You are on page 1of 10

PERTANDINGAN INOVASI PEMULIHAN KHAS

PERINGKAT NEGERI MELAKA


2017

PENGGUNAAN KAEDAH 2,3 MAJU JAYA UNTUK


MENINGKATKAN TUMPUAN MURID DALAM
MEMBACA

MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN YUNOS


GURU PEMULIHAN
SK TENGKERA DUA
012-343 9446

1
A. BIODATA

Kategori Pertandingan (tandakan dalam kotak berkenaan di bawah):

Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Melalui BBM Model Pengajaran dan Pembelajaran

No. K.P: 910716015391


Nama calon: Muhammad Naqiuddin Bin
Yunos Jantina: Lelaki

Alamat sekolah: SK Tengkera Sekolah Dua, Jalan Tengkera, 75200, Melaka.


No. Telefon Sekolah : 06 283 7268
No. Telefon Bimbit : 012 343 9446
No. Faks : 06 283 7268
E-mel : sktengkera2@gmail.com

Jawatan Hakiki Guru Pemulihan Khas


No Fail 910716015391
Tempoh Berkhidmat 2016-2017 (1 tahun)
Tempoh Mengajar 1 Tahun
Sekolah Terkini
Jawatan
Negeri/Kebangsaan:
Anugerah/ Kejayaan:

Kelulusan Akademik Tertinggi: Ijazah Sarjana Pendidikan Rendah Pendidikan


Pemulihan

Kelulusan Ikhtisas: Diploma Pendidikan

Tajuk Inovasi: Penggunaan Kaedah 2,3 MAJU JAYA Untuk Meningkatkan


Tumpuan Murid Membaca

2
B. TAJUK

3
C. SINOPSIS

. Umum mengetahui bahawa kaedah multisensori merupakan kaedah yang

digunakan untuk merawat masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia,

kaedah ini juga sesuai digunakan untuk mengajar kanak-kanak normal.

Kaedah ini adalah berdasarkan kepada pengamatan terhadap pelbagai deria

seperti deria visual, deria sentuhan, deria suara, dan gabungan semua deria.

Kaedah ini membantu murid terutamanya murid yang mengalami masalah

pembelajaran.

Rasional amalan untuk menggunakan kaedah multisensori ini adalah kerana

melalui kaedah multisensori murid sama ada mempunyai kecenderungan disleksia

atau murid normal berupaya memahami dan menjalani pembelajaran ini. Selain itu,

pembelajaran melalui kaedah multisensori juga seronok, bersifat interaktif dan tidak

mengancam murid.

Adalah penting untuk merancang pengajaran saya sebelum memasuki kelas

supaya langkah-langkah saya bersifat seronok, interaktif dan tidak mengancam

murid. Hal ini demikian untuk mengatasi masalah afektif murid. Dengan

perancangan teliti menggunakan kaedah multisensori, keadaan kelas dapat dikawal.

Dapat dikawal bermaksud, murid sentiasa memberi tumpuan kepada kita, guru yang

mengajar di hadapan. Gejala ponteng juga dapat dikurangkan.

4
Justeru, sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan tumpuan murid

membaca, guru telah memperkenalkan Kaedah 2,3 Maju Jaya

D. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada 7 orang murid pemulihan

Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Tengkera 2, Melaka. Kesemua murid yang telah

dipilih ialah lelaki. Mereka juga belajar dalam kelas yang sama iaitu kelas 3 Iman.

E. LATAR BELAKANG

Terapi Multisensori merupakan salah satu terapi bagi membantu kanak-kanak yang
bermasalah seperti masalah autisme, disleksia, epilepsi, masalah pembelajaran,
sindrom down, hiperaktif dan 'global delay'. Terapi ini juga digunakan secara meluas
dalam bidang pediatrik, materniti, psikiatri, strok, penyakit kronik, dan penjagaan
dementia. Kaedah terapi ini menggunakan antara kaedah berkesan untuk
merangsang perkembangan minda kanak-kanak berkeperluan khas menerusi lima
rangsangan asas iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa serta
rangsangan sendi.

