You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA KALI KE DUA


2012

Tarikh : 27 . 06 . 2012

Masa : 1. 35 petang

Tempat : Bilik Guru Sk. Putra

Pengerusi : En. Mukhtar bin Mahmud

Kehadiran : 5 Orang

1. En. Mukhtar b Mahmud


2. En. Zulkefli b. Ibrahim
3. Pn. Rugayah bt. Othman
4. Pn. Rozyatilla bt. Yacob
5. Pn. Maslinda bt. Adnan

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir , diharapkan semua rakan guru telah pun
mendapat pengalaman dan panduan dalam mengenal kebolehan murid-murid masing-masing
dalam bidang seni dan visual pada awal penggal persekolahan ini.
1.2 Diharapkan dengan panduan dan pengalaman itu kita akan dapat sama-sama memantapkan lagi
cara dan kaedah untuk menarik lebih minat murid terhadap PSV agar dapat menghasilkan karya
seni yang berkualiti di masa hadapan dan menggalakkan murid untuk berkarya.
1.3 Untuk pengetahuan semua, semua peralatan PSV akan di letakkan di Bilik BBM. Sekiranya
memerlukan sila ambil di sana.
1.4 Pihak sekolah kini membekalkan kertas lukisan yang boleh diambil di pejabat.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan GPK

2.1 Salam hormat


2.2 Tahniah dan terima kasih kepada semua di atas mesyuarat kali kedua.
2.3 Terdapat beberapa topic yang mungkin kurang kita fahami,mungkin terdapat buku-buku
panduan yang ada di pasaran yang kita fikirkan berguna,bolehlah kita beli dan buat tuntutan
pada sekolah.
2.4 Sebarang keperluan dalam PSV bolehlah kita beli menggunakan peruntukan yang disediakan.Ini
bergantung kepada kadar yang telah di tetapkan.

Tindakan : Makluman
3. Perancangan Strategik

3.1 Satu pertandingan mewarna akan diadakan sempena menyambut hari Kemerdekaan.
3.2 Guru mata pelajaran PSV akan menyediakan kertas kerja lukisan.
3.3 Semua guru akan dilibatkan pada hari tersebut menjaga dan mengawasi setiap kelas.
3.4 Hadiah akan disediakan bagi pemenang No. 1 , 2, 3, bagi setiap kelas.
3.5 Sumber hadiah , dari sekolah atau penyumbang.
3.6 Satu AJK Khas akan ditubuhkan.

Tindakan : Semua guru PSV

4. Bahan-bahan Pendidikan Seni Visual

4.1 Bahan-bahan seni visual akan disimpan di bilik BBM.


4.2 Sila pastikan bahan tersebut dikawal sebaiknya agar tidak diambil oleh murid (curi).
4.3 Adalah di cadangkan agar guru berada bilik BBM ketika barang-barang tersebut di ambil.

Tindakan : Semua guru PSV

5. Hal-Hal Lain

5.1 Semua keputusan pemerkahan peperiksaan pertengahan tahun mestilah di masukkan kedalam
SAPS.
5.2 Analisa mata pelajaran PSV pada mesyuarat kali ini tidak dapat di bentangkan kerana ada
kesilapan teknikal dan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.
5.3 Keputusan peperiksaan di tampal atau di tulis pada ruang pemerkahan dalam buku rekod.
5.4 En. Mukhtar minta maaf kepada semua dan selamat maju jaya kerana beliau akan bersara pada
10 . 08 . 2012

Mesyuarat di tangguhkan jam 2 . 45 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..
(PN.ROZYATILLA BT. YAACOB ) (EN. MUKHTAR BIN MAHMUD)
Setiausaha Pendidikan Seni Visual. Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual.
AGENDA MESYUARAT PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI KE 2
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA 2012

1. Ucapan Aluan Pengerusi


2. Ucapan Guru Penolong Kanan
3. Perancangan Strategik
4. Bahan-Bahan Pendidikan Seni Visual
5. Hal Hal lain

You might also like