You are on page 1of 3

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN 94650 KABONG

Tarikh : 4 Februari 2009(Rabu)


Masa : 1200-1300
Tempat : Bilik Guru, SMK Kabong

Kehadiran :
1. Selbia Bt Saimi(Pengerusi)
2. Ismail B Marikan
3. Hairolhamzi b. Bahrodin
4. Oui Siew Hian
5. Chua Huey Jian
6. Sharmini a/p Bupalan
7. Mohd Shahil
8. Mohd Malena B Allen
9. Azlyrendy B Wahab

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru pada mesyuarat kali ini.
Beliau berharap semua guru dapat menyumbangkan buah fikiran dalam menjayakan mesyuarat
kali ini dan seterusnya pada mesyuarat yang akan datang.

1.2 Pengerusi juga mengharapkan agar semua ahli panitia Matematik terus berusaha untuk
meningkatkan prestasi mata pelajaran ini.
Tindakan: makluman

1.3 Pengerusi menyarankan agar semua guru mengambil perhatian supaya menyerahkan Rancangan
Tahunan mereka secepat yang mungkin kepada ketua panitia untuk disemak dan dicop.
Tindakan: makluman

2.0 Program Panitia Matematik bagi tahun 2009


2.1 Selaku pengerusi, Cik Selbia Bt Saimi menekankan mesyuarat kali ini lebih menyentuh mengenai
Program Panitia Matematik sepanjang tahun 2009

2.2 Bengkel Teknik-Teknik Menjawab Soalan bagi kertas Matematik telah pun dirangka untuk pelajar
PMR dan SPM. Termasuk Matematik Tambahan bagi pelajar SPM.
2.2.1 Bengkel dicadangkan akan dijalankan pada Julai hadapan iaitu pada permulaan semester 2.

2.3 Program Kuiz Matematik juga akan dijalankan khusus untuk pelajar menengah rendah iaitu
pelajar tingkatan 1 & 2.
2.3.1 Walaubagaimanapun, tarikh sebenar program masih belum ditentukan.
2.3.2 Cikgu Hairol mencadangkan supaya ia dilaksanakan pada April depan. Cadangan ini telah
dipersetujui oleh semua yang hadir.

2.4 Program Peningkatan Professionalism Guru Matematik juga akan dilaksanakan. Program ini lebih
menekankan mengenai skema penandaan kertas matematik. Walaubagaimanapun, tarikh
sebenar program tidak dinyatakan.

2.5 Pelaksanaan Kelas Tambahan Matematik akan dijalankan selepas Ujian Pertengahan Semester
1.
2.5.1 Tujuan ia dibuat selepas Ujian Pertengahan Semester 1 adalah untuk mengenalpasti pelajar-
pelajar yang mempunyai kebolehupayaan menerima yang berbeza-beza supaya mereka dapat
diasingkan mengikut tahap penerimaan mereka terhadap matapelajaran Matematik.
2.5.2 Contohnya, seperti yang dicadangkan oleh Cikgu Malena, 3 orang guru akan mengajar 60 orang
pelajar dengan setiap guru mempunyai 20 orang pelajar mengikut tahap kebolehupayaan
menerima yang hampir sama.
2.5.3 Perkara ini akan dilanjutkan pada mesyuarat MacS yang akan datang.

2.6 Program Mini Curai juga akan dijalankan khusus dalam penggunaan kalkulator. Selain dari kursus
kalkulator, kursus-kursus lain seperti SPSS Programming yang lebih menekankan dalam
membuat analisis data. Program-program lain juga diharapkan dapat dilaksanakan pada masa
akan datang.

2.7 Peruntukan yang telah diberi kepada jabatan pula akan digunakan untuk pembelian alatan dan
bahan untuk kegunaan dalam matapelajaran Matematik.
2.7.1 Namun begitu, 15% daripada peruntukan tersebut akan diambil bagi kegunaan pembelian kertas.
2.7.2 Cikgu Malena mencadangkan supaya tidak lagi membeli sebarang buku rujukan kerana buku-
buku rujukan dari tahun-tahun terdahulu masih boleh dipakai semula. Ini kerana, mengikut
pemerhatian beliau buku-buku dari 2 hingga 3 tahun lepas masih boleh dipakai semula cuma isi
dan soalannya diubah dan diolah kedudukannya dari tahun ke tahun. Cadangan ini dipersetujui
oleh semua yang hadir.
2.7.3 Selain itu, alatan matematik lain seperti papan transformasi, kertas graf untuk transformasi dan
protaktor turut dicadangkan. Bagi protaktor, pen marker khususnya marker art line digunakan
kerana sesuai bagi protaktor tersebut. Protaktor pula hendaklah diperbuat daripada plastik.
Bukannya diperbuat dari kayu yang kebiasaannya dipakai sebelum ini.

