You are on page 1of 11

LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM

PERKARA BUTIRAN

a) Nama Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2016


b) Tarikh Program 1 Ogos 2016 hingga 30 Ogos 2016
c) Tempat Program Dataran perhimpuan, makmal komputer, Pusat Sumber dan kelas-kelas
SK RKT Lasah
d) Penganjur Jawatankuasa Kemerdekaan, Unit Kokurikulum
SK RKT Lasah, Sungai Siput (U)
e) Kumpulan Semua murid SK.RKT.LASAH, warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat
Sasaran/Peserta setempat.

f) Ringkasan Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan RKT Lasah telah


Perjalanan Program bermula dengan Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 1 Ogos 2016
(Rumusan mengikut bertempat di Dataran Perhimpunan. Sambutan dimulakan dengan bacaan
tentatif keseluruhan doa, lafaz ikrar, nyanyian lagu rasmi Negaraku, lagu negeri Perak dan
program) lagu sekolah.
En. Jamili Bin Nordin selaku guru bertugas merangkap setiausaha
program mengendalikan majlis dan menyampaikan beberapa info
kemerdekaan. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar,
En. Abdol Mutalib Bin Yahya yang kemudiannya merasmikan Pelancaran
Bulan Kemerdekaan.
Info tentang kemerdekaan disampaikan oleh guru bertugas setiap kali
perhimpunan pagi. Lagu patriotik seperti Jalur Gemilang dan 31 Ogos
juga dinyanyikan oleh murid. Pertandingan Buku Skrap Kemerdekaan
untuk murid-murid tahun 4 dan 5 telah diadakan bermula pada 8 Ogos
2016. Sepanjang minggu 15 Ogos hingga19 Ogos 2016, pelbagai aktiviti
telah dijalankan iaitu;
Kempen Kibar Jalur Gemilang.
Pameran Kemerdekaan di Pusat Sumber dan
Tayangan Video
Sambutan hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan pada
30 Ogos 2016. Kebanyakan murid-murid memakai pakaian yang
bertemakan kemerdekaan. Acara bermula pada pukul 7.30 pagi dengan

1
nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan lagu Sekolah.
Seterusnya ucapan guru bertugas iaitu Pn. Faridah Hanim Bt Mohamad
serta bacaan doa. Oleh En. Azarol Bin Othman. Tuan Guru Besar telah
merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah dengan
laungan keramat Merdeka sebanyak 7 kali.
Persembahan deklamasi sajak kemerdekaan telah disampaikan oleh
Aliya Athirah Binti Adnan dari kelas 5 Wira. Murid-murid tahun 5 Wira
pula telah menyanyikan lagu tema hari kemerdekaan Sehati Sejiwa.
Ceramah kemerdekaan telah disampaikan oleh penceramah jemputan
kepada warga sekolah. Beliau telah menceritakan pengalamannya sebagai
seorang askar berjuang menjaga kemanan Negara.
Setelah mendengar ceramah, murid-murid dan warga sekolah
mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu patriotik iaitu
Tanggal 31, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Sehati Sejiwa.
Murid-murid gembira dan bangga serta perasaan kasih dan cintakan
Negara tertanam dalam jiwa mereka.
Kemudian, semua murid menyertai Perarakan Kemerdekaan melalui
kawasan peringkat D, Felda Lasah. Sambutan Hari Kemerdekaan diakhiri
dengan Pertandingan Mewarna untuk tahap 1 dan Melukis Poster untuk
tahap 2 yang telah dijalankan di dalam kelas masing-masing bermula
pukul 11 pagi.
Penyampaian hadiah untuk para pemenang sempena bulan
kemerdekaan telah diadakan pada 19 September 2016. Hadiah
disampaikan oleh Tuan Guru Besar.
g) Masalah / kekangan - Kurang hiasan sempena kemerdekaan dalam kelas.
yang dihadapi
h) Kelebihan / Manfaat 1. Dapat menanamkan semangat cintakan negara.
program kepada 2. Dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.
peserta 3. Dapat memupuk silaturrahim dikalangan warga sekolah.
4. Dapat melahirkan insan yang bersyukur dengan kemerdekaan
yang dikecapi sekarang.
5. Dapat menyatakan rasa terima kasih di atas perjuangan yang
dilakukan oleh masyarakat dahulu.

2
i) Cadangan 1. Memberi peruntukan untuk menghias kelas.
penambahbaikan 2. Mengadakan Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik antara kelas.
program

Disediakan : _________________________

Nama : SALINA BT MD SAAD

Tarikh : 21 SEPTEMBER 2016

3
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2016

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

INFO KEMERDEKAAN DAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK


WAKTU PERHIMPUAN PAGI

4
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2016

PAMERAN KEMERDEKAAN DI PUSAT SUMBER SEKOLAH

TAYANGAN VIDEO DARAH SATRIA DI MAKMAL KOMPUTER

5
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2016

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 30 OGOS 2016

6
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2016

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 31 0G0S 2016

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

7
8
TARIKH
1 OGOS 0GOS 2016

9
10
TARIKH
1 OGOS 0GOS 2016

11

TARIKH

You might also like