You are on page 1of 8

SJK (T) LADANG NOVA SCOTIA 2

36009 TELUK INTAN, PERAK.

LAPORAN SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri

merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah menyempurnakan pelancaran dasar 1Murid

1Sukan pada 02 Julai 2011. Dasar 1Murid 1Sukan ini diwujudkan supaya kegiatan sukan di

sekolah disemarak dan diperkasakan. Sehubungan itu, pelbagai program telah dan sedang

dilaksanakan untuk merealisasikan dasar tersebut bermula di peringkat sekolah hingga ke

peringkat kebangsaan. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai

kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini

dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Largest

Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session. Secara keseluruhan

senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM.

Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama

menjayakan aktiviti senamrobik ini.

2.0 OBJEKTIF

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi

mencapai objektif berikut:

melibatkan penyertaan semua murid;


mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;

mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;

meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu

melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih.

3.0 SASARAN: Semua guru, staf sekolah dan murid-murid

4.0 TARIKH: 10/07/12 (Selasa)

5.0 TEMPAT: Padang sekolah

6.0 AJK PENGELOLA:

Penaung : Tn. Hj. Mohd Idris b. Hj. Ramli


(Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perak)

Penasihat : Encik Zainal Abiddin Bin Osman (PPD Hilir Perak)

Pengerusi : Pn. V. Saraswathy (Guru Besar)

Setiausaha : Cik. J. Mohanasundari (Guru Kanan Ko-kurikulum)

AJK Pengelola :

Penyambut Tetamu : Pn. V. Saraswathy (Guru Besar),

R. Yuvakumar (Guru Kanan 1)

Pelepas : Pn. V. Saraswathy (Guru Besar),

R. Yuvakumar (Guru Kanan 1)

Pendaftaran : Pn. A. Renugah & Pn. S. Suguna

Juru Gambar : Pn. S. Puvana

Buku Program : Cik. J. Mohanasundari & Pn. T. Nanthini

Laporan : Cik. J. Mohanasundari & Pn. T. Nanthini

P.A. Sistem : En. Asman A.S.


Minuman murid : Pn. T. Nanthini

Model Senamrobik : Cik. S. Dhanaletchumy, Cik. J. Mohanasundari &

Cik. V. Kavitha

Banner : En. M. Yuvakumar

Kebersihan/ Keceriaan : En. Varadha, Pn. Thanam & Pn. Latha

Sijil Penyertaan : Pn. A. Renugah, Pn. S. Suguna, Cik. V. Kavitha &

En. Asman A.S.

7.0 SUMBER KEWANGAN:

7.1 Jumlah Sumbangan (Guru) = RM 50.00

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:

Bahan Kuantiti Harga Seunit Jumlah

Kertas Sijil 100 RM 0.50 RM 50.00

Jumlah RM 50.00

10.0 PENUTUP

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Sempena Pelancaran Bulan Kecergasan

Peringkat Sekolah 2012 ini diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti

senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga

pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan
menyeronokkan.. Semoga pihak puan dapat memberi kelulusan dan pertimbangan yang

sewajarnya. Kerjasama dari pihak puan amatlah dihargai.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.. ..

(CIK. J. MOHANASUNDARI) (PN. V. SARASWATHY)


Guru Kanan Ko-kurikulum, Guru Besar,
SJK (T) Ldg. Nova Scotia 2. SJK (T) Ldg. Nova Scotia 2.
Pendaftaran

Permulaan Senamrobik
Ketika Senamrobik Serentak
Ceramah Makanan seimbang

You might also like