2.8 Jadual Program GerakGempur PMR dan SPM telah pun dirangka. Sistem program adalah
dengan menyediakan tajuk-tajuk tertentu diberikan kepada pelajar yang lemah dengan harapan
mereka akan lulus sekurang-kurangnya lulus minima. Bagi kumpulan cemerlang, latihan dengan
soalan yang bersesuaian akan diberi.

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Mengenai masalah yang sering timbul dari tahun ke tahun iaitu alatan yang hilang akibat daripada
penggunaan alatan yang tidak diketahui penggunanya.
3.1.1 Bagi mengatasi masalah tersebut, Cikgu Selbia mencadangkan agar peminjam-peminjam alatan
matematik hendaklah menulis nama dan menandatanganinya pada buku log khas untuk
peminjaman alatan matematik.
3.1.2 Ia sedikit sebanyak dapat mengatasi kehilangan alatan tersebut kerana dikhuatiri akan dipinjam
oleh guru-guru lain selain daripada guru matematik kerana difahamkan guru daripada
matapelajaran Geografi juga turut menggunakan alatan tersebut.
3.1.3 Menyentuh mengenai kuantiti pembelian alat-alat transformasi dan protaktor, Cikgu Malena
mencadangkan supaya tidak membeli mengikut bilangan guru semata-mata. Seeloknya dibeli
dengan kuantiti yang banyak agar tidak timbul masalah pinjam-meminjam dalam kalangan guru
Matematik.

3.2 Mengenai masalah pembelian kalkulator saintifik dalam kalangan pelajar amatlah
mendukacitakan. Ini adalah kerana ramai pelajar yang masih belum membeli kalkulator saintifik.
3.2.1 Cikgu Selbia mengingatkan guru-guru matematik supaya tidak jemu-jemu berpesan kepada
pelajar-pelajar supaya membeli kalkulator saintifik untuk kegunaan mereka. Harapan agar setiap
pelajar telah memiliki kalkulator saintifik sebelum menjelangnya peperiksaan.
3.2.2 Namun begitu, usaha tersebut hanyalah sia-sia jika pelajar itu sendiri tidak mempunyai kesedaran
di dalam diri mereka. Justeru, Cikgu Malena mencadangkan agar mewajibkan pemegang biasiswa
atau yang mempunyai KUAM, duit tersebut hendaklah dipotong bagi pembelian kalkulator saintifik.
3.2.3 Supaya tidak menjadi satu isu, Cikgu Hairol mencadangkan supaya surat kebenaran hendaklah
dihantar kepada ibubapa pelajar bagi menjelaskan mengenai pemotongan biasiswa dan duit
KUAM tersebut.
3.2.4 Walaubagaimanapun, perkara ini hanya dalam cadangan sahaja dan belum diputuskan dengan
keputusan yang sebulat suara.

4.0 Hal-hal lain


4.1 Jadual bagi penyediaan kertas soalan Matematik bagi Semester 1 dan Semester 2 telah pun
dibuat dan dimaklumkan pada semua guru. Cikgu Selbia mengharapkan agar guru-guru yang akan
menggubal kertas soalan untuk peperiksaan yang berkenaan akan bersedia lebih awal sebelum
menjelangnya peperiksaan.
4.1.1 Cikgu Selbia menyarankan agar format bagi kertas peperiksaan Matematik hendaklah
diselaraskan untuk semua tingkatan supaya tidak timbul sebarang masalah dan kekeliruan.
4.1.2 Kertas soalan peperiksaan hendaklah di dalam sistem dwibahasa. Bahasa Inggeris di atas dan
diikuti Bahasa Melayu di bawah.
4.1.3 Tulisan pula hendaklah dicondongkan pada salah satu bahasa bagi memudahkan pelajar
memahami kehendak soalan.

4.2 Sebagai makluman, Program Buddy Support System(BSS) yang melibatkan semua guru sains
dan matematik akan mula dijalankan pada minggu hadapan. Keterangan lanjut mengenai program
tersebut akan diketahui pada mesyuarat PPSMI pada minggu hadapan, 9 Februari 2009.
Tindakan: makluman

Mesyuarat berakhir hampir pukul 1300 tengahari.

Disediakan oleh,

(Azlyrendy Bin Wahab)


Guru Matematik,
SMK Kabong

You might also like