You are on page 1of 1

Tarikh : 18 Ogos 2017

Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Bickley, SK(P) Methodist 1.

Ucapan Pn Saripah Bt Md Raus

1. Beliau mengingatkan murid untuk hadir ke Program Motivasi Super pada hari Sabtu, 19 Ogos 2017.

2. Setakat ini hanya terdapat 15 orang ibu bapa dari kelas 6H dan 5 orang ibu bapa dari 6 Kuning
yang memaklumkan akan hadir ke program tersebut.

3. Beliau berharap agar murid dapat menggalakkan ibu bapa hadir bersama-sama ke program
tersebut.

4. Beliau memaklumkan pendaftaran akan dibuat di dewan, murid pula diingatkan untuk membawa
alat tulis dan memakai pakaian PJ untuk program tersebut.

Ucapan Pn Roslinda Bt Rosli.

1. Beliau memaklumkan tentang pertandingan pakaian Patriotik yang dijalankan pada 19 September
2017 sempena bulan Kemerdekaan. Murid yang berminat dikhendaki menyerahkan nama pada hari
Isnin depan.

2. Murid yang menenerima susu sekolah diarahkan tunggu sebentar selepas ucapan.

Ucapan Pn Hariani Bt Abdul Wahab

1. Beliau memaklumkan terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan sempena
Bulan Kemerdekaan. Diantaranya ialah menghias sudut patriotik dan pertandingan mewarna.

2.Beliau meminta murid agar mencari maklumat yang berkaitan dengan kemerdekaan dan menghias
sudut patriotik di dalam kelas masing-masing.

3. Bagi pertandingan mewarna, semua murid dikhendaki membayar 20 sen bagi sehelai kertas
mewarna. Mereka dikhendaki membawa duit tersebut pada hari Isnin depan.

4. Murid tahun 6 dimaklumkan akan menyertai permainan bowling secara percuma pada hari Selasa
depan dengan syarat kehadiran untuk program memuaskan. Sekiranya kehadiran tidak
memuaskan, makan permainan bowling akan dibatalkan.

Ucapan Pn Anna Ong Siah Lian (Guru Besar)

1. Beliau menerangkan tentang tanggungjawab (responsibility) bagi murid iaitu:

a) Tanggungjawab murid Tahun 6 ialah untuk hadir ke Program Seminar Motivasi Super pada esok
hari.

b) Semua murid mesti bertanggungjawab pada diri sendiri iaitu hadir ke sekolah menjaga
penampilan diri dari segi fizikal dan perbuatan. (You are what you eat).

c) Tanggungjawab bagi murid yang terakhir masuk ke tandas memastikan suis lampu tandas
ditutup ketika tiada orang didalamnya.

d) Tanggungjawab pada murid yang mengadu tentang sebarang masalah ( makanan kantin)- murid
diarahkan jangan membuang makan dan memaklumkan kepada guru yang berdekatan di kantin/
guru bertugas mingguan serta mengambil gambar makanan tersebut sebagai bahan bukti.

You might also like