You are on page 1of 44

KEMURUNGAN

DISEDIAKAN OLEH:
HAMDAN BIN SALLEH - 800928
ZAINOL ABIDIN B. ISHAK - 800692
ASAS PERBINCANGAN
PENGENALAN
DEFINISI
JENIS
SEBAB-SEBAB
SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA
RAWATAN
TEORI KEMURUNGAN BECK.
RUMUSAN
PENGENALAN
Gangguan kemurungan ( depression ) adalah sejenis
penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan
fikiran.
Antara cirinya adalah ia bukan bersifat sementara dan
bukan sesuatu yang boleh ditamatkan atau dihilangkan
dengan keinginan semata-mata.
Individu yang murung tidak dapat pulih dengan sendiri
kecuali dengan bantuan pakar dan ubat-ubatan.
Jika kemurungan ini tidak dirawat, ia boleh perpanjangan
beberapa bulan ataupun tahun malah ia boleh
menyebabkan penyakit fizikal serta meningkatkan risiko
membunuh diri
Mengikut DSM1V
simptom kemurungan akan kelihatan
dalam sekitar 2 minggu. Termasuk
kognitif- rasa tak berguna, ganguan fungsi
fizikal spt gangguan gaya tidur, rasa penat
dan hilang tenaga

Mengikut DSM 111


Termasuk dalam kecelaruan Mood
Definisi

sedih, takut, dan bimbang keterlaluan

rasa bersalah, kutuk diri, enggan bergaul

masalah makan, tidur, seks

abnormal jika berterusan

Atkinson, Atkinson, Smith dan Bem (1990)


Kimble, Garmezy dan Zigler (1984)
DEFINISI

Merujuk kepada perasaan sedih yang dialami


oleh seseorang individu
(Wicks-Nelson & Israel, 2003).

Kemurungan boleh dianggap sebagai suatu


perasaan, suatu sindrom atau suatu penyakit klinikal
(Dacey & Kenny, 1997).
SAMBUNGAN

Gangguan kemurungan ( depression ) adalah


sejenis penyakit mental yang melibatkan
badan, perasaan dan fikiran. Mereka yang
mengalami penyakit ini akan berasa sedih atau
`kosong` secara berpanjangan serta hilang
semangat untuk hidup.
(Bil.5/2001, Buletin Jabatan Pendidikan Negeri
Sembilan).
SAMBUNGAN

Perasaan murung ini berlanjutan sehingga


membawa kepada akibat yang tidak diingini
seperti membunuh diri atau penyakit mental
yang lebih serius (Ingersoll, 1989).
Menurut Bachanas dan Kaslow (2001),
kemurungan di kalangan remaja memerlukan

perhatian dan intervensi yang baik


Setiap individu di dunia ini pernah mengalami
perasaan sedih atau muram pada masa tertentu
sepanjang hayatnya (Gurian, 2001; Steinberg,
1999).

Bagi kebanyakan orang, gangguan emosi ini


hanya berjangka masa pendek sahaja.

Namun dalam kes-kes tertentu, perasaan


murung ini berlanjutan sehingga membawa
kepada akibat yang tidak diingini seperti
membunuh diri atau penyakit mental yang lebih
serius (Ingersoll, 1989)
Menurut satu kajian yang dijalankan pada
tahun 1982, didapati bahawa apabila
seseorang mencapai umur 15 tahun, satu
daripada lima orang remaja akan
mengalami kemurungan (Turkington &
Kaplan, 1997).

Kajian oleh See Ching Mey dan Lee Siew Siew


Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains
Malaysia, USM, Pulau Pinang, Malaysia
JENIS-JENIS
1 Major Depressive disorder
Ciri-ciri
- wujud dengan tiba-tiba biasanya disebabkan oleh
krisis dan kehilangan
- Boleh mengambil masa yang lama mungkin sebulan
atau setahun jika tidak diubati
- Terbahagi kepada 2.
- Single Episod
- Recurrent - berulang
1 Dysthymia
Ciri-ciri
Tanda-tanda tidak berubah untuk masa
yang panjang
Mengambil masa 20 30 tahun jika tidak
diubati
1 Double Depression