Menurut hasil daripada penelitian saya pengajaran secara multisensori ini


dilaksanakan secara menyeluruh untuk membantu kanak-kanak disleksia di
Malaysia. Kaedah pengajaran ini kebanyakan dilaksanakan di pusat-pusat disleksia.
Melalui temu bual bersama penyelia Pusat Disleksia Cawangan Pulau Pinang, Encik
Guna Chandran, beliau menjelaskan bahawa kaedah multisensori adalah kaedah
yang sangat sesuai dan digunakan dalam membantu kanak-kanak disleksia.

Di sekolah biasa juga terdapat penggunaan kaedah pengajaran multisensori


ini, iaitu oleh guru-guru pemulihan. Hal ini demikian, kebanyakan guru pemulihan
akan menggunakan bahan-bahan bantu belajar yang maujud, maujud di sini
bermaksud berbentuk konkrit, boleh disentuh, dan di rasa seperti doh tepung, pasir
dan bentuk abjad konkrit. Dengan menggunakan kesemua bahan-bahan ini akan

5
meningkatkan lagi penggunaan deria murid-murid yang terdapat di dalam kelas
tersebut kerana kemungkinan untuk murid disleksia untuk berada di dalam kelas
pemulihan tinggi kerana sikap ibu bapa yang tidak dapat dielakkan.

Kesimpulannya, pengajaran multisensori ini telah dilaksanakan di seluruh


negara dalam membantu kanak-kanak disleksia untuk menjalani kehidupan dengan
lebih baik lagi. Namun masih terdapat lagi ruang untuk penambahbaikan.

F. RASIONAL

Rasional :
a) merangsang deria murid
b) mengajar murid menghubungkan deria mereka
c) Perkembangan murid seimbang antara akademik dan fungsi tubuh.

G. OBJEKTIF

Di akhir program 2, 3 Maju Jaya murid dapat :

a) membaca perkataan mudah dan petikan mudah dengan lancar.

b) meningkat daya koordinasi mata tangan murid.

c) menulis dengan kemas

6
H. PERINCIAN AKTIVITI

1.4 Langkah Penggunaan :

Program 2, 3 Maju Jaya dirangka berdasarkan salah satu teknik modifikasi tingkah
laku yang diambil daripada Modul Pemulihan. Teknik yang digunakan ialah teknik
pembentukan tingkah laku baru. Berikut merupakan carta alir secara umum
bagaimana program ini dijalankan.

LANGKAH PERTAMA : PEMERHATIAN


1. Dalam pemerhatian, guru akan melaksanakan ujian membaca pada murid
untuk mengenal pasti tahap kebolehan membaca murid.
2. Guru akan menganalisis kelemahan membaca murid.
3. Guru akan mengenal pasti potensi yang ada pada murid.

7
LANGKAH KEDUA : AKTIVITI
Dalam langkah aktiviti, guru akan melaksanakan aktiviti dengan menggunakan
perisian Microsoft Power Point.
Tatacara menggunakan perisian :
1. Murid hendaklah dibekalkan dengan fon telinga.
2. Buka perisian Microsoft Power Point. Rujuk slide Laman Utama,
terdapat pelbagai ikon. Ikon ini mempunyai makna tersendiri. Slia rujuk ke
Slide Laman Utama untuk mengetahui maksud ikon. Setiap ikon boleh di klik.
3. Baca arahan yang terdapat dalam Slide Arahan untuk melaksanakan aktiviti.
4. Aktiviti murid memerlukan bimbingan guru.

LANGKAH KETIGA : LATIH TUBI DAN PENEGUHAN


Latih tubi merupakan latihan yang diberikan kepada murid untuk mengukuhkan
kemahiran membaca murid. Latih tubi ini bersifat berulang-ulang di mana murid
boleh melakukan aktiviti ini secara bersendiri. Sila rujuk bahan latihan di lampiran.
Peneguhan sosial seperti pujian akan sentiasa diberikan setelah murid siap tugasan
yang telah diberikan menunjukkan minat untuk berubah, akan tetapi pujian tidak
akan diberikan hanya untuk menarik minat murid kerana saya ingin menjadikan
pujian itu betul-betul sebagai peneguhan. Selain itu, peneguhan yang ingin
dilakukan juga dibuat berdasarkan minat murid seperti menyanyi bersama-sama.

