
memberi tindak balas yang positif terhadap
1. Adakah perisian kursus ini berjaya arahan-arahan yang diberikan?
menyediakan keselesaan, menarik perhatian
dan memberi pengalaman kepada kanak-kanak Ya. Secara keseluruhan responden dilihat mampu
autisme? untuk menggunakan perisian kursus ini kerana
mereka dapat memahami penggunaan perisian
Ya. Kesemua responden menunjukkan tingkah kursus secara peringkat demi peringkat. Kaedah
laku yang positif sebelum, semasa dan selepas pembelajaran secara berulang seperti melarikan
menggunakan perisian kursus. Ini terbukti apabila kursor dan mengklik objek berlabel telah
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10 8

menjadikan mereka mahir menggunakan perisian navigasi yang mudah dan ringkas, antara muka
kursus dalam tempoh yang singkat. Walau yang mesra pengguna, menarik dan ceria serta isi
bagaimanapun, pemantauan dari guru juga kandungan pelajaran yang berkaitan dengan
memainkan peranan yang penting kerana kehidupan seharian.
berkemungkinan responden hanya mengklik objek Melalui kajian yang dijalankan, terbukti
berlabel dan melihat imej yang ditunjukkan tanpa bahawa kanak-kanak autisme sememangnya
berlakunya sebarang proses mengeja perkataan mempunyai pelbagai kecerdasan yang unik serta
atau membunyikan suku kata. berbeza di antara satu sama lain. Ini dapat dilihat
semasa fasa Pengujian perisian kursus di mana
PERBINCANGAN responden A mempunyai kebolehan yang sangat
baik ketika menggunakan perisian kursus dan
Keberkesanan sesuatu perisian kursus yang dibina hanya memerlukan pengawasan yang sangat
adalah subjektif dan bergantung kepada respon minimal kerana responden A berkebolehan
yang diberikan oleh pengguna. Namun begitu menggunakan aplikasi dan perkakasan seperti
terdapat beberapa perkara yang boleh dilihat untuk komputer riba dan tetikus. Ini berbeza dengan
memastikan perisian kursus yang dibina boleh responden B yang memerlukan pengawasan yang
mencapai objektif pembelajaran yang ingin dicapai lebih rapi kerana tidak berkeupayaan
misalnya melalui Theory of Mind. Teori ini banyak menggunakan perisian kursus dan perkakasan
dibincangkan oleh pengkaji seperti Graham dengan baik.
Williamson (2011), Helen Tager-Flusberg (2007), Berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh
Lynne Soraya (2008) dan lain-lain kerana ia sangat juga dapat dinyatakan bahawa perisian kursus
membantu dalam proses memahami jenis yang dibina telah mencapai objektif dan menjawab
pendidikan awal yang sesuai untuk diberikan persoalan kajian seperti yang telah ditetapkan.
kepada kanak-kanak autisme. Dengan adanya teori Melihat pada reaksi, tingkah laku dan komitmen
ini, perubahan dan perkembangan kanak-kanak yang ditunjukkan oleh responden pada sebelum,
autisme akan lebih mudah difahami, sistem semasa dan selepas menggunakan perisian kursus
penyampaian pengetahuan serta rangsangan yang ini, boleh disimpulkan bahawa mereka sangat
sesuai dan berkesan juga dapat diberikan untuk berminat untuk menggunakannya. Ini selari
memastikan perkembangan mental mereka berada dengan kajian yang dibuat oleh Wright et al.
pada tahap maksimum. Walau bagaimanapun, (2002) di mana beliau telah menyatakan bahawa
teori ini sangat menekankan kebolehan berbahasa kanak-kanak autisme meluangkan lebih banyak
dan berkomunikasi kerana ianya mempengaruhi masa terhadap bahan bacaan berasaskan komputer
kecerdasan minda kanak-kanak autisme. Oleh jika dibandingkan dengan bahan bacaan
sebab itu, kebanyakan pendekatan yang berasaskan buku.
dicadangkan melalui teori ini merupakan Jika dibandingkan dengan buku teks atau kad
rangsangan yang mementingkan hasil dalam bacaan, kanak-kanak ini hanya mengintegrasikan
bentuk verbal atau komunikasi. beberapa deria, tetapi dengan menggunakan
Selain itu, antara muka pengguna memainkan perisian kursus, mereka akan mengintegrasikan
peranan yang penting untuk mengintegrasikan deria penglihatan dan pendengaran melalui
kemahiran kognitif kanak-kanak autisme dengan simulasi yang diketengahkan melalui perisian
teknologi pengkomputeran. Ini dapat membantu kursus. Rangsangan yang disuntik melalui elemen
mereka menghubungkan diri secara fizikal dan multimedia seperti ungkapan audio Tahniah!
mental ketika menggunakan perisian kursus ini. Jawapan anda betul berkeupayaan untuk
Beberapa aspek yang perlu dititikberatkan dalam meningkatkan minat dan fokus mereka terhadap
membina antara muka pengguna adalah seperti pembelajaran. Memanipulasi kebolehan elemen
penggunaan teks yang sangat minimal, multimedia untuk manfaat kanak-kanak autisme
penggunaan grafik yang menarik dan mampu dengan menyediakan bahan pembelajaran yang
memberi rangsangan yang positif kepada lebih bersifat interaktif, terkini, menarik, berkadar
pengguna, animasi pada imej-imej tertentu untuk langsung dengan minat mereka dan tidak
menarik fokus murid di samping menjadikan membosankan adalah tujuan utama penggunaan
perisian kursus ini bersifat dinamik dan interaktif,
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10 9

