You are on page 1of 3

1

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA TERENDAM


08200 SIK KEDAH

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB KALI -2/2017

TARIKH : 16 April 2017 ( Rabu )


TEMPAT : Anjung Seri SKPT
MASA : 1:15 2:15 petang

KEHADIRAN GURU
1. Pn Hjh Nor Azizah bt Umar Penolong Kanan Kurikulum
2. Pn Zamrina bt kassim Ketua Panitia
3. Pn Wan Nurul Adlina bt Wan Ramli SU
4. Pn Sakinah bt Mahmud
5. Pn Mona Mansor
6. En Ismail Abdullah
7. Pn Rosnah Zakaria
8. Pn Hasnah bt Azizan

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan pentadbir
3. Pengesahan minit mesyuarat
4. Perkara berbangkit
5. Post moterm Peperiksaan 1 2017
6. Minggu Bahasa Arab
7. Ucapan penangguhan

1. Ucapan Pengerusi

1.1.Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab supaya mendapat


keberkatan daripada Allah SWT.
1.2.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pn Hjh Nor Azizah bt Umar
selaku pentadbir yang sudi hadir dalam mesyuarat kali ini.
1.3.Ucapan terima kasih kepada semua rakan guru yang dapat meluangkan
masa menghadiri mesyuarat pada hari ini.
1.4.Semoga segala usaha baik yang kita lakukan selama ini beroleh ganjaran
daripada Allah SWT.
1.5.Bekerjasama melahirkan insan kamil dan bekerja untuk kebaikan dunia dan
akhirat
1.6.Tahniah kepada semua yang telah memberi kerjasama dan bertolak ansur
dalam apa jua tugasan yang diberikan .
1.7.Semoga kerjasama yang diberikan akan mendapat ganjaran daripada Allah
1.8.Kerjasama dan tolak ansur antara kita amat perlu demi anak-anak didik kita
1.9.Sama-samalah kita saling ingat memperingati antara satu sama lain

2 Ucapan Pentadbir

SK PAYA TERENDAM, SIK


2
2.1 Terima kasih kepada semua yang hadir.
2.2 Pn Hjh Nor Azizah bt Umar memberi nasihat agar minit mesyuarat tidak
terlalu ringkas
2.3 Minit mesyuarat hendaklah diselaraskan mengikut format yang telah
ditetapkan
2.4 Setiap agenda hendaklah diikuti dengan tindakan
2.5 Pn Hjh Nor Azizah bt Umar juga mengingatkan agar fail panitia hendaklah
sentiasa dikemaskini
2.6 Setiap aktiviti yang dijalankan hendaklah bermutu
2.7 Membuat kertas kerja dengan sebaik mungkin dan maklumkan kepada semua
warga SKPT lebih awal agar semua dapat membuat persediaan awal
2.8 Pn Hjh Nor Azizah bt Umar juga menyentuh tentang Pengajaran dan
Pembelajaran
2.9 Guru-guru hendaklah mengajar dengan sebaik mungkin dan tunjukkan contoh
tauladan yang baik kepada anak didik
2.10 Kurangkan aktiviti lagha
2.11 Pasang nasyid atau ayat- ayat al quran dicorong radio pada waktu pagi

3 .Pengesahan Minit Mesyuarat

3.1 Cadangan oleh : Puan Rosnah Bt Zakaria


3.2 Disokong oleh : Puan Hasnah Bt Azizan

4. Perkara berbangkit

4.1Kem Kecemerlangan Jawi dicadangkan akan diadakan pada 17MEI 2017


4.2Kertas kerja kem kecemerlangan jawi akan disediakan oleh Pn Mona selaku
penyelaras kem ( rujuk Lampiran ) Tindakan Pn Mona
4.3Kem Bestari Solat akan diadakan pada 9 MEI 2017.Kem ini akan melibatkan guru
pendidikan islam SKPT dan semua guru KAFA SKPT ( Rujuk Lampiran )
Tindakan Pn Wan
Adlina

5. Post mortem Peperiksaan Pengesanan 1 2017

TAHUN LULUS % GAGAL % Catatan


TAHUN1 95.45 % 4.55%
TAHUN 2 100% 0.00%
TAHUN 3 97.67% 2.33 %
TAHUN 4 97.83 % 2.17 %
TAHUN5 89.47 % 10.53 %
TAHUN 6 95.77% 4.23 %
Rujuk Lampiran Tindakan Guru Mata pelajaran

Kajian Tindakan

5.1 Pengerusi mengucapkan syabas kepada guru-guru agama kerana ada


peningkatan di dalam peperiksaan Pengesanan 1 2017
5.2 Peratus tahun 4 tidak dapat dibentangkan kerana data tidak dapat
dikeluarkan oleh unit peperiksaan . Peratus akan dibincangkan semula apabila
data dikeluarkan oleh unit peperiksaan .
5.3 Kita akan mengadakan aktiviti khas bagi murid-murid yang lemah jawi-
seperti kem kecemerlangan jawi.
5.4 Kita juga akan memberikan penekanan dalam bidang AlQuran
5.5 Tahun ini kita berharap kem kecermelangan jawi ini dapat berjalan dengan
baik dan lancar . insyaallah.
SK PAYA TERENDAM, SIK
3
5.6 Murid siam mengalami masalah dalam Bahasa Arab kerana mereka hanya
didedahkan huruf-huruf jawi di sekolah sahaja. Masa yang terhad tidak
memberi ruang untuk mereka memahami dengan lebih mendalam.
5.7 Panitia pendidikan islam akan memberi lembaran kerja bahasa arab pada
waktu tasmik.
5.8 Murid yang tidak lulus bahasa arab adalah murid yang tidak menguasai
kemahiran membaca dan menyambung huruf .
5.9 Murid yang lulus tetapi tidak mendapat cemerlang kebanyakannya mereka
tidak menguasai makna perkataan.
5.10 Bagi murid yang mendapat gred A tetapi tidak cemerlang adalah faktor
kecuaian dan kekeliruan ketika menjawab. Tindakan guru matapelajaran

6. Minggu Bahasa Arab

6.1 Minggu Bahasa Arab akan dilaksanakan pada minggu ketiga Ramadhan iaitu
bertarikh 12 Jun 2017 sehingga 16 Jun 2017.

Makluman

7. Hal-hal lain.

7.1 Bagi pelajar bukan Islam yang mengambil Bahasa Arab, guru perlu member
tumpuan kepada kemahiran yang sesuai dan mudah kepada mereka. Selain itu
di dalam peperiksaan, guru boleh memberi arahan di dalam Bahasa Melayu
dan membimbing mereka mengikut kesesuaian.

7.2 Rekod semakan buku perlu dibuat, ini berikutan kerana terdapat murid yang
enggan menyediakan buku tulis walaupun berulang kali diberi arahan dan
peringatan.

Tindakan : Semua guru


bahasa Arab
8 . Ucapan penangguhan

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru. Mesyuarat


ditangguhkan padajam 3.50 petang disudahi dengan tasbih kaffarah dan surah
al-Asr

Disediakan oleh: Disemak oleh;

.
(PN WAN NURUL ADLINA BINTI WAN RAMLI) (TUAN HAJI NAZELI BIN RAMELI)
Setiausaha Guru Besar
Panitia Bahasa Arab SK Paya Terendam
SK Paya Terendam

SK PAYA TERENDAM, SIK

You might also like