You are on page 1of 2

LUQMAN HAKIM BIN AMRAN

AD160036

SEKSYEN 6

CIK KHADIJAH MAULAD BAHROL

Tajuk: Senaraikan kronologi peristiwa- peristiwa kearah kemerdekaan Persekutuan Tanah


Melayu berdasarkan video di atas.

Kronologi peristiwa- peristiwa kearah kemerdekaan bermula dengan persiapan untuk


menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebelum kemerdekaan diisytiharkan secara
rasmi, rakyat Persekutuan Tanah Melayu telah menghias rumah-rumah, kedai-kedai, pejabat
kerajaan serta jalan-jalan dengan hiasan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini kerana
rakyat Tanah Melayu tidak sabar untuk menunggu menjadi negara yang bebas dan merdeka
daripada campur tangan orang asing. Bangunan-bangunan baru yang kebanyakannya
bercirikan arab serta telah dicat baru bagi menggambarkan bahawa kemerdekaan ini haruslah
perlu disambut secara besar-besaran.

Wakil-wakil dari negara asing seperti Kanada, Australia, Pakistan, Afrika Selatan,
India serta negara-negara jiran dari benua Asia turut datang untuk menyambut kemerdekaan
Malaysia. Pada jam 12:00 malam, 30 Ogos 1957, saat yang dinantikan oleh seluruh rakyat
bagi menamatkan naugan British yang selama 170 tahun di Malaya. Bendera Union Jack
telah diturunkan di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad dan digantikan dengan bendera
Persekutuan Tanah Melayu sebagai tanda mencapai kemerdekaan negara.

Pada pagi 31 Ogos 1957, seluruh rakyat dari pelbagai kaum berhimpun di Stadium
Merdeka dan menanti saat ucapan merdeka dilaungkan. Pengisytiharan kemerdekaan oleh
Tunku Abdul Rahman telah dilakukan setelah beliau menerima Surat Perlembagaan oleh
wakil Ratu Elizabeth. Kemudian, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama
memberi ucapan. Beliau menegaskan kata-kata kemansyuran kemerdekaan yang
memansuhkan kuasa pemerintahan British dan mewujudkan satu perlembagaan baru bagi
Malaya. Beliau menyatakan bahawa Tanah Melayu kekal menjadi sebuah negara demokrasi
yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan. Rakyat
perlulah bersatu padu untuk mengekalkan keamanan negara. Setelah tamat berucap, beliau
melaungkan Merdeka sebanyak 7 kali diikuti seluruh rakyat Malaysia, sebagai tanda bebas
daripada belenggu penjajahan hasil daripada perjuangan gigih pejuang-pejuang tanah air
dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Bendera Union Jack diturunkan sekali lagi dan seterusnya, bendera Persekutuan
Tanah Melayu dinaikkan serta lagu Negaraku dimainkan buat kali pertamanya. Peristiwa ini
menunjukkan kemunculan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang merdeka dan
berdemokrasi parlimen. Upacara sudah selesai, giliran orang ramai meraihkannya. Tiap-tiap
keluarga keluar untuk menyambut kemerdekaan dan menceriakan hati masing-masing.
Pelbagai acara sukan telah dijalankan seperti berenang, berbasikal dan sebagainya.

Seterusnya, majlis istiadat Yang di-pertuan Agong kali pertama telah dilakukan di
Istana. Yang di-Pertuan Agong pertama Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman dan
permaisuri berangkat ke Dewan Sri Singgahsana. Pada majlis istiadat, baginda melafazkan
sumpah iaitu berikrar akan menjalankan kewajiban pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu
dengan adil dan memelihara umat Islam. Kemudian, mereka melaung Daulat Tuanku dan
bunyi meriam dan akhirnya ditamatkan dengan bacaan doa selamat. Pada waktu malam,
jamuan rasmi telah dijalankan di istana. Ramai orang ternama telah menghadiri jamuan rasmi
tersebut. Pelbagai tarian daripada pelbagai kaum dilakukan bagi menunjukkan Tanah Melayu
terdiri daripada berbilang kaum. Bunga api juga ditunjukkan sempena kemerdekaan negara.

Akhirnya, perjumpaan dengan wakil-wakil yang telah dipilih oleh rakyat bersama Seri
Paduka Baginda. Baginda menerangkan dasar-dasar yang akan diikuti Malaya dalam masa
setahun akan datang, terutamanya dasar menghapuskan keganasan komunis, memajukan
pengeluaran makanan dan memperbaiki keadaan orang kampung. Semua dasar ini bertujuan
untuk memajukan negara bagi faedah rakyat jelata menurut dasar demokrasi yang baru.

You might also like