perisian kursus dalam persekitaran pembelajaran autisme yang belajar membaca dengan
khas. menggunakan komputer mampu untuk mengingati
sekurang-kurangnya tiga perkataan lebih banyak
KESIMPULAN DAN CADANGAN berbanding belajar membaca dengan
menggunakan buku teks. Oleh itu dapat
Penghasilan perisian kursus ini adalah bertujuan dirumuskan bahawa kanak-kanak autisme sudah
untuk mengintegrasikan penggunaan ICT ke dalam bersedia untuk menggunakan ICT di dalam proses
proses pdp bagi kanak-kanak autisme. Untuk P&P dan seterusnya melangkah setapak ke
menghasilkannya, ciri-ciri dan personaliti kanak- hadapan dalam sistem pendidikan khas yang
kanak autisme perlu dikaji dan difahami dengan mengintegrasikan ICT ke dalam bilik darjah.
baik dan mendalam. Rangsangan yang mencukupi
mampu untuk mendorong kanak-kanak autisme RUJUKAN
supaya menggunakan perisian kursus ini sehingga
penamat. About e-learning (2010). ADDIE. Diperoleh Mei
Penambahbaikan untuk penyelidikan ini boleh 12, 2012 daripada http://www.about-
dilakukan dari aspek pemilihan sumber rujukan elearning.com/addie-instructional-design-
kerana rujukan sedia ada lebih berfokus kepada model.html
hasil kajian dari luar negara. Ini sedikit sebanyak Beadle-Brown, J. (2004) Elicited imitation in
turut mempengaruhi penyelidik dalam autistic children and adults: The effects of
menghasilkan perisian kursus kerana kurang different types of actions. Journal of Applied
menitikberatkan elemen-elemen seperti latar Research in Intellectual Disability, 17: 37-48.
belakang setempat, faktor geografi, sosioekonomi, Boone, R & Higgins, K (2007). The role of
literasi komputer dan kebudayaan kanak-kanak instructional design in assistive technology
autisme khususnya di Malaysia. Dari aspek research and development. International
kumpulan sasaran, penambahbaikan boleh Reading Association, 42 (1 Jan. Mar): 135-
dilakukan dengan membangunkan perisian kursus 140..
mengikut keunikan kanak-kanak autisme yang Borysowich, C. (2005). Toolbox for IT. Diperoleh
lebih spesifik seperti autisme bersama dylexsia, Mei 23, 2012 daripada
autisme bersama down syndrome dan lain-lain. http://it.toolbox.com/blogs/enterprise-
Kecenderungan yang berbeza antara satu sama lain solutions/a-comparison-of multimedia
memerlukan perisian kursus yang lebih khusus dan courseware-and-classroombased-instruction-
lebih fokus kepada kekuatan dan kelemahan 6381#
mereka secara individu supaya ia dapat Davis, M., Dautenhahn, K., Chrystopher, N.L. &
mengembangkan lagi tahap kognitif kanak-kanak Stuart, P.D. (2007). The narrative
autisme pada tahap taksonomi yang berbeza. construction of our (Social) world: Steps
Melalui penyelidikan yang dilakukan, dapat towards an interactive learning environment
disimpulkan bahawa kanak-kanak autisme boleh for children with autism. Springer-Verlag, 6:
belajar menggunakan komputer dengan baik. Ini 145-157.
sekali gus membuktikan kebenaran kajian yang Dunn, R. & K. Dunn. (1993). Teaching secondary
telah dilakukan oleh Jonathan dan Stromer (2006) students through their individual learning
ke atas seorang kanak-kanak autisme bernama styles. Boston: Allyn & Bacon.
Devon di mana telah terbukti bahawa kanak-kanak Dunn, R., Honigsfeld, A., Doolan, L. S., Bostrom,
autisme boleh mendengar, mengikut arahan dan L., Russo, K., Schiering, M. S. & Suh, B.
berinteraksi menggunakan komputer dengan baik. (2009). Impact of learning-style instructional
Kenyataan ini menyokong hasil kajian yang strategies on students' achievement and
dijalankan oleh Boone & Higgins (2007) di mana attitudes: Perceptions of educators in diverse
mereka telah membuktikan bahawa kanak-kanak institutions. Journal of Educational
autisme tidak lagi perlu bergantung kepada buku Strategies: Issues and Ideas, 82 (3): 135-140.
teks malah lebih tertarik kepada komputer. Kajian Graham Williamson (2011). Autism and theory of
yang dibuat oleh Wright, Callaghan dan Coughlan mind. Diperoleh September 27, 2011 daripada
(2002) pula menyatakan bahawa kanak-kanak http://www.speech-therapy-information-and-
ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10 10

