You are on page 1of 10

SJK(T) LADANG JUASSEH,72500 JUASSEH, NSDK.

KERTAS KERJA
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
TAHUN 2017

TARIKH:
24 NOVEMBER 2016 (JUMAAT)
3.00pm 5.00 pm

TEMPAT :
SJK(T) LADANG JUASSEH,
72500 JUASSEH, NSDK.

ANJURAN :
UNIT KURIKULUM , HEM & KO-KURIKULUM
BERSAMA
PIBG SJK (T) LADANG JUASSEH
1.0 PENDAHULUAN

Anugerah Pelajar Cemerlang merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada


pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai tanda penghargaan daripada SJKT
Ladang Juasseh. Sejak sekolah ini mula beroperasi,pelbagai anugerah kecemerlangan bagi
murid telah diwujudkan dan disampaikan bersempena dengan Majlis Anugerah
Kecemerlangan.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan dengan wujudnya penganugerahan ini maka
akan menjadi satu pemangkin baru kepada murid untuk terus berusaha dan memberi
sumbangan kepada sekolah dalam semua bidang. Ia juga mendorong semua murid untuk
cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga terus melibatkan diri dan
mengambil bahagian dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh SJKT Ladang Juasseh.
Pengiktirafan Kecemerlangan ini juga akan menjadi satu pengiktirafan kecemerlangan yang jitu,
mantap dan adil kerana dinilai daripada semua aspek kecemerlangan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, berkualiti dan
berwawasan. Program ini juga dapat mempertingkatkan amalan mencintai ilmu dalam diri
murid-murid serta melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat juang yang tinggi
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada yang telah mencapai tahap
kecemerlangan

3.2 Memberi galakan dan dorongan serta mewujudkan saingan yang sihat di kalangan
murid untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing.
3.3 Memberikan galakan dan dorongan kepada murid untuk menyertai secara aktif
dalam aktiviti sukan dan kokurikulum di peringkat sekolah, negeri mahupun negara.

3.4 Menerapkan budaya cintakan ilmu dalam diri murid supaya cemerlang dalam bidang
akademik dan koakademik.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 24 November 2017 bersamaan dengan hari Jumaat.
4.2 Dilaksanakan selama 1 hari.
4.3 Masa perlaksanaan 3.00pm 5.00pm.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam lampiran.

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana ia adalah program dalaman sekolah.Muridnya
hanya 44 orang sahaja .Kumpulan yang kecil ini hanya memakan ruang yang kecil sahaja
untuk program anugerah ini.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


6.1 Jumlah peserta : 44 orang murid terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga 6.
6.2 Jumlah Guru : 11 orang guru termasuk Guru Besar.

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM

Penasihat : Pn.S.Jayathi
Guru Besar SJK(T) Ladang Juasseh.
Pengerusi : Pn.M.Kalliswary (GPK1)
Pengerusi Bersama : Pn.G.Thamil vaanni (HEM)
Cik.N.Menaga (GPK KOKO)
Setiausaha : Pn.S.Elandevi
Bendahari : Pn. Nor Afida Bt Abu Hassan

AHLI JAWATANKUASA
AJK Makanan / Minuman : Pn.S.Kanthimathi
AJK Hadiah & cenderamata : Pn. G.Thamil vaanni
AJK persembahan : Pn.S.Kanthimathi,Cik.B.Sathiatharshiny,
Pn.S.Elandevi, En.V.Rathnakumar, Pn.S.Thilagah,
Pn.C.Gomathi
AJK Foto & Dokumentasi : Pn.A.Yogeswari
Pengacara majlis : Pn.S.Elandevi
AJK Jemputan & Protokol : Cik.B.Sathiatharishiny
AJK PA sistem : En.V.Rathnakumar
AJK Sijil : Cik.N. Menaga
AJK buku program : Pn.S.Elandevi
AJK Persiapan pentas & perhiasan : Pn.C.Gomathi & Pn.C.Thilagah
AJK keselamatan : En.V.Rathnakumar & semua guru
AJK persiapan dewan : En.V.Rathnakumar
AJK kebersihan : Semua guru dan pekerja sekolah
11.0 Anggaran perbelanjaan

A) Hadiah
Perkara Kuantiti Harga (RM)
Kehadiran 100% 1 org x RM10.00 RM 10.00

Bintang PBS 6 org x RM20.00 RM 120.00

Tokoh kokurikulum 2 org x RM10.00 RM 20.00

Kedudukan dalam kelas 6 org (Pertama) x RM10.00 RM 137.00

6 org (Kedua) x RM 7.00

6 org (Ketiga) x RM 5.00

Pengawas 6 org x RM 3.00 RM 18.00

Ketua Darjah 6 org x RM 3.00 RM 18.00

Penolong Ketua Darjah 6 org x RM 3.00 RM 18.00

Sijil 1 set RM 100.00


Tokoh Kepimpinan
Tokoh Ko-Kurikulum
AJK Ko-Kurikulum
Pengawas Sekolah
Pengawas Perpustakaan

