You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KEPONG BARU

JALAN API-API EMPAT, KEPONG BARU


52100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 9 JANUARI 2017


Hari : ISNIN
Masa : 1:40 petang
Tempat : Bilik mesyuarat SK Kepong Baru
Pengerusi : Encik Mohd Razif bin Mohd Tahir

Kehadiran
1. Cik Fatin Athirah Bt Ahmad( Ketua Panitia )
2. Puan Jeow Pei Yen (Setiausaha)
3. Puan Suhada Bt Muhamad
4. Puan Uthaya Chandrika a/p Ramiah

Tidak Hadir Bersebab

1. Tiada

1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi


1.1 Puan Rabiah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang berkorban masa untuk
hadir ke mesyuarat kali ini.
Tindakan : Makluman
2.0 Meluluskan Minit Mesyuarat
2.1 Puan Suhada mengesahkan minit mesyuarat yang lepas dan disokong oleh sebulat suara.
Tindakan : Makluman
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Puan Rabiah mengingatkan ketua panitia supaya menyediakan perancangan strategic untuk
tempoh tiga tahun. Begitu juga dengan pelan taktikal dan pelan operasi 2017 perlu diserahkan kepada
GPK T&K pada 16 Januari 2017.
Tindakan : Ketua Panitia
3.2 Puan Rabiah memaklumkan bahawa beliau sudah berbincang dengan Puan Nik Raihan bt. Nik
Mohd Zin tentang jadual waktu seminggu sebanyak 3 waktu iaitu 32 minggu daripada jumlah jam
setahun.
Tindakan : Guru-guru Pendidikan Moral
3.3 Puan Rabiah juga menyatakan tahun 2 hingga tahun 6 tiada perubahan ikut seperti tahun-tahun
yang lepas.
Tindakan : Guru-guru Pendidikan Moral

3.4 Puan Rabiah juga memaklumkan bahawa sistem fail mesti ikut sistem SPSK , agenda-agenda
seperti berikut,
a. Ucapan pengeerusi
b. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas
c. Perkara berbangkit
d. Laporan
e. Hal-hal lain
f. Penutupan
Tindakan : Guru-guru Pendidikan Moral

1.0 Laporan
1.1 Rancangan Pelajaran Tahunan
1.1.1 Cik Fatin memaklumkan bahawa rancangan pelajaran tahunan mesti mengikut yang
terkini dan selaras dengan takwim sekolah.
1.1.2 Beliau juga mengingatkan supaya ahli menggunakan dokumen standard yang terkini.

Tindakan : Guru-guru Pendidikan Moral

1.2 Rancangan Pelajaran Harian


1.2.1 Cik Fatin menyatakan RPH mesti mencatat kelas, masa, subjek, tema dan tajuk sebelum
masuk ke kelas.
1.2.2 Cik Fatin memberitahu bahagian SK dan SP boleh menulis dengan nombor, beliau
bercadang perlu bagi penjelasan yang singkat supaya guru jelas objektif yang perlu capai.
1.2.3 Puan Rabiah minta guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral tahun 1
KSSR semakan mesti mencatat K dengan pen merah untuk mewakili RPH hari itu
berdasarkan modul komputasional.

Tindakan : Guru-guru Pendidikan Moral

1.3 Pengurusan panitia


1.3.1 Cik Fatin memberitahu fail panitia Pendidikan Moral telah dikemaskini.
1.3.2 Cik Fatin juga menyatakan beliau akan menyediakan borong peningkatan dalam PDP
contohnya Pelan strategik dan program panitia untuk minggu panitia. Beliau juga
memaklumkan masa akan diberitahu oleh beliau.
1.3.3 Puan Rabiah menyatakan Pelan Strategik mesti berdasarkan data peningkatan dan
program.

Tindakan : Makluman

1.4 Peperiksaan
1.4.1 Puan Rabiah memaklumkan bahawa murid tahap satu akan menduduki Peperiksaan
Pertengahan Tahun (PPT) dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT).
1.4.2 Puan Rabiah juga memaklumkan bahawa murid tahap dua akan menduduki Ujian bulanan
1(Mac), Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT).
Selain itu, murid tahun 6 juga akan menduduki Dignostik (Jan dan Feb), percubaan dan
UPSR (Sept).
1.4.3 Cik Fatin memberitahu teknik menjawab akan diadakan untuk murid Tahun 6.
1.4.4 Jadual guru yang akan menyediakan kertas peperiksaan seperti berikut:
Tahun Nama Guru
1 Cik Fatin
2 Cik Fatin
3 Pn. Jeow
4 Pn. Suhada
5 Pn. Uthaya
6 Pn. Uthaya
Tindakan : Guru-guru Pendidikan Moral

1.5 Perekodan
1.5.1 Cik Fatin menyatakan perekodan offline akan dijalankan seperti biasa, tahun 1 hingga
tahun 3, dan tahun 6 akan menggunakan perekodan offline secara gabungan. Tahun 4 dan
5 akan guna perekodan offline mata pelajaran Pendidikan Moral.

Tindakan : Guru-guru Pendidikan Moral

1.6 Buku latihan


1.6.1 Cik Fatin menyatakan murid tahun satu hingga tahun dua akan menggunakan sebuah
buku Gapen untuk mencatat nota.
1.6.2 Cik Fatin juga menyatakan murid tahun tiga hingga tahun enam akan menggunakan
sebuah buku Gapen untuk mencatat nota dan sebuah buku kerja (Sasbadi).
1.6.3 Beliau juga mengingatkan agar memberikan penghargaan setelah membuat penyemakan
buku murid.

1.7 Papan kenyataan


a. Semua guru Pendidikan Moral bergilir-gilir menyediakan bahan-bahan untuk ditampal
dan dibaca oleh murid.

Tindakan : Guru-guru Pendidikan Moral

4.0 Hal-hal lain


4.1 Cik Fatin menyatakan guru-guru Pendidikan Moral perlu menyediakan sehelai borong
makluman dan jadual waktu pesendirian kepada beliau supaya dimasukkan ke dalam fail.
4.2 Beliau juga menyataka minggu panitia akan mengikut takwim dan mesyuarat akan diadakan
bagi membincangkan aktiviti yang akan dijalankan kelak.
4.2 Puan Rabiah menyatakan guru-guru hendaklah mengguna buku aktiviti yang disediakan
sepenuhnya.
4.3 Puan Rabiah juga menyatakan pencerapan akan dijalankan oleh pentabir dan penyemakan
buku aktiviti dan buku kerja mengikut jadual yang ditetapkan.
Tindakan : Guru-guru Pendidikan Moral

6.0 Penutup
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( Jeow Pei Yen) (Fatin Athirah bt Ahmad)

Setiausaha Panitia Pendidikan Moral Ketua Panitia Pendidikan Moral

You might also like