resources.com/autism-and-theory-of-mind. Smith, R. & Edwards, L., (2006). COCOMO-


html SCORM interactive courseware project cost
Helen Tager-Flusberg (2007). Evaluating the modelling. Boston: International Council of
theory-of-mind. Hypothesis of Autism, 16 (6). Systems Engineering Conference.
Diperoleh Mei 5, 2012 daripada Strickland, A.W. (2006) ADDIE. Diperoleh April
http://www.bu.edu/autism/files/2010/03/2007 12,2012 daripada http://ed.isu.edu
-HTF-ToM1.pdf /addie/index.html
Individuals with Disability Education Act Wright, B., Callaghan, C. & Coughlan, B. (2002).
Amendments of 1997 (IDEA]). (1997). Do children with autism learn to read more
Diperoleh Mac 13, 2012 daripada readily by computer assisted instruction or
http://thomas.loc.gov/home/thomas.php traditional book methods? A pilot study.
Jamila K.A. Mohamed (2005). Pendidikan Khas Diperoleh Mac 8,2012 daripada
untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur: http://aut.sagepub.com/content
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. /6/1/71.abstract
Jonathan, K.W. & Stromer, R. (2006). Promoting
independence among children with autism:
Multimedia activity schedules. Upper Saddle Penghargaan:
River, NJ: Merill Prentice Hall. Kajian ini mendapat dana daripada Universiti
Laman Web Rasmi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Pendidikan Sultan Idris melalui skim Geran
Malaysia. (2007) Dasar Orang Kurang Penyelidikan Universiti (GPU)
Upaya. Diperoleh Oktober 6, 2011 daripada
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?optio
n=com_content&view=article&id=88&Itemid
=903&lang=ms
Learning-Theories.com (2010). ADDIE Model.
Diperoleh Oktober 12,2011 daripada
http://www.learning-theories.com/addie-
model.html
Lynne Soraya (2008). Empathy, mindblindness,
and theory of mind do people with autism
truly lack empathy? Diperoleh Feb 18, 2012
daripada:http://www.psychologytoday.com/bl
og/aspergers-diary/200805/empathy-
mindblindness-and-theory-mind
Nor Azan M.Z., Halimah B. & Shahrul Azman M.
N. (2009). Penilaian perisian kursus Adaptif
Multimedia (A-Maths) berasaskan stail
pembelajaran. Jurnal Teknologi Maklumat
dan Multimedia, 6: 61-78.
Portal Rasmi Pendidikan Khas, LMS. (2009)
Autisme. Diperoleh Ogos 6, 2011 daripada
http://ppdlms.edu.my/pk/?s=autisme
Portal Rasmi Pendidikan Khas, LMS. (2009)
Pendidikan Khas. Diperoleh Ogos 6, 2011
daripada http://ppdlms.edu.my/pk/
Reed, P. (2004) Critical issue: Enhancing system
change and academic success through
assistive technologies for k12 students with
special needs. Diperoleh Ogos 6, 2011
daripada http://www.ncrel.org/sdrs/areas
/issues/methods/ technlgy/te700.htm.

You might also like