Bakul buah 3 x RM30 RM 90.00


JUMLAH RM 531.00
B) Makanan

Menu Kuantiti Harga (RM)


Makanan VIP 20 orang RM100.00
Makanan Ibubapa dan Murid
Kuih (2 jenis) 85 orang x RM 0.50 RM42.50
Air kotak 44 orang x RM 1.20 RM52.80
Teh 40 orang x RM 1.00 RM40.00
JUMLAH RM 235.30

C) Persiapan Dewan = RM 500

JUMLAH KESELURUHAN = RM 531 + RM 235.30 + RM 500 = RM 1266.30

8.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam majlis anugerah
kecemerlangan SJK(T) Ldg. Juasseh ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka
demi untuk melahirkan insan yang cemerlang dari segi akademik.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

............................. .......
(PN.M.KALLISWARY) (PN.S.JAYATHI)
GPK Kurikulum Guru Besar
. 2017

3.00 : /

3.15 :
3.30 :
3.45 :
3.55 : &
4.05 :
4.15 :
4.20 :
4.30 :



4.35 :
4.40 : TOKOH NILAM

4.45 :



4.50 :
4.55 :
5.00 :
Pengagihan tugas majlis anugerah kecemerlangan

AJK Makanan / Minuman : Pn.S.Kanthimathi

- Menyediakan menu makanan.


- Menyediakan tempat makanan.
- Menyediakan makanan untuk para hadirin,murid-murid,guru-guru dan juga VIP.

AJK Hadiah & cenderamata : Pn.G.Thamil vaanni

- Menyediakan senarai hadiah mengikut katogeri.


- Menyediakan meja hadiah di pentas.
- Menyediakan hadiah dan cenderamata sehari sebelum majlis.
- Memastikan pemberian hadiah/cenderamata berjalan lancar pada hari majlis.

AJK persembahan : Pn.S.Kanthimathi,Cik.B.Sathiatharsini, Pn.S.Elandevi,


Pn.M.Kaliswary ,En.V.RathnaKumar, Pn.S.Thilagah,
Pn.C.Gomathi
- Menyediakan / melatih murid.
- Memastikan murid telah bersedia sehari sebelum hari persembahan.
- Memastikan pakaian murid lengkap pada hari persembahan.
- Menjalankan raptai penuh sehari sebelum majlis.

AJK Foto & Dokumentasi : Pn.A.Yogeswari

- Mengambil gambar majlis anugerah.


- Menyerahkan gambar kepada penyelaras majlis bagi penyediaan laporan.

Pengacara majlis : Pn.S.Elandevi

- Menyediakan teks ucapan.


- Memastikan tiada sebarang gangguan ketika menjalankan program.
- Menggunakan bahasa yang sesuai.
- Mengikut protokol
AJK Jemputan & Protokol : Cik.B.Sathiatharishiny

- Menyediakan surat panggilan kepada PIBG,Pegawai-pegawai, VIP & ibu bapa.


- Menghantar kad jemputan kepada PIBG,Pegawai-pegawai & VIP.
- Memastikan surat / kad jemputan mengikut prokotol.
- Menghantar semua jemputan sehari / dua hari sebelum majlis.

AJK Pa sistem : En.V.RathaKumar

- Memasang PA sistem di dewan.


- Memastikan sistem PA berfungsi dengan baik.
- Menguji ketika raptai.

AJK sijil : Cik.N.Menaga

- Mendapatkan nama penerima sijil mengikut katogeri.


- Menyediakan sijil dengan nama murid beserta katogeri.
- Memastikan sijil siap ditaip dan serah kepada AJK hadiah untuk diberi pada hari majlis.

AJK buku program : Pn.S.Elandevi

- Menyediakan buku program majlis.


- Mendapatkan maklumat yang perlu diselitkan pada buku program dari guru-guru yang berkaitan.
- Mendapatkan kepastian dari Guru Besar.
- Membuat salinan mengikut keperluan / yang ditetapkan oleh Guru Besar.
- Mengedarkan buku program kepada para hadirin / VIP.*

AJK Persiapan pentas & perhiasan : Pn.C.Gomathi & Pn.S.Thilagah

- Menghias pentas.
- Memastikan keceriaan & kebersihan pentas.
- Menyusun pasu bungan serta Rostrem

AJK keselamatan : Semua guru


- Memastikan kawasan dewan selamat dengan bantuan penjaga sekolah.
- Memastikan keselamatan murid-murid.

AJK persiapan dewan : En.V.Rathna Kumar

- Menyusun meja & kerusi di dalam dewan.


- Menyusun sofa untuk VIP / Pegawai.
- Memastikan kesemua perkakas adalah selamat diguna.

AJK kebersihan : Semua guru dan pekerja sekolah

- Meminta para pekerja sekolah supaya membersihkan kawasan sekolah sebelum dan selepas
majlis.
- Memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih.

You might also like