You are on page 1of 4

In your own word, briefly describe the term below with examples:

1. Media

Jika dilihat perkataan media ini merupakan sesuatu yang tidak asing bagi dunia kini

yang kian berkembang pesat bahkan jika kita pergi ke mana jua media merupakan sesuatu

yang sangat penting pada kerana penggunaan media telahpun digunapakai di seantero dunia

bahkan penggunaanya bukan sahaja tertumpu pada bidang perhubungan mahupun

perdagangan tetapi media juga telah menjadikan sektor pendidikan mudah

diperkembangkan.

Ramai tokoh-tokoh terkenal telah mendefinasikan media dengan susunan ayat yang

indah dan penulis juga mempunyai definasi tersendiri untuk mengertikan maksud sebenar

media. Secara ringkasnya, media merupakan satu perantara untuk menyampaikan sesuatu

yang bermanfaat mahupun tidak bermanfaat untuk disampaikan kepada orang lain. Media

tidak tertumpu pada teknologi sahaja tetapi media merupakan pelbagai cara yang digunakan

termasuklah kertas dan papan putih. Akan tetapi dunia kini telah menjadikan teknologi

sebagai media yang terbesar dalam menyumbang penyampaian sesuatu maklumat.

Terdapat 5 elemen yang perlu kita ketahui dalam media, iaitu visual, audio, video, teks dan

animasi.

Antara contoh yang kita boleh lihat pada masa kini, komputer dan telefon bimbit

menjadi media terbesar dalam menyampaikan sesuatu maklumat. tidak perlu kita lihat

secara statistik tetapi kita boleh lihat dengan mata kasar sendiri di mana hampir setiap orang

mempunyai telefon bimbit dan komputer.


2. Mixed-Media (MiM)

Perkataan MiM jarang kita dengari dan sesetengah orang tidak tahu akan kewujudan

MiM mungkin kerana kurangnya pendedahan tentang MiM. Penulis telah menjelaskan

secara ringkas mengenai maksud media pada poin pertama, MiM merupakan percampuran

elemen media yang sama seperti audio dan audio ataupun teks dan teks. Jika menggunakan

elemen audio, terdapat beberapa antonasi audio yang berbeza dalam sesuati media.

Sebagai contoh dalam bacaan tanarum Al-Quran, penggunaan bacaan yang berbeza

seperti bacaan baiyati dan nakhwan menjadikan seni bacaan Al-Quran yang sangat unik

dan membuatkan pendengar untuk menjiwai bacaan tersebut. Begitu juga bagi elemen

media yang lain.

3. Multimedia

Dalam era globalisasi yang pesat dengan teknologi, penggunaan perkataan multimedia

sering kali kita dengari dan boleh dikatakan setiap masa penggunaannya berbanding MiM.

Multimedia merupakan pengabungan antara dua atau lebih elemen media. Ini bermaksud

multimedia menggunakan dua media untuk menjadikan satu yang mudah difahami dalam

penyampaian maklumat. Syarat multimedia ialah menggunakan dua elemen media kerana

jika menggunakan satu elemen sahaja ia akan dikenali sebagai MiM.

Sebagai contoh, Al-Quran digital yang telah wujud pada masa kini telah

menggabungkan elemen teks dan audio di mana pengguna hanya meletakan sesuatu alat

pada teks, audio akan didengari tanpa pengguna membaca teks tersebut. Contoh lain pula

ialah animasi dan audio yang sering digunapakai untuk menghiburkan kanak-kanak.

Gabungan antara animasi dan audio menjadikan kanak-kanak lebih berminat untuk
menghayati animasi tersebut dan mempelajari benda baharu yang bermanfaat seperti cerita

Upin dan Ipin yang sering membawa banyak nasihat kepada kanak-kanak.

4. Audio-Visual

Audio visual dikategorikan sebagai multimedia kerana ia menggabungkan 2 elemen

media untuk menyampaikan maklumat seperti yang telah dibahaskan secara ringkas dalam

poin ke-3. Penggabungan audio visual ini menjadikan sesuatu gambar itu hidup kerana

visual hanya memaparkan suasana dan audio mencerita visual itu dengan lebih mudah

difahami dan terperinci. Audio visual ini memudahkan pengguna untuk mengingati dan

memahami pelajaran yang telah dipelajari.

Contoh audio visual adalah tayangan film. Tayangan film tanpa audio akan menjadikan

visual sangat tidak berguna kerana tiada penjelasan tentang visual tersebut dan

membolehkan setiap penonton memberi pengertian yang berbeza tentang sesuatu visual.

These are the terms used to describe the resource components of Instructional

technology

Untuk mendefinisikan teknologi pembelajaran amat sukar kerana tokoh-tokoh

pendidikan telah mendefinisikan istilah ini sangat baik dan melalui pengertian ramai tokoh,

penulis dapat menyimpulkan bahawa teknologi pembelajaran adalah mempraktikkan teori-

teori pembelajaran menggunakan teknologi dengan bahasa yang mudah dan ringkas untuk

menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelajar. Ini bermakna guru menggunakan

teknologi untuk menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih mudah disampaikan dan sesuai

dengan tahap seseorang pelajar. Maka, kewujudan istilah-istilah pada poin (a) sangat

penting dalam pendidikan zaman sekarang. Hal ini bermaksud segala pembelajaran yang
perlu dilakukan secara realiti seperti amali sains boleh dilakukan dengan menggunakan

media.

Sebagai contoh, amali sains di bawah tajuk persenyawaan tumbuh-tumbuhan boleh

ditunjukkan kepada pelajar dengan menggunakan audio visual atau audio video dengan

lebih terperinci kepada pelajar.

You might also like