LANGKAH KEEMPAT : UJIAN


Ujian yang akan dilaksanakan adalah ringkas, ujian ini adalah untuk mengenal pasti
kemajuan murid dalam membaca. Sila rujuk borang ujian di dalam lampiran. Ujian ini
merupakan berbentuk lisan di mana murid akan membaca petikan yang diberikan di
hadapan guru. Ujian dilaksanakan setelah murid melakukan aktiviti.

8
LANGKAH KELIMA : LATIH TUBI DAN PENEGUHAN
Latih tubi merupakan latihan yang diberikan kepada murid untuk mengukuhkan
kemahiran membaca murid. Latih tubi ini bersifat berulang-ulang di mana murid
boleh melakukan aktiviti ini secara bersendiri. Sila rujuk bahan latihan di lampiran.
Peneguhan sosial seperti pujian akan sentiasa diberikan setelah murid siap tugasan
yang telah diberikan menunjukkan minat untuk berubah, akan tetapi pujian tidak
akan diberikan hanya untuk menarik minat murid kerana saya ingin menjadikan
pujian itu betul-betul sebagai peneguhan. Selain itu, peneguhan yang ingin
dilakukan juga dibuat berdasarkan minat murid seperti menyanyi bersama-sama

LANGKAH KEENAM : UJIAN


Ujian kali ini murid akan diberikan sebuah teks cerita kanak-kanak untuk dibaca
dalam masa yang diberikan. Murid akan dinilai daripada segi intonasi, jeda dan
sebutan.
Selepas mengikuti program modifikasi yang saya rancangkan, murid akan
melalui fasa selepas intervensi, dalam fasa ini kebolehan membaca murid akan
dinilai untuk menentukan sama ada pembacaan yang betul murid pelajari semasa
menjalani program modifikasi dapat dikekalkan. Kebolehan membaca murid akan
terus diperhatikan dan direkodkan dalam graf.

Graf Pembacaan Murid


7

3 Graf Tahap Pembacaan Murid

0
Sebelum Program Semasa Program Selepas Program

9
I. PERBINCANGAN

Kekuatan yang terdapat dalam inovasi saya telah rancang melalui Program 2, 3
Maju jaya adalah program ini menggunakan kaedah multisensori dalam pelaksanaan
dalam bahagian aktiviti, murid dapat menggunakan deria mendengar yakni
mendengar rakaman audio perkataan dan petikan mudah, deria sentuhan yakni
dengan memegang tetikus, dan deria penglihatan yakni dengan melihat paparan
skrin di komputer. Kesemua deria-deria ini dirangsang secara serentak, sekaligus
membantu murid memahami dan melakukan tugas-tugas.

Selain itu juga, koordinasi mata dan tangan murid dapat dipertingkatkan lagi iaitu
ketika murid menggunakan tetikus untuk menggerakkan cursor pada komputer.
Bagi murid yang koordinasi mata dan tangannya lemah, mereka tidak berupaya
menggerakkan dan mengklik tetikus itu dengan mudah. Secara tidak langsung
kemahiran motor halus murid juga dapat dipertingkatkan

Saya telah menerapkan teknik pengubahsuaian tingkah laku iaitu teknik


pembentukan tingkah laku baru. Tingkah laku dianggap sebagai kemahiran yang
ingin dibentuk. Dalam program ini kemahiran yang hendak dibentuk dalam diri murid
ialah kemahiran membaca. Rasional saya menerapkan teknik pembentukan
(shaping) adalah untuk memastikan langkah melaksanakan program saya
sistematik. Hal ini demikian, langkah yang bersistematik akan menyebabkan
pelaksanaan program ini berjaya dan hasil dapatan dapat dianalisis dan diukur.

10

You might also like