Wujud jika mengalami kombinasi antara


Major Depressive Disorder dengan
Dysthymia
Sejak tahun 1970-an lagi, kemurungan di
kalangan remaja telah dikenali sebagai
"kemurungan bertopeng (masked depression)
atau "kesamaan kemurungan" (depressive
equivalents) (Dacey & Kenny, 1997).
Kedua-kedua konsep di atas telah menjelaskan
bahawa kemurungan di kalangan remaja
biasanya diselindungi oleh tingkah laku seperti
hiperaktiviti, ketidakupayaan dalam
pembelajaran, ponteng sekolah (Erickson,
1992; Kauffman, 2001), keletihan, masalah
menumpukan perhatian, masalah
114
Terdapat penyelidik yang mengatakan
bahawa tidak terdapat perbezaan dalam
kadar kemurungan di kalangan remaja
lelaki dan perempuan Baron & Joly, 1988
(disebut dalam Wade, Cairney, & Pevalin,
2002); Bachanas
Penyelidik-penyelidik lain pula
mengatakan bahawa remaja perempuan
biasanya lebih mudah dilanda
kemurungan berbanding remaja lelaki
(Ingersoll, 1989; Haugaard, 2001).
Menurut Nolen-Hoeksema dan Girgus
(disebut dalam Bachanas & Kaslow,
2001), pada umur 15 tahun, kemurungan
di kalangan remaja perempuan adalah
dua kali ganda lebih banyak berbanding
remaja lelaki, dan perbezaan jantina ini
akan berlanjutan hingga ke zaman
dewasa.
Steinberg (1999) pula berpendapat
bahawa perasaan kemurungan adalah
lebih umum di kalangan lelaki berbanding
perempuan sebelum akil baligh,
manakala kecelaruan kemurungan lebih
umum di kalangan perempuan berbanding
lelaki selepas akil baligh.
Major Depression
25

20

15
Lelaki
10 Per

0
USA Paris Beirut Korea Jerman
Sebab-sebab
Menurut Allchin (1975), kegagalan dalam
akademik boleh mendorong seseorang
untuk mengalami kemurungan
FAKTOR PENYEBAB
BIOLOGI
SOSIAL
TINGKAHLAKU
PENGARUH EMOSI DAN KOGNITIF
Biologi
Baka
Hormon yg tidak seimbang
Tidak dapat tidur
Cara hidup berubah
Sosial

Perempuan
Kehidupan sosial yang tidak berkualiti
Suka sendiri
Suka menyendiri
Suka minta tolong

Lelaki
Tidak suka untuk ditolong
Tingkahlaku

Kehidupan yg menurun
Tidak peduli t/jwb & perawakan diri
Cepat marah
Pengaruh Emosi & Kognitif

Jiwa kosong Hilang mesra & kasih


Hilang nikmat hidup sayang
Kurang daya ingatan Rasa bersalah
Benci kepada semua
Hilang tumpuan
perkara
Putus asa Rendah diri
Hilang rangsangan Pemikiran negetif
sex Berfikr untuk bunuh
diri/melakukannya
SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA

Mereka yang mengalami kemurungan mungkin


mempunyai tanda-tanda:
- berasa hilang tenaga untuk melakukan
sesuatu,
- hilang minat dengan aktiviti harian seperti
makan dan minum, berasa diri tidak lengkap, mudah
menangis, berasa pesimis, berasa tidak berdaya,
berasa sunyi sepi, suka bersendirian, mengelakkan
diri daripada berinteraksi dengan orang lain.
EMOSI
Tiada mood.
Bimbang
Cepat marah.
Rasa bersalah
Risau dan runsing
Bosan
MENTAL
Rasa diri tak berguna.
Putus harapan.
Hilang minat bekerja.
Hilang nikmat hidup.
Hilang tumpuan.
Hilang daya ingatan.
Berfikir untuk bunuh diri.
Tidak boleh berfikir dengan betul
TINGKAH LAKU
Hilang kemampuan diri.
Hilang rangsangan seks.
Tidur yang tak sempurna.
Menangis.
Rasa letih terlampau.
Kurang tidur / sukar tidur
Tidak ketawa
Sukar memulakan sesuatu kerja
Suka menunjukkan kelemahan diri
Rawatan
1.Medication
Jenis-jenis ubat
- Anti deprission
contoh : tricyclic, monoemine oxidase
( MAO), selective serotonim reuptake
inhibators (SSRIs)
sambungan
2. Terapi ringan.
- Terapi secara ringan sahaja bagi kes-kes ringan.

3. Terapi Berat
Terapi secara ECT- Electroconvulsive Theraphy
Kemurungan yang teruk digunakan ECT ini apabila ia
tidak berkesan lagi
Ia memberi kesan tindak balas sampingan seperti hilang
ingatan dan rasa letih yang amat sangat. Sesetengah
pesakit akan hilang ingatan secara kekal.
4. Terapi Kognitif & T/Laku
Kognitif.
- Dengan cara mengurangkan idea-idea
atau pemikiran negatif dan tukar kepada
yang positif.
Tingkah laku.
- Meningkatkan lagi kemahiran untuk
mengawal diri dan mengatur hidup
mereka
5. Interpersonal Psikoterapi
- Menukar cara hidup mereka kepada
perhubungan sosial yang lebih positif.
- Memberi kemahiran bagi menyelesaikan
konflik dengan orang lain
- Menyuruhnya supaya membina
hubungan baru bercerai dsb
Wajah-wajah Murung
Teori Kemurungan Kognitif Beck
1967
Menurut Beck kebanyakan tanda-tanda murung
adalah berpunca daripada sikap dan pemikiran
individu yang negatif

Akibat daripada pemikiran yang


tidak tenteram
Beck (1987) dalam Wan Zainab
(1990) menyatakan
Model Beck telah menghuraikan tiga konsep
asas psikologikal yang mengakibatkan
kemurungan iaitu
1 konsep kognitif tiga penjuru,
2 skema dan
3 alat.
Konsep tiga penjuru kognitif
Tiga penjuru kognitif (The Cognitive
Triad). Mereka yang murung lebih
cenderung mempersepsikan diri sendiri,
pengalaman dan masa depan mereka
sebagai satu pemahaman yang negatif
dan tidak realistik.
Skema
Merupakan satu tanggapan yang tidak fleksibel akibat
daripada kepercayaan atau andaian pengalaman masa
lalu.
Skema merupakan penglibatan struktur kognitif di antara
input rangsangan dan tindak balas personaliti.
Skema mengandungi gabungan organisasi daripada nilai
kepercayaan dan andaian yang berhubung dengan
objek, kejadian atau persekitarannya.
Skema juga akan berfungsi sebagai rangsangan
scanners, menapis maklumat, interpretasi dan
mengekodkan maklumat (Becker, 1974).
Alat
Mereka yang murung akan sering mempunyai
kesilapan struktural dan pemikiran.
Ia mempunyai hubungan dengan salah tafsir
tentang sesuatu kejadian.
Mereka yang murung juga akan membesar-
besarkan tanggungjawab dan celaan terhadap
diri sendiri. Mereka bukan sahaja membuat
generalisasi yang melampau berdasarkan
sesuatu peristiwa tetapi juga akan melakukan
atau membuat kesimpulan secara tidak logik
(Clarizio, 1985).
Menurut Beck (1967) dalam Raikhan (2006),
Terdapat 3 tahap kemurungan di kalangan pelajar

Kemurungan yang rendah (Mild


Depression),
Kemurungan yang sederhana (Moderate
Depression) dan
Kemurungan yang tinggi (Severe
Depression).
Kemurungan rendah (Mild
Depression)
Merupakan kemurungan pada tahap awal dan
biasanya dialami oleh kebanyakkan pelajar.
Pelajar-pelajar hanya menyatakan diri mereka
buntu dan sedih (disphoria).
Mereka yang mengalami kemurungan pada
tahap ini masih boleh bergembira dan kelihatan
riang.
Kemurungan pada tahap ini tidak terlalu
menjejaskan prestasi mereka dalam pencapaian
akademik dan aktiviti-aktiviti luaran.
Kemurungan sederhana
Perasaan disphoria cenderung untuk menjadi
berpanjangan dan lebih kekal.
Tidak berminat untuk menglibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti di dalam dan di luar sekolah.
Agak sukar untuk mempengaruhi mereka bagi
mengalihkan kepada tingkah laku gembira dan riang.
Tingkah laku dan perasaan riang cuma bersifat
sementara sahaja.
Pada peringkat ini keadaan disphoria biasanya bermula
sejak awal pagi dan berterusan seharian.
Menurut Beck (1967), biasanya tahap kemurungan inilah
yang banyak berlaku ke atas pelajar-pelajar sekolah
terutamanya di peringkat awal remaja.
Kemurungan tahap tinggi
merupakan tahap kemurungan paling yang teruk.
Memperlihatkan perasaan dan tingkah laku terlalu sedih
dan putus asa.
Sentiasa berada dalam keadaan terlalu risau atau
bimbang.
Menurut Beck (1967), 70% pelajar-pelajar yang
mengalami kemurungan pada tahap ini akan merasa
sedih sepanjang masa, dan sukar untuk lari daripada
keadaan tersebut.
Kesedihan dan putus asa serta pengherotan dalam
keadaan-keadaan yang lain dilihat sebagai bersifat
berterusan
RUMUSAN

Lazimnya, kemurungan disebabkan oleh


faktor luaran terutama kehilangan sesuatu
yang mempunyai pengertian yang yang
mendalam dalam kehidupan kita. Antara
perkara boleh menyebabkan kemurungan
ialah gagal dalam pekerjaan atau dibuang
kerja, mengalami kerugian dalam
perniagaan , ditinggalkan oleh orang yang
disayangi atau mengalami kematian orang
yang disayangi.
RUMUSAN
Lebih ramai wanita mengalami perasaan
ini daripada lelaki. Ia sering terdapat di
kalangan mereka dari kumpulan
sosioekonomi yang rendah. Mereka yang
tidak berkahwin lebih besar mengalami
perasaan murung. Perasaan ini boleh
melanda orang dari mana-mana kumpulan
umur. Seterusnya perasaan murung boleh
ditanggung lama oleh seseorang.

You might also like